Ada dua doa angin aḥmār yang saya jumpai, satu yang panjang satu lagi yang pendek. Disini saya nuqilkan yang pendek.
لا إله إلا الله، والله اكبر، سبحان الله، والحمد لله، ولا إله إلا الله، والله اكبر، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم، اللهم إني أعوذبك مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيْحِ ومن شرِّ ما جَاءَتْ به وعافِنِي وأهْلِي وأوْلادِي مِنْهُ، إنك على كُلِّ شيءٍ قـدير
Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin aḥmār ini, dari segala kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.
Sumber:
1. Hj Muhammad bin ‘Abd Majīd al-Faṭāni. Rahsia Doa & Kejayaan. Kuala Terengganu: 1993.
Monday, August 31, 2009
Be Clear About Why
When your reason for doing something is meaningful enough, you can bear any burden and prevail through any challenge.
When you know why that something is so meaningful to you, you'll have what it takes to work through how to do it.
If you have a sense that something is too complicated, that merely means that you don't have a compelling enough reason to figure it out. Know why you seek to understand, and that understanding will surely come.
Before beginning any endeavor, take the time to be completely clear with yourself about the reason why. Solidly connecting with the 'why' will activate skills, capabilities and effectiveness that you may not have even known you had.
Whether you seek to motivate yourself or others, a fundamental, essential part of that motivation is knowing why. Without a reason, all the abilities, opportunities, efforts and resources in the world will yield nothing of any value.
Purpose is what makes possibilities come to life. Keep reminding yourself why, in rich and colorful detail, and you will find a way to do whatever you intend to do.
Before you even think about how to proceed, make sure you clearly know why. After that, you'll begin moving forward faster and more reliably than you ever could have thought possible.
-Ralph Marston

Membuka Pintu Rezeki
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata, "Setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapamu ( tidak kira masih hidup @ telah tiada ), nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu."
Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"
Huraian hadith: -
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada ). Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibubapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah).
Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh, tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar-benar bersungguh-sungguh). Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya: -
Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

Berbuka Puasa Adakah Perlu Tunggu Hingga Habis Azan?
Soalan;
Saya ingin minta penjelasan berkenaan menyegerakan berbuka puasa. Saudara saya kata berbuka hendaklah selepas selesai azan berkumandang manakala sepengetahuan saya, waktu berbuka adalah waktu terbenam matahari iaitu masuk sahaja waktu maghrib dimana sebaik sahaja azan bermula sudah boleh berbuka. Apa pendapat Ustaz atas perkara ini?
Jawapan;
Ukuran waktu berbuka puasa bukanlah dengan azan, tetapi dengan terbenamnya matahari. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila malam telah tiba dari sana (yakni dari sebelah timur) dan siang telah berlalu dari sana (yakni dari sebelah barat) dan matahari telah terbenam, maka orang berpuasa sudah benar-benar (boleh) berbuka”
- (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)
Oleh demikian, tidak perlu kita menunggu hingga azan habis untuk berbuka puasa. Malah tidak perlu menunggu azan jika kita telah yakin matahari telah terbenam. Kadang-kadang bilal yang bertugas melaungkan azan ia terlewat melaungkannya, maka menunggunya menyebabkan kita lewat berbuka sedangkan kita tahu matahari telah beberapa minit terbenam.
Disunatkan kita segera berbuka puasa iaitu sebaik sahaja diyakini terbenam matahari atau masuk waktu maghrib. Sabda Nabi s.a.w.; “Senantiasalah umatku berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur”
- (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Zarr r.a.).
Menjadi sunnah Nabi s.a.w. berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat. Anas r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan beberapa butir tamar basar sebelum baginda menunaikan solat maghrib. Jika tidak ada tamar basah, baginda berbuka dengan tamar kering. Jika tidak ada sebarang tamar, baginda berbuka dengan meminum beberapa teguk air”
- (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh).
Melambat-lambat berbuka puasa hukumnya adalah makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan.
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. Fiqh al-'Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 432.
2. Faidhul-Qadier (Syarah al-Jami' as-Saghier), Imam al-Minawi, hadis no. 465.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Siapakah Kita
1. Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong itu ialah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah swt, Tuhan sekelian alam.
2. Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang itu ialah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun tidak ada apa-apa kesan di dalam jiwanya untuk bertaubat.
3. Siapakah orang dungu?
Orang itu ialah orang yang tidak mahu melakukan ibadat tetapi menyangka bahawa Allah tidak akan menyeksanya atas kelalaian tersebut dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
4. Siapakah orang yang kuat?
Orang itu ialah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia sedang marah.
5. Siapakah orang yang lemah?
Orang itu ialah orang yang melihat kemaksiatan di depan matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya atas kemungkaran itu.
6. Siapakah orang yang bakhil?
Orang itu ialah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW ketika nama baginda disebut.
7. Siapakah orang yang buta?
Orang itu ialah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.
8. Siapakah orang yang tuli?
Orang itu ialah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak mengendahkannya.
9. Siapakah orang yang sibuk?
Orang itu ialah orang yang tidak mengambil berat waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiaman as.
10. Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang itu ialah orang yang ditimpa musibah lalu ia berkata ” Innalillah hiwainna ilaihiraajiuun” dan turut berkata, ” Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuanmu ini” sambil mengukir senyuman.
11. Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang itu ialah orang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalai air matanya.
12. Siapakah orang yang kaya?
Orang itu ialah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Sunday, August 30, 2009
A Way Forward
Whatever happens, there is a way forward. Remember that as you welcome each moment and each new development.
Out of any circumstance, you can find a positive pathway. In any situation, there is the opportunity to create success and to experience fulfillment.
Be unconditionally thankful for the moment you're in. Because the moment you're in is filled with real possibilities. Your gratitude will enable you to see the best of those possibilities. Your expectation of finding the best way forward will enable you to begin moving solidly forward.
There is much to be gained by planning and preparing, by anticipating what is most likely to happen and being ready for it. Yet there is no reason to be paralyzed by worry or fear, because you have what it takes to handle even the most unexpected setbacks.
Know that always, whatever may come, there is a realistic way forward. Have the confidence to find that way, and take yourself to magnificent new heights.
- Ralph Marston

Doa Agar Tergolong Orang Beriman
Surah Ali-Imran; Ayat 53.
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".
Ibn Jarir mengatakan bahawa apabila Nabi Isa a.s. dikepung bersama 19 pengikutnya daripada kalangan al-Hawariyyin di Baitul Maqdis. Maka Nabi Isa telah berkata kepada pengikutnya:
“Siapakah yang akan mengambil wajahnya untuk dibunuh oleh musuh. Sebagai balasannya, Allah akan memberikan kepadanya syurga.” Maka seorang daripada mereka menerimanya lalu Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.
-(tafsir Ibn Jarir, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
“Masukkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi” bermaksud bersama Nabi Muhammad SAW dan umat baginda
- (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-‘Imran).
Sedangkan Nabi Isa a.s. yang mulia memohon tersenarai sebagai umat Nabi Muhammad SAW, alangkah malunya kita jika tidak memohon mendapatkan kemuliaan itu.
Khasiat dan kaifiat beramal
Amalkanlah membaca doa ini untuk dibangkitkan dalam rombongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak. Antara kelebihannya ialah jika diucapkan selepas solat sebelum berkata-kata dengan sesiapa, maka Allah SWT akan memasukkannya dalam doa setiap makhluk-Nya di lautan dan daratan.
- (tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 53, surah Ali-Imran).
Jangan Sebar Aib Orang, Jangan Buka Aib Sendiri
1) Jangan suka buka aib orang sehinggakan perkara yang orang tidak tahu, jadi tahu. Esok-esok Allah SWT buka aib kita di akhirat nanti.
2) Jika telah berbuat maksiat di masa lampau, tidak perlulah jujur sangat beritahu kepada orang. Membuka pekung di dada, bukan jujur namanya. Allah SWT sudah tutup dosa-dosa kita dari pengetahuan orang lain, jadi, biarkan sahaja tanpa perlu diungkit lagi.
"Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla."
- (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)
Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka.
- (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)
Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim, maka Allah SWT menutupinya di dunia dan akhirat.
- (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)
Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya.
- (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).
Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum kerananya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya.
- (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)
Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat-gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan.
- (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)

IMAM SYAFI'E (150-240H / 717-820M)
Nama penuh beliau ialah Mohammad bin Idris Asy Syafi'e Al Quraisyi pengasas mazhab Syafi'e. Beliau dilahirkan di Ghazzah pada tahun 150H, bertepatan dengan tahun wafatnya Imam Abu Hanifah. Meskipun beliau dibesarkan dalam keluarga yatim dan miskin, itu tidak menjadikan beliau merasa rendah diri, apalagi malas. Sebaliknya beliau terus bergiat mempelajari hadis dari ulamak-ulamak hadis yang ramai terdapat di Mekah ketika itu. Pada usianya yang masih kecil, beliau telah dapat menghafal Al-Quran.
Pada usia beliau 20 tahun, beliau telah berguru dengan Imam Malik dalam ilmu Fiqh dan hadis di Madinah. Seterusnya beliau telah pergi ke Iraq dan berguru dengan sahabat-sahabat Imam Abu Hanifah. Dalam perantauan itu, beliau juga sempat mengunjungi Farsi dan beberapa tempat lain bagi mendalamkan ilmunya.
Setelah wafat Imam Malik (179H), beliau kemudian pergi ke Yaman untuk mengajar ilmu di sana bersama Harun Al-Rashid dan kemudiannya telah mengundang beliau ke Baghdad.
Pada tahun 198H, beliau pergi ke Mesir dan mengajar di Masjid Amru bin As. Beliau juga menulis kitab Al-Umm, Amali Kubra, Kitab Risalah, Usul Al-Fiqh dan memperkenalkan Qaul Jadid sebagai mazhab baru. Dalam menyusun Kitab Usul Fiqh, Imam Syafi'e dikenali sebagai orang yang pertama melopori penulisan dalam bidang tersebut. Akhirnya, beliau wafat di sana.

