Sunday, February 28, 2010

Melembutkan Hati

Untuk melembutkan hati anak-anak (dan sesiapa yang berkenaan), baca Surah Hasyr 59 : Ayat 21 diikuti dengan Surah Taha 20 : Ayat 1-6. Selepas itu bacalah surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, Al Ikhlas, Al Kafirun, An-Nas dan akhir sekali ditutup dengan doa:

“Ya Allah, KAU lembutkanlah hati anak-anakku, sebagaimana KAU melembutkan besi Nabi Daud.”

Surah Hasyr 59 : Ayat 21





21. Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Surah Taha 20 : Ayat 1-6










1. Taa' Haa.
2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut.
4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang Menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.
6. Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah.

Find Peace Amid The Turmoil

Life often seems overwhelming. Constant deadlines, ever-increasing responsibilities, things that take twice as long as you thought they would. Tempers get short and people get frantic. Is this any way to work? Is this any way to live?

The pace of work gets faster and faster. Step back for a moment. Yes, it's urgent. But, in the overall context of your life, is it really that important?

You must learn to do your work, without letting your work do you. Your work is something you have chosen to do, for whatever reason, to add value to your life. Don't let it get to you. When you are overwhelmed -- that's when you most need to be productive and in control.

Worrying and fretting are complete waste of time. The more at peace you are, the more produtive and creative you'll be.

Keep things in perspective. Accept that you have a lot to do, accept that there will be problems, and then just do what needs to be done, with control and diligence.

- Ralph Marston

Uri

Cara Mengurus Uri :

Bagaimana untuk menguruskan uri bayi? Adakah amalan dari sunnah atau dari hukum fekah yang perlu saya patuhi?

Jawapan:

Amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab-kitab sunnah. Ia adalah adat Melayu sahaja yang tiada sandaran dari asSunnah. Uri adalah najis dan hendaklah di tanam sebaik sahaja diserahkan oleh bidan tanpa melakukan sebarang amalan sampingan kerana tidak ada keterangan dari al-Quran maupun as-Sunnah menyuruh berbuat demikian.

WA.

al-ahkam.net

Jenis Dosa

Dari segi bahasa, perkatan ‘Dosa’ itu menyiratkan akibat atau balasan.

Setiap pendosa akan mendapat balasan. Impak dari dosa PASTI berlaku, cuma cepat atau lambat sahaja. Ada dosa yang menyebabkan rezeki tertahan, walaupun rezeki sudah disediakan untuk kita.

Dari 17 perkataan untuk menyebut ‘dosa’ dalam Al-Quran, empat darinya sebagai contoh:

Dzanb (disebut 35 kali dalam Al-Quran) – bererti akibat kesalahan kita.

Itsm (disebut 48 kali) - bermakna kealpaan atau tidak mendapat pahala.

Sayyi’ah (disebut 165 kali) – ertinya perbuatan buruk yang menyebabkan kesedihan.

Rijs (disebut 10 kali) – bererti kotor jasmani maupon rohani.

Apa pun jenis dosa, kesudahannya akan berakibat buruk pada kehidupan kita.

Oleh Abu Irdak
Dipetik dari Majalah Solusi

Najis Cicak

Soalan:

Ketika sedang solat, terlihat ada najis cicak di tempat sujud di atas sejadah. Ketika sujud, saya sujud jauh ke depan agar tidak sujud di atas najis itu. Adakah di kira sejadah (tempat solat) itu najis disebabkan ada najis cicak? Sah ke solat saya?

Jawapan:

Sah solat kerana yang penting tempat kita solat ialah tempat kita meletakkan anggota sujud mesti bersih daripada najis. Jangan di letak tangan, kami atau lutut di atas najis cicak tadi. Kalau ada najis di antara depan hidung, di antara dua tangan tapi tujuh anggota tidak kena pada najis, maka hukum solat itu sah.


Author: Ustaz Fadzli Al-Yamani
Mudir Maahad Tahfiz Al-Yamani, Kg Baru, KL

Berkorban Dengan Ikhlas

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (ugama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

- Al Baqarah : Ayat 262

Friday, February 26, 2010

Feeling Down?

Everyone has disappointments, setbacks, bad breaks and frustrations. Sometimes it seems that they all come at once.

Take action! Do something positive.

Taking action puts you in control of your life, and helps you to get positively focused. Small accomplishments can do wonders for your attitude.

Help someone else; cheerfully do something for another person; read a book to a child; make a donation of time or money; help your neighbour with a project - Give of yourself and you'll feel great.

Count your blessings. There are so many good things about life, and too often we take them for granted. Appreciate and be thankful for your home, your health, your family, your life's experiences, your friends, your skills, your knowledge, and the beautiful world around you. Think of all the people who love you and care about you.

Find a challenge. Re-direct your negative energy and frustrations toward something that will challenge you to be your best.

Things are as negative or as positive as you make them. Adjust your attitude and keep your life on the upward trail.

-Ralph Marston

Pintu-pintu Amal Kebajikan

Hadith :

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Sesiapa menafkahkan di jalan Allah sepasang binatang, nescaya diseru dia di pintu-pintu syurga : “Hai hamba-hamba Allah, ini suatu kebajikan.” Dan sesiapa berada dari golongan orang yang bersembahyang, dipanggil dia dari pintu sembahyang. Orang yang masuk di kalangan ahlul jihad, dipanggil dia dari pintu al-Jihad. Sesiapa yang masuk dari golongan orang yang berpuasa, diseru dia dari pintu al-Rayyan. Dan sesiapa yang masuk dari kalangan orang yang bersedekah, diseru dia dari pintu sedekah. Maka berkatalah Abu Bakar: “Engkau ku tebus dengan ibu dan ayah ku, ya Rasulullah. Tiada suatu kemelaratan bagi orang-orang yang diseru dari pintu-pintu itu. Maka adakah seseorang yang akan dipanggil dari semua pintu? Nabi menjawab : “Ya! Dan aku harapkan engkau termasuk ke dalam golongan itu.”

- (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Sesiapa yang melakukan amal kebajikan dalam apa jua bentuk, maka di akhirat kelak seluruh pengawal-pengawal pintu syurga, masing-masing mempersilakan masuk orang-orang yang melakukan amal kebajikan ini melalui pintu yang dijaga mereka dan ada juga segolongan orang yang mendapat penghormatan untuk memasuki kesemua pintu-pintu kebajikan.

Menghabiskan Bacaan Al-Quran Dalam Masa Seminggu

Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:

# Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.

# Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud.

# Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam.

# Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas.

# Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad.

# Malam Rabu, membaca surah surah at-Tanzil hingga surah ar-Rahman.

# Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas.

Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat.

Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh.

Sukar Melafaz Bacaan Dalam Solat

Soalan:

Semasa dalam solat, saya agak sukar melafaz bacaan-bacaan solat, lidah terasa keras, sedangkan di luar solat saya boleh membaca dengan lancar.

Jawapan:

Jika terjadi demikian bukan dengan disengajakan, maka sahlah solat saudara tetapi tidak boleh menjadi imam jika para makmum dapat menyebut dengan betul huruf-huruf al-Quran.


Credit to : UstazAzhar.com

Thursday, February 25, 2010

Doubt

Doubt will stop you cold. You are what you think you are. You do what you think you can do. When you doubt that it can be done, it won't happen for you.

Say “NO” to doubt. Your doubts are all in your mind, and you can control your mind. When doubts come to the surface, send them away. Focus your mind on other, more positive thoughts. Take control of your doubt before it has a chance to take control of you.

Have faith. Know that you are able to overcome any obstacle. See yourself accomplishing your goals. Visualize and feel what that would be like. Make the experience real, and you'll know you can do it.

-Ralph Marston

Kisah Benar : Surat Kepada Sungai Nil

Semasa Amru Bin Al-As menjadi Gabenor Islam di Mesir yang dilantik oleh Sayidina Umar Al-Khattab r.a., beliau menghadapi satu cabaran iaitu musim kemarau yang menyebabkan keringnya Sungai Nil yang merupakan sumber utama bekalan air ke seluruh Negara tersebut.

Memang menjadi tradisi orang-orang Qibti, yang merupakan masyarakat pribumi Negara Mesir, untuk mengadakan upacara korban dalam sesuatu tempoh untuk ‘penunggu’ yang kononnya ditugaskan menjaga Sungai Nil. Kononnya dengan cara itu mereka akan mendapat keberkatan rezeki.

Secara kebetulan pula, berlaku kemarau. Ini menyebabkan penduduk-penduduk memohon untuk mengadakan upacara tersebut bagi mengelak keadaan kemarau yang lebih teruk.

Amru bin al-As berusaha menghentikan perbuatan mungkar tersebut di atas prinsip Islam yang mengharamkan upacara memuja syaitan dan jin. Dia segera memaklumkan kejadian itu kepada Khalifah Umar al-Khattab r.a. di Madinah.

Sayidina Umar segera menghantar surat maklum balas, bersama sepucuk surat lain dan meminta Amru supaya mencampakkan surat yang alamatnya ditulis “Buat Sungai Nil” itu ke dalam Sungai Nil.

Isi kandungan surat:
“Dari hamba Allah, Amirul Mukminin kepada Nil Mesir. Segala puji buat Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Jika engkau mengalir kerana kehendakmu semata-mata, maka janganlah engkau mengalir lagi. Tetapi jika Allah SWT yang mengalirkanmu , maka kami memohon kepada Allah agar mengalirkan kamu semula!”

Dengan karamah Sayidina Umar r.a., pada hari yang sepatutnya penduduk Mesir kembali melakukan amalan syirik itu, Sungai Nil menjadi lebih luas dan lebih banyak airnya.

Allah SWT telah mentakdirkan agar tradisi syirik itu berakhir di tangan Khalifah yang sangat dicintai oleh semua umat Islam, Sayidina Umar al-Khattab r.a.

Author: Ustaz Hj Zahazan Mohamed
Dipetik dari Majalah Solusi
Rujukan: Tafsir Al-Qurtubiy dan Hasyiat al-Sawiy ‘ala al-Jlalain,
tafsir ayat 57-58 Surah Asy-Syu’ara.

[57. Dengan sebab itu maka Kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair,
58. Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.]

- Surah Asy-Syu'ara

Tidak Rasa Takut

Soalan :

Saya ada masalah tidak rasa takut dan tidak rasa apa-apa pun masa buat dosa dengan Allah SWT. Terlepas Subuh pun tidak rasa apa.. Bagaimana nak timbulkan rasa takut tu, ustaz?

Jawapan :

Seorang yang melakukan dosa, lalu ia tidak berasa bersalah kepada Allah SWT atau tidak ada di dalam hatinya perasaan bimbang atau takut kepada azab Allah atau balasannya, itu tanda hatinya mati atau sakit. Puncanya, mungkin selama ini ia telah terlalu biasa dengan dosa atau maksiat hingga hatinya mati.

