Wednesday, September 30, 2009

Wang Saguhati / Komisyen Dari Pembekal

Soalan:-

Saya ditugaskan oleh syarikat untuk mencari pembekal bagi membuat cenderamata untuk syarikat di mana saya berkerja. Saya pun menjalankan tugas seperti biasa. Pada hari si pembekal menghantar barang yang di pesan ke syarikat saya dia menghulurkan sejumlah wang 'komisyen' kepada saya. Apakah duit yang saya terima itu halal atau haram? Ini kerana saya tidak pernah pun meminta wang dari si pembekal. Saya kira ia hanyalah komisyen kerana memberinya bisnes. Tapi kini saya merasa serba tak kena. Saya takut jika wang itu sebenarnya haram (atas sebab-sebab tertentu). Saya tidak pernah meminta atau meletakkan syarat kepada si pembekal sekiranya dia mahu bisnes mesti memberi saya imbuhan. Apa pendapat ustaz. Adakah ia halal?

Jawapan:-

Apabila kita berurusan depan pihak lain atas nama jawatan kita bagi pihak Syarikat (atau majikan) bukan atas nama individu (yakni bukan urusan peribadi), maka segala saguhati, imbuhan atau komisyen yang diterima hendaklah dipulangkan kepada syarikat atau majikan, kecualilah jika majikan telah membuat pengumuman lebih awal bahawa sebarang wang saguhati atau komisyen yang diberikan oleh pembekal adalah milik pegawai yang berurusan dengannya. Jadi, saudara hendaklah memaklumkan kepada majikan tentang wang itu atau meminta dari pembekal menurunkan harga barang sebagai tukaran kepada wang itu.

Di dalam Soheh Imam al-Bukhari diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada melantik seorang lelaki sebagai pegawai pungutan zakat. Lalu ia pulang kepada Rasulullah s.a.w membawa harta dan berkata; "Sebahagian harta ini adalah untukmu (yakni zakat) dan sebahagian lagi adalah yang dihadiahkan orang kepadaku".

Rasulullah lantas menaiki mimbar dan berceramah kepada para sahabatnya; "Bagaimana seorang pegawai yang kita utuskan untuk memungut zakat boleh berkata; 'Harta ini untukmu (yakni zakat) dan yang ini pula dihadiahkan untukku'. Cubalah ia duduk di rumah bapanya atau rumah ibunya, apakah akan ada orang yang akan datang memberi hadiah kepadanya?".
- (Kitab al-Ahkam, Hadaya al-'Ummal).

Sekarang kita ada jawatan di dalam syarikat, maka ramailah pembekal yang ingin memberi hadiah kepada kita kerana itu adalah antara helah untuk dia dapat kekal berurusan dengan syarikat kita. Tetapi bagaimana jika kita sudah tidak memegang jawatan itu lagi, adakah pembekal akan terus memberi wang atau hadiah kepada kita, atau ia akan memberi kepada orang lain yang menggantikan kita? Jelaslah bahawa hadiah itu sebenarnya bukan kerana kita, akan tetapi kerana jawatan kita. Maka hendaklah dipulangkan kepada syarikat atau majikan kita.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Turning Point

Your troubles can sometimes be your greatest blessings. Because those troubles will hound you relentlessly until you make valuable improvements.

Your troubles help you to see and understand your weaknesses. And that enables you to start transforming those weaknesses into strengths.

The best way to respond to trouble is not to curse it, but to see each challenge as an opportunity to raise yourself to a higher level.

As with everything else, your troubles are what you make of them. You can choose to make each one a turning point to a more positive and fulfilled life.

Many of history's greatest accomplishments were responses to terribly difficult problems. Many of your own greatest advances have been in response to challenging situations.

Choose to find the positive possibilities in everything that comes your way. And no problems will ever be able to hold you back.

- Ralph Marston

Orang Yang Menghafal AlQuran

Dari Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Perumpamaan orang yang hafal Quran, ialah seperti unta yang ditambatkan. Jika ia tetap diawasi, dia akan tetap tertambat, tetapi jika di biarkan dia akan hilang."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0761

Tarbiyah Penting Bagi Mendidik Manusia

Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta. Ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.

Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :

1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya, menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan sebagainya.

3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitab agama berunsur nasihat, bimbingan, kaunseling, lebih-lebih lagi yang memperkatakan masalah hati, penyakit dan rawatannya.

4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.

5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang berfaedah tanpa mensia-siakannya.

6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.

7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.

8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.

9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik di sisi Allah atau sebaliknya.

10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon keampunan daripada-Nya.

11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.

12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.


‘Tarbiyah Ruhiyyah’

Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang alpa dari berzikir kepada-Nya.

Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya. Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita perhatikan konsep ‘Tarbiyah Ruhiyyah’ atau pendidikan jiwa untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati Allah SWT.

1- Memelihara solat-solat fardhu secara berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat.

2- Memelihara amalan-amalan sunat qabliyyah dan ba’diyyah.

3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir pagi dan petang seperti Ma’thurat.

4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu “Astaghfirullah” sebanyak mungkin sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap Allah.

5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta merenung dan bertadabbur (memerhati) isi-isi kandungannya.

6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat qiyamullail.

7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar hanya kepada Allah SWT.

8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada ditimpa bala Allah.

9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi menghidupkan minda dan roh yang sudah lama mati dan beku.

10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang boleh merapat dan memperkasakan persaudaraan sesama muslim.

Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu ‘Alam.


Author : Ustaz Zain Hashim

Balasan Baik Hindari Marah

ABU Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan: Ada seseorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja, begitu juga Abu Bakar. Selepas orang itu selesai memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ.

Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad sambil berkata: "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam. Ketika saya menjawab maki hamun itu, tiba-tiba engkau bangun lalu pergi."

Rasulullah lantas menjawab: "Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan."

Rasulullah kemudian bersabda lagi: "Allah akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredaan Allah."

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah ada bersabda: "Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

"Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring."

Abu Hurairah al-Bahili berkata bahawa Rasulullah pernah bersabda: "Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredaan pada hari kiamat."

Fauzynm

Monday, September 28, 2009

Menutupi Cela

1. Hadis Sunan At Tirmidzi Jilid 2. Hadis Nombor 1473.

Qutaibah menceritakan kepada kami, Sofyan bin Uyainah menceritakan kepada kami dari Zuhri dari Abu Idris Al Khaulani dari Ubadah bin Shamit berkata: "Kita berada disamping Rasulullah saw, maka Nabi bersabda: "Berbaiahlah (berjanjilah) kamu semua kepadaku untuk tidak menyekutukan Allah, tidak mencuri dan tidak berzina". Nabi membacakan kepada mereka suatu ayat: "Dan barangsiapa diantara kamu semua yang memenuhi janji, maka pahalanya ada pada kehendak Allah dan barangsiapa terjerumus pada dosa-dosa itu, kemudian disiksa, maka seksa itu sebagai penebus dosanya dan barangsiapa terjerumus pada dosa-dosa itu, kemudian Allah menutupinya, maka semua itu terserah Allah kalau Allah berkehendak, maka Allah menyeksanya atau mengampuninya."

Didalam satu bab ini, hadis ini diriwayatkan dari Ali, Jarir bin Abdullah dan Khuzaimah bin Tsabit. Hadisnya Ubadah bin Shamit adalah hadis hasan sahih. Syafie berkata: "Saya belum pernah mendengar didalam bab ini, bahawasanya hukuman itu menjadi penebus dosa bagi pelakunya yang melebihi baiknya hadis ini. Syafie berkata: "Saya lebih senang bagi orang yang terjerumus ke dalam dosa-dosa dan kemudian Allah menutupi dosanya, hendaknya mereka sendiri menutup celanya dan bertaubat dengan Tuhannya". Begitu juga telah diriwayatkan dari Abu Bakar dan Umar, bahawasanya mereka memerintahkan kepada orang yang melakukan dosa-dosa untuk menutupi celanya atas dirinya sendiri.


2. Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2375.

Dari Shafwan bin Muhriz r.a. katanya seorang lelaki bertanya kepada Ibnu Umar:-"Bagaimana yang anda dengar sabda Rasulullah s.a.w. tentang "An Najwa" (suatu rahsia"?" Jawab Ibnu 'Umar, "Aku mendengar beliau mengatakan, bahawa nanti pada hari kiamat orang-orang mukmin didekatkan kepada Tuhannya, Allah azza wa Jalla, sehingga dia terdinding. Lalu Allah mengingatkannya akan dosa-dosanya seraya bertanya:
"Ingatkah kamu akan dosa-dosamu itu?" Jawab orang mukmin, "Kami ingat, wahai Tuhan!" Firman Allah, "Aku telah menutupnya (merahsiakan atau menyembunyikan) selama kamu di dunia, dan sekarang pada hari kiamat Ku ampuni pula dosa-dosa mu itu." Lalu diberikan-Nya surat keterangan kelakuan baik. Adapun orang-orang kafir dan munafik, mereka diteriakkan (diumumkan) di tengah-tengah khalayak ramai, "Inilah orang-orang yang mendustakan Allah."

Kacaunya Fikiran Ketika Solat

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya"
- [Al-Mukminun : 1-2]

Ketika Nabi s.a.w. melihat orang yang tidak sempurna solatnya dan tidak thuma'ninah dalam melaksanakannya, beliau menyuruhnya untuk mengulangi solatnya, beliaupun bersabda: "Jika engkau hendak mendirikan solat, sempurnakanlah wudhu, lalu berdirilah menghadap kiblat kemudian bertakbirlah (takbiratul ihram), lalu bacalah ayat-ayat Al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sampai engkau tenang dalam posisi rukuk, lalu bangkitlah (berdiri dari rukuk) sampai engkau berdiri tegak, kemudian sujudlah sampai engkau tenang dalam posisi sujud, lalu bangkitlah (dari sujud) sampai engkau tenang dalam posisi duduk. Kemudian, lakukan itu semua dalam semua solatmu"
- [Al-Bukhari, kitab Al-Adzan 757, Muslim kitab Ash-Shalah 397]

Jika anda sedar bahwa anda sedang solat di hadapan Allah SWT dan bemunajat kepadaNya, maka hal itu akan mendorong anda untuk khusyuk dan konsentrasi ketika solat, syaitan pun akan menjauh dari anda sehingga selamatlah anda dari bisikkannya. Jika dalam solat anda terasa banyak godaan, tiuplah tiga kali ke sebelah kiri dan memohonlah perlindungan Allah (tiga kali) dari godaan syaitan yang terkutuk, insyaAllah hal ini akan membebaskan anda.

Nabi s.a.w. pernah menyuruh salah seorang sahabatnya melakukan itu, ketika orang tersebut berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menyelinap diantara diriku dan solatku serta bacaanku, ia mengacaukan solatku"
- [Muslim, kitab As-Salam 2203 dari hadits Utsman bin Abu Al-Ash]

Anda tidak perlu mengulangi solat kerana godaan, akan tetapi hendaknya anda sujud sahwi jika anda telah terlupa melakukan apa yang diwajibkan itu. Misalnya, anda tidak melakukan tasyahud awal kerana lupa, atau tidak membaca tasbih ketika rukuk atau sujud kerana lupa, atau anda ragu bilangan rakaat ketika solat umpamanya, maka anggaplah bilangan rakaat yang sedikit, lalu sempurnakanlah solat, kemudian sujud sahwi dua kali sebelum salam.

Contohnya jika dalam solat Maghrib anda ragu apakah baru dua rakaat atau sudah tiga rakaat, maka anggaplah itu baru dua rakaat lalu sempurnakan, kemudian sujud sahwi dua kali sebelum salam, kerana demikianlah yang diperintahkan Nabi s.a.w.


