Friday, June 22, 2012

EMAS PUTIH

Soalan:

Saya sedia maklum bahawa emas (kuning) adalah haram dipakai oleh kaum lelaki, namun, adakah hukum yang sama dipraktikkan pada emas putih?

Jawapan:

Diharamkan ke atas orang lelaki memakai perhiasan dari emas berdalilkan beberapa hadis Nabi s.a.w. Antaranya sabda baginda:

“Diharamkan memakai sutera dan emas ke atas lelaki-lelaki umatku dan dihalalkan kepada wanita-wanita mereka”
- (HR Imam at-Tirmizi dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh).

Persoalan yang timbul; adakah emas putih benar-benar emas (yakni diperbuat dari logam emas) atau hanya pada nama sahaja? Untuk menjawab persoalan ini, perlulah kita rujuk kepada orang yang ahli tentang logam untuk mengetahui apa yang menjadi kandungan dalam emas putih itu.

Menurut kajian Syeikh Abdurrahman bin Fahd al-Qad’an ad-Dautsari dalam bukunya az-Zahab al-Abyadh Haqiqatuhu Wa Ahkamuhu as-Syar’iyyah (Emas Putih; apa ia sebenarnya dan hukum Syarak tentangnya) dijelaskan bahawa menurut orang-orang yang ahli tentang logam dan juga tukang-tukang emas; Nama/istilah emas putih pada hari ini merujuk kepada dua;

1. Emas yang dicampur dengan Platinum (25%) atau Nikel (15%), terhasillah emas putih. Emas tulin tidak cukup keras untuk dijadikan perhiasan, kerana itu ia perlu dicampur logam lain untuk lebih keras di samping untuk mendapatkan warna berbeza. Bila dicampur dengan sedikit tembaga akan menjadikan emas berwarna kemerahan. Bila dicampur dengan perak ia kelihatan hampir putih. Bila dicampur dengan platinum dan nikel, ia menjadi emas putih. (halaman 34)

2. Logam platinum itu sendiri. Bila dibuat perhiasan sebahagian orang memanggilnya emas putih. Sebenarnya ia bukan emas, cuma kerana warnanya putih dan harganya mahal maka ia dipanggil emas putih (sebagaimana petroleum dipanggil emas hitam). (Halaman 41).

Merujuk kepada makna yang pertama, emas putih adalah emas pada nama dan hakikatnya. Maka ia tertakluk dengan hukum yang ditetapkan Syarak ke atas emas iaitu wajib dibayar zakat, haram berlaku riba, haram dipakai oleh kaum lelaki dan sebagainya lagi dari hukum-hakam yang ditetapkan Syarak ke atasnya.

Adapun merujuk kepada makna kedua, ia bukanlah emas pada hakikatnya. Hanya panggilan sahaja emas, namun sebenarnya ia bukan emas. Kerana itu ia tidak tertakluk dengan hukum emas. Haruslah orang lelaki memakainya walaupun harganya lebih mahal dari emas kerana pengharaman hanyalah ke atas emas. Dalam kaedah Fiqh ada disebutkan “Yang diambil perkiraan ialah apa yang ada di sebalik nama, bukan pada nama semata-mata”.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Az-Zahab al-Abyadh Haqiqatuhu Wa Ahkamuhu as-Syar’iyyah, tulisan Syeikh Abdurrahman bin Fahd al-Qad’an ad-Dautsari .


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com

What Are You Trying To Prove?

Do you spend your time and effort in a futile attempt to live up to someone else's standards? What are you trying to prove? And why?

Fulfillment comes not from impressing others, but from being, as completely and magnificently as you can, the person you are.

Consider how much of your anxiety, worry and frustration come from your striving to live up to the expectations of others -- to say the "right" things, drive the "right" kind of car, wear the "right" clothes. Of course we must be respectful and accepting of the people around us but we must also be careful NOT to become enslaved by their arbitrary definition of what has value and what doesn't.

Break free from the need to be accepted. The value of your life comes not from what others think of you. It comes from the degree to which you become the person you've always known you were meant to be. The admiration of others cannot be truly gained by chasing it. Paradoxically, the more you become your own person, the more you'll be admired by others.

Set your own standards, and set them high. Pursue excellence with sincerity. Forget about trying to prove anything. Just go ahead and be the best you can be.

- Ralph Marston

Doa Dari Anak

Rasulullah s.a.w. menggambarkan bagaimana doa seorang anak boleh mengubah kedudukan ibubapa mereka di akhirat nanti.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang lelaki akan diangkat darjatnya di syurga. Maka dia bertanya: “Bagaimana aku boleh berada di sini?” Maka dijawab: “Dengan doa permohonan keampunan oleh anakmu untuk dirimu.”
- Riwayat Ibn Majah no.3660. Sanadnya sahih sebagaimana dalam al-Zawaid


Credit to Author: Mohd Al-Adib Samuri
Dipetik dari Majalah Solusi

Friday, June 8, 2012

Doa Mohon Kekuatan

Surah Al-Hadid; Ayat 13 - adalah doa yang boleh dibaca 10 kali selepas tiap-tiap solat dan niat apa yang anda hajatkan - agar suami tidak terus melepak di luar rumah hingga jam 2-3 pagi dan salah pilih kawan; doa jika ada masalah di pejabat; doa semoga orang yang berhutang dengan kita mahu menjelaskan hutang-hutangnya; jika kena fitnah dan aniaya dan sebagainya.



"Diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."


Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya, sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.


Ustaz Kazim
Tanyalah Ustaz

Pay Attention

Pay attention to those who speak with you, and you will tell them more than your words ever could.

Pay attention to those you love, and the love will grow.

Pay attention to your garden, and it will be full of lush, bright color.

Pay attention to your work, and you'll achieve great things.

Pay attention to your community, and it will be a wonderful place to live.

Pay attention to the direction of your life, and you will find fulfillment.

One of the greatest things you have to give is your attention. Listen, watch, understand, respond. Just think of all the problems which are the result of people not paying attention -- to their work, to their children, to their spouses, to where their life is headed, to the society in which they live.

Paying attention is not easy. There are so many distractions. Just like anything else worthwhile, paying attention takes effort and intention. And just like anything else worth doing, the rewards far outweigh the sacrifice.

Pay attention, and it will pay you back!

-Ralph Marston

KUNCI KEJAYAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

Kunci solat ialah taharah.
Kunci ibadah haji ialah ihram.
Kunci kebaikan ialah benar.
Kunci syurga ialah tauhid.
Kunci ilmu adalah dengan bertanya dan mendengar.
Kunci kemenangan ialah sabar.
Kunci tambah nikmat ialah syukur.
Kunci keselamatan dunia akhirat ialah taqwa.
Kunci terkabul permintaan ialah doa.
Kunci maksiat ialah sombong.


Author: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Dipetik dari Majalah Solusi

Saturday, June 2, 2012

Memahami Keistimewaan Dan Tujuan Al-Quran

Allah SWT telah memuliakan kita kaum muslimin dengan menurunkan sebaik-baik kitab iaitu al-Quran, sepertimana Allah memuliakan kita dengan mengutuskan sebaik-baik Rasul.

Kaum muslimin adalah satu-satunya umat yang mempunyai perutusan dari langit yang terpelihara daripada penyelewangan dan kebatilan. Perkara ini disebabkan kerana Allah sendiri yang memeliharanya.

Firman Allah yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya kami yang memeliharanya.”
- (al-Hajr, ayat 9)

Al-Quran adalah cahaya yang menerangi hati-hati manusia ke arah jalan kebaikan dan kebajikan. Allah menurunkan al-Quran melalui Malaikat Jibrail.

Firman Allah yang bermaksud : “Suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan secara teperinci yang diturunkan di sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.”
- (Hud, ayat 1)

Rise Above It

Often, the people you encounter can be petty and unreasonable to the point that life becomes very frustrating.

Don't allow yourself to get drawn into someone else's small-mindedness. Seek to rise above it. Refuse to let it get to you. Honor your commitments, do as you said you would, be polite and be helpful.

If you react with anger or spite, then they have succeeded in pulling you into their petty world. Instead, respond with all the integrity you can muster.

Be confident -- but not arrogant -- that what you are doing is the right thing. Be confident enough to set the agenda. Have the strength to not let the little, small-minded things get to you. Your time and your life are more valuable than that.

-Ralph Marston

Bolehkah Nazar Dihentikan?

Soalan:

Pertanyaan mengenai puasa nazar - Anak saya telah dimasukkan ke ICU. Bimbang dengan keselamatan anak, saya telah bernazar untuk puasa selama sebulan berturut-turut sekiranya anak saya sihat walafiat selepas keluar dari hospital. Sebelum memulakan puasa nazar, saya telah meminta kebenaran suami dan dia mengizinkan tetapi setelah beberapa hari, suami menyuarakan rasa tidak berpuas hati kerana disebabkan berpuasa ini, permintaannya untuk bersama di waktu siang tidak dapat saya turuti kerana berturutan berpuasa. Di waktu malam pula, saya sudah terlalu letih akibat kerja-kerja rumah, menjahit untuk menambah pendapatan dan menjaga anak-anak. Adakah saya berdosa kerana tidak menuruti kehendak suami? Bolehkah puasa nazar itu diberhentikan seketika kerana menurut kehendak suami?


Jawapan:

1. Nazar untuk melakukan ketaatan - samada muqayyad atau mutlak - (yakni diikat dengan sesuatu atau secara bebas), wajiblah dilaksanakan.

Sabda Nabi s.a.w. "Sesiapa bernazar untuk mentaati Allah, hendaklah ia mentaatiNya (yakni menunaikan nazarnya)"
- (HR Imam al-Bukhari).