Di dalam hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda: “Seorang manusia jika ia melakukan suatu dosa, akan muncullah satu titik hitam di dalam hatinya. Jika ia meninggalkan dosa itu, kemudian ia beristighfar dan memohon ampun (dari Allah SWT), akan gilaplah kembali hatinya. Namun jika ia kembali melakukan lagi dosa, maka akan bertambahlah titik hitam dalam hatinya hingga akhirnya meliputi keseluruhan hatinya. Inilah yang dimaksudkan dengan ar-Ran yang disebut Allah dalam firmanNya: “Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan”
- (Surah al-Mutoffifin ; Ayat 14)
- (Riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah r.a.).

Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bermadah:

Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati,
Berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan,
Meninggalkan dosa pula menghidupkan hati,
Mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri.


Untuk menghidupkan kembali hati yang mati, langkah berikut perlulah dilakukan:

1. Memperbaharui keimanan kepada Allah SWT dengan melafazkan sebanyak mungkin kalimah 'Lailahaillallah'.

Di dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. berpesan kepada sahabat-sahabatnya: “Hendaklah kamu sekelian memperbaharui iman-iman kamu”. Mereka bertanya beliau: “Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami hendak memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab: “Banyaklah menyebut Lailaha Illallah”
- (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Bertaubat kepada Allah dengan memenuhi semua rukun taubat iaitu:

a) Meninggalkan dosa dan maksiat
b) Menyesali keterlanjuran melakukannnya selama ini.
c) Bertekad tidak akan mengulangi lagi dosa dan maksiat.

3. Sentiasa memastikan diri berada dalam Zikrullah (mengingati Allah); melazimi majlis ilmu, menjaga solat, membaca al-Quran dan ibadah-ibadah yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Perumpamaan seorang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang yang tidak berzikir sama seperti orang hidup dan orang mati”.
- (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari r.a.)

InsyaAllah, dengan melakukan langkah-langkah tersebut secara istiqamah, hati akan kembali hidup dan perasaan cintakan Allah dan takut kemurkaannya akan kembali bertapak di dalam hati.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Allah Tahu

“Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.”

- Surah Al-Mulk : Ayat 13

Wednesday, February 24, 2010

Mistakes

If you're taking action, you'll make mistakes. When you make a mistake, you just learned something.

Admit your mistakes and examine them carefully. Take responsibility for them, and learn from them. Mistakes are superb teachers. Knowing what doesn't work, can be a tremendous help in determining what WILL work.

Successful, effective people learn from everything that happens, including mistakes. When you make a mistake, the best policy is to pick up the pieces and look carefully at what happened. Don't tear yourself up over it. Just examine it and learn from it. Then apply your new knowledge and try again.

-Ralph Marston

Kepentingan Akidah Yang Kukuh

Allah SWT berfirman: “Tidakkah engkau melihat (Wahai Muhammad), bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).”
- Surah Ibrahim 14 : Ayat 24-25)

Di akhir Ayat 25 Surah Ibrahim, Allah SWT menegaskan tujuan perbandingan dilakukan supaya kita berfikir dan mengkaji kepentingan akidah yang kukuh.

Orang yang mempunyai asas akidah yang mantap, seumpama pokok yang rimbun dan kukuh. Iman mereka umpama akar pokok yang mencengkam bumi dengan kuat sehingga tiada ribut, taufan atau angin yang mampu mencabutnya. Pohonnya yang rendang memayungi semua orang yang berada di sekelilingnya. Ia menghasilkan buah-buahan yang manis, enak berkhasiat dan menyegarkan. Bahkan buah-buahannya turut menjadi santapan kepada keluarga, rakan, jiran tetangga dan masyarakat.

Mereka tidak mudah digoyahkan oleh persekitaran yang negatif, tidak tumbang iman kerana desakan hidup atau habuan dunia. Apabila bekerja, mereka bekerja dengan amanah. Andai menjadi majikan, mereka menjadi majikan yang prihatin dan simpati terhadap pekerja bawahan. Sekiranya berniaga, mereka tidak akan mengamalkan rasuah atau penipuan. Mereka mengeluarkan zakat perniagaan dan menyantuni golongan kurang bernasib baik.

Sebaliknya, orang yang tidak beriman atau tidak kukuh imannya ibarat pokok yang tidak berguna. Akarnya lembut hingga mudah tercabut. Dedaunnya terlalu sedikit untuk orang lain berteduh dibawahnya. Buah-buahan yang dihasilkannya juga tidak berguna kerana pahit, busuk dan tidak boleh dimakan.

Walaupun luarannya nampak hebat, tetapi dalaman mereka rosak. Apabila diberikan amanah memimpin, mereka mencabulnya demi mengejar nama dan pangkat. Jika berniaga, mereka menipu dan mengamalkan rasuah. Masyarakat sekeliling tidak mendapat manfaat daripada mereka, malah orang sekelilingnya menerima tempias bahana perbuatan jahat mereka.

Credit to Rohidzir Rais
Dipetik dari Majalah Solusi

Selawat Tafrijiyah

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya "terbuka sehingga menjadi lapang". Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

















Fadilat berselawat:

1. Amalan yang paling utama.

2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.

3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah SWT dunia dan akhirat serta syafaat Nabi s.a.w.

4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

5. Selamat dari huru-hara Hari Akhirat.

6. Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah SWT.

7. Untuk mudah masuk syurga dan terlepas dari perhisaban yang rumit.

8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.

9. Dikasihi oleh Nabi s.a.w. dan dapat turut serta mendampingi baginda di syurga kelak.

10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas dari segala yang mendukacitakan.

Hadiah Berbanding Sedekah

Ketahuilah bahawa pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia, maka ia tidak akan berkembang di sisi Allah SWT (tidak mendatangkan kebaikan).

Sebaliknya, sesuatu pemberian Sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah SWT semata-mata, mereka yang melakukannya beroleh pahala berganda-ganda.

Tuesday, February 23, 2010

The Stairway To Your Goal

Envision your goal at the top of a stairway and yourself at the bottom.

Identify the steps, all the way down to the very first one, the one that's right in front of you. That is the step you can take today. Stand up tall, focus on the top of the stairway, and take that first step. You're on your way! Now all you need to do is just keep taking those steps, one after one.

Don't waste your time waiting for the stairway to turn into an escalator that will carry you effortlessly to the top. It won't happen. You've got to take those steps yourself.

It will take some effort. The higher the goal, the more steps there will be. Take one step at a time, and you are certain to make it. You may occasionally slip, and you might want to sit and rest every now and then. The important thing, though, is to keep on climbing. Every moment, every day. Each step will carry you closer to the top.

And on that happy day when you take the last step, give yourself a little break. Relax for a moment, and look down the stairway at how far you've come. Squint your eyes and see if you can make out the people down there, the ones who are just now starting to climb.

Then take a deep breath, pat yourself on the back, and go look for the next stairway.

-Ralph Marston

Tanda Orang Munafik

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, r.a katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Ada empat perkara, barangsiapa terdapat pada dirinya lengkap keempatnya, itulah dia orang munafik sesungguhnya. Dan barangsiapa terdapat padanya satu perkara saja, maka ia termasuk munafik juga, hingga di tinggalkannya sifat yang satu itu:
1. Apabila dipercaya, dia khianat.
2. Apabila berkata, dia dusta.
3. Apabila berjanji, dia mungkir.
4. Apabila ia bermusuhan, dia sangat jahat."

- Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0028.

Menggantung Ayat Al-Quran

Soalan:

Saya ada kemusykilan berkaitan dengan penggunaan ayat khat Al-Quran di rumah sebagai perhiasan seperti di kebanyakan rumah orang Melayu Islam di Malaysia. Adakah benar dakwaan penggunan perhiasan ayat khat di rumah tidak ubah seperti kita menggunakan tangkal dan adalah di larang di sisi agama Islam. Sekian, salam.

Jawapan:

Ada dua perbezaan dalam masalah ini:

Pertama:
Menggantung ayat al-Quran di dinding untuk tujuan perhiasan, untuk peringatan dan sebagainya; ia diharuskan. Ayat al-Quran ditulis di dinding-dinding masjid (termasuk Masjidil-Haram) dan tidak ada ulamak melarangnya. Malah di kain penutup Kaabah sendiri penuh dengan ayat-ayat al-Quran. Setakat ini kita tidak mendengar ada ulamak di dalam maupun di luar Arab Saudi membantahnya.

Kedua:
Menggantung ayat al-Quran dengan niat sebagai tangkal, pendinding atau azimat; ini menjadi khilaf di kalangan ulamak. Ada ulamak membenarkannya, namun jumhur ulamak hari ini melarangnya kerana ia termasuk dalam pengertian umum tangkal yang dilarang oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya; "Sesiapa menggantungkan tangkal, sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah"
(HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari 'Uqbah bin 'Amir r.a.).

Dalam masalah ini, pandangan jumhurlah yang perlu diambil sebagai pegangan kerana ia menepati saranan hadis Nabi s.a.w. dan menutup jalan yang mendorong kita kepada Syirik.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Mauqif al-Islam Min al-Ilham Wa al-Kasyaf Wa ar-Rua ....., Dr. Yusuf al-Qaradhawi.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Keutamaan Solat Sunat Rawatib

Dari Ummu Habibah r.a., isteri Rasulullah s.a.w., berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seorang hamba yang muslim melakukan solat sunat yang bukan wajib, kerana Allah, (sebanyak) dua belas rakaat dalam setiap hari, Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah (istana) di syurga.” (Kemudian) Ummu Habibah r.a. berkata: “Setelah aku mendengar hadis ini aku tidak pernah meninggalkan solat-solat tersebut.” [1]

Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan solat sunat rawatib, sehingga Imam an-Nawawi mencantumkan hadis ini sebagai hadis yang pertama dalam bab: Keutamaan solat sunat rawatib (yang dikerjakan) bersama solat wajib (yang lima waktu), dalam kitab beliau Riyadhus Shaalihiin. [2]

Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadis ini:

1.Solat sunat rawatib adalah solat sunat yang dikerjakan sebelum dan sesudah solat wajib lima waktu. [3]

2.Dalam riwayat lain hadis ini dari ‘Aisyah r.a., Rasulullah s.a.w. menjelaskan dan memerinci sendiri makna “dua belas rakaat” yang disebutkan dalam hadis di atas[4], iaitu: Empat rakaat sebelum solat Zuhur[5] dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isya’ dan dua rakaat sebelum Subuh[6]. Adapun riwayat yang menyebutkan: “…Dua rakaat sebelum solat Asar”, maka ini adalah riwayat yang lemah[7] kerana menyelisihi riwayat yang lebih kuat yang di sebutkan sebelumnya. [8]

3. Keutamaan yang disebutkan dalam hadis di atas adalah bagi orang yang menjaga solat-solat sunat rawatib dengan melaksanakannya secara berterusan, sebagaimana yang difahami dan dikerjakan oleh Ummu Habibah r.a. perawi hadis di atas dan demikian yang diterangkan oleh para ulama[9].

