Friday, February 19, 2010

Memberi Sedekah Kepada Non-Muslim

Soalan:

Adakah dibenarkan untuk memberikan sedekah kepada non-Muslim yang amat memerlukan dalam berjuang untuk hidup kerana sakit?

Jawapan:

Di antara perbuatan mulia untuk menunjukkan syukur kepada Allah SWT ialah dengan membayar zakat dan bersedekah. Apabila seorang Muslim membayar zakatnya atau membelanjakan sesuatu dengan bersedekah, jiwanya disucikan daripada sifat bakhil dan dia diangkat kepada puncak kebaikan hati dan kemuliaan. Perbuatan membelanjakan wang dalam bersedekah dan zakat itu sendiri ialah satu perbuatan untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Benarlah, semua Muslim diwajibkan menunjukkan kesyukuran kepada Allah SWT malam dan siang dan mereka digalakkan untuk memberikan sedekah kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa.

Dalam menjawab soalan anda, Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan ulama di Islamic Institute of Toronto, Ontario, Canada menyatakan:

Islam menggalakkan memberikan sedekah kepada semua manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa, warna atau bahasa. Rasulullah (SAW) bertindak dengan menolong musyikin yang non-Muslim yang telah memerangi menentang baginda. Tidak berimannya mereka tidak menghalang baginda menolong mereka dalam kesusahan.

Allah SWT menerangkan sifat iman orang yang benar-benar beriman: "Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan tawanan. (mereka berkata:) “Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”
- (Al-Insan 76: 8-9).

Tawanan yang disebutkan disini tidak lain daripada musyrikin yang tidak beriman yang ditawan oleh Muslim. Jadi Muslim diwajibkan untuk bertindak menolong jiran dan sesama warganegara non-Muslim yang memerlukan tanpa mengira perbezaan agama, bangsa atau etnik, warna atau bahasa.

Rasulullah (SAW) bersabda: “Sebaik-baik manusia ialah mereka yang paling berguna kepada hamba-hamba Allah.”

Terjemahan bebas daripada: Giving Charity to a Non-Muslim
Penterjemah: Zul Yusoff

No comments:

Post a Comment