Wednesday, March 31, 2010

Accept Responsibility

If you blame others for your problems and situations, you give them control over you. The only way you can take full control of your life is to accept responsibility for it. Without responsibility, you are powerless, adrift without direction.

Your life, your circumstances, your success, your shortcomings, your disappointments, your joys are created by you. Everything you are, everything you have at this point in your life is a result your actions. You are responsibile, whether you accept it or deny it.

Achievers have the viewpoint that whatever happens, whether it is good or bad, they created it. You begin to create your own world as soon as you accept responsibility for yourself and the things around you.

-Ralph Marston

Sembahyang Fardhu 2 kali

Ada satu kemuskilan: Adakah dibolehkan diulang sembahyang fardhu dalam 1 waktu jika kita merasakan sembahyang yang mula-mula kita lakukan tadi tidak sempurna. Cth: Sewaktu pergi membeli-belah, telah pun menunaikan solat di tempat tersebut, tetapi merasakan seperti tidak puas hati kerana orang terlalu ramai atau rasa terlalu kenyang kerana selepas makan. Apabila pulang, masih ada waktu dan sembahyang sekali lagi dirumah.

- Sahabat saya mengatakan tidak boleh.

Pendapat peribadi saya - boleh (tetapi tidak mampu untuk mengemukan dalil).

Wallahuallam. Terima kasih

JAWAPAN:

Mengulangi sembahyang fardhu tanpa sebab yang syar'ie dilarang oleh syarak.

Sabda Nabi s.a.w.: "Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali."
- Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641), dan lain-lain.

Dikecualikan, seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh. Bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat.

Dalam peristiwa Haji Widak, Nabi s.a.w. bersembahyang Subuh di Masjid Khaif (di Mina). Selepas selesai solat, baginda melihat ada dua orang yang tidak menyertai solat jemaah. Setelah ditanya, mereka mengatakan telah bersembahyang di kediaman mereka. Lalu baginda bersabda: "Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah, maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu."
- Direkod oleh Tirmizi (no: 219) dan katanya "Hadis Hasan Sahih", Nasaie (no: 858).

Manakala apa yang saudara lakukan, iaitu mengulangi solat fardhu kerana alasan tidak puas hati, dan diulangi pula di rumah bukan secara jemaah, ia tidak dianjurkan syarak. Malahan, di larang.

Apa-apa solat fardhu yang kita tidak puas hati dari segi kesempurnaannya, boleh ditampung dengan melakukan solat-solat sunat. Kecuali jika diyakini berlaku kecacatan dari segi rukun atau syarat yang menyebabkan batal sembahyang, maka hendaklah diulangi balik sembahyangnya.

Wallahu A'lam.


by Abu_Umair
al-ahkam.net

Penyembuhan Sihir Dengan Surah Tertentu

Rawatan gangguan makhluk halus dengan menggunakan teknik bacaan dan mendengar surah-surah tertentu.

Selain dari mendapatkan rawatan dari perawat Islam yang berijazah, para pesakit patut memperbanyakkan bacaan surah tertentu untuk memastikan diri pesakit betul-betul murni dari najis gangguan makhluk halus yang terpalit di jiwa mereka. Sekiranya tidak mampu, maka alternatif lain bagi mereka yang memiliki kekangan tertentu iaitu melalui kaedah mendengar bacaan surah-surah khas. Surahnya adalah:

1. Surah Yaasin

2. Surah Ad-Dukhaan

3. Surah As-Soffat

4. Surah Al Jin

Surah-surah ini hendaklah di dengar sekuat dan sekerap mungkin!!!

Dipetik dari:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Baik Diam

Banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh, iaitu diam dan baik perangai."
- (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik, lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, baginda menjawab : "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat."
- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan samada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumahtangga Nabi SAW, berkata: "Aku membantu rumahtangga Nabi SAW selama sepuluh tahun dan belum pernah baginda mengeluh "Ah!" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?"
- (Riwayat Ahmad)

Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
- (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
- (Riwayat Abu Naim)

Jelaslah bahawa ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam'. Usah gusar di label 'budak yang pendiam'.

Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina,
yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.


Diam orang mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa,
Ibadah ini tidak meletihkan.

Kadang-kadang ibadah ini lebih baik daripada ibadah sunat,
Yang hatinya didalam kelalaian.

Macamana orang mukmin itu diamnya menjadi ibadah?