Bilakah Wajib Tunai Nazar?
Bilakah wajib ditunaikan nazar bergantung kepada kandungan nazar itu sendiri. Jika nazar dikaitkan dengan hari atau tarikh tertentu, maka wajiblah ditunaikan pada hari dan tarikh tersebut. Jika bernazar secara umum tanpa mengaitkannya dengan hari atau tarikh tertentu, maka masa untuk tunaikan nazar itu ialah seumur hidup (yakni hendaklah ditunaikannya sebelum kematian). Namun demikian, menyegerakannya adalah disunatkan sebagaimana disunatkan menyegerakan ibadah sebaik sahaja masuk waktunya.
Oleh itu, nazar hendaklah ditunaikan mengikut sebagaimana yang dinazarkan selagi ia tidak bercanggah dengan Syarak. Jika tidak dapat ditunaikan, barulah berpindah kepada yang lain yang setara atau yang lebih baik dari yang dinazarkan.
Amru bin Syu’aib meriwayatkan dari bapanya yang meriwayatkan dari datuknya menceritakan; seorang wanita berkata kepada Nabi s.a.w.; “Ya Rasulullah, aku bernazar untuk menyembelih binatang di tempat sekian sekian di mana tempat itu dahulunya orang jahiliyah menyembelih di situ”. Rasulullah bertanya; “Adakah menyembelih untuk berhala?”. Ia menjawab; “Tidak”. Kata Nabi; “Jika begitu, tunaikanlah nazar kamu (di situ)”. - (Hadis riwayat Imam Abu Daud).
Dalam menunaikan kewajipan, ketepikan kepentingan atau perasaan peribadi, sebaliknya fokuskan kepada melaksanakan kewajipan itu.
Rujukan;
1. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, 1/512.
2. at-Tahzib, Imam al-Baghawi, 8/152.
3. al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 2/374.

Saturday, August 29, 2009
Treasure In The Challenge
The difficulty of the journey, gives meaning and value to the destination. The more effort you put into achievement, the more that achievement is worth.
The problems and challenges are not there to stop you. Their purpose is to bring your commitment to the surface where it can come wholly and powerfully to life.
The tasks that are the most difficult are the ones that make the greatest positive difference. Situations with the most formidable (sukar dilaksanakan) problems are where you find the biggest opportunities.
See the problems for what they are. They provide a clear, compelling (mendorong) path to strength of purpose, creativity, effectiveness, commitment and achievement.
Working your way purposefully and persistently through the challenges will create great and lasting value in your world. With each difficulty you grow stronger and more capable.

Hukum Mencabut Bulu Tangan dan Bulu Kaki
Mufti : Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin.
Jawapan :-
Jika bulu tersebut banyak dan lebat maka tidak mengapa; kerana ia tidak elok, tetapi jika ia tidak lebat dan seperti biasa, sebahagian ulama' mengatakan tidak boleh mencabutnya kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah. Dan ada ulama' yang membolehkannya kerana ia termasuk dalam apa yang didiamkan oleh Allah.
Nabi berkata : "Apa yang didiamkan oleh Allah, maka ia diampunkan" [penterjemah tidak menjumpai sumber hadis ini, Allahu'alam], iaitu : perkara itu tidak wajib ke atas kamu, tidak pula haram bagi kamu. Dan mereka (ulama') berkata : Bulu/Rambut terbahagi kepada tiga bahagian :
1- Apa yang dinaskan oleh syara' haram mencabutnya/mencukurnya.
2- Apa yang dituntut oleh syara' untuk dibuang.
3- Apa yang didiamkan oleh syara'.
Apa yang diharamkan oleh syara' untuk membuangnya, maka jangan dibuang seperti janggut dan mencabut bulu kening untuk lelaki dan perempuan.
Apa yang dituntut oleh syara' untuk dibuang maka lakukanlah ia, seperti : bulu ketiak, bulu ari-ari dan misai.
Apa yang didiamkan oleh syara', maka ia diampunkan kerana jika Allah tidak mahu ia wujud, sudah tentu Allah akan menyuruh untuk membuangnya, dan jika Allah mahu ia dibiarkan, maka sudah tentu Allah akan memerintahkan sedemikian rupa. Jadi, jika ia didiamkan, maka ini terpulang kepada seseorang samada untuk membuangnya atau membiarkannya. Allah al-Muwaffiq.
Sumber : Fatawa al-Mar'ah al-Muslimah, jil. 2, ms. 29.

Membanyakkan Istighfar
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Demi Allah, kalau kamu tidak berdosa, Allah akan menjadikan satu umat lain yang melakukan dosa, lantas mereka beristighfar kepada Allah lalu diampuni dosa mereka.”
- (Muslim)
Huraian:-
1. Sudah menjadi lumrah bahawa manusia itu tidak boleh lepas daripada kesalahan dan dosa. Hal ini disebabkan adanya sifat lupa, lalai, mengikut hawa nafsu, godaan syaitan dan sebagainya.
2. Sesungguhnya dosa sebenarnya bukanlah perkara yang pelik dan mengaibkan tetapi yang aibnya ialah apabila seseorang itu kekal dalam dosa tanpa rasa ingin kembali bertaubat serta memohon ampun daripada Allah SWT.
3. Oleh itu beristighfar amatlah dituntut dalam Islam kerana ia boleh menghapuskan dosa perbuatan yang dilakukan. Tetapi sayang, kita sukar sekali mengamalkan istighfar ini padahal ia sungguh ringkas dan mudah sehingga akhirnya bertambah-tambahlah dosa yang dilakukan dari sehari ke sehari lantaran kelalaian dan tabiat suka bertangguh.
4. Istighfar juga bukan setakat jalan untuk memohon ampun daripada Allah S.W.T tetapi ia juga sebagai suatu sinar cahaya yang menerangi wajah seseorang.

Berpuasa Tapi Tidak Solat?
Soalan;-
Apakah diterima puasa orang yang sengaja meninggalkan solat, kerana saya melihat ramai orang yang berpusa tapi tidak mengerjakan solat?
Jawapan;-
Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, maka ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.
Adapun jika ia meninggalkan solat kerana malas atau segan (yakni ia masih mengakui kewajipan solat, cuma ia malas melakukannya), maka para ulamak berbeza pandangan tentang hukumnya;
1. Imam Ahmad berpandangan; ia adalah kafir.
2. Jumhur ulamak berpandangan; ia adalah fasiq, yakni tidaklah menjadi kafir, akan tetapi telah melakukan dosa amat besar.
Berpegang kepada pandangan Imam Ahmad tersebut, maka sebahagian ulamak hari ini (terutamannya dari Arab Saudi seperti Syeikh Bin Baz, Ibnu Usaimin dan sebagainya) berpendapat; orang yang tidak menunaikan solat fardhu, tidak sah puasanya, malah juga ibadah-ibadahnya yang lain (zakat, haji, sedekah dan amal-amal soleh selainnya) sehinggalah ia bertaubat kepada Allah dan kembali mengerjakan solat. Berkata Syeikh Ibnu Uthaimin; “Jika kamu berpuasa tanpa mengerjakan solat, kami ingin menegaskan kepada kamu; sesungguhnya puasa kamu adalah batal/rosak, tidak sah, tidak memberi manfaat kepada kamu di sisi Allah dan tidak mendekatkan kamu kepadaNya…” (Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198).
Adapun berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang tidak menghukum kafir orang yang meninggalkan solat itu); puasa orang itu sah jika ia memenuhi rukun-rukun puasa yang ditetapkan dan tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Maksud sah ialah; dia tidak dituntut lagi mengqadha/mengganti puasanya. Namun yang dipersoalkan; adakah puasanya itu akan diterima oleh Allah sedangkan ia telah mengabaikan ibadah yang cukup besar dalam Islam iaitu solat? Tidak semua ibadah yang sah diterima oleh Allah.
Contohnya, seseorang yang mengerjakan solat dengan riyak; solatnya sah (dari sudut Fiqh) apabila cukup syarat-syarat dan rukun-rukunnya, namun solatnya ditolak oleh Allah kerana riyak tersebut. Kerana itu, ulamak-ulamak al-Azhar (seperti Syeikh ‘Atiyah Saqar (bekas ketua Lujnah Fatwa al-Azhar), Dr. Ahmad asy-Syirbasi (bekas pensyarah di Universti al-Azhar), Dr. Muhammad Bakr Ismail, Dr. Muhammad ‘Ali Jum’ah dan ramai lagi), walaupun pendapat mereka tidak sekeras ulamak-ulamak dari Arab Saudi tadi, tetapi mereka menegaskan; “Orang yang tidak mengerjakan solat sekalipun puasanya sah tetap tidak diterima Allah (yakni tidak diberi pahala)”.
Syeikh ‘Atiyah Saqar menulis dalam fatwanya; “Sesiapa berpuasa tanpa mengerjakan solat, puasanya adalah sah dan tidak wajib ia mengulanginya. Akan tetapi dari segi penerimaan (Allah) terhadapnya, maka hadis Nabi s.a.w. menunjukkan ia tidak diterima…”. Hadis yang dimaksudkan oleh Syeikh ‘Atiyah itu ialah sabda Nabi s.a.w. (bermaksud):-
“Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan melakukan pendustaan, maka bagi Allah tidak ada keperluan dalam ia meninggalkan makan dan minumnya (yakni Allah tidak berhajat kepada puasanya)” (Riwayat Imam Bukhari, Abu Daud, at-Tirmizi dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).
Jika dengan kerana akhlak mazmumah (dusta dan sebagainya) telah pun menyebabkan puasa ditolak oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah dengan meninggalkan solat fardhu yang dosanya amatlah besar, berkali-kali ganda lebih besar dari dosa kerana akhlak mazmumah itu.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Fatawa; Min Ahsan al-Kalam, Syeikh Aiyah Saqar, 2/32.
2. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 198.
3. Al-Fiqh al-Wadhih, Dr. Muhammad Bakr Ismail, 1/149.
4. Yas-alunaka Fi ad-Din Wa al-Hayah, Dr. Ahmad as-Syirbasi, jilid 4.