Author : Syaikh Abdul Aziz bin Baz

Jika Kita Di Timpa Musibah

Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak terlibat dengan dadah dan sebagainya.
Apakah yang akan kita perbuat ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat dengan dadah..." dan sebagainya.

Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri secara tidak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan. Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh menyelesaikan masalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak masalahnya.

Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajjud. Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: "Orang-orang yang ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah Al Baqarah : Ayat 156).

Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah, supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya".

Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca zikir ini ketika diberitahu tentang kematian seseorang, sedangkan kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.

Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur. Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa sesuatu musibah, Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam. Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a, tetapi ditolaknya.

Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, maka berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling baik didunia sebagaimana permintaannya didalam zikirnya sebelum ini.

Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita.

Mutiara Kata: "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

Daging Korban Dan Aqiqah

Soalan:-

1)Manakah lebih baik dan lebih afdhal samada kita sedekahkan daging tersebut secara mentah-mentah atau kita masak terlebih dahulu dan beri makan kepada mereka yang berhak (buat kenduri)?

2) Adakah boleh orang bukan Islam makan Daging Aqiqah / Daging Korban ( mereka hadir dalam majlis kenduri dan makan makanan tersebut )

Jawapan:-

1. Bagi daging korban, sunat diagihkan dalam keadaan mentah. Jika hendak disedekahkan (atau dihadiahkan) setelah dimasak adalah harus. Cuma bahagian yang wajib disedekah kepada fakir miskin, hendaklah disedekahkan kepada mereka dalam keadaan mentah.[1]

Adapun bagi daging aqiqah, sunat dimasak[2] iaitu disedekahkan (atau dihadiahkan) dalam keadaan telah dimasak, bukan dalam keadaan mentah sebagaimana daging korban. Masakan pula disunatkan yang manis sebagai bertafaul (yakni menaruh harapan baik) agar bayi yang dilahirkan itu akan manis/elok akhlaknya.

Harus sama ada hendak menghantar daging yang dimasak itu ke rumah fakir miskin atau menjemput mereka memakannya di rumah. Namun menghantar masakan kepada mereka lebih afdhal dari memanggil/menjemput mereka ke rumah.[3]

2. Mengenai memberi daging korban kepada orang kafir, menurut Imam Hasan al-Basri, Abu Hanifah dan Abu Thur; ia adalah harus. Imam Malik pula memakruhkannya, malah memakruhkan memberi kulit binatang korban kepada mereka. Begitu juga dengan Imam al-Laith memakruhkannya. Adapun pandangan mazhab Syafi’ie, menurut Imam Nawawi; harus memberi makan kepada mereka jika korban itu adalah korban sunat, bukan korban wajib (yakni korban nazar)[4].

Wallahu a’lam.

Nota Kaki:-

[1] Mensedekahkan daging korban kepada faqir miskin dari kalangan muslimin adalah wajib sekalipun sedikit iaitu dengan kadar paling minima yang dapat dinamakan sedekah. Jika orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya memakan kesemua daging korbannya (tanpa ada sedikitpun yang disedekahkan kepada fakir miskin), maka ia wajib menggantinya dengan nilai/harga paling minima yang memadai sebagai sedekah, kemudian hendaklah ia membeli dengan harga daging itu untuk disedekahkan sebagai ganti yang dimakannya. Disyaratkan daging yang disedekahkan itu hendaklah dalam keadaan mentah dimana orang faqir miskin yang memperolehinya dapat menggunakannya mengikut kehendaknya sama ada menjualnya, memakannya atau sebagainya. Tidak memadai sekiranya disedekahkan dalam keadaan daging yang sudah dimasak atau pemilik korban memasak daging korban dan menjemput orang faqir miskin makan dirumahnya. Begitu juga tidak memadai sekiranya disedekahkan bahagian yang bukan daging seperti kulit, perut, limpa dan sebagainya. (Lihat; Al-Muhazzab, jil. 2, hlm. 838. al-Majmu’, jil. 8, hlm. 308-309 dan Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 824).

[2] Termasuklah daging aqiqah nazar; sunat dimasak terlebih dahulu, kemudian barulah disedekahkan kepada fakir miskin. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 4, hlm. 370).

[3] Al-Majmu’, jil. 8, hlm. 322.

[4] Rujuk; al-Majmu’, jil. 8, hlm. 316.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Saturday, September 26, 2009

Move Forward Anyway

You may not get it right on the first attempt. Do it anyway, and you'll soon figure it out.

People are likely to come up with all sorts of reasons why it will never work. Work on it anyway, and commit yourself to handling each challenge as it comes.

Something unexpected will probably happen, in your life, in your industry, or in the world at large, that will cause many of your assumptions to be incorrect. Move forward anyway, because you are perfectly capable of adjusting to changing conditions.

It is possible that you won't get the results you expected. Learn from the results you do get, and with your newfound knowledge you'll discover ways to achieve even better results than you first expected.

There is no good reason to deny yourself the opportunity to accomplish whatever you choose to accomplish. Life is about making a difference, and you will never run out of ways to do that.

Whatever has happened, whatever they say, whatever the state of the weather or the economy may be, move forward anyway. Life is what you choose to make it.

-Ralph Marston

Mutiara Kata

Isa Al-Masih berkata: "Engkau sesungguhnya tidak akan memperoleh apa yang engkau sukai, selain dengan kesabaranmu atas apa yang tidak engkau sukai".

Ali r.a berkata: "Sabar itu dari iman, adalah seperti kedudukan kepala dari tubuh, tidak ada tubuh bagi orang yang tidak mempunyai kepala. Dan tidak ada iman, bagi orang yang tiada mempunyai kesabaran".

Hamka berkata: "Berkawan dengan orang yang tidak berilmu tetapi hidup dalam kalangan orang-orang yang berilmu, lebih baik daripada berkawan dengan orang berilmu tetapi hidup di dalam kalangan orang yang bodoh-bodoh".

Menghormati Orang Yang Sedang Sakit

Dari Ibn Abbas r.a katanya: "Diantara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w ialah: Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang sakit."

Ibn Abbas berkata lagi: "Rasulullah s.a.w bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (semasa mereka melawat Baginda yang sedang gering): "Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!".

- Ibn Abbas r.a

Beramal Dengan Banyak Mazhab

Soalan :

Saya ingin bertanya tentang hukum beramal dengan pelbagai mazhab sebab di dalam website selalu disertakan pendapat beberapa mazhab apabila ditanya tentang satu-satu hukum sedangkan kita di Malaysia mengguna pakai mazhab Imam Syafie. Bolehkah saya gunapakai hukum-hukum Mazhab Syafie untuk sesetengah ibadah dan mazhab lain untuk ibadah yang lain? Ataupun adakah perlu pilih satu mazhab dan ikut keseluruhannya?

Jawapan :

Tidak ada nas yang mewajibkan seseorang untuk terikat dengan mazhab tertentu. Pelajarilah agama dengan sebaik mungkin mengikut kemampuan yang ada dan beramallah dengan pandangan yang saudara yakin bahawa ia paling menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

Mungkin diperingkat awal saudara perlu bertaklid kepada sesuatu pandangan (tanpa dalil) sebagai langkah awal untuk beramal. Tetapi tidak harus selama-lamanya bertaklid.

Hendaklah belajar (sama ada melalui guru atau pembacaan) dan beramal berdasarkan ilmu dan hujjah, bukan semata-mata mengikut sahaja.

Wallahu a'lam.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Bahayanya Sifat Gopoh

Salah satu di antara sifat manusia ialah bersifat gopoh. Ini jelas telah dinyatakan di dalam Al Quran yang bermaksud: Ertinya : "Dijadikan manusia itu sangat gopoh."

Ini juga diantara ujian kepada manusia. Apakah boleh berjaya atau tidak, manusia itu mendidik dan mendispinkan diri agar menjadi manusia yang tenang. Biasanya manusia gopoh kerana jiwanya tidak tenang, sentiasa gelisah dan resah, lebih-lebih lagi jika ditimpa ujian.

Manusia itu jika tidak berusaha mendidik dan bermujahadah dengan nafsu yang gopoh-gapah dan benih gelojoh, maka benih gopoh yang semulajadi yang Allah cipta dalam diri manusia ibarat benih pokok. Ia akan bertunas, berdaun dan berbatang akhirnya membesar subur dan berbuah di waktu itu. Sifat gopohnya benar-benar berakar umbi dan mendarah mendaging di dalam diri manusia hingga menjadi tabiat, sikap dan seterusnya menjadi budaya hidupnya.

Apabila sifat gopoh telah mendarah mendaging, maka diwaktu itu amat sulit sekali untuk membuangnya kecuali berusaha dan bersungguh-sungguh berjuang memeranginya.

Memanglah setiap yang negatif itu mudah dikawal sewaktu benihnya lagi. Apabila menjulur sahaja, pangkas, potong, akhirnya dia akan bantut tapi kalau dia dibiarkan menjadi sebatang pokok yang besar maka diwaktu itu sudah amat sulit sekali untuk memusnahkannya.

MERBAHAYANYA SIFAT GOPOH

Sifat gopoh, jika telah dibiarkan tidak dididik dan tidak diasuh daripada seorang yang kecil hingga dewasa bahkan sampai tua, sangat merosakkan pada diri yang mempunyainya dan juga orang lain.

DI ANTARA KEJAHATAN DAN KEBURUKKANNYA YANG TIMBUL DARI SIFAT GOPOH:

1. Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik buruknya. Akhirnya banyak tersalah. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berlaku baik dan diam."

Dalam pergaulan dan perbincangan, orang yang mempunyai sifat gopoh mudah sahaja memotong percakapan orang.

2. Gopoh dalam membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai, akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalan yang tidak berkesudahan.

3. Mudah tuduh-menuduh atau menghukum. Banyak orang yang terfitnah dan teraniaya dengan sebab kegopohan. Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan.

4. Daripada sifat gopoh itu mudah memukul, menyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selapas itu akan berlaku dendam-mendendam.

5. Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang.

6. Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah SWT. Firmannya: "JANGAN KAMU BERPUTUS ASA DARIAPADA RAHMAT ALLAH"; "TIADA YANG BERPUTUS ASA ITU MELAINKAN KAUM YANG KAFIR"

7. Orang yang gopoh selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak dan tersasul yang akan merugi dan menyusahkan diri. Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu, bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja terbengkalai bila terasa kerja itu susah dan berat.

8. Dengan sifat gopoh, seseorang itu ada kalanya mudah marah mendadak tanpa munasabah sekalipun pada kawan, isteri, anak-anaknya; lebih-lebih lagi kalau bukan kawannya.

9. Sifat gopoh boleh membuat seseorang itu melulu bertindak. Mudah menjadikan musuh sebagai kawan dan juga menjadikan kawan itu musuh. Segala tindakan dan usaha-usahanya sembrono, tidak berdisplin, tersusun dan teratur.

10. Sifat gopoh menjadikan seseorang mudah bertukar fikiran. Mudah mengubah sikap. Mudah bertukar prinsip. Mudah dihasut hingga susah kita hendak berpegang dengan pendiriannya. Kalau dalam satu perjuangan mudah menyebelahi musuh atau memukul kawan seperjuangan.

11. Gopoh termasuk akhlak yang buruk, perangai yang hodoh, budi pekerti yang pelik, dibenci oleh Allah, Rasul dan seluruh makhluk.

12. Sifat gopoh pada seseorang membuatkannya mudah atau cepat menolak kebenaran yang dibawa oleh orang lain tanpa fikir panjang, tanpa kaji dan selidik. Sifat gopoh yang tidak dapat dikekang dan dikawal, menjadikan seseorang itu hilang sabar atau menjadi orang yang tidak sabar, terutama bila diuji dengan nikmat mahupun kesusahan.

