Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita.
Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -
- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya
Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas.
Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.
Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh, sekiranya tidak sesaat pun kita lupa kepada-NYA.
Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -
1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.
Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.
No comments:
Post a Comment