Thursday, August 27, 2009
Kesilapan Kerap Muslim Di Bulan Ramadhan
Dua objektif atau sasaran utama yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini ialah taqwa dan keampunan. Perihal Taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183dari surah al-Baqarah, manakala ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kurang keperihatinan umat Islam kini. Antaranya adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW, malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : "Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" - (Az-Zariyyat : 18)
Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :"Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t)?. Jawab Nabi s.a.w. : "Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" - ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". - (Fath al-Bari, no 936).
Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatkala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, terutamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah bagi mereka jika niat utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah SWT sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". - (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. - (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang dicadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). - (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan bila berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
Ertinya : Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. - ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan, kata Imam Hasan Al-Basri.
13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" - ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" - ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
Oleh :-
Zaharuddin Abd Rahman

Hidden In Plain View
The most valuable secret of success is that there is no secret. Success comes not from seeking to uncover some exotic hidden formula, but rather through persistently following through on opportunities to create value.
The best achievement is to avoid looking for a shortcut. Simply get busy and do the work required, for that is the quickest way to reach the goal you've set.
The most effective way to handle what must be done is to do it. Procrastinating, agonizing, complaining and avoiding will only prolong the task and add greater difficulty to it.
Life is not always easy, and wishing for things to be easier will usually make them more difficult. To make life truly easier is to go ahead and work through each challenge as it comes along.
By so doing, you grow stronger, more capable, more effective and more experienced. You put yourself in position to live life on your own terms.
The route to success is no secret, and is in fact hidden in plain view. Use every opportunity to make a difference, and you'll go precisely where you choose to go.

Masa Penyembelihan Korban
Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.
- (al-Bukhari)
Huraian:-
1. Masa atau waktu penyembelihan korban itu ialah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha.
2. Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka penyembelihan itu hanya untuk dirinya sendiri dan bukanlah termasuk dalam ibadat korban.
3. Manakala sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang Aidil Adha, maka ia telah menyempurnakan korbannya dengan mengikut sunnah.
4. Ibadat korban hendaklah dilakukan pada musim haji, menurut Imam Syafie. Waktu penyembelihannya ialah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik, iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

12 Pesanan Nabi s.a.w.
3 Pemusnah, 3 Penyelamat, 3 Penghapus Dosa, 3 Peninggi Darjat
Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di Padang Mahsyar.
Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya.
Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;
Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.
Baginda bersabda; "Tiga perkara yang memusnahkan, tiga perkara yang menyelamatkan, tiga perkara yang menghapuskan dosa dan tiga perkara yang mengangkat martabat…".
Nabi Muhammad s.a.w. melanjutkan sabdanya; "Ada pun tiga perkara yang memusnahkan ialah:-
Pertama - Sifat bakhil yang ditaati.
Kedua - Hawa nafsu yang dipatuhi
Ketiga - Seorang itu berasa takjub dengan diri sendiri".
Sifat bakhil memang telah sedia ada dalam diri manusia. Semua kita memiliki sifat bakhil. Kerana itu kita sayangkan harta-benda kita dan kita tidak suka hak kita diganggu. Tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil. Yang salah ialah apabila sifat itu dipertuhankan, iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga kita enggan mengeluarkan zakat, apatah lagi untuk bersedekah. Jika itu yang menjadi sikap kita, maka kemusnahan sedang menunggu kita.
Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu, manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak. Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu, sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah segala yang ia lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini, mengikut kata Nabi dalam hadis tadi, ia akan musnah.
Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala disuruh oleh Allah untuk sujud menghormati Adam, ia berkata kepada Allah; "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan aku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah" - (Surah al-A'raf, ayat 12).
Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya, "Akulah Tuhan kamu yang tertinggi" - (Surah an-Nazi'at, ayat 24).
Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata; "Aku diberikan harta kekayaan ini kerana ilmu dan kepandaian yang ada padaku" - (Surah al-Qasas, ayat 78).
Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah; "Lalu Kami timbuskan dia bersama-sama rumahnya di dalam tanah, maka tidaklah ia menemui sebarang golongan yang boleh menolongnya dari azab Allah dan tidak pula dia tidak dapat menolong dirinya sendiri" - (Surah al-Qasas, ayat 81).
Begitulah pengakhiran golongan yang takjub dengan diri sendiri.
Nabi Muhammad melanjutkan lagi sabdanya; "Adapun tiga perkara yang menyelamatkan ialah:-
Pertama - Bersederhana ketika miskin dan ketika kaya.
Kedua - Berlaku adil ketika suka dan ketika marah.
Ketiga - Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai".
Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros. Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan suasana. Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada".[1]
Seterusnya, bagi tiga perkara yang menghapus dosa, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :-"Adapun tiga perkara yang menghapuskan dosa -
Pertama - melangkahkan kaki untuk menunaikan solat berjamaah.
Kedua - menyempurnakan wuduk sekalipun pada musim sejuk.
Ketiga - menunggu solat selepas solat".
Nabi s.a.w. amat menggalakkan umatnya untuk mengerjakan solat secara berjamaah. Baginda menerangkan fadhilatnya; "Solat secara berjamaah lebih baik dari solat seorang diri dengan 27 tujuh darjat".[2]
Apabila kita berjalan ke masjid untuk menunaikan solat berjamaah, setiap langkahan tapak kaki kita akan menghapuskan satu dosa kita. Bayangkan berapa banyak langkahan yang kita lakukan setiap hari tatkala kita berulang-alik lima kali sehari semalam dari rumah ke masjid dan bayangkan juga betapa banyak dosa kita yang telah terhapus. Nabi s.a.w. bersaksi; "Jika kamu melihat seorang itu suka berulang-alik ke masjid, bersaksilah bahawa ia adalah orang yang benar beriman".[3]
Mengambil wuduk adalah syarat sah solat. Menyempurnakan wudhuk adalah langkah awal untuk penyempurnaan solat. Biasanya orang yang sentiasa mengambil wuduk dengan sempurna, solatnya juga akan dilakukan dengan sempurna. Orang yang memgambil wuduk culang-chaling, selalunya solatnya juga culang-chaling.
Satu hari Nabi s.a.w. pernah menawarkan kepada sahabat-sahabatnya; "Mahukah kamu aku tunjukkan amalan-amalan yang dengannya Allah akan menghapuskkan dosa-dosa dan mengangkat darjat-darjat kamu?". "Sudah tentu, wahai utusan Allah", jawab mereka. Nabi s.a.w. lalu bersabda; "Menyempurnakan wuduk pada ketika-ketika payah, banyak melangkah kaki ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu adalah ribat (baginda mengulangi tiga kali)".[4]
Menunggu solat maksudnya ialah menunggu masuk waktu solat untuk mengerjakannya. Ia boleh difahami dengan maksud perbuatan iaitu menunggu di masjid (yakni beriktikaf) hinggalah masuknya waktu solat dan boleh juga difahami secara perasaan hati iaitu hati yang sentiasa teringat untuk mengerjakan solat dan mengambil berat tentang solat.[5]
Untuk pesanan terakhir, Nabi s.a.w. berkata; "Adapun tiga perkara yang mengangkat darjat ialah:-
Pertama - bangun menunaikan solat malam pada saat orang lain sedang nyenyak tidur.
Kedua - memberi salam
Ketiga - memberi makan orang lain".
Orang-orang Islam yang taat kebanyakan mereka hanya mampu menjaga solat lima waktu. Jika ada ibadah sunat yang dilakukan kebanyakannnya di siang hari. Amat jarang yang sanggup bangun beribadah di malam hari walaupun besar fadhilatnya. Oleh itu, jika kita mampu bangun di malam hari pada masa orang lain semuanya sedang nyenyak tidur, maka darjat kita di sisi Allah lebih dari orang lain, dengan syarat kita menjaga keikhlasan dalam hati kita.
Memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Namun dari segi kelebihan, darjat orang yang memberi salam lebih tinggi dari orang yang menjawab salam kerana ia lebih dahulu mendoakan kesejahteraan orang lain di samping dia juga memperolehi pahala mengajak orang kepada kebaikan (yakni menghidupkan sunnah memberi salam).
Begitu juga memberi makan orang lain sama ada orang miskin, anak-anak yatim atau keluarga dan sahabat-handai (untuk mengeratkan silaturrahim). Kebanyakan manusia hanya berfikir untuk memberi makan keluarga dan diri sendiri. Namun jika kita berfikir untuk memberi makan orang lain sama, di samping keluarga dan diri sendiri, maka itu adalah kelebihan kita berbanding kebanyakan orang.
Demikianlah 12 pesanan Nabi s.a.w. yang terangkum di dalam empat kumpulan nasihat yang cukup bermakna dan bernilai bagi hidup kita; nasihat untuk mengelak kemusnahan, nasihat untuk mendapat keselamatan, nasihat untuk dihapuskan dosa dan nasihat untuk memperolehi darjat yang tinggi.
Hadis yang memuatkan pesanan-pesanan ini diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani r.a. dari Abdullah bin ‘Umar r.a. (anak lelaki sahabat besar ‘Umar bin al-Khattab r.a.). Menurut Syeikh Nasiruddin al-Albani; hadis ini adalah hasan.[6]
Nota kaki;
[1] HR Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a. dan Mu’az bin Jabar r.a..
[2] HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Ibnu Umar r.a..
[3] HR Imam Ahmad dan at-Tirmizi dari Abi Sa’id r.a.. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 634, Soheh.
[4] HR Imam Malik, Muslim, Tirmizi dan Nasai dari Abu Hurairah r.a.. Ribat bermaksud; mengikat diri di jalan Allah. Maksud hadis ialah; orang yang sentiasa berada dalam toharah dan ibadah menyamai orang yang berada di jalan Allah. (Fiqhus-Sunnah, jil. 1, hlm. 28, kitab al-Wudhu’).
[5] Lihat syarah Imam al-Minawi dalam Faidhul-Qadier, hadis no. 965 dan 634.
[6] Lihat; Soheh Wa Dhaif al-Jami’ as-Saghier, Syeikh Nasiruddin al-Albani, hadis no. 5356.