Kadang-kadang memikirkan dosanya,
Kadang-kadang memikirkan apa kebaikan yang nak dibuat,
Kadang-kadang memikirkan nak menolong kawan,
Kadang-kadang dia terasa kebesaran Tuhan,

Atau dia meniatkan, dia diam itu,
Tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,

Kadang-kadang dia diam itu,
kalau dia bercakap,
Takut dia melakukan kesalahan,
Seperti dia mengumpat atau,

Kalau dia bercakap, takut-takut menyakiti hati orang,
Atau dia diam itu, menghormati percakapan orang,

Mungkin orang itu bercakap baik dapat pengajaran,
Atau dia hendak mengenal orang yang bercakap itu,
Baik atau jahat,
Dia biarkan saja orang itu bercakap,
Dan mendengar sahaja,
Kerana nak mengenal orang itu,

Kadang-kadang dia diam itu memikirkan dosa-dosa yang lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian,
Yang telah dibuat, supaya dia bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan,
Ataupun pengetahuan yang dilupakan datang semula ingatan,

Itulah yang dikatakan oleh pepatah Melayu,

"Diam-diam ubi berisi"

atau

"Diam-diam tong kosong"

atau

"diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran ?"

HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain, manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah SWT itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh kerana itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Banyak diam tidak semestinya bodoh,
banyak bicara tidak semestinya cerdik,
kerana kecerdikan itu buah fikiran,
orang cerdik yang pendiam lebih baik dari
orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Rasullulah s.a.w. bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".
- (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam, maka ia terlepas dari bahaya".
- (Riwayat At-Tarmizi)

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah.
Yang salah, memikirkan kesalahan orang.


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara ke arah perkara-perkara yang baik.

Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.



Credit to: klccsuria

Tuesday, March 30, 2010

Live With Confidence

Nothing succeeds like confidence. When you are truly and justifiably confident, it radiates from you like sunlight, and attracts success to you like a magnet.

Confidence is more than an attitude. It comes from knowing exactly where you're going, and exactly how you're going to get there. It comes from acting with integrity. It comes from a strong sense of purpose. It comes from a commitment to take responsibility, rather than just let life happen.

Confidence is compassionate and understanding. It is not arrogant. Arrogance is born out of fear and insecurity. Confidence comes from strength and integrity.

Confidence is not just believing you can do it. Confidence is KNOWING you can do it.

-Ralph Marston

Berjiran Dengan Non-Muslim

Soalan:

Saya baru di UK dan berjiran dengan seorang local Kristian yang sangat baik dan very concern. Kalau dia bagi makanan, contohnya ayam dan daging selain khinzir, apa yang perlu saya buat?

Jawapan:-

Kalau saudara/saudari berpegang kepada mazhab Maliki, bacalah 'BISMILLAH' dan makanlah. Jika berpegang dengan majoriti mazhab, nampaknya makanan tu macam akan jadi habuan tong sampah.

Jika tak sure pegang mana satu, carilah ilmuan yang boleh ditanya dan dipegang pendapatnya.

Jika saya yang menerimanya, besar kemungkinan saya tidak makan.


Credit to: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Menjadi Yang Terbaik

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.: “Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati.”
- Riwayat Bukhari dan Muslim

Perubahan hanya dapat dilakukan bila hati telah berubah. Misalnya, ramai orang merasakan dirinya boleh menjadi seorang yang pemurah apabila telah kaya. Tetapi setelah kaya, pelbagai alasan diberikan untuk tidak membantu orang lain. Hakikatnya, orang kaya sekalipun, kalau hatinya masih bakhil, dia tidak akan membantu orang lain. Sifat pemurah bukan ditentukan oleh banyak atau sedikitnya harta, tetapi oleh hati yang pemurah!

Monday, March 29, 2010

Get To Work

Things are never as difficult as they seem, once you get started.

No matter what you do, give it your full attention and do your best. Don't worry about making it perfect. Do make it valuable and useful. Enjoy and appreciate your work. Take pride in it.

The work you do, whatever it is, is an opportunity. An opportunity for your to express the very special person that you are. An opportunity for you to make a difference.

-Ralph Marston

Sunday, March 28, 2010

Pelbagai Kegunaan Air Yaasiin Malam Jumaat

Saya perhatikan tidak ramai yang mahu bawa bekas air semasa tahlil Yaasiin di rumah atau di masjid, walhal air yang telah dibacakan Yaasiin oleh 21 orang atau lebih jemaah, amat bernilai dari segi rawatan.

Di sini disenaraikan 3 kaedah penggunaan air Yaasiin, semoga bermanfaat:

(A) Rawatan untuk keluarkan angin dari badan

Rawatan ini sesuai untuk sesiapa yang selalu perut kembung, kencing tidak teratur, dan juga mereka yang terasa terkena sampuk atau sihir.

1.Ambil 1/2 gelas air biasa, masukkan dalam periuk dan panaskan selama 5 minit.

2.Kemudian tumbuk halia basah sebesar ibu jari, dan masukkan dalam periuk.

3.Tapiskan air halia dalam gelas.

4.Penuhkan gelas dengan air Yaasiin.

5.Tambahlah sedikit ais dan gula (untuk sedapkan rasa).

