Tuesday, February 16, 2010

Perihal Diturunkan Ayat 113-114 : Surah At Taubah (9)

Surah At Taubah -

Ayat 113: Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Ayat 114: Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah SWT, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar.


Dalam sebuah hadith riwayat Muslim dikatakan bahawa ketika Abu Talib, bapa saudara Rasulullah s.a.w. dalam keadaan tenat, Rasulullah s.a.w. menghampirinya sedangkan ketika itu ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abi Umayah. Rasulullah s.a.w. mengajak Abu Talib mengucapkan "Laailaah illallaah", namun Abu Jahal dan Abdullah memujuk Abu Talib agar tetap mengikuti agama Abdul Muttalib.

Demikian seterusnya berlaku sehingga Abu Talib meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman. Lalu Rasulullah bersabda "Demi Allah, aku akan meminta ampunan daripada Allah (untuknya) selagi tidak dilarang."

Maka Allah SWT turunkan Ayat 113-114 dari Surah At-Taubah ini.

No comments:

Post a Comment