Tiga haiwan yang disebut di dalam al-Quran yang bertujuan menghina manusia:
1. Keldai (Surah al-Jumuah: 5)
2. Anjing (Surah al-‘Araf: 175-176)
3. Gagak (Surah al-Ma’idah: 31)
Nama-nama hari yang disebut di dalam al-Quran:
1. Hari Jumaat (Surah Jumu’ah 62 : 9)
2. Hari Sabtu (Surah al-A’raf 7:163)
Apakah surah yang disebut dengan nama salah satu galian?
Surah al-Hadid yang bermaksud Besi.
Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan
Friday, September 30, 2011
Start Where You Are
Start from where you are. Wishing for a different past will only waste your time. Old failures cannot hold you back, unless you let them.
From where you are right now, you can get to anywhere you want to be -- if you will make the commitment to do it.
Waiting until things are better, or hoping that the road will somehow get easier, will only stall your progress and lead to regret.
Right now, right where you are, is the time to begin making your life the best you can imagine. The disappointments of the past are behind you, and a brand new day awaits.
- Ralph Marston

Antara Berwuduk & Azan
Apabila bertemu pada dua keadaan iaitu - Menjawab Azan dan Berwuduk:-
1. Apabila hendak berwuduk dan pada masa yang sama azan dilaungkan, maka hendaklah ditangguhkan wuduk dahulu. Dianjurkan kamu menjawab azan tesebut hingga selesai azan, berdoa, kemudian daripada itu, barulah kamu mulakan berwuduk.
2. Jika azan dilaungkan sedang kamu dalam berwuduk, maka teruskan wuduk kamu tanpa perlu menjawab azan. Selesai doa wuduk kamu: Sekiranya azan masih berkumandang, maka jawab azan dan ditutup dengan doa azan; sekirannya azan sudah selesai berkumandang, maka hanya berdoa azan sahaja.
3. Jika azan selesai serentak dengan selesai wuduk, maka yang mana hendak didahulukan, doa azan atau doa wuduk? Didahulukan doa wuduk, kemudian barulah doa azan.
Kesimpulan:
Apabila azan dilaungkan, maka dianjurkan kamu tumpukan pada perkara menjawab azan tersebut. Tidak bercakap-cakap kerana bercakap sewaktu azan boleh menjadi sebab mati suul khatimah, demikian kata Imam Suyuthi. Ditangguhkan masuk bilik air atau tandas sekira-kira tidak memudharatkan. Ditangguhkan makan jika belum makan. Ditangguhkan ceramah, jika belum memberi ceramah. Ditangguhkan solat, Sunat Tahiyatul Masjid umpamanya, jika belum takbiratul ihram. Jikalau sedang membaca Al-Quran sekalipun, maka dihentikan seketika.
Dipetik dari-
http://fekah.blogspot.com

Thursday, September 29, 2011
Doa di Radio / TV
Adakah boleh kita mengaminkan doa yang dipasangkan daripada radio atau tv??
Jawapan:
Harus
Dari:
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"
Jawapan:
Harus
Dari:
Ustaz Kazim
"Tanyalah Ustaz"
Tuesday, September 20, 2011
Sakit Kepala
Baca Ayat 19 dari Surah al-Waqiah untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga boleh menghilang/meredakan, insyaAllah.
19. Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

Hands On The Wheel
No one would dare to drive down the highway without their hands on their car's steering wheel. Yet we often cruise down the highway of life with no hands on the wheel.
The mind is like a steering wheel for living. Whatever way it is turned, life obediently follows. And when we fail to exercise control of our mind, life becomes reckless. Instead of keeping our hands firmly on the wheel, instead of purposefully directing our thoughts, we let our minds get turned in every which direction. The results are often disastrous!
Our lives weave into oncoming traffic, and we get hit head on. We often leave the road completely, and head out over rough terrain, which jolts us and jars us until we finally break down.
In life, as in driving a car, the swiftest, most reliable progress is made by staying firmly in control. To do that, we must know where we're going, we must plot a route to get there, and we must be disciplined enough to keep our hands firmly on the steering wheel.
-Ralph Marston