4. Jika seseorang tidak boleh melakukan solat sunat rawatib pada waktunya kerana ada uzur (sempitnya waktu, sakit, lupa dan lain-lain), maka dia boleh mengqadha (menggantinya) di waktu lain[10]. Ini ditunjukkan dalam banyak hadis sahih. [11]

5. Dalam hadis ini terdapat peringatan untuk selalu mengikhlaskan amal ibadah kepada Alah SWT semata-mata.

6. Hadis ini juga menunjukkan keutamaan amal ibadah yang dikerjakan secara berterusan. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Amal (ibadah) yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah amal yang paling berterusan dikerjakan meskipun sedikit.” [12]

7. Semangat dan kesungguhan para sahabat dalam memahami dan mengamalkan petunjuk dan sunnah Rasulullah s.a.w., inilah yang menjadikan mereka lebih utama dalam agama dibandingkan generasi yang datang setelah mereka.

Footnote:
[1] HSR Muslim (no. 728).
[2] Riyadhus Shalihin (bab no. 195, hal. 1409).
[3] Lihat keterangan Imam an-Nawawi dalam Shahih Muslim (1/502).
[4] Lihat keterangan syaikh al-’Utsaimin dalam Syarh Riyadhish Shaalihiin (3/282).
[5] Dikerjakan dua raka’at – salam dan dua raka’at – salam (ed)
[6] HR an-Nasa-i (3/261), at-Tirmidzi (2/273) dan Ibnu Majah (1/361), dishahihkan oleh syaikh al-Albani dalam Shahih sunan Ibnu Majah (no. 935).
[7] Dinyatakan lemah oleh syaikh al-Albani dalam Dha’iful Jaami’ish Shagiir (no. 5672).
[8] Lihat kitab Bughyatul Mutathawwi’ (hal. 22).
[9] Lihat misalnya kitab Faidhul Qadiir (6/166).
[10] Demikian keterangan yang kami dengar langsung dari guru kami yang mulia, syaikh Abdul Muhsin al-’Abbaad, semoga Allah menjaga beliau.
[11] Lihat kitab Bughyatul Mutathawwi’ (hal. 29, 33-34).
[12] HSR al-Bukhari (no. 6099) dan Muslim (no. 783).
***


Penulis: Ustadz Abdullah Taslim, M.A.
Artikel www.muslim.or.id

Monday, February 22, 2010

Integrity

People love, value and honour a person of integrity.

Integrity will bring true peace of mind to one's life, along with a quality and richness of living. A life of integrity is a life that is full of accomplishment and meaning.

In any situation, we have several choices. We can choose to do the easiest thing, or choose to do "what everybody else does", or we can choose to do the right thing. Integrity means doing the right thing every time.

Integrity is a passionate commitment to the truth, in what we do, what we say, and in our relationships with others. When we are true to ourselves, we cannot be false to anyone else.

Integrity means acting to make the world as much better as you possibly can. It means discovering your own unique set of skills and abilities, and using them to achieve maximum benefit for those around you. It means finding what you do best, and doing it with all the commitment and energy you can muster. There is no better path to success and accomplishment than this.

-Ralph Marston

Sengaja Membatalkan Puasa Qadha

Soalan:

Berdosakah kalau saya buka puasa qadha Ramadan kerana malas?

Jawapan:

Tidak boleh berbuka puasa/membatalkan qadha Ramadan, puasa nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja, setelah memulakannya.

Sama seperti solat fardhu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya, melainkan jika keadaan darurat.

Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain.

Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat.
- (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383).

Ustazah Sakinah

Jangan Meremehkan Larangan Allah

Perintah Kecil

Segala sesuatu yang Rasulullah s.a.w. perintahkan, sekecil apa pun perbuatan itu, mengandungi hikmah tertentu bagi diri dan masyarakat kita. Seorang pencinta kebaikan tidak pernah melihat kecil perbuatan baik yang dilakukannya sebab perbuatan itu dilihat sebagai peluang untuk meninggikan darjat di dalam syurga and mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Imam Al-Sya’rani bercerita: Seseorang bermimpi bertemu Imam Al-Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya, “Bagaimana Allah memperlakukan terhadap dirimu?”. Dia menjawab, “Allah mengampunkan aku kerana suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum dari tinta yang sedang aku gunakan untuk menulis.”

Kisah ini memaparkan bahawa walaupun perbuatan kecil yang dilakukan seseorang, namun kadang-kadang memberikan impak yang sangat besar.

Seorang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Samurah Bin Jundab pernah berkata, “Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka periksalah kedudukan Allah di sisinya.”
- Riwayat Ibn Al-Mubarak pada kitab Al-Zuhd.

Maksudnya : Siapa yang sangat menghormati Allah SWT lalu bersegera melaksanakan semua perintahnya meskipun kecil, maka itu petanda bahawa dirinya sangat terhormat di sisi Allah. Sebaliknya, barangsiapa yang meremehkan hak-hak Allah SWT dan tidak menghormatinya sama sekali, itu petanda bahawa ia sangat hina di sisi Allah SWT.

Perbuatan-Perbuatan Makruf (Baik):

•Dua rakaat solat sunat yang sangat ringan dan tidak mengambil banyak masa, namun impak positifnya sangat besar di akhirat kelak.

•Mendoakan orang yang bersin nampaknya ringan, namun besar nilainya di sisi Allah SWT.

•Membuang sampah di masjid.

•Membantu orang yang memerlukan walaupun dengan kata-kata dan nasihat yang baik akan ditulis sebagai sedekah yang sangat berharga.

•Memberi makan kepada binatang yang sedang kelaparan dan kehausan.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah kau meremehkan perbuatan baik (makruf) sekecil mana pun, walau dengan hanya tersenyum ketika berjumpa dengan saudaramu.”
- Riwayat Al-Bukhari

Larangan Kecil

Sebaliknya, jangan sekali-kali kita meremehkan larangan Allah SWT. Dosa, walau sekecil mana pun, yang dilakukan terus-menerus, ibarat racun berbahaya yang akan membinasakan kehidupan manusia di dunia dan membawa ke neraka di akhirat. Orang yang berakal waras, dan mencintai hidupnya, tidak akan cuba untuk meminum racun walaupun hanya setitik, sebab dia tahu kesannya boleh jadi amat besar.

Ibn Al-Mubarak meriwayatkan dari Ibn Mas’ud: “Jauhilah dosa-dosa yang dianggap ringan, sebab dosa-dosa itu akan menebal dan seterusnya membinasakan pelakunya.”

Imam Al-Nasaie dan Ibn Hibban meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Seorang itu kadang-kadang tidak mendapat rezeki akibat dosa yang dilakukan.”

Imam Al-Thabarani meriwayatkan daripada Ibn Mas’ud, dia berkata: “Saya yakin bahawa seseorang dapat melupakan ilmu yang telah dipelajarinya akibat dosa yang dilakukannya.”

Perlu berhati-hati dengan kalimat yang kita ucapkan. Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seringkali sepatah perkataan yang di ucapkan seseorang, membuatkannya melayang-layang di neraka 70 tahun.”

Anas bin Malik bercerita: Suatu hari ketika seorang lelaki duduk bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba anak lelakinya datang. Orang itu segera mengambil anak itu lalu menciumnya dan mendudukkannya di pangkuan. Tidak lama kemudian, datang anak perempuannya Orang itu hanya mengambilnya lalu mendudukkannya di samping tempat duduknya. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu tidak adil kepada anakmu ini.”
- Riwayat Al-Baihaqi

Ibubapa kadang-kadang menyayangi salah seorang anaknya melebihi anak yang lain. Kita anggap ianya perkara remeh atau ringan, padahal di sisi agama menilainya sebagai suatu kezaliman.

Author: Umar Muhammad Noor
Dipetik dari Majalah Solusi

Sunday, February 21, 2010

Gratitude

True abundance begins with gratitude and thankfulness. Being thankful focuses our attention on the things we do have, and helps those things to grow.

Make it a habit to tell people 'Thank You'. To express your appreciation sincerely and without the expectation of anything in return. Truly appreciate those around you, and you'll soon find many others around you. Truly appreciate life, and you'll find that you have more of it.

The things you appreciate will grow -- your customers, your business, your skills, your family, your faith, your self.

Do you want to "have it all"? With an attitude of gratitude, you'll realize that you already do have it all. Everything you could ever desire is already inside you. You simply need to appreciate it, and love it and nurture it enough so that it is fully expressed in your life.

Be thankful for the person you are, for the situation you're in, for the challenges you're given. That is the first step toward a positive, fulfilling life. Your sincere gratitude will bring you abundance.

-Ralph Marston

Surah Al-Ikhlas

Dari 'Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya "Qul huwallahu ahad" (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah s.a.w. Maka sabda beliau: "Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu." Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya: "Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0780.

Solat Jenazah Ke Atas Orang Yang Bunuh Diri

Soalan:

Orang yang mati kerana membunuh diri sendiri, adakah wajib disolatkan jenazahnya?

Jawapan:

Terdapat hadis dari Jabir bin Samurah r.a. menceritakan: “Telah dibawa kepada Nabi s.a.w. seorang lelaki yang telah membunuh dirinya dengan panah, lalu baginda tidak menunaikan solat ke atas mayatnya”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, sebahagian ulamak (antaranya Khalifah Umar bin Abdul-‘Aziz dan Imam al-Auza’ie) berpendapat: "Orang yang membunuh dirinya tidak harus disolatkan jenazahnya”.

Namun jumhur ulamak termasuklah Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan Imam Syafi’ie berpandangan: Hendaklah disolatkan jenazahnya sebagaimana orang Islam yang lain.

Berkenaan hadis di atas, mereka menjawab: “Nabi s.a.w. tidak mensolatkan mayat yang membunuh diri itu sebagai satu ancaman kepada orang ramai agar jangan melakukan sepertinya. Walaupun baginda tidak mensolatkannya, namun ia disolatkan oleh para sahabat baginda”.

Hal demikian sama seperti tindakan baginda tidak mensolatkan jenazah orang yang mati meninggalkan hutang di mana beliau menyerahkan kepada sahabatnya untuk mensolatkannya. Tujuan baginda ialah sebagai ancaman kepada orang-orang yang suka meremeh-temehkan soal membayar hutang.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

1. Syarh Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 9, Kitab an-Janaiz, Bab Tarki as-Solah ‘Ala al-Qatil Nafsahu.

