Wednesday, June 29, 2011

BERAMAL DENGAN PETUA DAN PANTANG LARANG MELAYU

Soalan:

Apakah hukum mempercayai petua-petua, pesan dan pantang larang orang dahulukala yang disebut 'kenan'?

Apakah kesan mempercayai kesan seperti ini kepada akidah kita dan apakah dalil yang ada untuk membenarkan atau menyangkal perkara ini?

Bagaimanakah caranya untuk kita mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu yang boleh diikuti serta tidak menjejaskan akidah dan amalan yang mana harus dielakkan?


Jawapan:

Semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, antaranya;

1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah.

Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”.
- (an-Naml: 65)


2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku (samada baik atau buruk) adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia.

Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”.
- (al-A’raf: 188)


3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.


4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu samada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.


5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; "Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)"
- (HR Imam al-Bukhari dari Anas).

Nabi juga bersabda; “Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah”
- (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)


6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: “Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”.
- (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)


Oleh demikian, supaya petua dan pantang larang yang hendak diamalkan tidak bercanggah dengan agama, ia mesti berlandaskan dalil-dalil yang diakui Syariat iaitu samada diceduk dari al-Quran atau as-Sunnah atau berdasarkan kajian atau pengalaman.

Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya.

Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;
1. Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3. Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.


Perkara pertama ada kaitan dengan dalil Syariat di mana tempoh paling lama nifas bagi wanita bersalin ialah 40 atau 60 hari mengikut perbezaan pandangan ulamak dan dalam tempoh tersebut sememangnya tidak harus berlaku jimak. Oleh demikian pantang larang tersebut harus diamalkan.

Perkara kedua (berpantang makanan), ia kembali kepada pengalaman dan ia juga harus diamalkan jika kita yakin dengan pengalaman orang-orang dulu.

Perkara ketiga (tidak boleh turun ke tanah), ia berkait dengan kepercayaan tentang makhluk ghaib, tidak harus diamalkan kerana ia bersifat khurafat kerana tiada dalil al-Quran maupun as-Sunnah mengesahkannya.


Petua dan pantang larang yang jelas bercanggah dengan Syariat (al-Quran dan as-Sunnah) haram diamalkan. Dari segi kesan, jika ia menafikan aqidah yang wajib diiktiqadkan, mengamalkannya mungkin boleh membawa kepada rosaknya iman dan pelaku/pengamalnya boleh terjatuh dalam dosa syirik yang tidak diampunkan Allah, dan lebih jauh dari itu ia mungkin boleh murtad dari agama (samada secara sedar atau tanpa sedar).

Jika ia menyalahi amalan yang diredai Allah, ia berdosa. Perbuatan dosa (samada besar atau kecil) wajib dijauhi oleh seorang Muslim yang bertakwa kepada Allah.

Untuk mengenal pasti amalan orang terdahulu dalam budaya Melayu samada boleh diikuti atau tidak, ia mesti dibentangkan secara khusus setiap satunya di hadapan al-Quran dan as-Sunnah. Dalam ungkapan lain, ia wajib dirujuk kepada alim-ulamak sebelum mengamalkannya, jika berlaku keraguan tentangnya.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

You Don't Have To

You are free to walk away from the thoughts, habits and actions that have held you back. You don't have to keep pulling yourself down. You don't have to.

The negative thoughts, the self-defeating things you do, may have become so familiar that you think they're a part of you. They are not! You have the strength to leave them behind.

You know very well what helps you, and what hurts you. You know what brings growth and fulfillment, and what is a waste of time. You know. And you don't have to tolerate another moment of being any less than the best you can be.

You know what you need, and what you can do.

Do what needs to be done, and stop what needs to stop.

So, take control of each of your moments.

-Ralph Marston

Sumber Yang Haram

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: ”Jika engkau menjual buah-buahan (yang masih di pokok/kebun), lalu buah-buahan itu rosak dimakan hama, maka tidak halal bagimu menerima pembayaran kerana bererti engkau mengambil harta saudaramu tanpa hak.”

- (Muslim)


Huraian:

Mu'amalat adalah merujuk kepada segala urusan yang berkaitan dengan harta ( mal ).

Islam memperincikan pengurusan harta agar ia menepati kehendak sebenar dan menjamin hak setiap individu demi mengelak penindasan dan penipuan disamping membentuk jati diri seperti jujur, amanah, adil dan telus.

