Friday, June 8, 2012

Doa Mohon Kekuatan

Surah Al-Hadid; Ayat 13 - adalah doa yang boleh dibaca 10 kali selepas tiap-tiap solat dan niat apa yang anda hajatkan - agar suami tidak terus melepak di luar rumah hingga jam 2-3 pagi dan salah pilih kawan; doa jika ada masalah di pejabat; doa semoga orang yang berhutang dengan kita mahu menjelaskan hutang-hutangnya; jika kena fitnah dan aniaya dan sebagainya.



"Diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa."


Baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada orang yang dianiaya, sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.


Ustaz Kazim
Tanyalah Ustaz

2 comments:

  1. Di dalam kekusutan hati sebab dianiaya saya mencari doa penenang, alhamdulillah saya terbaca blog ini.terima kasih sebab ianya memberi kekuatan pada diri ini.Terima kasih.Teruskan usaha anda moga mendapat keredhaan Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anonymous

      Kebetulan mendapat tips ni dari Ustaz Kazim. Saya kongsikan di sini semoga dapat dimanfaatkan semua.

      Terima kasih singgah ke blog saya.

      Delete