2. Dalail al-Ahkam, Ibnu Syidad, jil. 1, hlm. 514.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Penawar Syifa Untuk Sakit Tulang Belakang, Rheumatism, Arthritis, Sakit Sendi

Surah-surah yang dibaca semasa 3 minggu permulaan rawatan:

Surah Al-Anbiyaa 21 ; Ayat 29 – 40 (Diamalkan selepas Solat Maghrib)

Surah Asy Syura 42 ; Ayat 17 - 26 (Diamalkan selepas Solat Subuh/sebelah pagi)


Kemudian dituruti dengan surah-surah berikut:

Surah Qaff 50 ; Ayat 16 – 45

Surah Qasas 28 ; Ayat 42 – 50

Surah Shod 38 ; Ayat 34 – 61

Surah Asy Syura 42 ; Ayat 17 – 26

Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Saturday, February 20, 2010

Think For Yourself

Thinking is hard work, which is probably why so few people ever attempt it. It is much easier to simply react, to accept someone else's vision, to go along with "conventional wisdom", to keep making the same mistakes over and over again.

A successful life demands some thinking. That means carefully considering options, projecting your actions into the future, applying proven concepts to your own unique situation, creating strategies. This may sound like heavy stuff, yet all you need is some reasonable, common sense and the willingness to tackle the job of thinking for yourself.

As you go through your day, notice how much, or how little, you actually think about what you're doing. What percentage of your actions are on "autopilot"? How much do you do because that's the way you've always done it?

Make it a point to stop and think every once in a while. Think about why you do the things you do, where your actions are leading you, what you could do to be more effective.

The reluctance to think is a trap. It forces you to work in the service of someone else's dream, and to settle for less than you're capable of achieving. The desire for easy answers enslaves too many people to lives of mediocrity. The way out of the trap is to think for yourself.

Have the courage to ask the hard questions, and work to find the answers. Make a commitment every day to do the mental work that will lead to growth and achievement. Put some thought into your life, and you'll rise high above the crowd.

-Ralph Marston

Bagaimana Meniti Jalan Yang Lurus

1. Di mana jalan yang lurus?

Ada pada Al-Quran.

Firman Allah SWT: “Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.”
- Surah Al-Zukhruf 43; Ayat 43

2. Siapa akan melalui jalan ini?

Yang Menyembah Allah.

Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu, beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus".
- Surah Ali Imran 3 ; Ayat 51

Yang Bersyukur.

Firman Allah SWT: “Ia sentiasa bersyukur akan nikmat-nikmat Allah; Allah telah memilihnya (menjadi Nabi) dan memberi hidayah petunjuk kepadanya ke jalan yang lurus.”
- Surah An-Nahl 16 ; Ayat 121

3. Ke mana jalan ini membawaku?

Kepada Cahaya Iman.

Firman Allah SWT: “Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.”
- Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 16

Dipetik dari Majalah Solusi

Kaedah Mengesan Jin Dalam Badan

1) Perdengarkan MP3 RUQYAH SYAR'IYAH sehingga tamat (20 minit lebih kurang) menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

2) Pejamkan mata dan tenangkan minda anda.

3) Perhatikan setelah selesai. Jika anda terasa mual, jantung berdegup kencang, batuk, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

SENARAI AYAT RUQYAH SYAR'IYAH

Berikut adalah senarai ayat-ayat ruqyah syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah ; Ayat 1-5
3. Surah Al-Baqarah ; Ayat 102
4. Surah Al-Baqarah ; Ayat 163-164
5. Surah Al-Baqarah ; Ayatul Kursi
6. Surah Al-Baqarah ; Ayat 285-286
7. Surah Ali-Imran ; Ayat 18-19
8. Surah Al-'Araf ; Ayat 54-56
9. Surah Al-'Araf ; Ayat 117-122
10. Surah Yunus ; Ayat 81-82
11. Surah Toha ; Ayat 69
12. Surah Al-Mukminun ; Ayat 115-118
13. Surah As-Soffaat ; Ayat 1-10
14. Surah Al-Ahqaaf ; Ayat 29-32
15. Surah Ar-Rahman ; Ayat 33-36
16. Surah Al-Hasyr ; Ayat 21-24
17. Surah Al-Jin ; Ayat 1-9
18. Surah Al-Ikhlas
19. Surah Al-Falaq
20 An-Naas


Posted by: hayat annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah'
Al Quran Healing Medical Centre
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_05_01_archive.html

Surah Al-Fatihah Dan Tiga Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah

Di dalam kitab Sahih Muslim terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama kami. Baginda s.a.w. bersabda: “Di langit telah dibuka satu pintu yang belum pernah di buka sebelum ini, dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku: “Terimalah satu berita gembira dengan dua nur yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini. Pertama, adalah surah al-Fatihah; dan kedua, adalah tiga ayat terakhir dari surah al-Baqarah.”

Friday, February 19, 2010

Excuse Busters

For everything that needs to be done, there are always dozens of excuses for not doing it. Doubt and fear will paralyze you, if you let them. Your goals, your dreams are too important to be stopped by lame excuses. The next time you feel an excuse coming on, fight back with this list of excuse busters:-

I don't know how --
Then make the effort to learn.

It's too hard --
Anything worth having, or doing, or being, requires effort.

It will take too long --
Then that's all the more reason to get started right away.

What will people think --
That's their problem. Let them think what they will. It doesn't matter.

I'll do it as soon as I get back on my feet --
Taking positive action toward your goal is precisely what will GET you back on your feet.

I might fail --
Yes, when you try you 'might' fail. However, if you don't try, then you've certainly failed!

I'm too busy --
What are you accomplishing with all that busy-ness? Simply being "busy" gets you nowhere. Stop being busy, evaluate your priorities, and start taking focused, directed action.

I don't know where to start --
Envision the ultimate goal, and work backwards, step by step, until you arrive at something that can be done right now. Then do it. "The journey of a thousand miles begins with a single step." Take that step, and then the next one. Repeat until done.

I have too many obligations --
In order to be of service to others, you must first be true to your own purpose in life. Your obligation to yourself is what enables you to fulfill your obligations to others.

These things never work out --
That is correct. "Things" never do work out. You must work THEM out! The various situations you encounter provide you with opportunities, not sure bets. You must recognize those opportunities and do the work necessary to take advantage of them.


You deserve the best from yourself -- no excuses!
Spend your energy taking action, rather than thinking up excuses.

-Ralph Marston

Rawatan Mudah Sakit Kepala

Anda selalu sakit kepala? Nak cari ubat yang paling mujarab dan cepat?

Di dalam kitab A'lij Nafsaka Bil Quran ada menyatakan teknik yang mudah dan praktikal:

1) Pegang kepala anda dengan menggunakan tangan kanan. Jari telunjuk di sebelah dahi kiri dan ibu jari di dahi belah kanan, lekapkan ke atas kepala. (dalam bahasa Arab - 'baina sodaghaini': antara dua tepi dahi/kepala)

2)Bacalah Al-Fatihah 7 kali dengan keyakinan penyembuhan dari Allah. Niat untuk kesembuhan masa baca "Iyyaka....".

3)Tawakkal kepada Allah SWT setelah mencuba, Insya Allah sembuh.

Masih tidak sembuh?

Cubalah berbekam sunnah.
Banyakkan bersedekah.
Semoga sembuh!


Posted by hayat annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah'
Al Quran Healing Medical Centre

Memberi Sedekah Kepada Non-Muslim

Soalan:

Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah kepada non-Muslim yang amat memerlukan dalam berjuang untuk hidup kerana sakit?

Jawapan:

Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kepada Allah SWT ialah dengan membayar zakat dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dengan bersedekah, jiwanya disucikan daripada sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dalam bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Benarlah, semua Muslim diwajibkan menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT malam dan siang dan mereka digalakkan untuk memberikan sedekah kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa.

Dalam menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan:

Islam menggalakkan memberikan sedekah kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Rasulullah (SAW) bertindak dengan menolong musyikin yang non-Muslim yang telah memerangi menentang baginda. Tidak berimannya mereka tidak menghalang baginda menolong mereka dalam kesusahan.

Allah SWT menerangkan sifat iman orang yang benar-benar beriman: "Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan. (mereka berkata:) “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”
- (Al-Insan 76: 8-9).

Tawanan yang disebutkan disini tidak lain daripada musyrikin yang tidak beriman yang ditawan oleh Muslim. Jadi Muslim diwajibkan untuk bertindak menolong jiran dan sesama warganegara non-Muslim yang memerlukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau etnik, warna atau bahasa.

Rasulullah (SAW) bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling berguna kepada hamba-hamba Allah.”

Terjemahan bebas daripada: Giving Charity to a Non-Muslim
Penterjemah: Zul Yusoff

Panduan Bagi Orang-orang Yang Ditimpa Bencana

Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah SWT hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."

- Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Thursday, February 18, 2010

Be Different

When those around you are greedy and shallow -- be caring and giving.

When those around you are lazy and apathetic -- be full of energy and enthusiasm.

When those around you are worried and depressed -- be confident.

When those around you are frantic -- be calm.

When those around you are stubbornly stuck in their ways -- try something new.

When those around you do mediocre work -- do excellent work.

When those around you complain about everything they have -- be thankful for everything you have.

Going along with the crowd will cause you to be just one of the crowd. What joy is there in that?

Stand up and stand out. Refuse to accept mediocrity. Refuse to accept things just because "that's the way we've always done it."

Do what you need to do. Do what is right. Instead of following the well-worn path, blaze a new and exciting trail into unknown territories. The world rewards those who have the confidence and courage to stand out from the rest.

Life is too precious to waste it on silly pretenses. Be and express the unique person you are.

-Ralph Marston

Kenapa Enggan Berada Di Saf Hadapan?

"Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) adalah makruh"

Satu fenomena yang selalu kita lihat di masjid-masjid, terutamanya hari Jumaat; orang kita tidak suka berada di saf hadapan. Jika ada ruang hadapan yang kosong, biasanya orang yang berbetulan dengan ruang itu tidak akan melangkah ke depan, tetapi mempersilakan orang lain untuk mengisi ruang kosong itu. Dia merasakan tindakannya itu baik kerana mendahulukan orang lain. Sebenarnya, perbuatan itu adalah makruh. Sepatutnya apabila ada ruang kosong di saf hadapan kita, kitalah yang paling utama merebut ruang itu dari orang lain.

Firman Allah (bermaksud): "Maka berlumba-lumbalah kamu untuk melakukan kebaikan".
- (Al-Baqarah : 148).

Sabda Nabi s.a.w.: "Jika kamu mengetahui besarnya pahala yang ada di saf hadapan, nescaya kamu akan merebutnya sekalipun terpaksa mengundi (untuk mendapatkannya dari orang lain)"
- HR Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.