PUNCA-PUNCA ATAU SUMBER SIFAT GOPOH

Punca atau sumber sifat gopoh itu benihnya adalah ciptaan Tuhan. Semulajadi ia lahir bersama-sama dengan tubuh manusia. Kemudian dibiarkan dia tanpa dididik hingga menjadi subur.

Didorong lagi dengan sifat ego atau sombong samada disedari atau tidak. Kerana sifat ego juga telah Allah ciptakan sejak lahir lagi. Apatah lagi didorong oleh faktor-faktor seperti ada pangkat yang tinggi, kaya, ada kuasa dan lain-lain

Mungkin kekurangan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu hati atau jiwa. Samada Mahmudahnya mahupun Mazmummahnya. Ertinya hati atau jiwanya terbiar tanpa dapat pimpinan dan didikan yang sempurna secara Islam maka terdorong dari dalaman.

Boleh jadi juga faham tentang ilmu hati atau jiwa tapi lemah bermujahadah atau tidak sungguh-sungguh bermujahadah kerana lemahnya iman atau lemahnya aqidah dan tidak tahan godaan diluar diri yang sentiasa mencabar.

Mungkin juga didorong oleh sifat tamak dan rakus. Atau didorong oleh jiwa yang lemah kerana lemahnya aqidah dan sekalipun disertakan ilmunya tapi tidak dihayati.

Sifat gopoh boleh menjadikan manusia tidak berdisplin hidupnya terutama bila berhadapan dengan dua keadaan ini:-

APABILA WAKTU SENANG DAN MEWAH

Diwaktu mereka ada duit, hilang pertimbangan. Waktu berbelanja terlalu gopoh berbelanja, membeli apa saja, bermacam-macam. Berfaedah atau tidak, perlu atau tidak; macam orang kemaruk. Hilang rasionalnya hingga timbullah pembaziran. Maka kesenangan tidak dapat dikongsi oleh orang lain.

APABILA MENDAPAT KESUSAHAN

Apabila mendapat kesusahan seperti kemiskinan, sakit, bencana alam, kemalangan, di waktu itu mereka yang gopoh itu nampak sangat melulunya dalam hendak menyelesaikan masaalah, keluh kesahnya begitu ketara, mukanya tidak ceria, maka mengadulah ia ke sana, ke mari. Dia tidak fikir orang suka atau tidak. Sesuaikah orangnya untuk mengadu atau tidak. Orang itu simpati atau benci. Dia akan ceritakan masalah, walaupun sebelum ini entah berapa kali sudah diceritakan masalahnya.

Untuk mengatasi kemiskinan, membuat yang tidak patut hingga menimbulkan masalah lebih kusut lagi seperti berhutang di sana di sini hingga hutang keliling pinggang. Begitu juga kalau sakit, apabila bertemu sahaja ubat di mana-mana dia mesti beli, sekali dua sahaja digunakan atau dimakan, kemudian beli ubat yang lain pula. Begitu sekali gopohnya membeli ubat. Sesetengahnya jumpa bomoh sami, berubat menyalahi syariat. Bersandar dengan Tuhan langsung tidak ada dalam jiwanya kerana merasakan semua masalah boleh diselesaikan dengan usahanya. Terlalu bersandar dengan usaha, hilang displin diri. Bila hilang displin diri nampaklah melulunya, tindak tanduknya hingga hilang pertimbangan akal fikirannya.

BAGAIMANA MENGHILANGKAN SIFAT GOPOH

Untuk menghilangkan gopoh kenalah tenangkan jiwa dan hati. Di dalam ajaran Islam, semua masalah ada jalan penyelesaiannya kerana Islam itu agama keselamatan dunia akhirat, penyelesai semua masalah. Al Quran ada menyatakan:

FIRMAN ALLAH:

"Dan kami menurunkan daripada Al Quran itu barang yang menjadi ubat dan rahmat kepada orang mukmin dan tidak menambah akan orang yang zalim itu melainkan rugi".

Allah SWT mengatakan Al Quran atau Islam itu adalah ubat untuk penyakit lahir dan batin, fizikal dan rohani, dunia dan akhirat dan juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat. Juga menjadi rahmat kepada seluruh dunia dan akhirat bagi orang mukmin. Allah SWT menyebut orang mukmin kerana orang mukmin sahaja yang mahu tunduk dan patuh kepada Al Quran atau ajaran Islam.

FIRMAN ALLAH:

"Tidak ada ucapan orang mukmin itu apabila di ajak kepada Allah dan Rasulnya agar menghukum dikalangan mereka itu melainkan mereka berkata-kata kami dengar dan kami patuh."

Justeru itu bagi orang mukmin untuk menenangkan jiwanya, Allah SWT memberitahu di dalam satu ayat berbunyi:

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati akan menjadi tenang."

Di sini tahulah kita bahawa ubat untuk hati yang tidak tenang ialah banyak mengingati Allah SWT. Al-Quran ada menyebut dalam sepotong ayat berbunyi;

"Barangsiapa yang berpaling daripada mengingati Aku, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit."



Credit to: Fauzynm

Friday, September 25, 2009

Every Choice Is An Opportunity

Every choice has certain benefits. And every choice has its costs.

If you are willing to bear the costs of a particular choice in order to enjoy the benefits, then go ahead with it. If the costs are too high for you when compared to the benefits, then move on and find another, more appropriate choice.

When you adopt an attitude that life, or the world, or your community owes you something, you set yourself up for extreme disappointment. Realize instead that you are already living in a universe filled with abundance, and that creating meaningful value out of that abundance is up to you.

No matter who you are, where you are from, or what you have, a life of fulfillment requires personal effort, commitment and integrity from you. It is through making continued positive choices that you line up life's abundance in ways that uniquely express your visions and values.

Every moment is a choice, and every choice is an opportunity to build real and meaningful value in your life. Your choices enable you to direct efforts so that those efforts add up to something great and desirable.

Through the choices you make, you have the power to access the very best of life. Choose often, choose wisely, choose with the highest intentions, and your choices will take you precisely where you wish to go.

-Ralph Marston

Nescaya Tersiksa

Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa”. Aisyah bertanya: ”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda: ”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti. Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.”

- (Muslim)

Huraian:-

Seperti yang dapat dilihat, peristiwa-peristiwa yang akan berlaku selepas kematian telah dijelaskan seolah-olah ia telah pun berlaku dan telah berlalu di dalam Al-Quran. Berkumpulnya umat Islam dari berbagai bangsa dan bahasa, yang berlainan rupa dan kulit di suatu tempat (Makkah) adalah menjadi gambaran berkumpulnya manusia di Padang Mahsyar di akhirat kelak untuk menerima hisab bagi setiap amalan yang dilakukan di dunia.

Hisab di akhirat adalah mudah dan ringan sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan beriman dan bertaqwa kepada Allah dan akan menjadi sukar dan payah bagi orang-orang yang banyak melakukan dosa dan kemungkaran apatah lagi jika mereka yang mati dalam keadaan kufur kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang telah mendustakan hari menemui Allah untuk menerima balasan selepas dihisab.

Oleh yang demikian, sebelum kita dihisab di akhirat kelak, hisabkanlah diri kita terlebih dahulu dan mohonlah keampunan daripada Allah S.W.T kerana “tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan Tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata.(Yunus:61). Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang diberi kemudahan oleh Allah pada hari kiamat kelak.

Perhiasan Yang Di Larang Dalam Islam

Barang-barang kemas daripada emas suasa

Emas suasa ialah pancalogam atau campuran daripada emas dan tembaga.

Barang-barang kemas yang diperbuat daripada emas suasa, seperti cincin, gelang, kalung dan sebagainya adalah termasuk di antara barang-barang yang diharamkan bagi kaum laki-laki memakainya, kerana perhiasan emas yang diharamkan itu tidak kira sama ada ianya terdiri daripada emas semata-mata (tidak bercampur dengan benda yang lain) ataupun sebahagiannya daripada emas dan sebahagian lagi daripada benda yang lain (bercampur). Sedangkan zat emas itu terdapat pada emas suasa. Di samping itu, terdapat unsur bermegah-megah dan membanggakan diri dengan memakai emas suasa itu.
-(Tuhfah 1/118-119, Al-Raniri, Sirat al-Mustaqim m.s. 25, Fatwa siri 4/86)

Al-‘Allamah asy-Syeikh Nuuruddin Muhammad Jilani ar-Raniri di dalam kitabnya Sirat al-Mustaqim menjelaskan: “Dan demikian lagi, haram memakai suasa…..”(M.s. 25)

Allahyarham Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Awang Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz pernah ditanya mengenai hukum orang laki-laki memakai rantai leher, gelang tangan, cincin yang dibuat daripada suasa. Beliau menjelaskan:
“Haram di atas laki-laki memakai barang-barang kemas dari emas seperti cincin dan juga dari suasa, kerana suasa itu suatu logam yang terjadi dari emas dan suasa."

Berkata al-Imam an-Nawawi dalam Minhaj: “Halal digunakan tiap-tiap bejana yang suci, melainkan bejana yang diperbuat dari emas atau perak adalah haram digunakan.”

Kata al-Imam Ibnu Hajar lepas matn al-Minhaj ini: “Semuanya atau setengahnya dari salah satu dari keduanya (emas dan perak) atau dari keduanya.”

Berkata al-Imam Ibnu Hajar, sebab diharamkan ialah kerana ‘ain (emas ada pada suasa itu), dengan syarat ada khuyala’ iaitu bermegah-megah dan membesarkan diri dengan memakai suasa itu.

Berkata ulama: “Kerana warna yang ada pada suasa itu warna kuning, sekalipun sedikit pada pandangannya, tetapi warna kuning itu tiada sepenuhnya bahkan warna kuning bercampur dan bersulam dengan warna merah dan ada khuyala’ pada memakai suasa seperti ada khuyala’ pada memakai emas.”

Oleh yang demikian memakai cincin dari suasa adalah haram, apatah lagi kalau cincin itu dibuat dengan semata-mata emas.”
- (Fatwa siri 4/86)

Barang-barang kemas daripada perak

Harus bagi perempuan memakai cincin, gelang, rantai, loket, anting-anting yang diperbuat daripada perak. Akan tetapi, barang-barang kemas seperti itu adalah dilarang bagi kaum laki-laki memakainya kecuali cincin. Tidak dilarang bagi laki-laki memakai cincin yang diperbuat daripada perak, bahkan hukumnya adalah sunat, kerana Rasulullah s.a.w. memakai cincin yang diperbuat daripada perak.

Kadar pemakaian perak yang diharuskan bagi perempuan adalah sebagaimana kadar pemakaian emas yang diharuskan bagi mereka.

Sementara bagi laki-laki, ukuran kadarnya ialah tidak melebihi daripada pandangan adat kebiasaan atau ‘urf. Dalam erti kata yang lain, jika pada pandangan adat kebiasaan pemakaiannya itu adalah banyak, maka itulah yang dilarang. Sebaliknya, jika menurut pandangan adat kebiasaan pemakaiannya itu tidak dikatakan sebagai berlebihan, maka ianya diharuskan.
- (Al-Majumu‘ 4/331, Mughni al-Muhtaj 1/392)

Bejana Emas Dan Perak

Para ulama fiqh telah sepakat menetapkan bahawa haram hukumnya bagi lelaki dan perempuan memakai atau menggunakan bejana yang diperbuat daripada emas dan perak seperti pinggan, mangkuk, sudu, garpu dan cawan. Termasuk maksud bejana itu juga pencelak mata, tempat pencelak mata, pencungkil gigi dan seumpamanya. Penggunaan yang dilarang itu tidak kira sama ada bagi tujuan sebagai alat untuk makan dan minum, tempat menyimpan ataupun semata-mata hanya untuk perhiasan tanpa digunakan.

