Untuk melembutkan hati anak-anak (dan sesiapa yang berkenaan), baca Surah Hasyr 59 : Ayat 21 diikuti dengan Surah Taha 20 : Ayat 1-6. Selepas itu bacalah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Kafirun, An-Nas dan akhir sekali ditutup dengan doa:
“Ya Allah, KAU lembutkanlah hati anak-anakku, sebagaimana KAU melembutkan besi Nabi Daud.”
Surah Hasyr 59 : Ayat 21
21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
Surah Taha 20 : Ayat 1-6
1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut.
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
6. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah.
No comments:
Post a Comment