Dalam kaedah Fiqh, ada dinyatakan: "Memberi keutamaan kepada orang lain dalam melakukan amalan-amalan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) hukumnya adalah makruh. Adapun dalam menerima pemberian, maka memberi keutamaan kepada orang lain adalah digalakkan".

Kaedah Fiqh ini memberi pengertian:
Jika kita ada peluang untuk melakukan amalan kebaikan/kebajikan, rebutlah peluang itu dan jangan menyerahkannya kepada orang lain kerana kita yang amat memerlukan pahala dari amalan itu. Kita tidak mengetahui, apakah pahala yang kita ada sudah mencukupi atau tidak? Kerana itu, kita perlu merebutnya.

Sebaliknya pula dalam menerima pemberian; kita digalakkan mengutamakan orang lain. Contohnya; ada orang datang membawa makanan untuk kita dan kawan-kawan bersama kita. Maka ketika itu, kita disunatkan mempelawa kawan-kawan kita untuk lebih dulu mengambilnya, kemudian barulah kita mengambilnya.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Arah Yang Tak Tentu Arah

Seorang lelaki yang sedang sesat jalan, berada di empat persimpangan.

“Mana satu simpang yang harus saya pilih?” tanyanya kepada seorang yang kebetulan berada di situ.

“Destinasi kamu hendak ke mana?”

“Saya tidak tahu..” jawab lelaki itu.

“Kalau begitu, apa dikisahkan simpang yang mana? Pilih saja mana-mana satu”.


Pengajaran:

Tidak ada angin yang memihak kepada kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Sebaliknya, dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan dalam hidupnya. Tanpa panduan wahyu, manusia akan sibuk mencari. Namun mencari sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti, apakah mungkin ditemui?

Menuntut Ilmu

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

- Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi

Huraian:

i) Ilmu ialah mengetahui tentang sesuatu perkara di mana perkara yang boleh diketahui itu bergantung pada kemampuan dan usaha yang dilakukan oleh seseorang.

ii) Menuntut ilmu merupakan suatu jihad yang dituntut oleh Islam ke atas setiap penganutnya. Ia menjadikan seseorang itu menduduki martabat yang tinggi berbanding dengan orang yang tidak berilmu.

iii) Oleh itu, selaku umat Islam, kita hendaklah berusaha untuk menambahkan ilmu masing-masing dari semasa ke semasa termasuklah ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT. Malah salah satu daripada petanda ilmu yang berkat itu adalah apabila seseorang itu dengan bertambah ilmunya semakin mulia akhlaknya dan semakin bertakwa ia kepada Allah S.W.T.

Tuesday, February 16, 2010

Getting Past Denial

Many times we make problems worse by not wanting to even admit they exist. It seems easier to simply avoid the problem, rather than face up to it and deal with it. Ultimately, the avoidance becomes more painful than the original problem.

Ironically, the best way to limit life's pain, is to accept that some pain is necessary. Accept that life is full of problems, and that it is through the pain of resolving these problems, that we learn and grow.

Many people live in a constant state of denial, afraid of the pain it would cause to look their situation straight in the eye. Yet, as soon as you get past that denial, your situation has already improved.

You're able to see the mistakes you've made in the past, and to learn from your experience. You're able to clearly evaluate your current situation, and construct a workable, realistic plan for your life.

Realize that, though you are responsible for your actions, who you are is not defined by what you have done. Everyone makes mistakes. Detach yourself from your problems, and then look at them realistically, with the goal of solving them.

Life if full of challenges. Have the courage to look at them clearly, and you'll see that they are all opportunities in disguise.

-Ralph Marston

Perihal Diturunkan Ayat 113-114 : Surah At Taubah (9)

Surah At Taubah -

Ayat 113: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Ayat 114: Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah SWT, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.


Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. dalam keadaan tenat, Rasulullah s.a.w. menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah. Rasulullah s.a.w. mengajak Abu Talib mengucapkan "Laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuk Abu Talib agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib.

Demikian seterusnya berlaku sehingga Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman. Lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah, aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang."

Maka Allah SWT turunkan Ayat 113-114 dari Surah At-Taubah ini.

Pembedahan Laser Untuk Membetulkan Penglihatan Mata

SOALAN:

Apa pandangan Islam mengenai melaksanakan pembedahan laser untuk membetulkan penglihatan mata?

JAWAPAN:

Satu dari matlamat utama Syariah adalah untuk membuang penderitan dari hidup Muslim dan untuk menambahkan keselesaan dan kemudahan mereka. Atas sebab ini, maka tiada salah menjalani pembedahan mata untuk membetulkan penglihatan mata.

Menjawab soalan, pensyarah dan pengarang Saudi terkenal Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:

Secara umumnya, Syariah tidak menghalang Muslim dari berbuat sesuatu yang akan memberi manfaat kepada mereka dan menguatkan deria fizikal mereka selagi mereka menggunakan cara yang dibenarkan.

Melaksanakan pembedahan laser untuk membetulkan penglihatan yang lemah adalah dibenarkan. Tiada salah dengannya jika ia dilakukan oleh seorang pakar dan jika dianggap pembedahan akan berjaya dan tidak akan menyebabkan binasa atau bahaya yang akan menyebabkan keadaan bertambah teruk dari sebelumnya.

Islam melarang Muslim untuk membahayakan diri mereka dan orang lain. Nabi s.a.w. diriwayatkan bersabda: "Tidak boleh membahayakan atau mendatangkan bahaya."
- (Imam Malik).

Terjemahan dari: Laser Surgery to Correct Eyesight

Letak Penghadang Ketika Solat

Hadith :

Dari Musa bin Talhah r.a, dari bapanya katanya: "Kami solat sedangkan haiwan-haiwan lalu lintas di hadapan kami. Maka hal itu kami tanyakan kepada Rasulullah s.a.w. Sabda baginda: "Letakkanlah semacam pancang (batas) di hadapanmu, maka apa yang lewat di balik pancang itu tidak akan mengganggu solatmu.”

- (Muslim)

Huraian:

DISUNATKAN kepada setiap orang yang hendak sembahyang untuk membuat batas tempat sembahyangnya dengan menghadap pada tembok atau kayu yang panjangnya sekitar tiga suku hasta. Maksudnya supaya ketika sembahyang tidak ada orang yang lalu dihadapan kerana lalu di hadapan orang yang sedang sembahyang hukumnya HARAM.

Monday, February 15, 2010

Little Choices - Big Results

You will face countless choices every day. They may each seem insignificant, but they're not. Most of them, you probably won't even think about -- you'll make these choices by habit. Others, you'll consider briefly and then move on to something else.

We tend to focus on the "big" choices: where to go to college, what house to buy, who to marry, what career to choose. And these are important decisions. Yet the little choices -- the ones you make every day without even thinking -- add up over the months and years to have a huge impact on your life. The cumulative effect of these little choices is powerful indeed.

Let's say you choose at lunch to have a double-meat cheesburger, large order of onion rings and a piece of cheesecake, instead of having a green salad and a bowl of fresh fruit. It won't make much difference today which you choose. However, over the course of a year, your daily choice of food can make a tremendous difference in your health and fitness.
Other choices that you make every day: To assign blame or to solve the problem. To do something the way it's always been done, or to look for a new approach. To pay someone a compliment, or to mind your own business. To take off early, or to work a few minutes late. These choices combine to form your life. In what direction are your choices taking you?

The life you live right now is a result of the choices you have made in the past. Be aware of your choices every day. Take control of your life with the choices you make, especially the "little" ones.

-Ralph Marston

Menjawab Persoalan Hidup Dengan Wahyu

Tiga Persoalan Asas Kehidupan:

Pertama: Dari mana kita datang?

Wahyu memberi jawapan dengan Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.”
- Surah Al-Hajj; Ayat 5

Kedua: Mengapakah kita dijadikan oleh Allah SWT?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”
- Surah Az-Zariyaat ; Ayat 56

Ketiga: Ke mana kesudahan kita?

Jawapannya jelas dengan petunjuk wahyu dari Firman Allah SWT: “Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Dan bahawa sesungguhnya, Dia lah yang mematikan dan menghidupkan;”
- Surah An-Najm; Ayat 42 – 44)

Credit to: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Dipetik dari Majalah Solusi

Terbuka Hijab Sebelum Meninggal

Hadith :

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya - pagi dan petang - tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga, maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka, maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya."

Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kemudian dikatakan kepada masing-masing: "Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat."

- Ibn Umar r.a

Tanam Gigi

Soalan:

Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.

Jawapan:

Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses itu perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan.

Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan. Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan.

Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Ustazah Sakinah

Penawar Syifa Untuk Penyakit Saluran Jantung Tersumbat

Surah-surah yang perlu diamalkan:

Surah Isra 17 ; 40-55

Surah An-Nahli 16 ; Ayat 66-74

Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 62-75

Surah Al-Mukminun 23 ; Ayat 75-100

Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Sunday, February 14, 2010

Expect The Best

It is a funny thing about life;
if you refuse to accept anything but the best,
you very often get it!

-- Somerset Maugham

Expect the best of yourself. Your expectations determine your attitude, and your attitude determines your actions. Your actions, in turn, determine your results. When you expect to be a winner, you act like a winner. When you act like a winner, you are a winner.

Expect the best of others. What you expect of other people, will determine how you relate to them. And the way you relate to them, will determine how they relate to you. When people know what you expect of them, they rarely let you down. So make sure you communicate your sincere, positive expectations.

Expect the best of every situation. Ask yourself, "What's good about this? What can I learn? How can this help me to grow? How can I use this to add value to my own life and the lives of others?" When you look for the positive, you'll find it.

Expect the best of every day. Look at each day as an opportunity to improve yourself and the world around you. Expect to prosper. Expect opportunity. Expect fulfillment.
Expect the best that life has to offer. And then, live your expectations.

-Ralph Marston

Melewatkan Solat Isyak Dan Masa Solat Tahajjud

Soalan :

Saya sering tidur awal tanpa solat Isyak dan saya bangun awal pagi, dalam sekitar pukul 4.30 pagi untuk solat Isyak dan terus bersolat Tahajjud. Saya pernah diberitahu untuk bersolat Tahajud, saya perlu Solat Isyak dan tidur dahulu kemudian bangun semula barulah saya boleh menunaikan Solat Tahajud, betulkah begitu ustaz dan adakah cara saya melakukan Solat Isyak beserta Solat Tahajud itu tidak betul?

Jawapan :

1. Sengaja melewat-lewatkan Solat Isyak hingga melebihi ½ atau 1/3 malam adalah tidak digalakkan kerana sebaik-baiknya solat dilaksanakan di awal waktu. Lagipun, sebahagian ulamak/mazhab ada yang berpandangan; waktu Solat Isyak tidaklah berterusan hingga masuk Subuh, akan tetapi setakat 1/3 atau ½ malam sahaja.