Wednesday, August 26, 2009
Mencari Keampunan Di Bulan Ramadhan
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimananan dan mengharapkan keampunan Allah, maka diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”
- [Muttafaqun ‘alaih]
Huraian Hadith :
Hadith ini merupakan hadith utama kelebihan orang-orang beriman yang berpuasa Ramadhan iaitu dosa-dosa terdahulu mereka diampunkan. Dosa-dosa yang dimaksudkan ialah dosa-dosa selagimana mereka tidak melakukan dosa besar. Ini kerana dosa besar secara khususnya wajib bertaubat kepada Allah Ta’ala.
Pengertian ini juga berkesinambungan dengan hadith yang menceritakan tentang “terhapusnya dosa bermula Ramadhan ke Ramadhan akan datang selagimana bukan merupakan dosa besar”.
Manakala, hadith diatas menyebut “dosa-dosa yang terdahulu” sahaja dan bukannya seperti sebahagian riwayat dhaif pada hadith tersebut dengan tambahan “diampunkan juga dosa-dosa yang akan datang”.
Dosa-dosa kecil orang-orang yang berpuasa Ramadhan ini dihapuskan oleh Allah dengan syarat :
1. DILAKUKAN PENUH KEIMANAN
Orang-orang mukmin sifat puasanya adalah dengan penuh keimanan. Yakni mengakui akan kewajipan berpuasa sebagai seorang muslim. Maka dia bersungguh-sungguh melakukan ibadat tersebut dengan penuh ketaatan dan meninggalkan segala pantang larang puasa. Manakala, Imam Nawawi menyebut yang dimaksudkan dengan dilakukan dengan penuh keimanan iaitu meyakini atas terdapat kelebihan-kelebihan berpuasa yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.
2. BERPUASA SEMATA-MATA MENGHARAPKAN KEAMPUNAN ALLAH
Manakala, orang yang berpuasa mengharapkan keampunan Allah bermakna mereka tidak mengharapkan pujian dari manusia, atau motif yang lain. Yang mereka tujukan puasa tersebut hanya kerana Allah Ta’la. Mereka yang terlalu mengharapkan rahmat, ganjaran, keampunan, taubat dari Allah antara golongan yang akan diampunkan dosa-dosanya selagi mana tidak melakukan dosa-dosa besar.
Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan yang telah ditawarkan sekali dalam setahun ini. Mungkin inilah Ramadhan yang terakhir buat diri kita.
Posted by : alitantawi

Membangkitkan Kebahagiaan Dan Keserian Rumah
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”
- (Al-Bukhari)
- (Al-Bukhari)
Drop The Pretenses
Have you ever thought about what an extraordinary burden your pretenses create? What do those pretenses accomplish for you? Even if you are highly successful at maintaining them, the most they can bring are the resentments of others.
The pretenses you strive to create and support are, by any reasonable measure, simply not worth having. And fortunately, they're very easy to discard.
What happens when you choose to let go of your pretenses? You experience a wonderful, refreshing and positively exhilarating sense of freedom.
The power and fulfillment you seek through your pretenses can be yours the moment you drop those useless pretenses. The way to be most impressive and effective is to most authentically be the person you are.
Pretense and true confidence cannot both exist in the same space.

Motivasi Untuk Berjaya
1. Fikirkan Boleh :
Tidak Ada Yang Mustahil Sebelum Dicuba . Kenapa perlu mengalah sebelum mencuba? Kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anda tidak? Inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang kepada cogankata ini, tiada apa yang mustahil dalam hidup anda.
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya:
Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?
3. Berdikari :
Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
4. Berfikir Secara Kreatif :
Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.
5. Bersikap Positif dan Optmitis:
Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.
6. Berilah sedikit masa untuk berjaya :
Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima, tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.
7. Rujuk matlamat hidup :
Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.
8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran :
Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.
9. Fahami fitrah alam :
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.
10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran :
Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?

Wanita Membaca Al-Quran Tanpa Memakai Hijab
Soalan :
Apakah yang patut kita lakukan sebelum membaca al-Quran? Adakah wajib bagi seorang perempuan untuk memakai hijab yang sempurna ketika membaca al-Quran?
Syeikh Salih al-Munajjid menjawab :
Tidak wajib bagi seorang perempuan itu untuk memakai hijab untuk membaca al-Quran kerana tiada dalil yang mewajibkan begitu.
Syeikh Ibn al-'Uthaimin berkata : 'Tidak disyaratkan menutup kepala ketika membaca al-Quran...' (Fatawa Ibn Uthaimin, 1/420).
Dan berkata Syeikh Ibn Uthaimin mengenai sujud tilawah : 'Sujud tilawah itu sama halnya dengan membaca al-Quran, tidak mengapa sujud dalam apa jua keadaan walaupun tidak memakai tutup kepala dan sebagainya kerana sujud tidak sama hukumnya dengan solat', (al-Fatawa al-Jami'ah li al-Mar'ah al-Muslimah, 1/249).
Dan dirujuk semula jawapan kepada soalan: 'Adapun tidak boleh membaca al-Quran dalam keadaan junub samada dari mushaf atau selainnya kerana telah thabit dari Nabi bahawa tiada suatu yang menghalangnya dari Al-Quran kecuali janabah. Adapun hadas kecil, maka boleh membacanya tanpa memegang mushaf berdasarkan dalil umum.' (Majmu' Fatawa Syeikh Ibn Baz, 10/150)
Adapun yang lebih baik adalah berwudhu, kerana Al-Quran itu Kalamullah, maka yang lebih baiknya adalah berwudhu' kerana kemuliaan Al-Quran itu. Tetapi tidak boleh memegang mushaf tanpa wudhu' berdasarkan firman Allah yang bermaksud : (Tidak memegangnya (Al-Quran) kecuali orang-orang yang suci) [al-Waqiah : 79].

Monday, August 24, 2009
Mati Dalam Iman
Dari Jabir (bin Abdullah) r.a katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”
-(Muslim)
Huraian:-
“Janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan Islam" merupakan perintah Allah agar kita jangan mati kecuali dalam keadaan beriman dengan ajaran Islam kerana Allah S.W.T tidak akan menerima agama selain Islam, malah Islamlah satu-satunya agama yang diredhai-Nya.
Memang tidak dinafikan bahawa tiada sesiapa pun yang layak dan mampu memberikan hidayah kepada seseorang kecuali Allah SWT yang akan memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.
Namun begitu kita selaku manusia diberi kemampuan untuk membuatkan diri kita mati di dalam keadaan beriman sedangkan Allah S.W.T juga telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mencapainya iaitu kita seharusnya melakukan perkara-perkara berikut :
• Menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
• Berdoa kepada Allah untuk mematikan kita dalam Islam dan dalam keadaan beriman (husnul khotimah).
• Bersyukur kepada Allah di atas nikmat Islam yang diberi bahkan sesungguhnya nikmat yang terbesar yang kita miliki ialah nikmat Iman dan Islam.
• Menanamkan perasaan takut sekiranya mati dalam keadaan suul khotimah.
Oleh itu seharusnya kita sentiasa berusaha untuk menjaga dan memperkuat keimanan kita dengan menjauhi maksiat dan dosa kerana perkara tersebut akan melemahkan dan merendahkan nilai pegangan aqidah kita serta ditakuti nanti kita akan menghadapi saat sakratul maut yang payah.

The Future Is Bright
The future is bright because the future is created by positive people.
Those who are negative make a lot of noise about how bad things are.
Those who are positive quietly and steadily make a lot of real improvements and contributions to life.
There are always problems, there are always challenges. And there are always people willing to transform those challenges into great opportunities.
Those who have the courage, commitment and discipline to follow their own best dreams, bring the rest of the world along with them. Those who choose to do the best they can with what they have, create a better life for everyone.
For every frightening crisis, there are millions of real, meaningful success stories that don't get noticed, but that do have enormous positive influence.
Negative people obsess over the past while positive people work their way eagerly toward the future. Life gets better and better when you choose to make it so.

Zakat Emas
Soalan:-
1) Apakah anggaran gram bagi emas perhiasan dan emas simpanan yang dikenakan zakat emas? Ada yang mengatakan zakat emas bagi barangan kemas perhiasan akan dikenakan apabila berat barangan tersebut mencecah 800gram manakala barangan kemas yang disimpan dikenakan zakat apabila mencecah 85 gram?
Jawapan:-
1) Tidak ada khilaf di kalangan fuqaha tentang wajib zakat pada emas yang disimpan. Kadar nisabnya ialah 20 mitsqal bersamaan dengan 85 gram. Maka dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripadanya.
Manakala zakat emas bagi perhiasan wanita, ada khilaf di kalangan fuqaha. Jumhur berpendapat emas yang dipakai sebagai perhiasan wanita tidak dikenakan zakat KECUALI jika ia melebihi URUF (nilai pemakaian setempat yang dibenarkan).
Sekiranya melebihi URUF, maka ianya wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% atas nilai lebihan dari URUF itu.
Sebagai contoh, uruf perhiasan emas wanita di negeri Selangor ialah: RM5,000. Maka jika seseorang memakai perhiasan emas yang bernilai RM9,000 maka zakatnya ialah:
(kadar yang dipakai–kadar uruf) x 2.5% = kadar zakat
(RM9,000 – RM5,000) x 2.5% = RM100.