Sesungguhnya syariatlah yang memandu kita agar tidak tersasar dari sikap tamak, rakus dan haloba kerana tidak ada jaminan bahawa kita mampu mengawasi nafsu yang memang fitrahnya mencari dan mengejar keuntungan semata-mata.

Tuesday, June 21, 2011

Doa Mendapat Rahmat Allah

Pinggan Mangkuk Yang Pernah Digunakan Orang Bukan Islam

BAGAIMANA CARA MENYUCINYA?

Saya telah membeli set pinggan mangkuk dari seorang kawan bukan Muslim sebelum beliau berpindah ke luar negara. Beliau memberitahu bahawa pinggan mangkuk tersebut belum pernah digunakan. Saya telah mengambil tindakan menyamak pinggan mangkuk tersebut sekadar pengetahuan yang saya ada. Cara saya menyamak adalah dengan mencelup pinggan mangkuk tersebut ke dalam bekas yang mengandungi air bercampur tanah, kemudian dibilas dengan tujuh kali air mutlak.


Jawapan;

1. Bekas yang pernah digunakan orang bukan Islam, harus kita menggunakannya jika ia bersih berdalilkan hadis dari ‘Imran bin Hushain r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya pernah mengambil wudhuk dari bekas kulit milik seorang wanita musyrik.
- (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).


2. Namun dimakruhkan menggunakannya jika diketahui bahawa bekas itu pernah digunakan untuk mengisi atau memasak najis seperti mengisi arak, memasak babi atau sebagainya, kecualilah jika terpaksa, maka haruslah digunakan –tanpa makruh- dengan syarat dibasuh terlebih dahulu.

Ini sebagaimana hadis dari Abi Tsa’labah al-Khusyani r.a. yang menceritakan; Aku pernah bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, kami berada di negeri Ahli Kitab (orang-orang Yahudi dan Nasrani/Kristian). Adakah harus kami makan dalam bekas mereka? Nabi menjawab; “Jangan kamu makan dalam bekas mereka kecuali jika kamu tidak menemui bekas yang lain, maka basuhlah bekas itu dan makanlah di dalamnya’
- (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Mengikut riwayat yang lain, ia (yakni Abi Tsa’labah tadi) berkata kepada Nabi; ‘Sesungguhnya negeri kami adalah negeri Ahli Kitab. Mereka makan daging babi dan meminum arak. Apa yang perlu saya lakukan terhadap bekas-bekas dan periuk-periuk mereka?’. Nabi menjawab; “Jika kamu tidak menemui bekas-bekas yang lain, kamu basuhlah bekas dan periuk mereka dan setelah itu barulah kamu gunakan untuk memasak dan meminum”.
- (HR Imam Ahmad dan Abu Daud).

Berdasarkan hadis ini, sebaik-baiknya kita jangan menggunakan bekas orang bukan Islam yang pernah mereka gunakan untuk mengisi benda-benda/makanan-makan yang najis. Namun jika kita ingin menggunakannya atau terpaksa menggunakannya, hendaklah dipastikan bekas itu telah dibasuh terlebih dahulu sebagaimana disuruh oleh Nabi.


3. Cara membasuhnya; memadai dengan cara basuhan biasa sahaja iaitu membasuh dengan air hingga hilang kesan-kesan najis yang ada padanya. Tidak perlu kita menyamaknya (yakni membasuh sebanyak tujuh kali basuhan sebagaimana membasuh najis dari anjing dan babi) kecualilah jika kita mendapati ada kesan najis dari anjing dan babi di bekas tersebut atau diberitahu bahawa bekas itu digunakan untuk mengisi daging babi atau makanan yang bercampur daging babi.


4. Jika bekas itu kita perolehi dalam keadaan telah bersih (di mana tidak didapati padanya sebarang kesan najis sama ada jisim najis, warnanya, baunya dan sebagainya), tidak dituntut kita menyucinya lagi kerana memadai dengan cucian orang sebelum kita sekalipun dilakukan oleh orang bukan Islam. Ini kerana menyucikan najis tidak disyaratkan niat, maka ianya sah sekalipun dilakukan oleh orang bukan Islam. Ia sama seperti menyamak kulit.