Dasar ketetapan hukum haram memakai atau menggunakan barang-barang ini disandarkan kepada berbagai-bagai sumber hadis, antaranya sepertimana yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a., beliau berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Maksudnya: “Sesiapa yang minum (menggunakan) pada bejana daripada emas atau perak, maka dia hanya akan menggelegakkan di dalam perutnya api daripada neraka Jahannam.”
- (Hadis riwayat Muslim)

Termasuk juga yang diharamkan itu, memakai bejana yang di disadur dengan emas dan perak.

Namun begitu, tidak mengapa kalau perak dijadikan sebagai pematri atau penampal bejana yang pecah atau berlubang, jika tampalan itu kecil kerana keperluan atau hajat.

Memakai Sutera

Sutera ialah benang yang lembut dan halus yang didapati daripada sejenis ulat iaitu ulat sutera.

Sutera hanya diharuskan bagi kaum perempuan sahaja. Sementara bagi kaum laki-laki, para ulama fiqh bersepakat mengatakan bahawa, memakai sutera bagi laki-laki adalah haram. Larangan memakai sutera bagi laki-laki itu meliputi sama ada untuk tujuan pakaian seperti baju, kain sarung, tali leher dan sebagainya, ataupun untuk tujuan selain daripada pakaian, iaitu seperti hamparan permaidani, bantal dan lain-lain.

Perkara ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Huzaifah r.a., beliau berkata: Maksudnya: “Nabi s.a.w. melarang kami daripada minum dengan menggunakan bejana emas dan perak, menggunakannya untuk makan dan (melarang kami) daripada memakai sutera, pakaian yang ditenun daripada sutera dan (melarang kami) daripada duduk di atasnya”
- (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sutera yang dilarang bagi kaum laki-laki itu ialah sutera yang tidak bercampur dengan bahan yang lain (pure silk) ataupun sutera yang bercampur dengan bahan yang lain tetapi kadar suteranya lebih banyak daripada bahan yang lain itu.

Ukuran banyak dan sedikit sutera yang dicampur dengan bahan yang lain itu adalah dilihat kepada berat timbangannya. Oleh itu, jika sutera itu bercampur dengan bahan yang lain dan bahan suteranya lebih berat timbangannya berbanding dengan bahan yang lain, maka tidak boleh bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya. Jika suteranya lebih ringan timbangannya, maka diharuskan bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya. Jika kadar timbangan keduanya (sutera dan bahan yang bercampur dengannya) sama berat, maka mengikut pendapat yang shahih, diharuskan bagi laki-laki memakainya atau menggunakannya.
- (Al-Majmu‘4/320-323)

Sumber dari :- State Mufti's Office, Brunei Darussalam

Thursday, September 24, 2009

This Moment Is What It Is

Choose to accept all that comes your way and in it you will find great value. Resist the urge to impose your judgment on people, places, things and events that surround you, and you'll connect with many more possibilities.

To make the very best of any situation, you must first acknowledge and accept the reality of what it is. That provides you with a valuable starting point from which you can move in any direction you choose.

To deny or to fight against what has already happened, will merely waste your energy and resources. To wish that things had been different, or to pretend that they are, will do you no good.

Instead, visualize what can be in all the richness and detail that you can imagine. Then find a step you can take right now that will lead you in the direction of your dream.

Losers argue about what has happened and who is at fault, and put their energy into resentment for what is.

Winners choose the life they wish to create, and find a way to move toward it from any situation.

This moment is here and now, and this moment is what it is. Accept it fully, with enthusiasm and gratitude, and take a big step in the direction of your dream.

-Ralph Marston

Perkara Yang Dapat Melepas/Meringankan Dari Seksaan

Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibnu Hajar Al-Haitami dalam kitabnya "Az-Zawaajir" bahawa orang yang memelihara solat lima waktu itu akan dihindarkan dari seksaan kubur; sebaliknya orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya dihimpitkan kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi 'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda: "Siapa membaca 'Qul huwallaahuahad' dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan kubur; dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan sampai ke Syurga." (bagi mereka yang beriman).

** Akan tetapi mengikut Hadith yang sama dikemukakan oleh Abu Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah" (Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda: "Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya dari seksaan Kubur"
- Riwayat An-Nasaa'i.

Hadis Riwayat At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan. "Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak, adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari seksaan Kubur"
- Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau membaca Surah "Alif Laam Miin Al Kitaab" (Surah As-Sajdah) dan "Tabaarak".

4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar Nabi s.a.w bersabda : "Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah lebih utama". Terkadang beliau bersabda: "Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah Allah) nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah; dipahalai sebagai hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."
- Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda : "Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia dihari atau malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"
- Riwayat At-Turmudzi: Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu': "Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia diseksakan dalam kuburnya"
- Juga Riwayat Ibu Maajah Al Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda: "Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya). Sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan menangis sahaja"
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma kebajikan:

Uqbah B. Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw bersabda : "Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat"
- Riwayat At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100 kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan kuburnya dipenuhi api. Sesudah api hilang (padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetapi engkau tidak memberikan pertolongan"
- Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud, An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah bgainda saw (yang perlu diikuti segera) iaitu dibacakan sebelum doa terakhir sebelum salam, doanya berbunyi : "Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan daripada fitnah Al-Masiih Ad-Dajaal (gunakan salah satu kata ini)"

11. Khatam Quran dan DOA

Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah saw berbunyi:
"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku"
- Riwayat Abi Umaamah

Membuang Tahi Lalat

Soalan:

Apakah hukum wanita/lelaki yang membuang tahi lalatnya di muka atau yang sejenis dengannya? Adakah itu termasuk merubah ciptaan Allah?

Jawapan:

Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimiin ditanya mengenai apakah boleh membuang tahi lalat yang mengaibkan contohnya tahi lalat yang berbulu. Jawab Syaikh Uthaimiin, "Boleh, insyaAllah". Maksudnya, jika ada tujuan menghilangkan aib, maka tahi lalat itu boleh dihapuskan. Apapun dikembalikan kepada niat pelakunya. WA

Menjaga Keteguhan Aqidah

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bukalah (ajarkanlah) anak-anak kamu kalimah pertama dengan “La ilaaha illallah”.”

- Riwayat al-Hakim

Huraian:-

1. Kalimah tauhid adalah merupakan asas aqidah dan prinsip tauhid dan iman.

2. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar memulakan hidup setiap anak dengan memperdengarkan kalimah tauhid menerusi laungan azan dan iqamah ke telinga mereka selepas dilahirkan.

3. Kanak-kanak adalah individu yang mudah diajar. Oleh itu anak-anak yang membesar dengan mendapat didikan agama yang cukup dan sempurna akan mudah dilentur. Mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk apalagi ajaran-ajaran yang dibawa oleh golongan yang kufur dan sesat sekiranya ibu bapa tidak mengabaikan peranan dan kewajipan mereka.

Saturday, September 19, 2009

Have A Goal

When you're not headed in any particular direction, that's where you'll end up arriving -- nowhere!

When you have no specific goal in mind, that's what you'll end up accomplishing -- not much!

Sometimes it can be truly helpful and enlightening to wander without a clear destination and to explore new territory. Yet if that's all you ever do, all that enlightenment will never be put to use.

When you give yourself a clear, specific goal, your actions take on the power of purpose. That can help to make you more creative, resourceful, persistent and effective.

Set a couple of goals for today, and you become far more likely to get those things done. Powerful forces, some of which you may not even realize or understand, are set in motion by your intentions.

Before you start to move forward, decide for yourself exactly what it means to move forward. Before you begin to take action, be sure you know the reason for that action.

You'll accomplish much more when you clearly know what you intend to accomplish. Get a goal, and you'll make it happen.

-Ralph Marston

Ibubapa Yang Telah Tua Dan Tidak Mampu Berpuasa

Soalan:-

Ibubapa saya sudah terlalu tua & tidak mampu berpuasa. Sepanjang Ramadhan tahun ini, mereka tidak mampu berpuasa untuk beberapa hari. Adakah mereka perlu ganti puasa di bulan yang lain? Adakah sebarang denda yang perlu dibayar?

Jawapan:-

Orang yang tidak mampu lagi berpuasa sama ada kerana telah tua, sakit yang tidak ada lagi harapan untuk sembuh atau seumpamanya, harus dia berbuka dan hendaklah diganti dengan fidyah.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Rumahku, Syurgaku

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: ”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

- (al-Bukhari)

Huraian:-

1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar yang boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah.

3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.

Mengenai Alkohol

Soalan:

1. Apakah hukum memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol?
2. Sah atau tidak solat kita jika kita memakai minyak wangi yang mengandungi alkohol?
3. Bolehkah kita memakan ubat batuk yang mengandungi alkohol?
4. Bolehkah kita memakan lozenges (gula-gula untuk sakit tekak) yang mengandungi alkohol?

Jawapan:

1. Dibolehkan memakai wangian beralkohol seperti yang biasa kita pakai hari ini selagi kandungan alkoholnya hanya sedikit dan tidak mengandungi najis. Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah dari jenis kandungan alkohol yang terlalu sedikit dan kering (hilang) apabila terdedah kepada udara.

2. Solat yang dikerjakan dengan memakai wangian ini juga dikira sah selagi memenuhi syarat di atas.

3. Secara umumnya, perkara yang haram akan membawa mudarat kepada manusia, bukan menyembuhkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"ALLAH tidak akan menjadikan perkara yang diharamkan ke atas kamu sebagai ubat".
– Hadis sahih riwayat al-Tabrani, Ibn Hibban dan Ahmad.

4. Kalau boleh, elakkan, kerana ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu yang haram sebagai penyembuh penyakit. Carilah ubat lain yang lebih diyakini halal.
- (Rujuk: www.islam-qa.com).

Ustazah Sakinah

Adakah Kita Di Benci Allah ?

"Orang-Orang Yang Dibenci Allah" - Diriwayatkan oleh an-Nasa'I dari Abi Hurairah:
Ada empat jenis manusia yang amat dimurkai ALLAH iaitu:

1) Penjual yang banyak menggunakan sumpah untuk meyakinkan kebagusan barang dagangannya atau sebagainya, sedangkan sebenarnya barang-barang itu tidak sebaik yang dikatakannya. Ia menarik minat pembeli dengan sumpah-sumpah dusta agar barang-barang yang dijualnya itu dibeli dengan harga yang baik.

2) Si fakir yang sombong yang menolak pemberian yang sedikit dan tidak tahu bersyukur dan berterima kasih atas pemberian-pemberian yang diterima, atau si fakir yang suka hidup dengan orang-orang yang berada dengan kewangannya yang sedikit .

3) Si tua yang berzina. Walaupun umurnya sudah lanjut, namun ia masih belum insaf kesudahan hidupnya malah masih merasa muda dan jauh dari panggilan maut. Ia sepatutnya memperlihatkan contoh-contoh teladan yang baik kepada generasi muda, tetapi sebaliknya ia melumbai mereka dalam bidang-bidang maksiat terutamanya maksiat zina.

4) Pemimpin yang zalim. Tidak syak lagi bahawa kezaliman seorang raja atau pemimpin negara akan mendatangkan berbagai-bagai implikasi yang buruk kepada ketenteraman rakyat dan keselamatan negara. Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan bahawa kezaliman itu lambat laun akan mencetuskan reaksi-reaksi rakyat yang tajam dan pada akhirnya akan menumbangkan pemerintahannya.