Berdasarkan pandangan ini, sesiapa sengaja melewat-lewatkan Solat Isyak hingga melepasi sepertiga malam atau separuhnya, ia berdosa kecuali kerana suatu keuzuran. (Sila baca lebih lanjut dalam blog ini; (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/02/waktu-solat-isyak.html).

2. Adapun hadis yang menceritakan Rasulullah s.a.w. melewatkan Solat Isyak, maksudnya ialah melewatkannya hingga ke sepertiga malam atau seperduanya sahaja.

Ini sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: “Jika tidak kerana bimbang akan memberatkan umatku, nescaya aku akan suruh mereka supaya melewatkan Solat Isyak hingga ke sepertiga malam atau separuhnya”
- (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan soheh)

3. Mengenai Solat Tahajjud, ia termasuk dalam ibadah malam. Ibadah malam atau Qiyamullail masanya bermula dari awal malam (iaitu selepas Isyak) dan berterusan hingga azan Subuh. Ia boleh dilakukan sebelum tidur atau selepasnya. Namun yang terbaik ialah melakukannya selepas tidur terutamanya di penghujung malam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Solat paling baik selepas solat fardhu ialah solat di penghujung malam. Puasa yang paling baik selepas bulan Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram”
- (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.)

Menurut ulamak, maksud hujung malam dalam hadis di atas ialah sepertiga malam yang akhir. Pada saat itu, Allah SWT turun ke langit dunia.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiganya yang akhir. IA berkata; ‘Mana orang yang berdoa kepadaKU, maka AKU akan perkenankan untuknya doanya. Mana orang yang memohon kepadaKU, maka aku akan berikan kepadanya (permohonannya). Mana orang yang meminta ampun dariKU, maka aku akan ampuninya’”
- (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Solat sunat yang dilakukan selepas tidur itulah yang dinamakan Tahajjud.

Firman Allah SWT: “Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat Tahajjud (sebagai satu ibadah tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”.
- (al-Isra’, ayat 79).

Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya: “Tahajjud ialah ibadah malam yang dilakukan selepas tidur”.

Cara terbaik untuk menghidupkan malam ialah dengan membahagikan malam kepada enam bahagian; tidur di tiga bahagian awalnya (yakni separuh malam), kemudian bangun bertahajjud pada dua bahagian selepas itu dan tidur semula pada satu bahagian yang hujung, iaitu sebelum azan Subuh.

Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya solat yang paling disukai Allah SWT ialah solat Nabi Daud a.s. iaitu ia tidur separuh malam (yang awal), ia bangun solat sepertiganya dan ia tidur semula di seperenamnya. Puasa yang paling disukai Allah SWT ialah puasa Nabi Daud; ia berpuasa sehari dan ia berbuka sehari”.
- (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Kesimpulannya:

Untuk melakukan ibadah atau solat malam (solat witir, solat sunat taubah, solat istikharah, solat tasbih, solat sunat mutlak di malam hari, membaca al-Quran, berzikir dan sebaginya) tidaklah disyaratkan tidur terlebih dahulu.

Namun jika kita hendak mengambil fadhilat solat malam yang paling baik dan mengikuti kebiasaan Nabi s.a.w., maka digalakkan kita tidur terlebih dahulu dan bangun mengerjakan Tahajjud selepas pertengahan malam.

Wallahu a’lam.

Rujukan;
1. Mugni al-Muhtaj, 1/313.
2. al-Iqna’ (Imam Ibnu al-Munzir), hlm. 81.
3. Fiqh al-Ibadaat (Syeikh Hasan al-Ayyub), hlm. 296.
4. al-Fiqh al-Wadhih, 1/261.
5. al-Mughni, Ibnu Qudamah, 2/89-90.
6. Faidhul-Qadier, syarah hadis no. 1256.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Kaum-Kaum Yang DiBinasakan

Dalam Al-Quran bukan sahaja ada cerita orang baik, tetapi banyak juga cerita orang jahat. Mengapa ada cerita ‘orang jahat’ dalam kitab suci Al-Quran yang begitu mulia dan suci?

Ini kerana Allah SWT mahu kita belajar dan ambil pengajaran/ibrah daripadanya supaya yang baik dijadikan teladan dan yang jahat dijadikan sempadan.

Firman Allah SWT: “Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing. Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut. Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadaNya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.”
- Surah Qaff ; Ayat 12-14

Kaum Nabi Nuh

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namum yang beriman hanya sekitar 80 orang sahaja. Kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah SWT datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri.

Kaum Nabi Hud

Nabi Hud a.s. diutus kepada kaum A’ad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah SWT datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum A’ad.

Kaum Nabi Saleh

Nabi Saleh a.s. ialah nabi dan rasul yang diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada kaumnya. Malangnya kaum Thamud terus engkar, malah mereka membunuh unta betina tersebut. Azab yang amat dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai.

Kaum Nabi Lut

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda 2 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula suatu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu Sijjil, menghancurkan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya.

Kaum Nabi Syuaib

Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Mereka menyembah “Aikah”, yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya makin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya.

Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah SWT ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan dahsyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan.

Kaum Nabi Musa

Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah SWT melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang bertingkup.

Ashabus Sabtu

Kisah segolongan dari kaum Bani Israil yang fasik di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah SWT supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu kerana hari Sabtu khusus untuk beribadat. Allah SWT menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah SWT, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah SWT melaknat mereka menjadi kera yang hina.

Ashabul Rass

Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah SWT telah binasakan penduduk kampung ini dengna kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi.

Kaum Tubba’

Tubba’ adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah SWT binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba’ menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman.

Oleh Abu Irdak
Dipetik dari Majalah Solusi

Bawang Putih Dan Bau Mulut

Hadith :

Abu Ayyub r.a meriwayatkan katanya: “Adalah Rasulullah SAW apabila baginda didatangkan makanan, maka baginda memakan sebahagiannya dan yang lebihnya dikirim kepada ku. Pada suatu hari baginda mengirimkan kepada ku makanan yang lebih yang tidak pun dimakan sebahagiannya kerana padanya ada bawang putih. Saya bertanya kepada beliau: “Apakah ia haram?". Baginda bersabda: “Tidak. Tetapi aku tidak menyukainya kerana baunya". Abu Ayyub berkata: “Sesungguhnya saya tidak menyukai apa yang anda tidak menyukainya.”

- Muslim

Huraian:

Bau-bauan pada umumnya mempunyai pengaruh yang kuat terhadap manusia dan haiwan. Banyak orang mahupun haiwan terus mengingati bau tertentu sepanjang hidup mereka.

Orang yang mempunyai nafas yang berbau pula sering mendapat banyak masalah dalam pergaulan seharian mereka. Selama perbualan berlangsung biasanya orang yang berkomunikasi bersamanya akan berusaha menjarakkan diri atau cuba seboleh mungkin menahan nafas mereka. Bagi yang sering mendapat masalah bau mulut tentunya mereka akan berasa malu.

Umumnya bau mulut disebabkan oleh faktor makanan yang dimakan seperti bawang putih, petai, jering, meminum alkohol (arak) atau menghisap rokok, disebabkan mulut kering atau kerana jangkitan penyakit/infeksi tertentu. Maka bagi mengurangi bau mulut adalah penting kita menjaga kebersihan mulut setiap hari.

Tidak timbul masalah jika kita mahu memakan makanan yang disebutkan tadi (selain arak) asalkan kita segera mencuci mulut selepasnya. Jika tidak, pernafasan kita akan mengganggu orang lain terutamanya apabila kita mendirikan solat di dalam saf atau berkomunikasi dengan orang lain. Kekhusyukan dan perhatian mereka tentu akan terganggu.

Justeru Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal kebersihan ini bukan sahaja pada tubuh badan, pakaian dan tempat solat bahkan juga pada bau mulut orang yang bersolat itu sendiri.

Saturday, February 13, 2010

The Sequence Of Success

There is only so much time available each day. The choices you make about how that time is used, will determine your situation in life. You create your own future by your actions, and your actions are, ultimately, under your complete control.

So how do you make the right choices? Remember that you have a choice, not only to do something or not to do it, but also WHEN to do it. The sequence in which you take action, is a key component of success.

Successful people do the important things first. Inevitably, when you do the trivial non-productive things first, there is often no time left to do the important, life-enhancing activities. So learn to focus first on the things that will ultimately make a difference in your life.

The winners in life are people who have the discipline to eat dinner before dessert. Imagine for a moment how you would feel each evening if you ate a big piece of chocolate cake, and a bowl of ice cream, before you had your dinner. Would you then feel like eating a nutritious, well-balanced dinner? Probably not!

Doing the "fun" things first, takes away our appetite for doing the "hard" stuff that really needs to be done if we're to make progress in life. Better to get the important things done first. Then the "fun" is even more enjoyable.

There's nothing wrong with dessert -- just remember to eat dinner first!

-Ralph Marston

Menyiasat Tapak Rumah (Sebelum Pagar)

Untuk dapatkan petunjuk apa-apa yang ada dikawasan tapak rumah, disyorkan amalan berikut:

o Kursi 9x,
o Fatihah 9x,
o Yasin Ayat 10 21x
o Yasin Ayat 19 21x,
o Surah Kausar 10x

untuk dapat petunjuk apa-apa yang tertanam di rumahnya, insyaALLAH

Credit to: abg_ramz
Perawat Darussalam
http://www.rawatansihir.com

Menjauhi Daripada Bisikan Syaitan

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia. Manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini?. Siapakah yang telah menjadikan kejadian itu?". Sehingga syaitan akan berkata: "Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”. Apabila perkara ini berlaku kepada kamu, maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”

- Riwayat Bukhari Dan Muslim

Huraian:

1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.

2.Allah SWT bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.

3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.

Friday, February 12, 2010

Sayap Kebebasan

“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.”
- (Surah An-Nahl : Ayat 79)

Petanda Maha Pencipta pada burung:

Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis. Antara keunikan burung yang dikurniakan Allah SWT:

1. Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.

2. Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.

3. Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.

4. Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan kerantin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.

5. Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.

6. Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.

Dipetik dari Majalah Solusi

Don't Delay

We've all heard, and probably said things like: "I'm going to go on a diet as soon as my vacation is over" or "I'm planning to start my own business as soon as I get some money saved."

Planning is important, but it is the ACTION that gets things done.

If you just PLAN to lose weight, or just PLAN to start a business, it never happens. If you wait until the time is right, or all the circumstances are in your favor, it never happens.

The way to make things happen, the way to follow your dreams, is to take action. Today and every day. Find something you can do right now, today, that will bring you closer to your goal. Don't put it off until the time is right. No matter how insignificant your action may seem, it gets you started in the right direction.