Jika nazar itu ditentukan waktunya, wajiblah dilaksanakan pada waktu yang dinazarkan itu. Jika gagal dilaksanakan pada waktu itu, wajiblah diqadha (diganti) pada waktu lain. Jika kegalalan itu bersebab -yakni kerana suatu keuzuran yang diakui Syarak iaitu sakit, musafir, kepayahan mengandung, menyusu dan sebagainya - tidaklah berdosa. Jika tanpa keuzuran, berdosalah dan wajib memohon ampun kepada Allah di samping qadha tadi.


2. Seorang perempuan yang mewajibkan ke atas dirinya suatu ibadat dengan nazar, jika tanpa keizinan suaminya, harus suaminya menegahnya dari melaksanakan nazar itu (jika mengganggu haknya). Jika nazar itu dibuat dengan izin suami, sekiranya ibadah itu dinazarkan pada hari yang tertentu, tidak harus suami menghalangnya dari melaksanakan nazarnya pada hari tersebut. Jika ibadah itu tidak ditentukan harinya, harus suami menghalangnya menunaikan nazar pada hari yang dikehendakinya (seperti hari ia memerlukan layanan isterinya atau sebagainya). Namun tidak harus ia menghalangnya dari menunaikan nazar secara sepenuhnya. Suami berhak menghalang isteri dari ibadah yang sunat. Adapun ibadah yang wajib, suami tiada hak menghalang isterinya kerana kewajipan kepada Allah lebih besar dari kewajipan kepada makhluk. Sebagaimana kita ketahui suatu ibadah yang asalnya sunat, apabila dinazarkan, ia akan menjadi "wajib" dan tidak harus diabaikan, walaupun dengan permintaan suami.

Bagi kes puan, oleh kerana puan bernazar dengan keizinan suami dan nazar puan adalah nazar yang diikat dengan hari-hati tertentu, tidak harus suami puan menghalang puan dari melaksanakam nazar puan. Jadi, tidak harus puan berhenti berpuasa nazar itu atas alasan rungutan suami atau tidak mendapat keizinannya. Adapun jika kerana faktor lain yang berupa keuzuran Syarak -iaitu sakit, musafir dan kepayahan yang menyukarkan puasa- haruslah puan meninggalkan puasa nazar pada hari berlaku keuzuran tersebut, namun wajiblah puan menggantinya pada hari-hari yang lain.

Menurut Syeikh Abdul-Aziz bin Baz (bekas mufti Arab Saudi); "Seorang yang menghadapi kerja-kerja berat, harus ia berbuka puasa tetapi dengan syarat; ia hendaklah memulakan hari dengan berpuasa (yakni berniat puasa pada malamnya dan berpuasa di sebelah paginya), kemudian jika tiba tengahari atau petang ia merasa sukar/payah untuk meneruskan puasa dan terpaksa berbuka, haruslah ia berbuka dan wajib atasnya menggantikannya pada hari lain"
- (Majmu' Fatawa Syeikh Bin Baz, 3/233-234).


3. Nazar untuk taat harus ditangguhkan bila ada keuzuran sebagaimana tadi. Adapun untuk menamatnya (yakni menarik kembali nazar), tidak harus. Kecualilah jika hilang kemampuan sepenuhnya untuk melaksanakan nazar, gugurlah nazar pada ketika itu dan menurut sebahagian ulamak; hendaklah diganti dengan kaffarah sumpah berdalilkan hadis Nabi s.a.w.:

"Sesiapa bernazar dengan suatu nazar, lalu ia tidak mampu menunaikannya, hendaklah ia membayar kaffarah sumpah"
- (HR Imam Abu Daud dan Ibnu Majah dari Ibnu 'Abbas).

Jika ditakdirkan Allah, kemampuannya kembali ada, wajiblah ia menunaikan semula nazarnya.


4. Untuk akan datang, jika ingin bernazar, bernazarlah dengan ibadah yang terdaya ditunaikan. Jangan memberatkan diri melebihi dari kemampuan.

Sabda Nabi (bermaksud); "Tidak ada orang yang melampau dalam agama melainkan ia akan dikalahkan oleh agama"
- (Sunan Abi Daud).

Selain itu, jika kita ada kaitan dengan orang lain atau ada tanggungjawab kita terhadap orang lain, hendaklah diambil kira perkara tersebut sebelum kita bernazar agar tidak berlaku pertembungan hak yang akhirnya menyukarkan kita untuk menunaikan kesemuanya.


Wallahu a'lam.


Rujukan;

1. Raudhatu at-Thalibin, Imam an-Nawawi, 3/32.
2. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil bin Yusuf al-'Azzazi, 2/159.
3. Fatwa laman As-Syabakah al-Islamiyah (islamweb.com), no. 1339, 26871.
4. Fatwa laman Islam Online (http://mdarik.islamonline.net/servlet/Satellite%3Fcid%3D1122528622506%26pagename%3DIslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%252FFatwaA%252FFatwaAAskTheScholar)


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/