Kata-Kata Nasihat Ibnu Qayyim
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesenantiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu.

Sunday, August 23, 2009
Emerge A Winner
There are some events that you can influence by making intelligent choices and by taking decisive action. There are other events and situations that are completely out of your control.
You have what it takes to successfully deal with both. There's no need to worry endlessly about what the future will bring. You can do your very best with those situations that are under your control. And you can adapt and adjust to those situations over which you have little or no influence.
The foolish actions of others can leave you hopelessly frustrated if you allow them to do so. Keep in mind, however, that there's nothing to be gained by working yourself into a knot of frustration and resentment.
Instead, accept whatever comes your way and commit yourself to finding the value in it and making the best of it. With a positive, generous sense of purpose, there's no limit to what you can achieve, even when conditions are less than ideal.
Greet each new day and each new turn of events with confidence and enthusiasm. And you'll emerge a winner no matter what.

Bahaya Api
Dari Abu Musa r.a katanya: Pada suatu malam, sebuah rumah penduduk Madinah terbakar. Ketika peristiwa itu dikhabarkan orang kepada Rasulullah s.a.w, baginda berkata: "Api itu sesungguhnya musuh bagimu. Kerana itu apabila kamu hendak tidur, padamkanlah ia terlebih dahulu.”
- (Muslim)
- (Muslim)
Keajaiban Hati
Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:
1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.
2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.
3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya. Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: “Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah.” (Riwayat At Tarmizi)
4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan. Bagi Rasul atau Nabi, maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati. Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. .
Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

Hukum Memakai Rambut Palsu / Menyambung Rambut
Soalan:-
1. Apa hukumnya wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut tambahan (wig/sanggul/)?
Jawapan :
Kaum wanita diharamkan/dilarang menyambung rambut mereka dengan rambut tambahan(wig/sanggul) atau dengan benda lainnya yang menyerupai rambut. Berdasarkan dalil-dalil yang melarang hal tersebut :- “Hadis Asma binti Abu Bakar r.a., Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)”
Soalan:-
2. Bagaimana hukum mengenai seorang perempuan yang memakai rambut palsu(wig/sanggul) untuk mempercantikkan dirinya untuk suaminya?
Jawapan :
Memang setiap pasangan harus mempercantik dirinya (si suami) atau dirinya (si isteri) untuk pasangannya, di dalam rangka menyenangkan pasangannya dan memperkuat perasaan (kasih/cinta) diantara keduanya.
Bagaimanapun, hal ini harus dilakukan dengan cara yang tercakup dalam batas syariah sehingga tidaklah terlarang. Adapun memakai rambut palsu (wig/sanggul) adalah model yang dipraktisi wanita-wanita non-Muslim dan menjadi cara yang popular dalam usaha untuk mereka mempercantikkan diri. Jika wanita muslimah memakai dan mempercantikkan dirinya dengan itu, sekalipun hanya untuk (didepan) suaminya, maka dia sedang meniru wanita-wanita kafir dan Nabi telah melarangnya. Beliau berkata : "Barangsiapa menyerupai satu kaum maka dia termasuk golongan mereka."
Terlebih lagi, hal tersebut sama ertinya “menyambung rambut palsu atas seseorang”. Nabi s.a.w. telah melarang perbuatan tersebut dan mengutuk orang yang melakukannya.
Namun, jika seorang wanita tidak mempunyai rambut dikepalanya sama sekali, sebagai contoh, dia seorang yang botak, maka dia boleh menggunakan rambut palsu untuk menutupi seluruh cacatnya. Ini kerana adanya pertimbangan diizinkan untuk menghilangkan kecacatan.
Sebagai contoh, Nabi s.a.w yang telah membolehkan seorang lelaki yang mempunyai hidungnya terpotong dalam suatu pertempuran, untuk memakai hidung palsu emas. Keadaannya dapat lebih fleksibel berbanding itu. Yakni boleh juga meliputi permasalahan menjalani perawatan plastik (bedah plastik) untuk memperbaiki hidung yang kecil dan sebagainya.
Bagaimanapun, proses mempercantik tidaklah sama halnya dengan menghilangkan cacat. Jika masalahnya berkenaan menghilangkan kecacatan, maka tidak ada kejelekan didalamnya, seperti ketika hidung bengkok dan perlu diluruskan atau menghilangkan tanda/tahi lalat. Tidak ada kejelekan dalam tindakan yang demikian.
Akan tetapi, bukanlah termasuk menghilangkan kecacatan, seperti membuat tatoo atau menghilangkan rambut alis mata. Hal itu terlarang. "Allah melaknat wanita yang membuat tatoo, wanita yang minta dibuatkan tatoo, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya, wanita yang merubah ciptaan Allah Azza wa Jalla.”
- (HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud r.a.)
Penggunaan rambut palsu, walau dengan izin dan persetujuan suami didalam hal-hal yang Allah telah melarangnya adalah terlarang.
(Syaikh Ibn ‘Utsaimin, Fataawa Al-Mar’ah)
Rujukan:-
Komite Tetap untuk Riset Islam Dan Fatawa Saudi Arabia
Ketua : Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz
Wakil : Syaikh ‘Abdur-Razaq ‘ Afifi
Anggota : Syaikh ‘ Abdullah Ibn Ghudayyan
Fataawa al-Lajnah ad-Daimah lil-Buhuts al-’Ilmiyyah Wal-Iftaa Saudi Arabia,- Jilid 5, Halaman 193, Pertanyaan nombor 10 dari fatwa No. 9850; Fatawa wa Ahkaam fi Sya’r an-Nisaa- Pertanyaan 5 Halaman 8.
(Diterjemahkan dari http://www.fatwaonline.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0020106_1.htm)
(Diterjemahkan dari http://www.fatwa-online.com/fataawa/womensissues/beautification/bea001/0000206_13.htm)

Saturday, August 22, 2009
Adab Ziarah Pesakit / Jenazah
Antara adab dan tata tertib melawat orang sakit, orang yang hampir meninggal dunia atau sudah meninggal dunia ialah seperti diterangkan oleh hadis dan 'Athar' (kata-kata sahabat).
• Daripada Ummi Salamah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap 'Amin' terhadap apa-apa yang kamu katakan itu."
-(Hadis riwayat Muslim)
• Daripada Ibn Abbas, katanya: "Antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi ialah memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising ketika melawat orang sakit."
Ibn Abbas berkata lagi: Rasulullah bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (ketika mereka melawat Baginda yang sedang gering): "Bangunlah kamu semua, tinggalkan daku!"
- (Hadis riwayat Razin)
• Daripada Jabir, bahawa Rasulullah bersabda: "Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu." (Dailami dalam Musnah al-Firdaus)
• Daripada Abu Said al-Khudri, katanya: Aku ada mendengar Rasulullah bersabda: "Sebutlah kepada orang kamu yang hendak mati 'Lailahaillallah' kerana sesungguhnya tidak ada seseorang hamba Allah yang diberikannya kemudahan mengakhiri keadaannya dengan kalimah itu ketika dia hampir mati, melainkan kalimah itu menjadi bekalannya ke syurga."
-(Hadis riwayat Muslim)
• Daripada Ummi Salamah, katanya: Rasulullah menziarahi Abu Salamah ketika matanya terbuka. Lalu Nabi menutupnya, kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)."
Mendengar perkara itu, sebahagian keluarga Abu Salamah menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka. Lalu Baginda bersabda lagi: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara baik, kerana malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa-apa yang kamu katakan - baik atau buruk."
Kemudian Baginda berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang yang mendapat hidayah petunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkan bagi kami dan baginya Ya Rabbal Alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya."
- (Hadis riwayat Muslim)
Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang sakit dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.
Janganlah tinggal terlalu lama ketika melawat kerana pesakit mungkin jemu atau ingin berehat. Ketika menziarahi orang yang hampir mati disunatkan disebutkan kepadanya kalimah 'Lailahaillallah'.
Saidina Umar bin al-Khattab berkata: "Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak."
Mengikut keterangan ulama, selepas orang yang hampir mati turut menyebut kalimah itu, maka janganlah orang yang hadir di sisinya menyebutnya lagi, kecuali orang yang hampir mati itu menuturkan kata-kata lain. Maka, hendaklah diulangi sebutan kalimah itu kepadanya.
Tujuan menyebutkan kalimah 'Lailahaillallah' itu kepadanya supaya jangan ada sesuatu dalam ingatannya selain daripada mengakui keEsaan Allah pada saat matinya.
Selepas orang itu menghembuskan nafasnya yang akhir, maka selain daripada sunat menutup matanya, dituntut pula supaya melembut-lembutkan sendi-sendinya yang keras kaku seberapa yang boleh. Mengikat dagunya ke kepala supaya tertutup mulutnya.
Juga dituntut mendoakan si mati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Makmum Tidak Menanggung Dosa Imam
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Mereka solat menjadi imam solat bagimu. Maka jika mereka betul, dia dan kamu akan mendapat pahala. Tetapi jika ia salah, kamu tetap mendapat pahala sedangkan mereka berdosa.”
- (Al-Bukhari)
- (Al-Bukhari)
Make Something Beautiful
Victories bring joy and new opportunities.
Defeats bring wisdom, strength, determination, and new opportunities.
Life moves continually forward. Sometimes things happen just as you expected they would, and then there are times when nothing goes the way you had it planned. In any event, there is a way to respond triumphantly.
Learn to see the value no matter what outer conditions and circumstances may be concealing it. The ups and downs and ins and outs of life have brought you to this day. And on this day, you can make something beautiful out of it all.