Friday, September 18, 2009

It Comes Back

You have no way of knowing how or when all the things you do will come back to you. What you can know is that they will!.

Some obscure and seemingly useless fact you learn today could end up playing a major role in your life next week, or five years from now.

Some small favor that you do tomorrow may come back to you in a few months as a grand opportunity.

You never know exactly how life will reflect back the face you present to it. Yet eventually, and quite faithfully, it does come back to you.

The value that you put into life becomes the value that you experience from life. The more love you give, the more love you are able to know.

Your words do not end when you speak them, and your actions do not stop when you've completed them. They go out into life and begin connecting you with the people, circumstances and things that resonate with those words and actions of yours.

Live as though the things you do, in one way or another, will come back to you. For you can be certain that they will.

-Ralph Marston

60 PINTU PAHALA DAN PELEBUR DOSA

Di dalam risalah yang sederhana ini kami sampaikan beberapa amalan yang dapat melebur dosa dan membawa pahala yang besar, yang kesemuanya bersumber dari hadis-hadis yang shahih. Kita bermohon kepada Allah yang Maha Hidup, yang tiada Tuhan yang haq selain Dia, untuk menerima segala amalan kita. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

1. TAUBAT

"Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan mengampuninya"
- HR. Muslim, No. 2703.

"Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla menerima taubat seorang hamba selama roh belum sampai ketenggorokan".

2. KELUAR UNTUK MENUNTUT ILMU

"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya, dengan (ilmu) itu, jalan menuju surga"
-HR. Muslim, No. 2699.

3. SENANTIASA MENGINGAT ALLAH

"Inginkah kalian aku tunjukkan kepada amalan-amalan yang terbaik, tersuci disisi Allah, tertinggi dalam tingkatan derajat, lebih utama daripada mendermakan emas dan perak, dan lebih baik daripada menghadapi musuh lalu kalian tebas batang lehernya, dan merekapun menebas batang leher kalian? Mereka berkata: "Tentu", lalu beliau bersabda: " Zikir kepada Allah Ta`ala "
- HR. At Turmidzi, No. 3347.

4. BERBUAT YANG MA`RUF DAN MENUNJUKKAN JALAN KEBAIKAN

"Setiap yang ma`ruf adalah sedekah, dan orang yang menunjukkan jalan kepada kebaikan (akan mendapat pahala) seperti pelakunya"
-HR. Bukhari, Juz. X/ No. 374 dan Muslim, No. 1005.

5. BERDA`WAH KEPADA ALLAH

"Barangsiapa yang mengajak (seseorang) kepada petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun"
-HR. Muslim, No. 2674.

6. MENGAJAK YANG MA`RUF DAN MENCEGAH YANG MUNGKAR.

"Barangsiapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, jika ia tidak mampu maka dengan lisannya, jika ia tidak mampu (pula) maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman"
-HR. Muslim, No. 804.

7. MEMBACA AL QUR`AN

"Bacalah Al Qur`an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat untuk memberikan syafa`at kepada pembacanya"
-HR. Muslim, No. 49.

8. MEMPELAJARI AL QUR`AN DAN MENGAJARKANNYA

"Sebaik-baik kalian adalah orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya"
-HR. Bukhari, Juz. IX/No. 66.

9. MENYEBARKAN SALAM

"Kalian tidak akan masuk syurga sehingga beriman, dan tidaklah kalian beriman (sempurna) sehingga berkasih-sayang. Maukah aku tunjukkan suatu amalan yang jika kalian lakukan akan menumbuhkan kasih sayang di antara kalian? (yaitu) Sebarkanlah salam"
-HR. Muslim, No.54.

10. MENCINTAI KERANA ALLAH

"Sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman pada hari kiamat: "Di manakah orang-orang yang mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Aku akan menaunginya dalam naungan-Ku, pada hari yang tiada naungan selain naungan-Ku"
-HR. Muslim, No. 2566.

11. MELAWAT ORANG SAKIT

"Tiada seorang muslim pun melawat orang muslim yang sedang sakit pada pagi hari kecuali ada 70,000 malaikat berselawat kepadanya hingga petang hari, dan apabila ia menjenguk pada petang harinya, mereka akan berselawat kepadanya hingga pagi hari, dan akan diberikan kepadanya sebuah taman di syurga"
- HR. Tirmidzi, No. 969.

12. MEMBANTU MELUNASI HUTANG

"Barangsiapa meringankan beban orang yang dalam kesulitan, maka Allah SWT akan meringankan bebannya di dunia dan di akhirat"
-HR. Muslim, No.2699.

13. MENUTUP AIB ORANG LAIN

"Tidaklah seorang hamba menutup aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat"
-HR. Muslim, No. 2590.

14. MENYAMBUNG TALI SILATURAHIM

"Silaturahim itu tergantung di `Arsy (Singgasana Allah) seraya berkata: "Barangsiapa yang menyambungku maka Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan barangsiapa yang memutuskanku maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya"
-HR. Bukhari, Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim, No. 2555.

15. BERAKHLAK YANG BAIK

"Rasulullah SAW ditanya tentang apa yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga, maka beliau menjawab: "Bertakwa kepada Allah dan berbudi pekerti yang baik"
-HR. Tirmidzi, No. 2003.

16. JUJUR

"Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan, dan kebaikan menunjukkan jalan menuju surga"
-HR. Bukhari Juz. X/No. 423 dan HR. Muslim., No. 2607.

17. MENAHAN MARAH

"Barangsiapa menahan marah padahal ia mampu menampakkannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah SWT akan memanggilnya di hadapan para makhluk dan menyuruhnya untuk memilih bidadari yang ia sukai"
-HR. Tirmidzi, No. 2022.

18. MEMBACA DO`A PENUTUP MAJLIS

"Barangsiapa yang duduk dalam suatu majlis dan banyak terjadi di dalamnya kegaduhan lalu sebelum berdiri dari duduknya ia membaca do`a:
(Maha Suci Engkau Ya Allah dan dengan memuji-Mu aku bersaksi bahwa Tidak ada Ilah (Tuhan) yang berhak disembah kecuali Engkau, aku memohon ampun dan beraubat kepada-Mu)
melainkan ia akan diampuni dari dosa-dosanya selama ia berada di majlis tersebut"
-HR. Tirmidzi, Juz III/No. 153.

19. SABAR

"Tidaklah suatu musibah menimpa seorang muslim baik berupa malapetaka, kegundahan, rasa letih, kesedihan, rasa sakit, kesusahan sampai duri yang menusuknya kecuali Allah akan melebur dengannya kesalahan-kesalahannya"
-HR. Bukhari, Juz. X/No. 91.

20. BERBAKTI KEPADA KEDUA ORANG TUA

"Sangat celaka, sangat celaka, sangat celaka... !" Kemudian ditanyakan: "Siapa, ya Rasulullah?" Beliau bersabda: "Barangsiapa yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satunya di masa lanjut usia kemudian ia berbakti kepada keduanya tidak bisa masuk syurga"
-HR. Muslim, No. 2551.

21. BERUSAHA MEMBANTU PARA JANDA DAN MISKIN

"Orang yang berusaha membantu para janda dan fakir miskin sama halnya dengan orang yang berjihad di jalan Allah" dan saya (perawi) mengira beliau berkata: "Dan seperti orang melakukan qiyamullail yang tidak pernah jenuh, dan seperti orang berpuasa yang tidak pernah berbuka"
- HR. Bukhari, Juz. X/No. 366. (Bersambung ke edisi berikutnya)

22. MENANGGUNG BEBAN HIDUP ANAK YATIM

"Saya dan penanggung beban hidup anak yatim itu di syurga seperti begini," seraya beliau menunjukan kedua jarinya: jari telunjuk dan jari tengah.
-HR. Bukhari, Juz. X/No. 365.

23. WUDHU`

"Barangsiapa yang berwudhu`, kemudian ia memperbagus wudhu`nya, maka keluarlah dosa-dosanya dari jasadnya, hingga keluar dari ujung kukunya"
-HR. Muslim, No. 245.

24. BERSYAHADAT SETELAH BERWUDHU`

Barangsiapa berwudhu` lalu memperbagus wudhu`nya kemudian ia mengucapkan:

"Saya bersaksi bahwa tiada Tuhan yang haq selain Allah tiada sekutu bagi-Nya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang yang bertaubat dan jadikanlah aku termasuk orang-orang yang bersuci,"

maka dibukakan baginya pintu-pintu syurga dan ia dapat memasukinya dari pintu mana saja yang ia kehendaki"
-HR. Muslim, No. 234.

25. MENGUCAPKAN DO`A SETELAH AZAN

Barangsiapa mengucapkan do`a ketika ia mendengar seruan azan:

"Ya Allah, pemilik panggilan yang sempurna dan shalat yang ditegakkan, berilah Muhammad wasilah (derajat paling tinggi di surga) dan kelebihan, dan bangkitkanlah ia dalam kedudukan terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya"

maka ia berhak mendapatkan syafa`atku pada hari kiamat"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 77.

26. MEMBANGUN MASJID

"Barangsiapa membangun masjid kerana mengharapkan keredhaan Allah, maka dibangunkan baginya yang serupa di syurga"
-HR. Bukhari, No. 450.

27. BERSIWAK

"Seandainya saya tidak mempersulit umatku niscaya saya perintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap shalat"
-HR. Bukhari II/No. 331 dan HR. Muslim, No. 252.

28. BERANGKAT KE MASJID

"Barangsiapa berangkat ke masjid pada waktu pagi atau petang, nescaya Allah mempersiapkan baginya tempat persinggahan di syurga setiap kali ia berangkat pada waktu pagi atau petang"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 124 dan HR. Muslim, No. 669.

29. SHALAT LIMA WAKTU

"Tiada seorang muslim kedatangan waktu shalat fardhu kemudian ia memperbagus wudhu`nya, kekhusyukannya dan rukuknya kecuali hal itu menjadi pelebur dosa-dosa yang dilakukan sebelumnya selama ia tidak dilanggar suatu dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa"
-HR. Muslim, No. 228.

30. SHALAT SUBUH DAN ASAR

"Barangsiapa shalat pada dua waktu pagi dan petang (Subuh dan Asar) maka ia masuk syurga"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 43.

31. SHALAT JUM`AT

"Barangsiapa berwudhu` lalu memperindahnya, kemudian ia menghadiri shalat Jum`at, mendengar dan menyemak (khutbah) maka diampuni dosanya yang terjadi antara Jum`at pada hari itu dengan Jum`at yang lain dan ditambah lagi tiga hari"
-HR. Muslim, 857.

32. SAAT DIKABULKANNYA PERMOHONAN PADA HARI JUM`AT

"Pada hari ini terdapat suatu saat bilamana seorang hamba muslim bertepatan dengannya sedangkan ia berdiri shalat seraya bermohon kepada Allah sesuatu, tiada lain ia akan dikabulkan permohonannya"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 344 dan HR. Muslim, No. 852.

33. MENGIRINGI SHALAT FARDHU DENGAN SHALAT SUNNAT RAWATIB

"Tiada seorang hamba muslim shalat kerana Allah setiap hari 12 rakaat sebagai shalat sunnat selain shalat fardhu, kecuali Allah membangunkan baginya rumah di syurga"
-HR. Muslim, No. 728.

34. SHALAT 2 (DUA) RAKAAT SETELAH MELAKUKAN DOSA

"Tiada seorang hamba yang melakukan dosa, lalu ia berwudhu` dengan sempurna kemudian berdiri melakukan shalat 2 rakaat, lalu memohon ampunan Allah, melainkan Allah mengampuninya"
-HR. Abu Daud, No.1521.

