Sabda Rasulullah s.a.w: "Anak yang mati keguguran disolatkan dan didoakan bagi kedua orang tuanya agar memperolehi keampunan dan rahmat.”
- Riwayat Abu daud dan at-Tirmidzi
Huraian:-
1. Sekiranya berlaku keguguran dan bayi yang meninggal telah berumur 120 hari (4 bulan), maka ia perlu diperlakukan seperti mengurus jenazah biasa.
2. Dalam menguruskan jenazah kita hendaklah mengikut cara-cara yang sesuai dengan syariat Islam iaitu memandikannya, mengafankannya, solat dan menguburkan. Tetapi bagi bayi yang keguguran, jika tidak dapat dimandikan, cukuplah dengan mengafankan, solat dan menguburkan sahaja.
3. Manakala doa yang dibaca dalam solat jenazah itu ialah doa untuk kedua ibu bapa bayi yang meninggal itu bukan untuk bayi yang meninggal itu sendiri.
macam mana dengan keguguran 2 bulan...hanya keluar ketul- ketulan darah.Perlukah darah itu ditanam atau di biarkan (flush melalui tandas)
ReplyDeleteSalam Syila,
ReplyDeleteSebaiknya syila bertanya dengan ustazah yang bertauliah berkenaan perkara ini.