Continue taking action every day and you start to gain momentum. Before you know it, you're in so far that nothing can stop you.

What have you been putting off? Life is too precious to spend it waiting. Take action today. Do your dream now.

-Ralph Marston

Dapat Tahu Najis Di Badan Selepas Solat

Soalan:

Saya telah mengerjakan solat dan mendapati ada najis selepas selesai mengerjakan solat. Adakah saya perlu mengulangi solat itu?

Jawapan:

Solat kamu sah dan tidak perlu diulangi menurut pendapat paling sahih antara perselisihan ulama. Begitu juga jika kamu mengetahuinya sebelum solat tetapi terlupa hingga solat telah selesai dikerjakan.

Firman ALLAH S.W.T: “(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai TUHAN kami! Janganlah ENGKAU mengira kami salah jika kami terlupa atau tersalah.”
– Surah al-Baqarah: 286.

Begitu juga peristiwa yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w di mana baginda telah mengerjakan solat pada suatu hari dan terdapat najis pada seliparnya. Lantas Jibril memberitahu baginda ketika itu, lalu baginda menanggalkan seliparnya dan meneruskan solatnya.

Berbeza dengan hukum seseorang berhadas tetapi terlupa untuk bersuci. Solatnya tidak sah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:

“Tidak diterima solat sesiapa sahaja apabila berhadas (kecil), kecuali selepas dia berwuduk semula.”
– Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Wallahu a'lam.

Ustaz Mohd Noor

Rahmat Dan Kasih Sayang Allah

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Tuhan Yang Maha Suci dan Maha Tinggi berfirman: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu! Aku tidak akan mengeluarkan dari dunia (mematikan) seseorang - yang Aku hendak mengampunkan dosanya sehingga Aku sempurnakan balasan tiap-tiap kesalahan yang ditanggungnya, dengan ditimpakan penyakit pada badannya, dan kepicikan pada rezekinya."

- Anas r.a

Thursday, February 11, 2010

Freedom Of Choice

"There is no better measure of a person,
than what he does,
when he is absolutely free"

-- Wilma Askinas

We all have things that we HAVE to do.

What do you do because you WANT to do it? That is what defines you. When you've run out of things that need to be done, do you know what to do with yourself?

Life gives us what we ask of it. People who know what they want to do, generally spend much of their time doing it. And those who don't really know what they want, spend much of their time in the service of someone else's dream.

Freedom and responsibility go hand in hand. If you blame others for the circumstances of your life, you give them power over you. You can never be free as long as you make other people responsible for your life.

Only when you accept the responsibility of guiding your own life, can you truly be free to live abundantly.

Choices, not chances, determine our destiny. Choose to spend your time on a life of excellence.

-Ralph Marston

Tawakal Kepada Allah SWT

Dari 'Imran Ibnu Hushain r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kelak, akan masuk syurga tujuh puluh ribu orang umat ku tanpa diperiksa". Para sahabat bertanya:"Siapa mereka itu, Ya Rasulullah?". Jawab Rasulullah s.a.w.: "Mereka ialah orang-orang yang tidak berubat memakai jampi-jampi, tidak mempercayai suara burung (tathayyur), tidak berubat dengan tusukan besi panas (Kai) tetapi mereka tawakal kepada Tuhan mereka."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0171.

Rawatan Menggunakan Minyak Zaitun (Ruqyah)

Daripada Al Quran:

1) Firman Allah Taala: “Demi buah tin dan buah zaitun!”…..
- (Surah at Tin; Ayat 1)

2) Minyak zaitun jernih dan berkilau seperti cahaya. "...Lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api;..."
- (Surah An-Nur : Ayat 35)

Daripada Al Hadith:

1) Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanlah minyak zaitun dan lumurlah minyaknya, kerana ia berasal daripada pohon yang penuh berkat."
- (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Minyak Zaitun Untuk Tujuan Perubatan:

Minyak zaitun yang tulen adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai kehebatan sebagai penawar penyakit. Minyak ini dikenali di pasaran sebagai 'Virgin Olive Oil'- Minyak zaitun dara atau ekstrak pertama.

Minyak zaitun yang terbaik di dunia adalah minyak zaitun dari Syam as Syarif. Ini kerana buah zaitun di dalam Surah at Tin, menurut tafsiran Imam Hasan al Basri r.a.:-

Buah Tin dari sebuah bukit terletak berdekatan kota Damascus: Jabal Qasiyoun .
Buah Zaitun dari sebuah bukit yang terletak di Baitul Muqaddis.
Kedua-dua tempat ini terletak di negeri Syam.

Antara Kegunaan Minyak Zaitun (Kebanyakannya adalah anjuran Sheikh Nazim al Haqqani):

1) Untuk awet muda, anti penuaan dan menyerikan wajah:-

Disapu di wajah sebelum tidur:

2) Untuk mengatasi masalah kulit muka berjerawat, parut atau melecur:

Sapu pada jerawat dan parut.

3) Untuk pesakit lutut, athritis dan sendi-sendi yang sakit:

Diletakkan di kapas lalu dibalut pada lutut (atau mana-mana anggota atau sendi yang sengal) sebelum tidur.

4) Leukimia:

Dibacakan 'Ruqyah Saratan' pada minyak zaitun dan diminum satu sudu satu jam sebelum makan apa-apa selama paling kurang 40 hari.

5) Kanser:

Dibaca 'Ruqyah Saratan' dan sentiasa di sapu pada anggota terkena kanser contohnya; kanser otak (disapu pada kepala), kanser payudara (disapu pada payudara) dsb...

6) Gastrik:

Dibaca Ayat Syifa' pada minyak zaitun dan diminum sesudu satu jam sebelum makan apa-apa.

7) Masalah penghadaman, usus, sakit perut, cacing dan angin (gas dalam perut):

Sama seperti di atas.

8) Gangguan jin, sihir, saka, santau:

Zaitun yang dibacakan 'Ruqyah' disapu di anggota sujud / anggota wuduk / tempat sakit / sendi-sendi utama.

9) Dengan campuran sedikit garam pada minyak zaitun, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi.

10) Anti semua kanser, sakit jantung dan 1001 penyakit: Digunakan sebagai minyak masakan utama / masukkan satu atau dua sudu sebagai tambahan ke minyak masak biasa anda. (Kalau tengok channel masak AFC Astro: semua menggunakan minyak zaitun!!)

11) Urut:

Minyak urut yang utama. Elok dicampur dengan ma' warad atau air mawar.

12) Melebatkan rambut:

Dijadikan minyak rambut utama: Tahukah anda minyak zaitun adalah minyak rambut utama Nabi s.a.w. Antara sifat Nabi adalah rambutnya sentiasa berminyak (dengan minyak zaitun).

... dan 10 001 lagi khasiat.. apalagi kalau dibacakan 'Ruqyah Syariyyah'....


Credit to: hayat annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah'
Al Quran Healing Medical Centre


RUQYAH SYAR'IYAH

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah Ayat 1-5
3 Al-Baqarah Ayat 102
4 Al-Baqarah Ayat 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah Ayat 285-286
7 Ali-Imran Ayat 18-19
8 Al-'Araf Ayat 54-56
9 Al-'Araf Ayat 117-122
10 Yunus Ayat 81-82
11 Toha Ayat 69
12 Al-Mukminun Ayat 115-118
13 As-Soffaat Ayat 1-10
14 Al-Ahqaaf Ayat 29-32
15 Ar-Rahman Ayat 33-36
16 Al-Hasyr Ayat 21-24
17 Al-Jin Ayat 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

Credit to: http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009/05/senarai-ayat-ruqyah-syariyah.html


RUQYAH SARATAN

Senarai ayat-ayat Ruqyah Saratan:

1) Surah al Fatihah
2) Al Baqarah: Ayat 1-5
3) Al Baqarah: Ayat 164- 165
4) Al Baqarah: Ayat 255
5) Al Baqarah: Ayat 256 dan 257
6) Al Baqarah: Ayat 285 dan 286
7) Ali Imran: Ayat 1-5
8) Ali Imran: Ayat 18
9) Ali Imran: Ayat 26-27
10) Al A'raf: Ayat 54-56
11) Al A'raf: Ayat 117-119
12) Yunus: Ayat 80-82
13) Toha: Ayat 25-29
14) Al Mu'minun: Ayat 115-118
15) Al Hasr: Ayat 21-24
16) As Soffat: Ayat 1-14
17) Ar Rahman: Ayat 31-33
18) Al Mulk: Ayat 3-4
19) Al Qalam: Ayat 51-52
20) Al Jin: Ayat 3
21) Surah Al Kafirun
22) Surah Al Falaq
23) Surah An Naas

Credit to: http://terapialquranpahang.blogspot.com/

Tuesday, February 9, 2010

Make It Count

If you're going to do, to have, or be something, then make it count. Don't hide. Let your uniqueness shine through.

What good is it if you have a beautiful singing voice, and no one ever hears you? What value is your above-normal intelligence, if you don't use it to accomplish something? Are you using your abilities, your talents, your time, your resources -- your life -- to the greatest extent possible?

Life is precious and it is a terrible shame to waste every moment of every day. You are a special person. There is no one else like you in the entire history of the world. You have something special to give, to do and to be. No one else can do it for you.

Look at yourself and find what it is that makes you special. The things that make you happy, the things you enjoy, the things you would do even if you weren't being paid -- these are your special gifts. These are what you can offer the world.

Make the commitment to be the person you were meant to be. Let your life blossom into fulfillment and accomplishment. Celebrate each moment and make it count!

-Ralph Marston

Lap Air Wuduk

Soalan:

Ada pandangan yang mengatakan tidak elok jika di lap air wuduk, yakni air yang membasahi badan kita selepas wudhuk. Jika di lap, maka muka kita tidak akan berseri-seri di kala hari kebangkitan kelak. Adakah benar pandangan seperti ini atau adakah hadis yang menyatakan dengan sahih mengenai perkara ini?

Jawapan:

Terdapat didalam hadith Imam Muslim rh (riwayat dari Nuaim bin Abdullah al-Mujimir), bahawa pada hari Kiamat nanti, umat Muhammad akan datang dengan wajah, tangan dan kaki terang-benderang kerana bekas wudhu’. (Terdapat beberapa perbincangan mengenai hadith ini).

Namum demikian, tidak ada nas yang mengatakan bahawa tidak dibenarkan seseorang itu mengeringkan anggota-anggota wudhu’ dengan tuala dsb.

Menurut Ibn Qudamah rh bukanlah menjadi kesalahan mengeringkan anggota wudhu’ dengan tuala setelah dibasahkan semasa mandi dan berwudhu’. Ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan dari Imam Ahmad, begitu juga Uthman ra., al-Hassan ibn Ali ra., Anas ra. dan ramai dikalangan ulama’ yang menggunakan tuala setelah berwudhu’
- (al-Mughni, 1/195).