Asalkan bekas yang dicuci atau kulit yang disamak telah hilang kesan-kesan najis padanya, SAH cucian atau samakan kulit itu tanpa kita perlu bertanya siapa yang mencucinya atau siapa yang melakukan samakan kulit itu.


5. Para ulamak menegaskan “Asal bagi segala benda di atas muka bumi adalah suci”. Maka selagi kita tidak mendapati wujudnya kesan najis pada sesuatu, ia kekal di atas hukum asalnya iaitu suci. Jika kita meragui sesuatu “apakah ia suci atau bernajis?”, ia kekal suci kerana menjadi suatu kaedah (prinsip) yang disepakati dalam Fiqh Islam; “Sesuatu yang pasti tidak akan hilang semata-mata kerana keraguan”.

Sucinya sesuatu adalah hukum yang pasti kerana ia adalah hukum asal bagi setiap benda. Hukum yang pasti ini tidak akan hilang dengan semata-mata keraguan. Ia akan hilang dengan sesuatu yang pasti juga iaitu wujudnya najis secara pasti iaitu dirasai oleh tangan atau dilihat warnanya atau dicium baunya.


6. Secara umumnya, kedudukan benda di atas muka bumi ini (dari segi suci atau tidaknya) berada dalam tiga keadaan;

a) Benda yang kita yakin akan sucinya; hukum benda ini adalah suci.

b) Benda yang kita yakin akan kenajisannya seperti ia diperbuat dari bahan najis atau nampak najis padanya; hukum bekas ini adalah najis atau mutanajis (yang kena najis yang mesti dicuci).

c) Benda yang kita ragu-ragu (yakni kita tidak tahu samada ia suci atau najis); hukumnya ialah merujuk kepada asal iaitu suci. Hukum asal setiap benda yang ada di alam ini adalah suci hinggalah terbukti najisnya barulah dikira najis atau bernajis.


7. Merujuk kepada soalan di atas, oleh kerana pinggan yang dibeli itu tidak pernah digunakan dan tidak nampak padanya sebarang kesan najis, tidaklah wajib ia disuci. Jika saudara ingin mensucinya (atas dasar untuk lebih meyakinkan diri akan kebersihannya), memadailah dengan basuhan biasa sahaja, tidak perlu hingga tujuh kali basuhan.


Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Panduan Bersuci, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil.
2. Tamam al-Minnah Fi Fiqh al-Kitab wa Soheh as-Sunnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi.
3. Laman Fatwa Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid (islamqa.com), fatwa no. 65617.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Mengerjakan kewajipan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.”

- Riwayat at-Tabrani dan al-Baihaqi


Huraian:

1. Minat untuk mempelajari sesuatu bidang kemahiran merupakan usaha yang terpuji kerana ia adalah daripada keharusan yang mesti diceburi bagi mendapatkan ilmu.

2. Agama Islam dengan prinsip-prinsipnya yang syumul dan syariat-syariatnya yang sempurna memandang mulia terhadap satu-satu pekerjaan dan memuliakan para pekerja serta usaha yang dikerjakan oleh seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T .

3. Demikian pula Islam amat membenci orang yang malas dan suka membazirkan masa tanpa melakukan apa-apa pekerjaan (menganggur). Apalagi sekiranya ia menyalahgunakan konsep tawakkal dengan berserah bulat-bulat kepada takdir Allah tanpa berusaha sedikitpun serta hanya meminta rezeki dengan mengharapkan pertolongan orang lain (meminta sedekah). Sebaliknya seorang Muslim itu hendaklah berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan dan jangan sekali-kali menjadi beban ke atas orang Islam yang lain.

4. Sesungguhnya amatlah rugi bagi seseorang yang kosong hidupnya (tidak bekerja) untuk dunia dan tidak juga beramal untuk akhirat.

Tuesday, June 14, 2011

Hisab Diri Sebelum Dihisab

Ibn al-Jauzi menghikayatkan dalam kitab Mawai’z, bahawa suatu hari seorang ulama tabiin yang bernama Taubah bin al-Mualim sedang memuhasabah dirinya. Ia menghitung lama hidupnya di dunia, ternyata usianya telah mencapai 59 tahun. Ia lalu menghitung dalam bilangan hari, ternyata ia telah melalui 21,500 hari. Ia lalu berteriak sambil berkata, “Duhai celakanya diriku! Aku akan menemui Allah dengan membawa 21,500 dosa (jika satu hari berdosa satu kali). Bagaimana jika ternyata aku berdosa setiap hari sebanyak 20,000 dosa?!!”. Ia lalu pengsan dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Lalu ada suara yang berkata, “Duhai, itu adalah satu lompatan ke syurga Firdaus”.