35. SHALAT MALAM

"Shalat yang paling afdhal setelah shalat fardhu adalah shalat malam"
-HR. Muslim, No. 1163.

36. SHALAT DHUHA

"Setiap persendian dari salah seorang di antara kalian pada setiap paginya memiliki kewajiban sedekah, sedangkan setiap tasbih itu sedekah, setiap tahmid itu sedekah, setiap tahlil itu sedekah, setiap takbir itu sedekah, memerintahkan kepada yang makruf itu sedekah dan mencegah dari yang mungkar itu sedekah, tetapi semuanya itu dapat terpenuhi dengan melakukan shalat 2 rakaat dhuha"
-HR. Muslim, No. 720.

37. SHALAWAT KEPADA NABI SAW

"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah membalas selawatnya itu sebanyak 10 kali"
-HR. Muslim, No. 384.

38. PUASA

"Tiada seorang hamba berpuasa satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkannya (kerana puasa itu) dari neraka selama 70 tahun"
- HR. Bukhari, Juz. VI/No. 35.

39. PUASA 3 (TIGA) HARI PADA SETIAP BULAN

"Puasa 3 (tiga) hari pada setiap bulan merupakan puasa sepanjang masa"
-HR. Bukhari, Juz. IV/No. 192 dan HR. Muslim, No. 1159.

40. PUASA 60 (ENAM) HARI PADA BULAN SYAWAL

"Barangsiapa melakukan puasa Ramadhan, lalu ia mengiringinya dengan puasa 6 hari pada bulan Syawal maka hal itu seperti puasa sepanjang masa"
-HR. Muslim, 1164.

41. PUASA `ARAFAT

"Puasa pada hari `Arafat (9 Dzulhijjah) dapat melebur (dosa-dosa) tahun yang lalu dan yang akan datang"
-HR. Muslim, No. 1162.

42. PUASA `ASYURA

"Dan dengan puasa hari `Asyura (10 Muharram) saya berharap kepada Allah dapat melebur dosa-dosa setahun sebelumnya"
-HR. Muslim,No. 1162.

43. MEMBERI HIDANGAN BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA

"Barangsiapa yang memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti pahala orang berpuasa itu, dengan tidak mengurangi pahalanya sedikitpun"
-HR. Tirmidzi, No. 807.

44. SHALAT DI MALAM LAILATUL QADR

"Barangsiapa mendirikan shalat di (malam) Lailatul Qadr kerana iman dan mengharap pahala, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
-HR. Bukhari Juz. IV/No. 221 dan HR. Muslim, No. 1165.

45. SEDEKAH

"Sedekah itu menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api"
-HR. Tirmidzi, No. 2616.

46. HAJI DAN UMRAH

"Dari umrah ke umrah berikutnya merupakan kaffarah (penebus dosa) yang terjadi di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada balasan baginya kecuali syurga"
-HR. Muslim, No. 1349.

47. BERAMAL SHALIH PADA 10 HARI BULAN DZULHIJJAH

"Tiada hari-hari, beramal shalih pada saat itu lebih dicintai Allah daripada hari-hari ini, yaitu 10 hari pada bulan Dzulhijjah. Para sahabat bertanya: "Dan tidak (pula) jihad di jalan Allah? Beliau bersabda: "Tidak (pula) jihad di jalan Allah, kecuali orang yang keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian ia tidak kembali lagi dengan membawa sesuatu apapun"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 381.

48. JIHAD DI JALAN ALLAH

"Bersiap siaga satu hari di jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya, dan tempat pecut salah seorang kalian di syurga adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya"
-HR. Bukhari, Juz. VI/No. 11.

49. INFAQ DI JALAN ALLAH

"Barangsiapa membantu persiapan orang yang berperang maka ia (termasuk) ikut berperang, dan barangsiapa membantu mengurusi keluarga orang yang berperang, maka iapun (juga) termasuk ikut berperang"
- HR. Bukhari, Juz.VI/No. 37 dan HR. Muslim, No. 1895.

50. MENSHALATI MAYAT DAN MENGIRINGI JENAZAH

"Barangsiapa ikut menyaksikan jenazah sampai dishalatkan maka ia memperoleh pahala satu qirat, dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai dikubur maka baginya pahala dua qirat. Lalu dikatakan: "Apakah dua qirat itu?", beliau menjawab: "Seperti dua gunung besar"
-HR. Bukhari, Juz. III/No. 158.

51. MENJAGA LIDAH DAN KEMALUAN

"Siapa yang menjamin bagiku "sesuatu" antara dua dagunya dan dua selangkangannya, maka aku jamin baginya syurga"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 264 dan HR. Muslim, No. 265.

52. KEUTAMAAN MENGUCAPKAN LAA ILAHA ILLALLAH DAN SUBHANALLAH WA BI HAMDIH

"Barangsiapa mengucapkan LAA ILAHA ILLALLAH sehari seratus kali, maka baginya seperti memerdekakan 10 budak, dan dicatat baginya 100 kebaikan,dan dihapus darinya 100 kesalahan, serta doanya ini menjadi perisai baginya dari syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak seorangpun yang mampu menyamai hal itu, kecuali seseorang yang melakukannya lebih banyak darinya". Dan beliau bersabda: "Barangsiapa mengucapkan SUBHANALLAH WA BI HAMDIH satu hari 100 kali, maka dihapuskan dosa-dosanya sekalipun seperti buih di lautan"
-HR. Bukhari, Juz. II/No. 168 dan HR. Muslim, No. 2691.

53. MENYINGKIRKAN GANGGUAN DARI JALAN

"Saya telah melihat seseorang bergelimang di dalam kenikmatan syurga dikeranakan ia memotong pohon dari tengah-tengah jalan yang mengganggu orang-orang"
-HR. Muslim.

54. MENDIDIK DAN MENGAYOMI ANAK PEREMPUAN

"Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan, di mana ia melindungi, menyayangi, dan menanggung beban kehidupannya maka ia pasti akan mendapatkan syurga"
-HR. Ahmad dengan sanad yang baik.

55. BERBUAT BAIK KEPADA HAIWAN

"Ada seseorang melihat seekor anjing yang menjilat-jilat debu kerana kehausan maka orang itu mengambil sepatunya dan memenuhinya dengan air kemudian meminumkannya pada anjing tersebut, maka Allah berterimakasih kepadanya dan memasukkannya ke dalam syurga"
-HR. Bukhari.

57. MENINGGALKAN PERDEBATAN

"Aku adalah pemimpin rumah di tengah syurga bagi siapa saja yang meninggalkan perdebatan padahal ia dapat memenangkannya"
-HR. Abu Daud.

58. MENGUNJUNGI SAUDARA-SAUDARA SEIMAN

"Maukah aku beritahukan kepada kalian tentang para penghuni surga?" Mereka berkata: "Tentu, wahai Rasulullah". Maka beliau bersabda: "Nabi itu di syurga, orang yang jujur di syurga, dan orang yang mengunjungi saudaranya yang sangat jauh dan dia tidak mengunjunginya kecuali kerana Allah, maka ia di syurga")
-Hadis hasan, riwayat At-Thabrani.

59. KETAATAN SEORANG ISTERI TERHADAP SUAMINYA

"Apabila seorang perempuan menjaga shalatnya yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga kemaluannya serta mentaati suaminya maka ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang ia kehendaki"
-HR. Ibnu Hibban, hadis shahih.

60. TIDAK MEMINTA-MINTA KEPADA ORANG LAIN

"Barangsiapa yang menjamin dirinya kepadaKu untuk tidak meminta-minta apapun kepada manusia maka aku akan jamin ia masuk syurga"
-Hadis shahih, riwayat Ahlus Sunan.

Diterjemahkan oleh: Abdurrauf Amak Lc.

Agama Aminah dan Abdullah

Soalan:-

Apa agama Aminah dan Abdullah dan Abdul Mutallib, ibubapa dan nenda kepada Nabi Muhammad SAW? Bagaimana kedudukan mereka di akhirat kelak?

Jawapan:-

Di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim di dalam kitab al-Iman: Sesiapa yang mati di atas kekufuran maka tempatnya di neraka.

Daripada Anas r.a. bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w.:- "Di mana tempat bapaku", jawab Nabi s.a.w, "Di dalam api neraka". Setelah orang itu balik, Rasulullah s.a.w. memanggilnya lalu berkata: "Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka".

Al-Imam al-Nawawi mensyarahkan hadis ini menyatakan: "Mereka menyembah berhala dan masyarkat ketika itu telah tidak mengikut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Maka matinya di dalam keadaan kafir," syarah Sahih Muslim.

Imam Abu Hanifah di dalam matannya Fiqhul Akbar menyatakan: "Dan kedua-dua ibubapa Nabi s.a.w. mati dalam keadaan kafir".

wallahu a'lam

Abu_syu'aib
Panel Feqh

Perhimpunan Di Padang Mahsyar Sehingga Masing-masing Menerima Balasan

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit-bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang".

- Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a

Thursday, September 17, 2009

4 Cara Bagaimana Membuang Tabiat “Buangmasa”‏

1 : “Matlamat dikecilkan”

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul RM10,000 mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan.

2 : “Tingkatkan kekuatan tenaga”

Seringkali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja. Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif
pada keesokan harinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda. Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat. Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar - ia akan menambahkan produktiviti
kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja!

Rujuk majalah Maskulin untuk tips-tips kesihatan yang sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

3 : “Suara positif”

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif contohnya seperti 'Saya akan gagal', 'Saya tidak dapat melakukan kerja ini', 'Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya'.

Gantikannya dengan suara suara positif - 'Saya akan berjaya', 'Saya akan menyiapkan
kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya'.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda. Mereka yang optimis akan:-

- Sering melihat segala kebaikan di sekeliling dalam apa keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada masalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering bercerita tentang matlamat mereka. Mereka sering bercerita tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi
seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

4 : “Prinsip 80-20″

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik! Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil
daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya. Kemudian, berhenti! Ya… berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu lakukan kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan
yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.
Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!

Oleh : Dr Irfan Khairi

Wednesday, September 16, 2009

What Is it?

It can turn a dreary day into a day that's bright and exciting. It can transform a mundane task from a burden into a joy.

It can make wonderful, valuable possibilities suddenly appear all around you. It can draw positive people and positive experiences toward you in any situation.

It can open the door to a world filled with abundance. It can enable you to learn, to achieve, to grow and to prosper.

It can change problems into opportunities. It can pick you up and get you moving forward after even the most difficult setbacks.

What is it and what makes it so powerful?

It's your ATTITUDE. When it is positively focused it can truly change your world.
The world in which you live is shaped by the way you choose to see it. Carry a positive, thankful, forward-looking attitude with you, and wherever you go, you'll be able to do great and wonderful things.

- Ralph Marston

Jenis Wali-Wali Allah

1. Al-Aqtab

Al Aqtab berasal dari kata tunggal Al Qutub yang mempunyai erti penghulu. Dari sini dapat kita simpulkan bahwa Al Aqtab adalah darjat kewalian yang tertinggi. Jumlah wali yang mempunyai darjat tersebut hanya terbatas seorang saja untuk setiap masanya. Seperti Abu Yazid Al Busthami dan Ahmad Ibnu Harun Rasyid Assity. Di antara mereka ada yang mempunyai kedudukan di bidang pemerintahan, meskipun tingkatan taqarrubnya juga mencapai darjat tinggi, seperti para Khulafa'ur Rasyidin, Al Hasan Ibnu Ali, Muawiyah Ibnu Yazid, Umar Ibnu Abdul Aziz dan Al Mutawakkil.