HAK JAGAAN ANAK BERUMUR 12 TAHUN
Soalan:
Bagaimana hak jagaan anak yang telah berumur 12 tahun? Siapakah yang lebih berhak; bapa atau ibu? Bagaimana dengan nafkah dan hak menziarahi anak? Haruskah bapa menghalang ibu dari menziarahi anaknya?
Jawapan:
1. Apabila anak telah mencapai umur mumayyiz dan dapat melakukan sendiri keperluan-keperluan asasnya (yakni dapat makan, memakai pakaian dan membersih diri dengan sendiri), menurut mazhab Syafiie, anak tersebut berhak memilih samada untuk tinggal bersama bapa atau ibunya.
Ini berdalilkan hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menceritakan: Seorang perempuan datang kepada Nabi bersama anak lelakinya. Ia mengadu kepada Nabi tentang suaminya yang ingin merampas anak itu darinya. Nabi lalu berkata kepada anak itu; “Ini adalah bapamu dan ini adalah ibumu. Peganglah tangan mana satu dari mereka berdua yang kamu suka”. Lalu ia memegang tangan ibunya dan ibunya pun membawanya pergi”.
- (Riwayat Imam Abu Daud).
2. Walau bagaimanapun, hak penjagaan terhadap anak bergantung kepada kemaslahatan anak tersebut. Jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai kelayakan untuk menjaga kebajikan si anak, barulah diberi pilihan kepada si anak. Jika mana-mana pihak tidak mempunyai kelayakan -seperti mempunyai masalah mental, tidak mempunyai kemampuan (fizikal, masa dan kemudahan hidup), fasik/jahat dan sebagainya-, hak jagaan tidak harus diserahkan kepadanya, akan tetapi diserahkan kepada pihak satu lagi atau pihak lain yang dapat menjaga si anak dengan baik.
3. Jika si anak memilih untuk tinggal bersama ibunya, bapa hendaklah meneruskan nafkah selagi anak memerlukan (yakni sebelum ia dapat berdikari dan mempunyai kewangan sendiri). Tidak harus bapa memutuskan nafkah dengan alasan si anak tidak memilih untuk tinggal bersamanya kerana nafkah anak adalah kewajipan bapa selama anak itu memerlukan tidak kira samada anak itu tinggal dengannya atau dengan orang lain.
4. Mana-mana pihak (dari ibu atau bapa) yang diberi hak jagaan tidak harus menghalang pihak lain untuk menziarahi si anak. Dalam bahasa lain, tidak harus ibu menghalang bapa dari menziarahi anaknya dan begitu juga, tidak harus bapa menghalang ibu dari menziarahi anaknya. Malah wajib kedua mereka saling berkerjasama untuk kemaslahatan anak mereka dan tidak membabitkan si anak dalam pertikaian antara mereka serta tidak menjadikan anak sebagai mangsa untuk melepaskan protes atau kemarahan antara satu sama lain.
Firman Allah (bermaksud); “Janganlah (menjadikan) seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya.”
- (al-Baqarah, ayat 233).
Dari Abi Ayyub al-Ansari r.a. aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa memisahkan antara ibu dan anaknya, Allah akan memisahkannya dengan orang-orang yang dikasihi pada hari kiamat nanti.”
- (Riwayat Imam at-Tirmizi. Hadis hasan gharib).
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Al-Fiqh as-Syafi’ie al-Muyassar, Syeikh Sayyid bin Abdullah at-Tidi, hlm. 213.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Thursday, September 15, 2011
Tanggungan Hutang
Dari Abu Qatadah r.a. katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. berdiri di hadapan para sahabat lalu bersabda: "Sesungguhnya Jihad fi sabilillah serta iman kepada Allah adalah amal yang paling utama." Maka berdiri seorang lelaki seraya bertanya, "Ya, Rasulullah! Bagaimana jika aku tewas dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?".Jawab Rasulullah s.a.w,"Hapus, jika engkau tewas, sedangkan engkau seorang yang sabar dan ikhlas kerana Allah, engkau tewas kerana maju bertempur tidak kerana lari dari pertempuran,". Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya, "Apa tanyamu tadi?. Maka diulangnya pertanyaannya, "Bagaimana jika aku tewas dalam jihad fi sabilillah, hapuskah dosa-dosaku?" Jawab Rasulullah, "Ya, hapus, jika engkau seorang pejuang yang sabar, ikhlas kerana Allah semata-mata, tewas kerana maju bertempur, tidak kerana lari dari pertempuran. Kecuali yang tidak hapus ialah hutang. Begitulah kata Jibril kepada ku."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4; Hadis Nombor 1841

Slow Going
Sometimes the going is slow. Yet the important thing is not to stop. Even a little progress is an advance in the right direction, and anyone can make a little progress.
If you can't accomplish something big today, accomplish something little. Small streams eventually become mighty rivers. Keep going.
What seemed out of reach this morning, will be closer by this evening if you'll just keep moving forward. Every moment you spend intensely and passionately working toward your goal, gets you that much nearer.
It is vastly more difficult to get started again, when you've stopped completely. So keep going. Don't waste the momentum you've already built. There's something you can do right now, today, this moment. It may not be much but it will keep you in the game.
Go fast when you're able. Go slow when you must. Whatever you do, keep going.

