Uzur syarie atau kedatangan haid mungkin boleh dianggap masalah utama wanita ketika di tanah suci. Kerana itu, ada wanita yang mencari jalan untuk mengatasi masalah dengan mengambil pil menahan haid. Tetapi sebenarnya, pengambilan pil ini tidak digalakkan kerana bimbang akan mendatangkan lebih banyak masalah.
Jika masa berada di Makkah hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, jemaah wanita selalunya dinasihatkan supaya tidak mengerjakan umrah, sebaliknya banyakkan tawaf sunat dan beriktikaf dalam masjid. Ini bagi mengelakkan haid datang tiba-tiba semasa masih dalam berihram sedangkan masa untuk pulang sudah hampir dan bimbang tidak sempat menyelesaikan kerja-kerja umrah itu (terpaksa bertahalul ihsar dengan bergunting dan menyembelih seekor kambing sebelum berangkat pulang ke tanah air. Apabila ada kelapangan masa dan perbelanjaan, wajiblah mengqadha’ umrah yang tertangguh itu sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Hudaibiah).
Suatu ikhtiar untuk memohon haid segera berhenti atau memohon dilambatkan kedatangannya ialah dengan membaca:
1. Bismillah hirrahman nirrahim
2. Baca Surah al_Masad, ayat 1
3. Baca Surah Yasin, ayat 38
4. Baca Surah Hud, ayat 44
5. Selawat
Bacalah selepas solat lima waktu semasa dalam ihram atau dalam masa jangkaan sebelum kedatangan haid. Tetapi ini hanyalah satu ikhtiar/usaha. Sama seperti doa-doa lain, makbul atau tidak, Allah yang menentukannya kerana Dia lebih mengetahui.
No comments:
Post a Comment