2. Al-A immah

Al Aimmah berasal dari kata tunggal imam yang mempunyai erti pemimpin. Setiap masanya hanya ada dua orang saja yang dapat mencapai darjat Al Aimmah. Keistimewaannya, ada di antara mereka yang pandangannya hanya tertumpu ke alam malakut saja, ada pula yang pandangannya hanya tertumpu di alam malaikat saja.

3. Al-Autad

Al Autad berasal dari kata tunggal Al Watad yang mempunyai erti pasak. Yang memperoleh darjat Al Autad hanya ada empat orang saja setiap masanya. Kami menjumpai seorang di antara mereka dikota Fez di Morocco. Mereka tinggal di utara, di timur, di barat dan di selatan bumi, mereka bagaikan penjaga di setiap pelusuk bumi.

4. Al-Abdal

Al Abdal berasal dari kata Badal yang mempunyai erti menggantikan. Yang memperoleh darjat Al Abdal itu hanya ada tujuh orang dalam setiap masanya. Setiap wali Abdal ditugaskan oleh Allah SWT untuk menjaga suatu wilayah di bumi ini. Dikatakan di bumi ini mempunyai tujuh daerah. Setiap daerah dijaga oleh seorang wali Abdal. Jika wali Abdal itu meninggalkan tempatnya, maka ia akan digantikan oleh yang lain. Ada seorang yang bernama Abdul Majid Bin Salamah pernah bertanya pada seorang wali Abdal yang bernama Muaz Bin Asyrash, amalan apa yang dikerjakannya sampai ia menjadi wali Abdal? Jawab Muaz Bin Asyrash: "Para wali Abdal mendapatkan darjat tersebut dengan empat kebiasaan, yaitu sering lapar, gemar beribadah di malam hari, suka diam dan mengasingkan diri".

5. An-Nuqaba'

An Nuqaba' berasal dari kata tunggal Naqib yang mempunyai erti ketua suatu kaum. Jumlah wali Nuqaba' dalam setiap masanya hanya ada dua belas orang. Wali Nuqaba' itu diberi karamah mengerti sedalam-dalamnya tentang hukum-hukum syariat. Dan mereka juga diberi pengetahuan tentang rahsia yang tersembunyi di hati seseorang. Selanjutnya mereka pun mampu untuk meramal tentang watak dan nasib seorang melalui bekas jejak kaki seseorang yang ada di tanah. Sebenarnya hal ini tidaklah aneh. Kalau ahli jejak dari Mesir mampu mengungkap rahsia seorang setelah melihat bekas jejaknya. Apakah Allah tidak mampu membuka rahsia seseorang kepada seorang waliNya?

6. An-Nujaba'

An Nujaba' berasal dari kata tunggal Najib yang mempunyai erti bangsa yang mulia. Wali Nujaba' pada umumnya selalu disukai orang. Dimana sahaja mereka mendapatkan sambutan orang ramai. Kebanyakan para wali tingkatan ini tidak merasakan diri mereka adalah para wali Allah. Yang dapat mengetahui bahawa mereka adalah wali Allah hanyalah seorang wali yang lebih tinggi darjatnya. Setiap zaman jumlah mereka hanya tidak lebih dari lapan orang.

7. Al-Hawariyun

Al Hawariyun berasal dari kata tunggal Hawariy yang mempunyai erti penolong. Jumlah wali Hawariy ini hanya ada satu orang sahaja di setiap zamannya. Jika seorang wali Hawariy meninggal, maka kedudukannya akan diganti orang lain. Di zaman Nabi hanya sahabat Zubair Bin Awwam saja yang mendapatkan darjat wali Hawariy seperti yang dikatakan oleh sabda Nabi:

"Setiap Nabi mempunyai Hawariy. Hawariyku adalah Zubair ibnul Awwam".

Walaupun pada waktu itu Nabi mempunyai cukup banyak sahabat yang setia dan selalu berjuang di sisi beliau. Tetapi beliau berkata demikian, kerana beliau tahu hanya Zubair sahaja yang meraih darjat wali Hawariy. Kelebihan seorang wali Hawariy biasanya seorang yang berani dan pandai berhujjah.

Author : unknown

Menyusu Badan

Soalan:-

Ketika saya ingin memulakan solat, tiba-tiba sahaja anak saya menangis kerana lapar. Perlukah saya mengulangi wuduk?

Jawapan:-

Menyusukan anak tidak termasuk perkara yang membatalkan wuduk seseorang. Setelah selesai menyusukan anak, puan boleh terus mendirikan solat tanpa mengulangi wuduk.


Ustazah Sakinah

Bisnes Cacing Dan Lintah

Soalan:-

Apakah hukumnya bisnes cacing dan lintah?

Jawapan:-

Firman Allah: “Dialah (Allah) yang telah menjadikan untuk manfaat/kegunaan kamu segala yang ada di atas muka bumi”
- (Al-Baqarah, ayat 29).

Berdasarkan ayat ini dan seumpamanya, para ulamak memutuskan bahawa sekelian yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus, selagi tidak ada nas (dalil al-Quran atau as-Sunnah) yang melarang atau menegahnya. Kerana itu, perkara yang perlu dipersoalkan tentang hukum cacing dan lintah itu ialah; adakah terdapat dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang mengharamkan cacing sama ada untuk makanan atau untuk kegunaan-kegunaan lain.

Dari segi Fiqh, cacing termasuk dalam kategori binatang-binatang yang melata di atas bumi seperti ulat, serangga, cacing, lipan, kala dan sebagainya. Dalam menjelaskan hukum memakannya, para ulamak terbahagi kepada dua pandangan:-

Pertama:- Haram memakannya kerana ia adalah keji. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Dan dia menghalalkan untuk mereka yang baik-baik dan melarang ke atas segala yang keji-keji” (al-A’raf; 157)

Pandangan pertama ini adalah pandangan jumhur ulamak. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas ialah yang dipandang jijik oleh manusia terutamanya masyarakat Arab. Setiap yang dipandang keji oleh tabiat manusia yang normal, maka memakannya adalah haram sekalipun tidak disebut pengharamannya secara khusus oleh al-Quran atau Hadis.

Kedua:- Ulamak-ulamak mazhab Maliki berpandangan, tidak haram memakannya kecuali jika diketahui boleh mendatangkan mudarat pada badan. Hujjah mereka ialah, tidak ada nas yang menunjukkan pengharamannya.

Adapun mengenai ayat di atas, mereka tidak sependapat dengan jumhur ulamak di atas. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas bukanlah diukur berdasarkan perasaan atau fitrah manusia, tetapi berdasarkan nas Syarak (yakni al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w.). Jadi “yang keji-keji” dalam ayat di atas maksudnya ialah yang diharamkan oleh Syarak seperti bangkai, darah, daging babi dan sebagainya. Adapun binatang-binatang melata itu, tidak ada dalil dari Syarak yang mengharamkannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu harus, kecualilah jika boleh mendatangkan bahaya atau mudarat maka haramlah ia dengan sebab tersebut, bukan dengan sebab kedudukannya sebagai binatang yang melata, itu adalah hukum memakannya.

Bagaimana pula hukum memanfaatkannya dengan kegunaan-kegunaa lain dari sebagai makanan? Katakanlah kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakannya, adakah ia bermakna haram juga kita memanfaatkannya untuk kegunaan lain? Jawapannya:- Tidak.

Tahi lembu, tahi ayam dan sebagainya; haram kita memakannya, namun Syarak mengharuskannya untuk digunakan sebagai baja tanaman. Malah ulamak-ulamak mazhab Hanafi mengharuskan menjualnya melihat kepada manfaatnya walaupun dari segi zatnya ia adalah najis. Tegasnya, tidak semua yang haram dimakan, haram pula dimanfaatkan untuk kegunaan lain selain makanan.

Dalam sebuah hadis, Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. telah melihat seekor kambing yang mati. Lalu Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya; ‘Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, kemudian menyamaknya dan memanfaatkannya’. Mereka menjawab; “Ia adalah bangkai, wahai Rasulullah’. Baginda menjawab; “Yang haram ialah memakannya”
- (HR Imam Muslim).

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak semua yang haram dimakan, haram pula memanfaatkannya untuk kegunaan lain, selain makanan. Kita telah menjelaskan di awal tadi bahawa, semua yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas yang melarang atau menegahnya. Maka sekalipun kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakan cacing dan lintah, namun itu tidak bermakna haram pula untuk kita memanfaatkanya untuk kegunaan lain, kecualilah jika ada nas lain pula yang mengharamkan kita memanfaatkannya. Selagi tidak ada nas yang melarang, haruslah kita memanfaatkannya.

Satu persoalan lagi:- Adakah semua yang haram dimakan dianggap najis oleh Syarak? Jawapannya:- Tidak. Semua najis haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis. Para ulamak menjelaskan; asal setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini adalah suci hinggalah terdapat nas dari al-Quran dan Hadis Nabi yang menegaskan ia adalah najis dan perlu dikeluarkan dari hukum asal itu. Cacing dan lintah, walaupun haram memakannya kerana dianggap keji oleh manusia (berdasarkan pandangan jumhur), namun keduanya tidak boleh dianggap najis melainkan ada nas (dalil) dari al-Quran atau as-Sunnah yang menjelaskan keduanya sebagai najis. Selagi tidak ada nas yang menyebutkan keduanya sebagai najis, kekallah mereka atas hukum asal iaitu suci.

Kesimpulannya, berdasarkan penerangan di atas saya berpandangan –wallahu a’lam-; harus menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan-tujuan dan kegunaan-kegunaan selain makanan manusia sama ada dijadikan baja, bahan kosmetik, makanan ternakan dan sebagainya kerana tidak ada nas yang melarang kita dari memanfaatkannya dan tidak ada nas yang menyebutkannya sebagai najis. Adapun untuk dijadikan makanan manusia, hukumnya tidak harus kerana ia tergolong dalam makanan yang menjijikkan yang dilarang oleh Allah dalam ayat 157 dari surah al-A’raf di atas berdasarkan tafsiran jumhur ulamak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-At’imah Wa az-Zabaih Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Abu Sari’ ‘Abdul-Hadi.
2. Majmu’ al-Fatawa, Imam Ibnu Taimiyyah, juz. 5.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
4. Tafsir al-Qurtubi (ayat 157, surah al-A’raf).
5. Tafsir Ibnu Kathir (ayat 157, surah al-A’raf).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Tuesday, September 15, 2009

Mengirim Salam Kepada Rasulullah s.a.w

Soalan:-

Adakah amalan mengirim ucapan salam kepada Rasullah SAW melalui orang lain yang hendak ke Baitullah/menziarahi Makam Rasullullah SAW dibolehkan & jika boleh bagaimanakah sepatutnya ia dilakukan?

Jawapan:

Seseorang yang menziarahi kubur Nabi saw disunatkan mengucapkan salam kepada baginda saw dengan ucapan:

“Assalaamu ‘alaika ayyuhan Nabiyyu wa rahmat Allaahi wa barakaatuhu, wa sallallaahu ‘alaika wa ‘ala aalika wa ashaabika”

(“Ucapan salam keatas kamu, Ya Nabi dengan Rahmat dan Berkat Allah, dan moga Allah merahmati kamu , keluarga kamu dan sahabat kamu”)

Dan seterusnya memberi salam kepada Abu Bakar dan Umar. Begitulah juga kita diajar mengucapkan salam apabila melawat mana-mana perkuburan orang-orang Islam yang lain. Amalan-amalan ini hanya disunatkan kepada mereka yang menziarahi kubur sahaja.

