Menurut kajian sains, buah Tamar merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah swt ciptakan Nabi Adam.
Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa, Siti Maryam telah diminta oleh Allah swt untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia.
Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah swt dengan kelahiran Nabi Isa a. s. itu juga, Allah swt. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah.
Pada bulan Februari, pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan, ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses "kahwin bunga" (iaitu melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Kaedahnya ialah dua tiga ranting bunga jantan ditepuk-tepuk dan disapu kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai.
Bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
Cuba perhatikan sepanjang buah tamar berada di atas pokok, tidak ada seekor binatang atau burung pun yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buahnya tidak berbau. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini.
Keunikan yang berlaku pada buah tamar yang istimewa ini ialah bila kita sentuh debu jantan, di gosok pada tangan dan cium, ia mengeluarkan bau seperti air mani. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin, sebab pokok ini Allah swt. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a. s. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantumkan oleh tangan manusia.
Dari itu, dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Buah ini tidak berbau kerana Allah swt. memelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55C. Penjual pula tidak perlu risau lalat atau semut.
No comments:
Post a Comment