Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolatkan.
Yang hendak diutarakan di sini adalah mengenai musibah kematian di tempat yang jauh, di luar negara.
Dalam Islam, di mana kita meninggal, maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat. Tapi banyak antara kita berbuat begini. Ini menyiksakan mayat.
Apalagi jika kematian berlaku di luar negara. Mayat diterbangkan beribu batu untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kerana kasih kita padanya. Sebelum diterbangkan, mayat itu tersimpan berhari-hari di rumah mayat. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Sebenarnya kalau kita kasih padanya, kita kebumikan dia di tempat dia meninggal. Itulah kasih sebenarnya. Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah.
Orang selalunya bersifat sentimental tidak kena pada tempatnya. Mengapakah mesti kita bawa mayat pulang? Dia bukan milik kita, dia adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kasihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah.
Bila hendak dibawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah-tambah. Contohnya, dasar kerajaan US bila mayat itu hendak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika ialah sebelum mayat itu menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otak simayat akan disedut supaya memastikan mayat itu betul-betul kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi.
Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua gara-gara kehendak waris-waris yang mahu mayat itu dibawa pulang.
Ada waris-waris yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung.
Walau mati di mana sekalipun, kubur (yang akan menjadi salah satu dari taman-taman Syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka) adalah bergantung kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum-hukum dan perintah Allah.
Orang Islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana-mana sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana-mana sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah.
Marilah kita sama2 ambil iktibar.
Credit to : DilaDellila
No comments:
Post a Comment