6.Bila air dah sejuk minum, insyaALLAH, sendawa kita, dan terkeluar angin dari badan.


(B) Rawatan untuk badan bagi cramp, lenguh-lenguh, sesak nafas:

Rawatan ini sesuai untuk mereka yang sudah berapa kali berurut tetapi cramp dan lenguh-lenguh masih tidak mahu hilang.

1.Ambil halia basah satu genggam.

2.Tumbuk sampai lumat (atau guna blender tetapi jangan tambah air). Basuhkan dulu bekas cili di blender atau lesung dengan air limau nipis - untuk elakkan pijar cili pada kulit kita.

3.Curahkan 1-2 sudu air Yaasiin.

4.Bancuhkan dalam bekas plastik (yang ada tudung).

5.Sapu bancuhan halia pada bahagian badan yang hendak dirawat:-

kalau cramp kaki - sapu seluruh kaki dari paha ke jari kaki, juga dari pusat ke ari-ari (elakkan kemaluan untuk elakkan pijar)

kalau lenguh-lenguh otot - sapu di seluruh tulang belakang, perut, dan bahagian lenguh tersebut

kalau kencing tidak teratur - sapu dari ari-ari

kalau sesak nafas - sapu di dada dan perut

kalau kurang seri muka - sapu di seluruh muka, termasuk kelopak mata (hati-hati jangan sampai masuk mata)

6.Halia yang lebih simpan dalam peti ais.

InsyALLAH mana-mana tempat yang ada angin akan rasa panas (seperti terbakar) selama 20 minit lebih. Ulang lagi selama 3-4 hari sehingga rasa panas dari halia tidak terasa lagi.


(C) Untuk pagar rumah:

Cara pagar guna sembur air Yaasiin untuk rumah baru, sekiranya kita tidak tahu amalan pagar rumah, atau tidak mampu/sempat panggil orang buatkan pagar rumah. Selain itu cara pagar ini amat sesuai sekiranya kita menginap di kediaman sementara seperti di hotel.

1.Ambil penyembur baju.

2.Masukkan air paip biasa sampai 3/4 penuh.

3.Masukkan air Yaasiin.

4.Sembur semua penjuru-penjuru bilik rumah kecuali bilik air -- Tidak perlu basah, sembur sikit sahaja.

5.Untuk tempat-tempat yang selalu kita duduki seperti bilik TV, bilik makan dan bilik tidur, sembur ke siling-siling.

6.Sembur bahagian luar pintu rumah dan pintu dapur.

7.Sembur pagar-pagar rumah.

InsyALLAH - kurang kita mimpi-mimpi benda masuk rumah/tempat kediaman.


Credit to Author: Perawat Darussalam

Quran Bawah Paras Lutut

Soalan:

Adakah dalil yang menerangkan hal “quran mesti diletak melebihi atas paras pusat”?
Boleh ulas sikit bab ini?
Sekian, terima kasih.

Jawapan:

Secara umum, setiap Muslim wajib menghormati mushaf al-Quran dan menghindari melakukan sesuatu yang dianggap menghina dan merendah-rendahkan mushaf.

Firman Allah Taala: "Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan. Yang ditinggikan lagi disucikan. Di tangan para malaikat."
- (Abasa: 13-15).

Namun, tiada dalil yang menghadkan bahawa meletakkan mushaf di bawah aras pusat adalah dilarang. Malahan, ada fatwa mengharuskan meletakkan mushaf di dalam poket tepi jubah yang setentang dengan peha, cuma ketika duduk, jangan sampai mushaf berada di bawah punggungnya, dan mesti berada di sebelah atas pehanya.

Wallahu A’lam

Rujuk Jawapan asal penulis di Al-Ahkam

Kelebihan Hajarul Aswad

1. Asalnya Batu Dari Syurga.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim merupakan dua biji batu daripada batu syurga. Allah SWT telah menghilangkan cahaya kepada kedua-duanya. Jika tidak, pasti akan cerah menerangi segenap pelosok timur dan barat.”
- [Lihat Sunan Al Tirmizi No. 877, Sahih Ibn Hibban, Al-Ihsan 9/24, Sahih Ibn Khuzaimah 4/219, Lihat Al-Nawawi dalam Al Majmu’ 8/36. Sahih Jami’ Al- Saghir No 1633.]

2. Kelebihan Dan Ketinggian Khusus Hajarul Aswad Yang Tiada Pada Batu-Batu Lain

Antaranya ialah kedudukannya yang berada di penjuru rumah Allah. Pernah dikucup oleh Rasulullah s.a.w. dan para nabi dan rasul sebelumnya. Tempat pertemuan bibir orang soleh dan para jemaah haji dan umrah sepanjang umur sejarah. Tempat mula dan akhir tawaf serta antara tempat yang dimakbulkan doa.