Thursday, August 20, 2009
Hukum Sedekah Pahala Amalan Kepada Si Mati
-Oleh Ust Zaharuddin Abd Rahman
Soalan:-
Apakah hukum seseorang menghadiahkan pahala amalan ibadahnya kepada orang mati iaitu seperti membaca al-Fatihah buat si mati dan seumpamanya, tidak kira samada dari kalangan ahli keluarganya atau selainnya?
Adakah pahala tersebut sampai kepada si mati?
Jawapan :
Sebelum menjawab persoalan ini, adalah terlebih baik kiranya pembaca dapat memahami bahawa amal ibadat seseorang terbahagi kepada 3 jenis :-
1) Amal Ibadah Badaniah semata-mata : Iaitu ibadat yang dilakukan oleh tubuh semata-mata seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain.
2) Amal ibadah Maliah : Iaitu amal ibadat berbentuk harta semata-mata, seperti zakat, sedeqah.
3) Amal ibadah yang mengandungi unsur Badaniah (dilakukan oleh tubuh) dan Maliah(berbentuk harta) serentak contohnya seperti Haji.
Maka bagi menjawab persoalan di atas, secara umumnya seperti berikut :-
A. Para ulama ahli sunnah wal jama'ah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh di hadiahkan pahalanya kepada orang lain. Ia adalah amalan berikut:-
(Rujuk : Hasyiah Ibn Abidin , 1/605 ; Nihayatul Muhtaj , 6/92 ; Mughni al-Muhtaj , 3/96 ; al-Mughni, 2/567 )
1. Sedekah harta dan yang sepertinya.
2. Doa & istighfar.
3. Apa-apa jenis Ibadat yang boleh diwakilkan. (seperti haji)
Antara dalil utama mereka adalah:-
1. Erti firman Allah : "Dan mereka yang datang selepas kumpulan itu berdoa: Ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang sebelum kami telah beriman" ( Al-Hasyr : 10 )
2. Firman Allah ertinya : "Dan pintalah ampun bagi dosa kamu dan dosa orang mukmin" ( Muhammad : 19 )
3. Bertanya seorang sahabat kepada Nabi SAW ertinya: "Ya Rasulullah SAW,sesungguhnya ibuku telah meninggal. Adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini dapat memberi manfaat kepadanya? Nabi SAW menjawab: Ya'"
-(Riwayat Abu Daud & Tirmidzi ; Imam Tridmidzi mengatakannya Hasan ; juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dengan sedikit berbeza lafaz tetapi ertinya sama)
4. Seorang lelaki bertemu Nabi SAW lalu bertanya: "Ibu telah meninggal, dan ada meninggalkan harta tetapi ia tidak membuat sebarang wasiat terhadap hartanya, adakah jika aku menyedekahkan hartanya, maka dosanya boleh terhapus? Nabi menjwab : Ya"
- (Riwayat Muslim , Nasaie , Tirmidzi dan lain-lain)
Hasil kefahaman dari dalil-dalil di atas :
1. Doa seorang muslim kepada yang lain samada hidup atau mati, adalah boleh membantu saudaranya dalam bentuk syafaat, sebagaimana kata Imam Al-'Iz bin Abd Salam: "Doa adalah suatu bentuk syafaat (bantuan) yang diharuskan buat ahli keluarga dekat dan rakan yang jauh"
- (Qawa'id Al-Ahkam , 1/135 ).
2. Amalan sedekah harta boleh memberi manfaat kepada si mati. Bagaimanapun Imam As-Syawkani (w 1255 H) dan Syeikh Muhd Rashid Ridha (w 1354 H) berpendapat, amalan sedekah ini khas untuk anak si mati sahaja. Menurut mereka, sedekah dari orang asing tidak sampai pahalanya kepada si mati.
- (Lihat Nayl awtar , 4/99).
Bagaimanapun Imam An-Nawawi (w 676 H) serta jumhur ulama sebelum as-Syawkani telah pun membawa hujjah bahawa sedeqah yang bukan dari anak juga boleh sampai kepada si mati dengan dalil berikut :-
1) Ijma', ia telah ditegaskan oleh Ibn Quddamh (w 620 H), An-Nawawi dan Ibn Khathir (w 776 H)
2) Telah sabit dalam hadis bahawa Nabi SAW telah mengiakan pelupusan hutang beberapa orang sahabat, walaupun ia di bayar oleh bukan ahli keluarga si mati.
B. Adapun amalan-amalan lain terutamanya dari kumpulan amalan berbentuk badaniah semata-mata dan berbentuk gabungan antara amalan tubuh dan harta, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan besar, ia seperti berikut : -
Majoriti ulama berijtihad mengatakan ianya tidak boleh dihadiah dan tidak sampai kepada si mati jika dihadiahkan. Ia adalah pandangan Imam As-Syafie dan sebahagian besar ulama mazhab Syafie, ia juga pandangan Imam Malik, Imam Izzudin Bin Abd Salam.
Antara dalil utama kumpulan ulama yang melarang ini adalah seperti berikut:-
1) Ertinya : "Dan sesungguhnya setiap manusia tidak akan memperolehi kecuali apa yang diusahakan"
-( An-Najm : 39 )
2) Ertinya : "Dan tidaklah seseorang berusaha (beramal) kecuali ia akan memperolehinya, dan tidaklah seseorang kamu menanggung dosa dan beban orang lain"
- (Al-An'am : 164 )
3) Hadith Nabi ertinya : "Apabila mati anak Adam, terputus semua amalannya kecuali tiga perkara : Sedekah jariah, ilmunya yang dimanfaatkan orang selepas kematiannya, dan anaknya yang soleh yang mendoakannya"
Bagaimanapun, Mazhab Hanafi, Hanbali secara umum dan sekumpulan kecil dari mazhab Maliki, ulama mutaakhirin dari mazhab Syafie dan Imam Al-Qurtubi pula berpendapat : Harus dan pahala seluruh jenis ibadat sampai kepada si mati, iaitu jika ia diniatkan hadiah kepadanya. Ini beerti menurut ijtihad kumpulan ulama ini, semua ibadat seperti solat, puasa, haji, membaca Al-Quran, sedekah harta, doa dan lainnya, akan sampai pahalanya kepada si mati. Imam al-Qurtubi mengatakan bahawa sedekah tidak semestinya dengan harta"
-(Al-Bahr al-Raiq,3/64 cet dar al-Kitab al-Islami; At-Tazkirah fi Ahwal al-Akhirah, 1/101)
Manakala Imam Ahmad Bin Hanbal secara peribadi pula mempunyai pandangan pertengahan antara kedua kumpulan di atas dimana beliau berijtihad HARUS menyedekahkan pahala membaca al-Quran kepada si mati.
Imam Ahmad mengatakan ertinya : "Dan apa jua amalan taqarrub yang telah dibuat dan dijadikan pahalanya kepada si mati yang Muslim, maka ia telah memanfaatkan si mati, insyaAllah, dan orang Islam di setiap zaman dan tempat berkumpul dan membaca Al-Quran serta menghadiahkan pahalanya kepada si mati mereka tanpa sebarang bantah"
- (Al-Mughni, 2/566)
Ijtihad beliau disokong oleh sebahagian daripada ulama mazhab Syafie seperti Imam Ibn Solah, Al-Muhib at-Tabari lain-lain. Imam Ibn Quddamah Al-Hanbali (w 620 H) berkata : "Sejak turun temurun di setiap zaman, muslim berkumpul dan membaca Al-Quran serta mendoakan pahalanya kepada muslimin yang telah meninggal. Nabi SAW pernah bersabda bahawa si mati di azab dengan sebab ratapan dan raungan si hidup, maka tiada sebab mengapa Allah menghalang pahala kebaikan sedangkan azab boleh sampai kepada si mati"
-(Rujuk al-Mughni, 2/226 cet Dar Ihya at-Turath al-Arabi)
Secara ringkas antara dalil-dalil kumpulan ulama yang membolehkan ini adalah hadith-hadith yang menyebut tentang keharusannya dalam jenis ibadah Puasa, Haji, Doa, Istighfar dan lain-lain, yang mana menurut ijtihad mereka ia termasuk secara langsung atau tidak dalam bentuk ibadah badaniah semata-mata dan juga gabungan badaniah (tubuh) dan harta. Berdasarkan dalil ini mereka mengkiaskan kepada semua jenis ibadah.
Demikianlah, beberapa pandangan para ulama muktabar ahli sunnah wal jama'ah dalam tajuk ini. Kesemua mereka berijtihad dalam memahami dalil-dalil. Maka dalam hal ini, justeru kiranya ada individu yang melakukannya, tidak harus kita menolaknya secara putus (qat'ie) kerana mereka juga mempunyai dalil walaupun dalil mereka di anggap lemah oleh yang menolak (kecualilah jika terdapat unsur-unsur bid'ah terhasil dari perkara-perkara luar). Apa yang penting adalah menghormati hasil ijtihad para ulama yang berkelayakan.
Sebagai penutup, suka saya memetik kata Ibn Taymiah : "Sah dari Nabi SAW bahawa baginda mengarahkan bersedekah kepada si mati, juga berpuasa untuknya , maka sedekah untuk si mati adalah termasuk dari kalangan amalan soleh. Bagaimanapun bukanlah dari kebiasaan para ulama salaf dan sahabat apabila solat sunat, puasa, haji dan membaca al-Quran, mereka menghadiahkan kepada muslimin yang telah mati, justeru adalah terlebih baik jika manusia menuruti jalan mereka kerana ia adalah lebih baik dan sempurna."
- (Fatawa al-Kubra , 3/38 cet dar al-kutub al-ilmiah)
Justeru, saya merasakan adalah lebih baik menghabiskan usaha si hidup untuk menghadiah pahala-pahala yang pasti sampai kepada si mati sahaja. Bagaimanapun, sesiapa yang ingin memegang ijtihad ulama yang mengharuskan, saya kira ia bukanlah masalah yang besar.
Wallahu'alam.