INGIN MEMBATALKAN NAZAR
Soalan:
1. Sekiranya saya telah berniat nazar (yang baik) tetapi saya ingin membatalkan/menukarkan niat nazar itu kepada yang lain, apakah yang saya perlu lakukan?
2. Saya telah bernazar untuk menyedekahkan 5% gaji saya selama saya berkerja kepada yang memerlukan sekiranya saya mendapat perkerjaaan.
3.Semasa saya membuat lafaz tersebut saya agak yakin yang saya mampu melaksanankannya, tetapi selepas difikirkan kembali saya menjadi gusar sekiranya saya tidak dapat menyempurnakan nazar saya tersebut.
Jawapan;
Wajib ke atas orang yang bernazar (dengan nazar ketaatan) menunaikan nazarnya selagi ia mampu menunaikannya. Allah berfirman di dalam al-Quran (yang bermaksud:
“…dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka…”.
- (al-Haj: 29).
Sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, maka hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunaikan nazarnya)…”
- (HR Imam al-Bukhari dan at-Tirmizi dari Saidatina ‘Aisyah r.a.).
Jika ia tidak mampu menunaikan nazarnya, gugur nazar itu selama tempoh tidak mampu itu, namun apabila ia kembali mampu wajiblah ia menunaikan semula nazarnya. Oleh demikian, orang yang bernazar untuk bersedekah (seperti kes di atas), kemudian ia ditimpa susah (tidak mampu bersedekah), gugur sedekah nazar itu darinya selama tempoh ia susah itu, kemudian jika ia senang (dilapangkan rezeki oleh Allah), ia wajib melaksanakan semula nazarnya untuk bersedekah itu.
Jika ia meyakini keadaan kesusahannya itu tidak akan berubah (yakni ia tidak akan mampu melaksanakan nazarnya itu buat selamanya), sebahagian ulamak berpandangan; ia hendaklah menggantikan nazarnya itu dengan membayar kaffarah sumpah dan dengan itu ia bebas dari nazarnya.
Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
“Sesiapa bernazar dengan suatu nazar yang tidak mampu ditunainya, maka kaffarahnya ialah kaffarah sumpah.”
- (HR Imam Abu Daud dengan sanad yang soheh dari Ibnu ‘Abbas r.a.).
Kaffarah sumpah ialah dengan memilih salah satu dari tiga perkara;
1. Memberi makan sepuluh orang miskin, atau;
2. Memberi pakaian untuk mereka, atau;
3. Membebaskan seorang hamba.
Jika tidak berupaya melakukan satupun darinya, hendaklah berpuasa tiga hari. Sila rujuk surah al-Maidah, ayat 89.
Kesimpulan;
Untuk membatalkan nazar dengan sengaja, tidak harus. Adapun jika tidak mampu melaksanakannya, harus menangguhnya sehingga mampu. Jika kemampuan untuk melaksanakannya hilang sepenuhnya, hendaklah diganti dengan kaffarah sumpah.
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkaraan “Nazr”.

Saturday, September 10, 2011
Get Past The Past
Your shortcomings and disappointments are all in the past now. They have nothing to do with what you can accomplish from this point forward.
Every day, you start with a clean slate. Every moment is an opportunity to begin the process of turning your dreams into reality.
It doesn't matter what has happened before. Yes, the past has brought you to where you are. Yet right now the path splits off in an infinite number of directions. And you have the choice of which one to take.
Learn from the past and then let it go. To wish that it had been different, is a waste of time and energy. To continue living with your past limitations, is a waste of your life's enormous potential.
Your past does not define who you are or what you can accomplish. YOU do!

Bagaimana Menghidupkan Hati?
Hati menjadi hidup dengan iman.
Iman bermaksud meyakini sepenuhnya dengan hati akan segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dari wahyu Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Asas-asas iman iman keyakinan kepada rukun-rukun iman yang enam. Penyempurnaan bagi iman ialah dengan menyahut seruan Allah dan RasulNya iaitu dengan mentaati segala perintah keduanya. Apabila seseorang itu yakin kepada Allah dan RasulNya dan diikuti pula dengan ia menyahut seruan keduanya iaitu mentaati mereka, maka ketika itu barulah hatinya akan hidup.
“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menghidupkan kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
- (al-Anfal; 24)
Kalimah yang mengungkapkan iman ialah “Lailaha Illallah”. Kalimah ini digelar juga dengan kalimah Syahadah, kalimah at-Taqwa dan kalimah al-Ikhlas. Kalimah ini akan menghidupkan hati apabila diucapkan dengan ikhlas dan benar. Dengan mengulang-ulangkan kalimah ini, iman di dalam hati kita akan sentiasa baru dan segar.
Di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. berpesan kepada sahabat-sahabatnya; “Hendaklah kamu sekelian memperbaharui iman-iman kamu”. Mereka bertanya beliau; “Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami hendak memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab; “Banyaklah menyebut Lailaha Illallah”
- (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.).
USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/