Hasan al-Basri berkata, “Seorang Mukmin adalah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah SWT. Hisab pada esok hari akan menjadi ringan bagi orang yang selalu muhasabah diri di dunia. Dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan.”

Author: Umar M Noor
Majalah Solusi

Persevere

The greatest accomplishments happen when you get just a little way beyond the point where others would have quit.

The difference between someone who enjoys magnificent success, and someone who just managed to get by, is the willingness to do whatever it takes, for as long as it takes, to reach the goal.

How far away are you, from reaching your destination? If you quit before you get there you are infinitely far away. Make the commitment to keep going, and suddenly you are almost there.

Go beyond where others are willing to go. Put in the extra effort. The time will pass anyway, whether you use it or not. It just makes sense to make the most out of every moment.

Give a little more than others are willing to give, be a little more patient, have a little more curiosity, take a little more responsibility, learn a few more things, and it will make all the difference in the world.

-Ralph Marston

PETUA SERONOK MEMBACA AL-QURAN

1. Mulakan dengan Ta’awwuz dan Bismillah.


2. Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa Surah pun.

3. Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.

4. Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau mukasurat yang dibaca setiap hari. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.

5. Hafal beberapa ayat daripada al-Quran untuk dibaca dalam solat.

6. Ulangi ayat yang anda rasa memberi kesan kepada hati anda sebanyak 3 kali. Contohnya dalam surah al-Ankabut ayat 57: “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.”

7.Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran oleh mana-mana qari/qariah boleh didengari dan dihayati bacaan tersebut sambil memandu, memasak, sebelum terlena dan sebagainya.

8. Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.

9. Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran dan baca isi kandungan dan terjemahannya. InsyaAllah, jawapan kepada masalah yang dihadapi kadangkala akan ditemui dalam al-Quran.


Credit to: Mohd Shauqi Othman
Majalah Solusi

Saturday, June 4, 2011

Liquid Paper Menghalang Air

Apakah hukumnya jikalau seseorang itu mendapati di tangannya ada kesan “liquid paper” (correction liquid) setelah selesai dia menunaikan solat? Adakah bergantung kepada jumlahnya? Atau sememangnya dia perlu menunaikan solatnya semula?

Jawapan:

Dalam urusan berwudhu', kita mesti memastikan bahawa air mengenai setiap tempat/kawasan yang wajib.

Sekiranya tidak rata, maka tidak sah.

Maka kalau diyakini liquid paper itu tidak menyebabkan anggota wudhuk kena air sembahyang, maka hendaklah diulangi solat anda.


Dipetik dari laman soal-jawab "al-ahkam.net"

Feel Great Right Now

The way you feel, depends on what you're paying attention to.

The quality of each moment is determined by your focus.

At any given time, there are thousands of things on which you can focus. You can't possibly pay attention to them all.

~ To be miserable, focus on your problems.
~ To be positively motivated, focus on your possibilities.

The things you experience, and the things you think about, are your reality. To change your reality, simply change what you experience, and what you think about.

Right now, no matter who you are, you've got a lot of great things going for you. Focus on those things, get to work on them, and you'll find yourself being lifted higher and higher.

-Ralph Marston

BESI - Dalam Al-Quran

Nombor atom bagi besi ialah 25.

Ini bersesuaian dengan nombor Ayat ke 25 daripada Surah Al-Hadid yang mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit; Besi, Api, Air dan Garam.”
- Hadis ini dikeluarkan oleh Al-Dailami dalam al-Firdaus, al-Suyuti dalam Jam’al-Jawami’, Ibn Kathir dalam al-Kafi al-Syafi fi Takhrij Ahadith al-Kashaf, al-‘Ajluni dalam Kashful Khafa’ dan al-Qurtubi dalam tafsirnya).


Author: Rohidzir Rais
Dipetik dari Majalah Solusi