Allah Maha Pemaaf Dan Pengampun
1. Daripada Anas bin Malik r.a. telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : "Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."
- Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih
2. Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta'ala bermaksud : "Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta, maka Aku akan menghampirinya sepemeluk dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dalam keadaan bersegera. Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."
3. Hadis yang ertinya : "Demi Tuhan yang mana diriku berada pada tanganNya (kekuasaanNYA), sekiranya kamu melakukan kesalahan sehingga memenuhi dosa-dosa itu antara langit dan bumi, kemudian kamu memohon keampunan Allah nescaya Dia akan mengampunimu."
4. Di dalam Hadis Qudsi yang ertinya : "Satu kebaikan akan diganda sepuluh malah lebih, manakala satu kejahatan tetap dikira satu (tidak diganda) ataupun Aku mengampuninya. Sekalipun kamu menemuiKu(selepas mati) dengan dosa sebesar bumi tetapi tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, maka Aku akan menemuinya dengan mengampuni dosa sebesar itu."
- Dipetik dari kitab Al-Ittihafat
5. Dalam hadis sohih yang lain yang ertinya : "Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang agama dan cahaya yang menerangi langit dan bumi."
6. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : "Sesiapa yang banyak beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya daripada setiap kesusahan jalan penyelesaian, jalan keluar daripada setiap kesempitan dan akan diberikan rezeki dengan cara yang tidak diketahui."
7. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang ertinya : "Tiada daripada seorang muslim yang memohon doa sedangkan dia sendiri bersih dari dosa dan juga dia tidak pernah memutuskan perhubungan silaturrahim sesama manusia melainkan Allah akan menganugerahi kepadanya satu dari tiga perkara ini : samada terus diterima doanya, samada Dia akan menangguhnya sehingga hari akhirat ataupun disimpan(ampun) segala kejahatan yang seumpamanya (permintaan tadi). Maka para sahabat bertanya : Sekalipun banyak? Sabda baginda S.A.W : Allah lebih banyak pemberianNya."
FAEDAH DAN PENGAJARAN HADIS
1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana kita tidak lepas daripada dosa. Rasulullah S.A.W sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda S.A.W merupakan seorang Rasul yang maksum (dipelihara daripada dosa besar dan kecil).
2. Keampunan Allah lebih besar daripada dosa yang dilakukan oleh hambaNya sekalipun besar dan banyak kerana rahmatNya dan kerana Dia Maha Kaya daripada makhlukNya.
3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.
4. Dilarang sama sekali kita berputus asa daripada rahmat Allah dan diwajibkan kita agar sentiasa bersangka baik dengan kemaafan dan pengampunan dari Allah. Tetapi tidak dikira melampaui syariat sekiranya timbul perasaan terlalu takut pada Allah sehingga kita merasakan kita tidak akan diampun lagi tetapi dalam masa yang sama kita terus mengharap dan gerunkanNya. Kedua-duanya adalah sesuatu yang akan mengimbangkan fitrah pada diri seorang muslim pada satu sudut dan kesan daripada tarbiah Islamiah pada sudut yang lain. Tidak sempurna pengabdian melainkan dengan mengambil kedua-duanya sekali.
5. Allah mengampuni semua dosa selain daripada syirik kepadaNya samada melalui perbuatan, perkataan dan pengiktirafan hati.
6. Diminta agar kita sentiasa bersegera di dalam beristighfar dan bertaubat serta tidak melengahkannya.
7. Sesungguhnya perkara yang membawa kepada syirik kepada Allah akan menutup kita daripada rahmatNya.
8. Istighfar ialah dengan lidah manakala taubat pula dengan lidah, anggota dan hati iaitu dengan meninggalkan dosa lalu, bertekad untuk tidak mengulanginya dan menunaikan kewajipannya.
9. Tiga cara Allah menerima doa hambaNya iaitu :
a. Terus menerima segala permohonan dan permintaan yang dipohon
b. Menangguhnya sehingga hari akhirat nanti
c. Menghapuskan dosa yang sama kadarnya dengan permintaan yang diminta kepada Allah.
10. Antara adab-adab ketika berdoa ialah :
a. Mendatangkan di dalam hati, rasa keinsafan ataupun sebarang permohonan yang hendak diminta bukannya sekadar diucap di mulut tetapi tidak terlintas atau terasa di hati tentang apa yang didoakan. Sebaik-baiknya jika kita kurang memahami bahasa Arab, maka lebih baik kita menggunakan bahasa Melayu ketika berdoa kecuali nama-nama Allah yang lebih baik gunakan bahasa Arab.
b. Mengharapkan agar Allah akan menerimanya dengan penuh keyakinan bukannya di sana masih terdetik sikap kesangsian ataupun tidak terlalu mengharap ketika doa dilakukan sambil lewa sahaja.
c. Tidak mudah putus asa dengan terlalu mengharapkan segala doa yang dipohon terus dikabulkan oleh Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Menerima.
d. Tetapkan hati dengan menjauhi perasaan mudah berubah hati ketika memohon doa kepada Allah.
11. Adab Istighfar pula ialah :
a. Memuji dan menyebut nama Allah dengan menyebut salah satu namanya terutama Al-Ghaffar, Ar-Rahman, Ar-Rahim.
b. Menyebut penyesalan ke atas dosa dengan menyebut dosa yang telah dilakukan.
c. Memohon kepada Allah keampunan di atas dosa yang telah dilakukan.

Wednesday, August 19, 2009
Kelebihan Menghayati Al-Quran
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar dan utama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia merupakan petunjuk yang paling baik untuk umat manusia sehingga hari qiamat dalam mencari keredhaan Allah, seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Di antara kelebihan membaca serta menghayati segala isi al-Quran dapat dilihat melalui beberapa petikan hadis Nabi s.a.w sebagai pedoman kepada kita semua.
1. Sabda Nabi s.a.w yang ertinya : "Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al Quran dan mengajarnya"
- muttafaqqun 'alaihi
2. Sabda Nabi s.a.w yang ertinya : "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya(pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa alif laam miim itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf".
- diriwayat oleh Tarmizi dan ia merupakan hadis hasan sohih
3.Sabda Nabi s.a.w yang ertinya : "Orang yang membaca Al-Quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca Al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan)".
- Sohih Bukhari dan Muslim
4.Abi Umamah Al-Bahili telah berkata bahawa dia mendengar sabda Nabi s.a.w yang ertinya : "Kamu hendaklah membaca Al-Quran maka sesungguhnya ia akan datang pada hari qiamat sebagai syafaat bagi ahli-ahlinya".
- Riwayat Muslim
5. Sabda Nabi s.a.w yang ertinya : "Sesungguhnya sesiapa yang tidak terdapat pada kerongkongnya sesuatu daripada al-Quran (tidak membaca) maka ia seperti rumah yang usang".
- Riwayat Tarmizi
6. Dalam satu hadis Qudsi di mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Allah telah berfirman yang ertinya : Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan Al-Quran dan zikir mengingatiKu daripada meminta-minta kepadaKu maka Aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaKu itu. Dan kelebihan Kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas segala makhlukNya".
- Riwayat Tarmizi dan hadis hasan sohih
7. Sabda Nabi s.a.w yang ertinya : Tiada suatu kaum yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah Allah (masjid) membaca kitab Allah (Al-Quran) dan tadarrus antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, dikelilingi oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisiNya"
- Riwayat Muslim
8. Daripada 'Uqbah bin 'Amir telah berkata : Telah keluar Rasulullah s.a.w menemui kami di Suffah maka sabdanya : Siapakah di kalangan kamu yang suka keluar ke Buthan dan 'Aqiq (nama 2 tempat di Madinah) di mana dia akan membawa pulang darinya 2 ekor unta yang sihat lagi gemuk tanpa berbuat dosa dan tidak pula memutuskan tali persaudaraan ? Maka kami menjawab : Wahai Rasulullah! Kami semua menyukai perkara itu. Sabdanya : Mengapakah seseorang daripadamu tidak keluar ke masjid untuk belajar atau membaca 2 ayat daripada kitab Allah (Al-Quran) maka ia lebih baik daripada 2 ekor unta yang gemuk, tiga ekor, empat ekor di mana lebih baik baginya daripada empat dan daripada semua bilangan unta
- Riwayat Muslim
Rujukan
1. Bassam Abdul Wahab,At-Tibyan fi Adab Hamlah al-Quran li Imam Nawawi, Darul Basyair, cet. kedua 1996