Amalan mengirim salam kepada baginda s.a.w. atau pun kepada kubur sesiapa tidak terdapat dalilnya di dalam mana-mana ayat Al-Quran atau Hadith Nabi saw.

Sheikh Saleh Al-Munajjid mengatakan : “Ada dikalangan mereka yang tidak dapat pergi ke Madinah mengirim salam kepada Nabi s.a.w melalui mereka yang melakukan ziarah, beberapa dari mereka berdiri sambil menyampaikan salam tersebut. Ini adalah amalan bid’ah, dan perkara yang telah dicipta. Mereka yang mengirimkan salam dan mereka yang menyampaikannya hendaklah melakukan sedemikian, dan tidak ada keperluan melakukan demikian, kerana Nabi saw bersabda ‘Selawat ke atas ku kerana sesungguhnya salam anda sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada’
-[hadith riwayat Abu Daud #2042]

Sheikh Nasyiruddin Al-Albani juga didalam buku Manaasik al-Haj wa Al-Umrah, didalam bab Bid’ah ziarah di Masjid Nabawi (Bid’ah no:133) mengatakan bahawa adalah perbuatan bid’ah : “Mengirim salam kepada para Haji dan penziarah keatas Nabi saw dan membebankan selawat mereka keatasnya”

Apa yang dianjurkan di dalam Islam kepada sesiapa yang ingin memberi salam kepada Nabi ialah memperbanyakkan selawat kepada baginda dan tidak perlu mengirimkan melalui orang lain. Nabi saw bersabda : “Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat diatas bumi yang mengembara keliling meyampaikan kepadaku salam dari umatku”
– [Hadith riwayat Ahmad 1/144, Al-Nasaa'i #1282, dikelaskan sahih oleh Al-Albani]

Hanya kepada mereka yang berada di kubur Nabi s.a.w, digalakkan memberi salam kepadanya dan juga memperbanyakkan selawat di mana sahaja mereka berada. Wallahu’alam.

Rujukan :
1. Sheikh Saleh Al-Munajjid. url : http://63.175.194.25/index.php?cs=prn&ln=ara&QR=36860&dgn=4&dgn=2
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Manaasik al-Haj wa Al-Umrah. Damsyik : maktabah Al-Islamiyyah, 1976.

Doa Dalam Qunut witir

Diriwayatkan dari Hasan bin Ali r.a. ia berkata: Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan kepadaku beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir: Ertinya: "Ya Allah! berilah aku pertunjuk beserta orang-orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna beserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku beserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Eangkau berikan, peliharalah aku dari apa yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.”

- (Ahmad Abu Daud, Annasa’i At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Huraian:-

1. Menghidupkan malam-malam bulan Ramadhan dengan berbagai macam ibadah adalah perkara yang sangat dianjurkan. Antaranya adalah solat tarawikh.

2. Orang yang berpegang pada mazhab Syafi'ie akan membaca qunut witir selepas melakukan solat tarawikh di mana ia dilakukan dalam solat witir tanggal malam ke 15 bulan Ramadhan hingga akhirnya.

3. Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya supaya berdoa kepada Allah memohon petunjuk, kesihatan, kemuliaan dan perlindungan dari segala kesusahan dan kehinaan. Oleh itu setiap kali membaca doa, bacalah dengan khusyuk sama ada secara berseorangan atau pun berjemaah kerana hanya doa yang dipohon secara bersungguh-sungguh sahaja akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Ada Apa Selepas Mati?

Tazkirah Nabi s.a.w. di hari pengkebumian:-

Seorang sahabat bernama al-Barra' bin 'Azib r.a. menceritakan; "Suatu hari kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. mengiringi jenazah seorang lelaki dari kalangan Ansar yang meninggal dunia. Ketika sampai di perkuburan dan jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad, baginda duduk dan kami pun turut duduk di sekitar beliau. Di tangan baginda ada sebatang kayu. Baginda menggaris tanah dengan kayu itu, kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata: “Hendaklah kamu sekelian memohon perlindungan Allah dari azab kubur”. Baginda mengulanginya dua atau tiga kali.

Seterusnya baginda berucap: “Sesungguhnya seorang hamba yang beriman ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika ia hampir mati), akan turun kepadanya malaikat-malaikat dari langit, yang putih wajah mereka seumpama matahari, bersama mereka kain kapan dan bau-bauan dari syurga. Mereka duduk darinya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata kepadanya: ‘Wahai ruh yang baik! Keluarlah menuju kepada keampunan dari Allah dan keredhaanNya’. Maka keluarlah ruh itu di mana ia mengalir umpama mengalirnya titisan air dari corong bekas air (yang dinamai as-Saqa' dalam bahasa Arab).

Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan bersama-sama bau-bauan (yang di bawa oleh malaikat-malaikat tadi) dan terbitlah darinya bau yang amat harum umpama bau kasturi yang paling harum di atas muka bumi ini’. Setelah itu malaikat-malaikat tadi membawa ruh yang harum itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya: “Bau apakah yang amat harum ini?”. Malaikat-malaikat yang membawa ruh itu menjawab: “Ruh si fulan bin fulan”. Mereka menyebutnya dengan nama yang paling baik yang diberikan kepadanya di atas muka dunia. Apabila sampai di langit, para malaikat yang membawanya itu meminta supaya dibukakan pintu langit, lalu dibukakan.

Di setiap langit, ruh mukmin itu diiringi oleh malaikat penjaga langit untuk naik ke langit berikutnya hinggalah ia sampai langit ke tujuh. Maka datanglah firman Tuhan kepadanya: “Tulislah hambaku di dalam ‘illiyyin (tempat orang-orang mulia di dalam syurga) dan bawalah ia kembali ke bumi kepada tubuhnya kerana sesungguhnya darinya (yakni dari bumi/tanah) AKU menjadikan mereka (yakni manusia), kepadanyalah AKU akan kembalikan mereka dan darinya juga AKU akan mengeluarkan mereka sekali lagi (yakni apabila berlakunya kiamat)”. Maka dikembalikanlah ruh itu kepada tubuhnya.

Kemudian datang dua orang malaikat kepadanya dan mendudukkannya (yakni menjadikannya duduk). Kemudian mereka bertanya kepadanya: ‘Siapa Tuhan kamu?’. Ia akan menjawab: ‘Tuhanku adalah Allah’. Mereka bertanya lagi kepadanya: “Apa agama kamu?”. Ia menjawab: “Agamaku adalah Islam”. Mereka bertanya lagi: “Siapa lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab: “Dia adalah Rasul Allah”. Mereka bertanya lagi: “Apakah ilmu kamu?”. Ia menjawab: “Aku membaca kitab Allah, lalu aku beriman dan membenarkannya”.

Lalu seorang penyeru berseru dari langit: “Benarlah apa yang dikatakannya itu. Hamparilah ia dengan hamparan dari syurga, pakaikanlah ia dengan pakaian dari syurga dan bukakanlah untuknya satu pintu ke syurga”. Maka sampailah kepadanya bauan dan haruman dari syurga dan dilapangkan untuknya kuburnya seluas mata memandang.

Kemudian datang seorang lelaki yang elok rupanya, cantik pakaiannya dan harum baunya. Lelaki itu berkata kepadanya: “Bergembiralah dengan suasana yang menyeronokkan kamu ini. Hari ini adalah hari yang telah dijanjikan untukmu”. Ia bertanya: “Siapakah kamu?. Kamu datang dengan wajah yang membawa kebaikan”. Lelaki itu menjawab: “Akulah amal soleh kamu”. Ia (yakni si mati yang beriman itu) lalu berkata: “Wahai Tuhanku! dirikanlah kiamat, dirikanlah kiamat, supaya aku mendapat kembali keluargaku dan hartaku”.

Adapun seorang hamba yang kafir dan jahat pula, pada ketika hendak berpisah dengan dunia dan menuju akhirat (yakni ketika hampir mati), turun kepadanya malaikat-malaikat berwajah hitam membawa bersama mereka kain kapan yang buruk. Mereka duduk mengelilinginya sejauh mata memandang. Kemudian datang malaikat maut dan duduk di hujung kepalanya dan berkata: ‘Wahai ruh yang kotor, keluarlah kepada kemurkaan dari Allah dan kemarahanNya. Maka bertempiaranlah ruh pada jasadnya (seolah-olah hendak melarikan diri).

Lalu malaikat maut mencabut ruh itu (tanpa belas kasihan) seperti mencabut besi pemanggang daging dari kain bulu yang basah. Kemudian malaikat maut mengambil ruh itu dan terus memasukkannya ke dalam kain kapan buruk tadi dan terbit dari ruh itu satu bau yang amat busuk seperti bau bangkai yang paling busuk di atas muka bumi ini. Kemudian malaikat-malaikat yang berwajah hitam tadi akan membawa ruh yang berbau busuk itu naik ke langit. Maka setiap kali berjumpa dengan sekumpulan malaikat, mereka akan bertanya: “Ruh siapakah yang busuk ini?”. Jawab para malaikat yang membawa ruh itu: “Ruh si fulan bin si fulan”, di mana mereka menyebutnya dengan nama yang paling buruk orang menamakannya di atas muka dunia dulu. Apabila sampai ke langit dunia, para malaikat yang membawa ruh itu memohon dibukakan pintu langit, namun tidak dibuka.

Lalu Rasulullah s.a.w. membaca firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan yang angkuh dari mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit, dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk ke lubang jarum. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan. Disediakan untuk mereka hamparan-hamparan dari api neraka, dan di atas mereka lapisan-lapisan penutup (dari api neraka). Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang zalim (disebabkan keengkarannya)”.
-(Surah al-A’raf, ayat 40)

Rasulullah bercerita lagi: “Kemudian Allah SWT berkata (menyampaikan perintahNya berkenaan ruh itu); “Tulislah ia di dalam Sijjin (yakni penjara) di dalam bumi yang paling bawah”. Maka dilemparkanlah ruhnya itu dengan satu lemparan.

Rasulullah lalu membaca firman Allah (bermaksud): “Dan sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan)”.
- (Surah al-Hajj, ayat 31)

Kemudian ruh itu dikembalikan kepada jasadnya di bumi. Setelah itu datang kepadanya dua malaikat. Mereka bertanya kepadanya: “Siapa Tuhan kamu?”. Ia menjawab: “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi: “Apa agama kamu?”. Ia menjawab: “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Mereka bertanya lagi: “Siapakah lelaki ini yang diutuskan kepada kamu sekelian (yakni Muhammad)?”. Ia menjawab sama seperti tadi: “Hah! Hah! Aku tidak tahu”. Lalu seorang penyeru berseru dari langit: “Hambaku telah berdusta. Hamparilah ia dengan hamparan dari neraka dan bukakan untuknya satu pintu ke neraka.

Maka sampailah kepadanya bahang panas dari api neraka dan disempitkan baginya kuburnya hingga bersilang-silanglah tulang-tulang rusuknya. Kemudian datang kepadanya seorang lelaki yang hodoh mukanya, buruk pakaiannya dan busuk baunya. Lelaki itu berkata kepadanya: “Bergembiralah dengan suasana yang mendukacitakan kamu ini. Hari ini adalah hari yang dijanjikan buatmu”. Ia bertanya: “Siapa kamu? Kamu datang dengan wajah yang membawa kejahatan”. Lelaki itu menjawab: “Aku adalah amalan kamu yang keji”. Akhirnya ia pun berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau dirikan kiamat”.

- (Riwayat Imam Ahmad. Menurut Imam al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid; para perawi hadis ini adalah soheh (Majma’ az-Zawaid, 3/49). Menurut menurut Syeikh al-Albani; hadis ini soheh (Misykat al-Masabih, hadis no. 1630))

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL