RASULULLAH SAW bersabda yang maksudnya: "Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu." - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Anak adalah amanah Allah yang diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga serta dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh serta hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
Sewajarnya ibu bapa menyamakan layanan antara anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak, kerana semua perkara daripada segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata, apatah lagi hubungan antara ibubapa dengan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga." - (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
No comments:
Post a Comment