Apa Itu KIBIR?
KIBIR telah diketengahkan dalam tazkirah oleh Tuan Hj. Md. Sanusi Ismail serta diulas melalui:-
Apa itu makna Kibir,
Tanda-tanda sifat Kibir,
Sebab-sebab Kibir,
Kesan Sifat Kibir,
Cara-cara Mengatasi Kibir.
MAKNA KIBIR:-
KIBIR mengikut istilah bahasa melayu, ertinya sombong atau angkuh. Bahasa moden pula ialah ego. Mengikut syariat islam – Kibir ialah membesarkan diri kerana merasakan diri mempunyai kelebihan diri dan keistimewaan sehingga lupa kepada Allah SWT dan menderhakaiNya. Sifat kibir atau sombong atau ego bermakna membesarkan diri kerana hati merasa diri mempunyai kelebihan, keistimewaan dan kehebatan. Ia merupakan sifat batin yang paling keji. Dosa dan kesalahan pertama yang di lakukan makhluk Allah terhadap Allah ialah sifat sombong. Iblis enggan sujud kepada Nabi Adam a.s. kerana sifat sombongnya. Dia merasakan dirinya lebih mulia daripada Nabi Adam a.s. kerana kejadiannya daripada api sedangkan Nabi Adam a.s. dari tanah.
Peristiwa kesombongan iblis ini Allah ceritakan dalam Al-Quran, firmannya yang membawa maksud:
“Dan (ingatlah) ketika kami memerintah kepada malaikat : Sujudlah kepada Adam, dia (iblis) enggan dan membesarkan diri. Maka sesungguhnya dia dari golongan musyrik.” ( Al Baqarah : 34 )
Disini Allah menceritakan bagaimana keengganan iblis untuk tunduk dan taat arahan Allah. Allah mengutuknya dan mengeluarkannya daripada syurga. Dengan menukar rupanya menjadi buruk. Di sinilah bermulanya dendam kepada Nabi Adam a.s. dan anak cucu cicit Nabi Adam a.s. yang tidak pernah padam.
Diantara ayat Al Quran yang sangat melarang kita bersifat kibir ialah :
1. Surah Al Mukmin , ayat 60 bermaksud : “Sesungguhnya orang–orang yang menyombong diri daripada menyembahKu akan masuk ke neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”
2. Surah Al Israk , ayat 37 bermaksud : “Janganlah kamu berjalan dengan menyombong diri kerana sesungguhnya kamu sekali–kali tidak dapat menembusi bumi dan ketinggian kamu tidak akan melepasi gunung .”
3. Surah An Nahl, ayat 23 : “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong”.
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG dapat di kesan melalui pergaulan sesama manusia iaitu samada sombong keterlaluan, sederhana atau ringan.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni ia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, ia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain didepannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
SEBAB – SEBAB SOMBONG itu dimiliki seseorang apabila:
1. Memiliki kuasa sama ada kuasa besar ataupun kecil.
2. Mempunyai pengetahuan sama ada dunia atau akhirat.
3. Mempunyai harta kekayaan
4. Mempunyai kegagahan iaitu kekuatan fizikal atau kepandaian dalam ilmu.
5. Keturunan. Sombong kerana keturunan bangsawan , keturunan ulama dll.
6. Berwajah tampan, cantik, disayangi oleh bos, dll.
7. Bukan dari mana-mana sebab yang disebut diatas, tapi mungkin dia seorang miskin, jahil, cacat, lemah sedangkan dia tetap sombong.
KESAN SIFAT SOMBONG ke atas seseorang itu:
1. Orang benci kepadanya. Fitrah semulajadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat sombong.
2. Mudah marah di mana kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan.
3. Bila wujud sifat sombong akan lahir pula penyakit mudah berdendam, hasad dengki dan mudah bertindak balas di atas kesilapan orang lain.
Kesombongan sangat membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran itu Allah SWT sangat murka dan tempatkan mereka ini di neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman dan lain-lain yang angkuh dan zalim.
CARA–CARA ATASI KESOMBONGAN:
Memandangkan betapa bahayanya penyakit hati ini, maka usaha–usaha mesti di buat untuk membendungnya. Beberapa panduan dan kaedah bagi mengikis buang dan mengubatinya :-
1. Ada ilmu tentang sifat-sifat mazmumah – Perlunya ilmu kerana ia merupakan sifat batiniah payah dikesan tetapi mudah di kesan orang lain.
2. Bawa berfikir tentang kejadian manusia – Sedarkan bahawa kejadian manusia adalah sama. Yakni daripada tanah dan mati kembali ke tanah semula. Walaubagaimana hebat sekalipun orang itu, kejadian sama dengan orang lain.
3. Fikirkan dan sedarkan hati kita bahawa kejadian manusia yang kedua adalah daripada air mani – Ertinya kejadian manusia itu tiada bezanya antara satu dengan yang lain samada kaya, berilmu, pembesar dll.
4. Melihat respon orang lain terhadap kita – Dalam pergaulan hidup dapat kesan respon orang lain kepada kita.
5. Ambil iktibar daripada pengalaman hidup – Apabila ada kelebihan, keistimewaan dan kehebatan bolehkah kita bersikap sombong? Apakah kita berkuasa mengelakkan diri daripada sakit? Apakah kita mampu melawan kuasa tentera Allah? Apakah kita mampu melawan kematian? Jawabnya tentu tidak. Kalau begitu, kenapa kita merasakan diri kita lebih dari lain.
6. Ingat azab Allah untuk sombong – Ingat dihati bahawa sifat sombong sangat dimurkai Allah. Akibatnya kita dicampakkan ke neraka yang panas apinya 70 kali ganda api dunia dan dalamnya 70 ribu tahun perjalanannya baru sampai ke dasarnya.
7. Ingatlah neraka yang keseluruhannya api- diatasnya, dibawahnya, dikanan kirinya adalah api yang memakan dan menghanguskan daging-daging dan tulang belulang manusia. Kemudian di ganti dengan tubuh yang baru dan diseksa lagi. Begitulah berulang-ulang sepanjang masa.
8. Walhal di waktu kita dibelenggu kaki dan tangan serta dicemeti berterusan oleh malaikat Zabaniah, bau neraka yang busuk tidak dapat digambarkan. Kalau ditakdirkan bau itu dicium penduduk dunia akan matilah semua lantaran busuknya.
Perkara di atas perlu difikirkan, direnungkan dan diingatkan selalu dalam hati agar tidak lupa. Kesannya diharap akan menakutkan untuk kita bersikap sombong atau ego. Harapan kita moga-moga Allah SWT sentiasa memimpin kita agar menjadi hamba yang merendah diri.
Author : Md. Sanusi Ismail

The Values In Your Heart
When your world seems frustrating, keep in mind that the most important part of you exists beyond those frustrations.
When life feels painful, never forget that the pain, however difficult it may be, is confined to just a small portion of who you truly are.
You cannot hold love in your hand, and yet you know for certain that it exists. You cannot capture joy in a box or an envelope and yet you have no doubt that it is real.
When the outward concerns of life seem to be overwhelming, remind yourself, there's more. Even those losses and disappointments that feel big and burdensome, are small in comparison to all the beautiful, positive possibilities living within you. Look beyond the distractions and remember the miracle of your existence.
Live your life around the values in your heart. And those everyday pains and nuisances will lose their power to bring you down.

Monday, August 17, 2009
Doa Dan Makanan Haram
Daripada Abu Hurairah telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w yang ertinya :
"Sesungguhnya Allah itu Maha Baik tidak menerima melainkan sesuatu yang baik. Dan Sesungguhnya Allah telah memerintah para orang yang beriman sama dengan apa yang telah Dia perintah dengannya terhadap para rasul. Maka firmanNya yang ertinya : Wahai Rasul-Rasul, Makanlah kamu daripada makanan yang baik (halal)...dan firmanNya lagi yang ertinya : Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah kamu daripada makanan yang baik apa yang dianugerahkan kepadamu(halal). Kemudian Rasulullah s.a.w menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku, sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram, maka bagaimana Kami mau mengabulkan doanya."
- Riwayat Imam Muslim -
Keterangan ringkas:-
1. Ketika berdoa maka sebutlah nama-nama Allah yang baik dan cantik kerana Allah begitu menyayangi mereka yang menyebut nama-namaNya. Malah sesiapa yang menghafal dan menghayati nama Allah yang 99, maka dijanjikan balasan Syurga.
2. Tidak boleh memberi sedekah perkara yang haram atau tidak elok kerana telah diriwayatkan dalam satu hadis Sohih yang bermaksud : "Allah tidak akan menerima sembahyang tanpa bersuci dan Dia tidak menerima sedekah daripada perkara yang tidak elok (sumber atau bendanya)".
3. Kita dapat lihat bagaimana Allah menerima korban Habil berupa seekor kibas yang gemuk dan sihat serta Dia menolak korban Qabil yang berupa gandum yang tidak elok.
4. Ibnu Abbas menerangkan bagaimana Allah tidak akan menerima sembahyang seseorang yang mana di dalam tubuhnya ada perkara yang haram.
5.Walau pun seseorang yang bermusafir dengan niat yang elok merupakan jihad dan doa orang yang musafir mudah dikabulkan oleh Allah tetapi jika dia dibesarkan dengan makanan, minuman atau pakaian yang haram maka doanya akan ditolak oleh Allah.
6. Imam Syafie sendiri pernah pada suatu hari mengadu kepada gurunya tentang beliau susah mengingati dan memahami apa yang dipelajari sedangkan sebelum ini tidak pernah berlaku perkara demikian. Lalu gurunya meminta agar beliau menjauhi perkara yang haram dengan kata-katanya : "Sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya dan cahaya Allah tidak akan dianugerahkan kepada orang yang berbuat maksiat." Mendengar jawapan gurunya, lalu Imam Syafie pulang ke rumahnya dan bertanya adakah beliau telah diberi makan atau minum perkara yang haram. Lalu ibunya teringat bagaimana dia telah memberi minum air susu yang diperah daripada seekor kambingnya yang telah memakan tanaman jirannya tanpa sengaja. Inilah kesan buruk daripada perkara haram atau syubhat.
7. Antara perkara yang menghalang daripada dikabulkan doa seseorang ialah sebagaimana berikut :
a. Doa orang yang zalim
b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa
c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan
d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat
e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
8. Setiap muslim yang memanjatkan doanya kepada Allah dengan bersungguh, maka akan dikabulkan oleh Allah dalam 4 keadaan iaitu :
a. Samada dikabulkan secara segera
b. Dikabulkan setelah melalui masa yang lama
c. Dikabulkan di akhirat nanti dengan digandakan pahala
d. Atau diampuni dosanya
Rujukan :
1. Abdul Wahab Rashid Salleh Abu Sofiayyah, Syarah al-Arba'in al-Nawawiah, Dar al-Basyir, cet. ketiga 1995