Ada dikalangan ulama’ yang mengatakan bahawa hukum mengelap / mengeringkan anggota dengan tuala adalah makruh berdasarkan hadith Muslim dari Maimunah ra. dimana Nabi pernah diberikan tuala kepadanya dan baginda menolaknya.

Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa Nabi mempunyai sebab-sebab tertentu menolak tuala tersebut; kemungkinan ia berkenaan dengan tuala tersebut, atau disebabkan tuala tersebut tidak bersih dsb. Hakikatnya perbuatan Maimunah membawa tuala tersebut menunjukkan adalah menjadi kebiasaan Nabi mengeringkan dirinya dengan tuala.
- (Majmu’ Fataawa Ibn Utsaimin, 11/93).

Dr Yusuf al-Qaradhawi ha. juga menyatakan alasan yang sama, termasuklah beliau mengatakan bahawa kemungkinan peristiwa ini berlaku dimusim panas, dimana semua orang maklum bahawa Hijaz merupakan satu tempat yang amat panas. Dan kemungkinan besar Nabi inginkan tubuhnya basah dan beberapa kemungkinan yang lain
- (Fiqh al-Thaharah, ms 164).

Kata al-Qaradhawi lagi, oleh itu Ibnu al-Munzir meriwayatkan bahawa sebilangan sahabat, tabien, dan jumhur Imam-Imam dan Fuqaha’ membenarkannya. Imam al-Nawawi ada mengatakan di al-Majmu’: "Yang benar dalam Mazhab kami adalah mustahab ditinggalkan, akan tetapi bukanlah dikatakan Makruh".
- (Fiqh al-Thaharah, ms 165).

Kesimpulannya:

Tidak ada nas yang menghalang perbuatan mengeringkan wudhu’ dengan tuala, malahan terdapat dikalangan ulama’ yang melakukannya. Jika anda berada di negara yang mempunyai musim sejuk, maka akan kelihatan kepada anda tissue-tissue disediakan di tempat mengambil wudhu’ untuk mengeringkan anggota wudhu’ semoga dapat mengurangkan kesejukkan.

WA.

Sekian, wassalam

Pinjam-Meminjam

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasul s.a.w pernah bersabda: "Tunaikanlah / Kembalikanlah barang amanah itu kepada orang yang telah memberikan amanah kepadamu dan janganlah engkau mengkhianati janji, walaupun kepada orang yang pernah memungkiri janji kepadamu."

- Riwayat Abu Daud dan Tarmizi

Huraian:

1. Meminjamkan sesuatu barang hukumnya sunat, kadang-kadang menjadi wajib seperti meminjamkan sampan untuk menyelamatkan orang yang akan mati lemas.

2. Orang yang meminjamkan barang-barangnya boleh meminta kembali barang tersebut.

Burung-burung Dalam Kisah Anbiya


Spesis:
Burung gagak
Nama saintifik:
Corvus corax (Common raven)
Era:
Nabi Adam a.s.
Sinopsis:
Setelah terjadinya pembunuhan pertama manusia (Setelah Habil dibunuh oleh Qabil, Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya itu. Dia tidak tahu apa yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin membusuk. Diletakkannya tubuh itu di dalam sebuah peti yang dipikulnya, seraya mundar-mundir dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu contoh yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan jenazah saudaranya itu. Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri: "Alangkah bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti caranya menguburkan mayat saudaraku ini?" Demikianlah penyelesaian jenazah manusia yang terbaik iaitu dengan cara penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya.


Spesis:
Hud-hud/belatuk
Nama saintifik:
Upupa epops
Era:
Nabi Sulaiman a.s.
Sinopsis:
Dalam Al-Quran, Surah An-Naml ada kisah tentang Nabi Sulaiman a.s dengan burung Hud Hud. Nabi Sulaiman boleh cakap bahasa haiwan, dan baginda memiliki seluruh kerajaan di bumi pada waktu itu. Nabi Sulaiman juga boleh arahkan angin, jin dan air untuk ikut arahan baginda. Waktu itu, Hud Hud tidak hadir di perhimpunan rakyat jelata Nabi Sulaiman a.s. Kelibat bayangnya tidak kelihatan. Akibatnya, Nabi Sulaiman a.s telah marah, hinggakan baginda a.s mengancam akan mengambil tindakan tegas terhadap Hud Hud jika di dapati benar ia bersalah kerana ponteng. Sudah pasti, semua yang hadir pada waktu itu, tertanya-tanya, ke mana la perginya Hud Hud ni. Tapi, rupanya Hud Hud bukan sengaja tidak hadir. Hud Hud ada misi lain pada waktu itu.

Apa usaha Hud Hud, sampai Allah s.w.t rakamkan kisahnya di dalam Al-Quran? Hud Hud telah berhasil menemukan Kerajaan Saba’ yang diperintah oleh seorang ratu bernama Balqis. Mereka menyembah matahari. Hud Hud telah memberi maklumat itu kepada Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman a.s. telah menghantar utusan kepada Ratu Balqis dan rombongan Ratu Balqis telah berangkat untuk bertemu dengan pesuruh Allah itu. Lalu Allah mengurniakan hidayahNya yang tiada ternilai kepada Ratu Balqis, dan telah Berjaya mengislamkan Ketua Negeri Saba’ itu dan kaumnya untuk beriman dan mentauhidkan Allah.

Jika difikirkan, Allah s.w.t Maha Kuasa untuk mewahyukan sahaja kepada Nabi Sulaiman a.s tentang kerajaan Saba’ ini. Tapi, Allah pilih Hud Hud, sebagai asbab untuk memberitahu Nabi Sulaiman a.s tentangnya.


Spesis:
Burung pipit
Nama saintifik:
Passer (true sparrow)
Era:
Nabi Ibrahim a.s.
Sinopsis:
Ketika Nabi Ibrahim dibakar oleh Raja Namrud yang memerintah negara Babylon di atas kesalahan memecahkan patung-patung berhala, antara burung-burung yang berterbangan menyaksikan peristiwa tersebut ada seekor burung pipit yang berasa kasihan melihat baginda yang dibakar hidup-hidup. Burung pipit itu mahu menolong Nabi Ibrahim.

Burung pipit terbang mencari air. Ia menyedut dan menyimpan air tersebut di dalam paruhnya yang kecil itu. Burung-burung lain kehairanan melihat perlakuan burung pipit. “Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?” tanya burung-burung yang lain. “Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit. “Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.

Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak. Dengan izin Allah SWT, api yang marak itu semakin berkurangan. Itu sahaja yang ia mampu untuk membantu Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sahaja pertolongannya, ia berpuas hati. Sekurang-kurangnya ia telah menjalankan tanggungjawabnya; tidak berdiam diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir.

Setelah kayu-kayu itu menjadi bara, maka orang ramai menghampiri unggun api yang telah menjadi bara. Burung pipit berasa gembira. Keyakinan burung pipit terhadap kekuasaan Allah semakin kuat dan terbang dengan penuh kesyukuran. Orang ramai yang berada di situ berasa terkejut apabila melihat Nabi Ibrahim keluar daripada bara api itu seperti sediakala. Badannya sedikitpun tidak melecur. (Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd).


Spesis:
Merpati
Nama saintifik:
Columbia livia (Rock Pigeon)
Era:
Nabi Muhammad s.a.w.
Sinopsis:
Dikatakan ketika Nabi Muhammad s.a.w. bersembunyi di dalam gua Thur bersama Abu Bakar, mereka nyaris dikesan oleh kaum kafir Quraisy yang ikut mengejar. Mereka diyakinkan oleh sarang labah-labah yang dianyam kemas di pintu gua dan burung merpati yang bersarang di dalam gua tetapi tidak mengeluarkan bunyi (sebagaimana lazim, burung merpati berbunyi jika ada manusia berhampiran mereka).

Berkenaan dengan kisah burung merpati dan labah-labah, timbul satu persoalan. Adakah kedua-duanya benar-benar ada?

Dr. Yusuf Al-Qardawi mengatakan : “Adapun merpati itu, tidak ada riwayat yang sohih atau hasan berkenaannya. Manakala labah-labah pula, terdapat riwayat mengenainya. Ada yang mengatakan ia hasan, ada pula yang mengatakan dhoif. Apa yang penting adalah, Allah SWT mempunyai tentera-tentera. Boleh jadi labah-labah yang mana Allah SWT menyifatkan sarangnya sebagai sarang yang rapuh."

Maksudnya: Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah SWT sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.

Tidak peliklah jika Allah SWT menjaga rasul-Nya dengan sarang yang rapuh atau Allah SWT menjaganya tanpa ada asbab-asbab yang kita boleh lihat. Apa yang penting, rasul-Nya terjaga dan terpelihara.”
- [Khitabul Asy-Syeikh Al-Qardawi, juzu’ ke-4, dikumpulkan oleh Dr. Khalid Khalifah As-Saad]

Oleh itu, tidak boleh menyembunyikan kisah ini, malah perlu menyebutkannya selagimana ia disebutkan di dalam sunnah nabawiyyah. Katakanlah bahawa peristiwa ini menjadi bukti yang jelas kenabian Nabi Muhammad saw.

Pengajaran Dari Kisah-kisah:-

Pengajaran/‘Ibrah yang sangat besar yang boleh diteladani oleh manusia, umat Islam khususnya, terutama sekali daripada contoh yang ditunjukkan oleh burung pipit semasa Raja Namrud membakar Nabi Ibrahim a.s. Jika mahu mengira mengikut logik matematik, nisbah air yang dibawa oleh si burung pipit berbanding dengan api yang Namrud sediakan, hampir kepada sia-sia. Namun, Allah SWT Maha Adil dan Saksama. Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi Allah memandang dan mengambil kira usaha yang dilakukan.

Di antara sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri saat anda bertemu dengan saudara anda“.
- (Riwayat Muslim)

Kita tidak pernah mengetahui dengan amalan apakah yang menjadi sebab kita diredhai Allah SWT untuk masuk ke syurgaNya. Walaupun amalan itu dipandang kecil oleh manusia, tetapi jika Allah berkenan (mungkin disebabkan keikhlasan sang pelaku di saat itu), maka kita akan diganjari olehNya.

Salah satu wasiat Luqman a.s. kepada anaknya. Katanya: “Janganlah engkau tertipu dengan kebaikanmu walaupun banyak, kerana engkau tidak tahu adakah ianya diterima atau tidak.”

Dari itu, berbuat baiklah di mana sahaja kita berada dan berdaya. Jangan memperlekeh kebaikan yang dibuat oleh manusia lain, walaupun ianya sedikit.

Credit: Sebahagian artikel ini dipetik dari http://lensahati.wordpress.com