Thursday, September 26, 2013

Mengambil nafas ketika membaca AlQuran

Apakah hukum mencuri nafas semasa sedang membaca Al-Quran?

Jawapan:

Mengambil nafas ketika membaca Al-Quran tidak dikira bersalah selagi mana ayat Al-Quran yang dibaca itu tidak lari dari maksud asal Al-Quran.


Credit:
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/53315

Sunday, June 2, 2013

Berkhatan Dengan Doktor Non-Muslim

Soalan:

Adakah boleh berkhatan dengan doktor bukan Islam?

Jawapan:

Berkhatan dengan sesiapa sahaja tidak menjadi masalah, hatta non-Muslim.  Kebanyakan ulama termasuk Amir al-Sya’bi, Rabi’ah, al-Auda’ie, Yahya bin Said al-Ansari, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad berpegang bahawa hukum berkhatan adalah wajib. 


Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani

Dipetik dari Majalah Solusi

Sunday, April 28, 2013

SURAH BACAAN KETIKA MENGANDUNG


Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.

Surah Maryam – untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman – untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf – untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Al-Hujurat – untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yasiin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah At-Tawbah – untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah An-Nahl – untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Dalam buku  ‘Amalan-Amalan Semasa  Mengandung dan Panduan menyambut Cahaya Mata’ oleh Ustaz Hj Taib Azamudden Md Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Syukur, menyebut bahawa Imam Syafi’i semasa dalam kandungan ibunya, ibunya sering membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin dan menyeru anak kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya.  Hasilnya Imam Syafi’i boleh menghafal al-Quran 30 juzuk sejak berumur tujuh tahun.


Doa Agar Mendapat Anak yang Soleh/Solehah

(Surah Ali Imran 3 : Ayat 38)
38. Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.



Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung






Author: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Dipetik dari Majalah Solusi




Sequence


You know what you need to do, but you never seem to get it all done. Why? Perhaps it's because you're not putting things in sequence.

Just having a list of things to do is not enough. You must also decide in what order you will get everything done. Something must be done first, and then something else after that, and so on. Without a specific sequence, it is too easy to put things off until "later."

How do you determine the sequence? Certainly you want to make sure the most important tasks are near the top of the list. Many people also find it helpful to do the least desirable things at the beginning of the day. And of course your appointments and commitments to others will also determine your schedule. Beyond that, even an arbitrary sequence is much more effective than no sequence at all.

Sequencing your tasks strengthens your commitment to getting them done. Success comes from taking one step at a time. The more clearly and specifically you can lay those steps out in front of you, the more you'll get accomplished.

- Ralph Marston

Sunday, April 7, 2013

SAKA KETURUNAN


Ayat-ayat untuk diamalkan bagi rawatan membuang jin di dalam badan.
1.Surah Ar-Rad ; Ayat 30 - 43
2.Surah Al-Mukminun ; Ayat 105 - 118
3.Surah Az-Zumar ; Ayat 59 - 75
4.Surah Al-Baqarah ; Ayat 1 - 20

Baca Surah Ar-Rad 3 kali malam dan Surah Al-Mukminun 3 kali siang.  Pembacaan hendaklah diamalkan setiap hari selama 3 hingga empat minggu.  Selepas membaca 3 kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan.

Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan dengan surah berikutnya. Yang penting, pesakit mesti mengamalkan ayat al-Quran yang diberi dan berdoa kepada Allah untuk penyembuhan. 

1.  Surah Ar-Rad Ayat 30 - 43





2.Surah Al-Mukminun Ayat 105 - 118



3.Surah Az-Zumar ; Ayat 59 - 75





4.Surah Al-Baqarah ; Ayat 1 - 20







Credit to:
Hj Lokman Abdul Hamid
Perubatan Islam
lokman.alhidayah@gmail.com

Saturday, March 30, 2013

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.


1- Surah Al-Fatihah dapat memadamkan kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 

6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.

7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was


Author: Ustaz Don Daniyal