Kedatangan haid menghalang wanita mengerjakan puasa, bersolat, masuk ke masjid atau bertawaf. Walaupun haid tidak menghalang wanita berzikir, bertasbih, berdoa dan memantapkan ilmu dengan mentelaah buku-buku agama, tetapi tentulah terasa rugi datang jauh-jauh ke tanah suci dengan mengeluarkan wang yang banyak, tapi hanya duduk sahaja di bilik hotel. Ini lebih terasa jika datang mengerjakan umrah yang singkat masanya berbanding datang untuk mengerjakan haji.
Tetapi, ada satu cara yang boleh dilakukan oleh jemaah wanita yang masih mahu mengerjakan umrah tetapi bimbang haidnya datang ketika kerja-kerja umrahnya belum selesai. Caranya ialah dengan berniat ihram umrah secara bersyarat: Lafaznya seperti berikut: “Aku berniat mengerjakan umrah dan berihram dengannya. Sekiranya aku terhalang oleh sesuatu halangan syarak yang tidak berupaya meneruskannya, maka aku bertahalullah ketika itu kerana Allah Ta`ala.”
Dengan niat ihram bersyarat ini, jika seseorang itu tidak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya dengan sebab tertahan oleh halangan yang ditentukan dalam niatnya, maka dia bolehlah bertahalul dengan menggunting rambut dan tidak perlu membayar dam (menyembelih seekor kambing). Dia dianggap bebas daripada ihram (dan pantang larang ihram) tetapi dia wajib mengqadha umrahnya kemudian.
Sebenarnya, para penceramah dalam kursus haji dan umrah jarang mahu memberitahu mengenai niat ihram bersyarat ini kerana bimbang ia disalah gunakan oleh jemaah. Ditegaskan di sini, niat ihram bersyarat HANYA terpakai bagi mereka yang mengalami halangan seperti kedatangan haid dan nifas dan juga bagi mereka yang benar-benar uzur (sakit teruk) hingga tak dapat meneruskan pekerjaan umrahnya SAHAJA. JANGAN jadikan niat ihram bersyarat sebagai jalan mudah untuk melepaskan diri daripada ihram kerana peluang menggunakan niat ini HANYALAH JIKA BERADA DALAM KEADAAN DARURAT DAN TERPAKSA SEMATA-MATA. Berlaku jujurlah kepada diri sendiri kerana Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Pembacaan lanjut boleh didapati di sini dan sini
Tambahan info : Thanks to MADU
terima kasih info yang diberi. Mohon sumber rujukan.
ReplyDeletesalam fariza,
ReplyDeletesaya mendapat info ini dari dua sumber:
1. Dari soal jawab pertanyaan dengan seorang ustaz semasa saya mengerjakan umrah.
2. Selepas pulang mengerjakan umrah, saya terbaca mengenai perkara ini di: http://www.al-azim.com/~beringin/bicara/wanita5.htm
..sambungan..
ReplyDeletepembacaan lanjut boleh didapati di:-
http://www.al-azim.com/haji/faq/miqat.htm
dan
http://inijalanku.wordpress.com/about
terima kasih,,tapi wajarkah ianya disembunyikan oleh ustaz2 tabung haji dan yang seumpamanya? saya bertanya dengan ustaz2 graduit madinah hukumnya adalah harus, kalau ada org yang ragu2 dpt selesaikan umrah @ tak, maka dia boleh niat ihram bersyarat. dlm artikel serupa ini sy terjumpa tulisan ustaz abu anas yang menarik,,,moga dapat dikongsikan bersama;
ReplyDeletehttp://yeopmadiny.blogspot.com/2010/02/wanita-haid-bagaimana-selesaikan-umrah.html