3. Hajarul Aswad Menjadi Saksi Sesiapa Yang Mengucupnya

Hajarul Aswad akan menjadi saksi sesiapa yang pernah menyalaminya (istilam) dan mengucupnya dengan iman dan kebenaran pada hari kiamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang mafhumnya: “Demi Allah. Allah SWT akan membangkitkannya pada hari kiamat kelak, baginya dua mata. Dia akan melihat dengannya dan baginya lidah yang mampu berkata-kata menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.”
- [Lihat Sunan Al-Tirmizi No 961, Sahih Al-Jami’e No 2180]

4. Mengucup Hajarul Aswad Dan Mengusap Rukun Yamani Dapat Menghapuskan Dosa Kecil.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Mengusap Rukun Yamani dan mengucup Hajarul Aswad dapat menghapuskan kesalahan (dosa)”.
- [Lihat Musnad Imam Ahmad 9/442 No 5621, Al Fakihi, Akhbar Makkah 1/126 No. 122]


Credit to: Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman
Dipetik dari Majalah Solusi

Monday, March 22, 2010

Pepatah Arab

Mendidik sewaktu kecil bagai melukis di atas batu;
Mendidik sewaktu dewasa bagai melukis di atas air


Maksudnya:

Bukan mudah untuk melatih diri melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan apabila sudah meningkat usia.

Justeru itu, sejak pada usia muda, anak-anak harus dibiasakan dengan kejujuran, amanah dan prihatin terhadap keadaan orang lain. Kebaikan bukan satu kebetulan, tetapi satu kebiasaan yang dihasilkan oleh latihan yang berterusan. Maka begitu juga dengan kejahatan, ia bukanlah kerana keterlanjuran tetapi satu kebiasaan yang telah lama berakar-umbi!

“Untuk mengenal kebaikan, seribu tahun tidak cukup. Tetapi untuk mengenal kejahatan… satu hari sudah terlalu lama!”

Credit to: Muhammad Jihad
Dipetik Dari Majalah Solusi

It Pays To Listen

Listening is one of the best ways to learn. When you're doing all the talking, you are learning nothing. Just pretending to listen, when you're actually trying to think of what you can say next, is not enough. You must really listen, with the goal of understanding the speaker.

And there is another powerful benefit to listening. It builds tremendous rapport. People love to talk about themselves, their work, their ideas, their opinions.

When you listen, and are genuinely interested in what someone else is saying, they will come away from the encounter with a very good impression of you.

Listening carefully, and asking questions that convey your sincere interest, will leave a better impression than anything you could possibly say.

-Ralph Marston

Utamakan Keluarga

"Satu dinar yang engkau belanjakan pada jalan Allah, satu dinar yang engkau belanjakan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau gunakan untuk bersedekah kepada orang miskin dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu - yang paling besar ganjarannya ialah dinar yang engkau belanjakan untuk keluargamu."

- (Hadith riwayat Muslim – no.2358)

Huraian:

Begitulah kita dapat melihat bagaimana Rasulullah SAW begitu mementingkan soal kebajikan keluarga yang diletakkan tanggungjawabnya ke atas ketua keluarga – Ayah atau Suami.

Sememangnya diketahui bahawa Baginda ialah seorang suami dan ayah yang amat bertanggungjawab terhadap para isterinya serta anak-anak. Kehidupan Baginda yang menjadi tontonan para sahabat jelas memperlihatkan bagaimana Baginda berjaya membahagikan masa dan kasih sayang antara isteri, keluarga dan umatnya. Baginda adalah insan yang menunjukkan contoh bagaimana mengimbangi antara kehidupan dunia dan akhirat.

Hadith ini memperincikan bagaimana seorang ketua keluarga perlu memberikan perhatian yang utama terhadap keluarganya sebelum orang lain, biar pun orang lain juga memerlukan perhatiannya sama ada dari sudut moral atau material. Jangan sesekali ada ketua keluarga yang terlalu mengambil berat tentang orang lain tetapi mengabaikan pula keluarga sendiri.

Hari ini terdapat sebahagian suami yang begitu pemurah terhadap orang lain (dan ini adalah salah satu sikap yang patut dipuji) tetapi sebaliknya begitu bakhil dan kikir terhadap keluarga sendiri. Ini ditambah dengan sikap mesra dan berlembut dengan orang lain tetapi bengis dan garang terhadap isteri dan anak-anak. Adakah ini yang diajar oleh Rasulullah SAW?! Sudah pasti tidak.

Islam mendidik kita agar kita mendahulukan keluarga agar mereka terbela dan terjaga dari sudut dalaman dan luaran. Setelah perkara ini dipenuhi, maka adalah tidak menjadi kesalahan kepada seorang suami atau ayah untuk menolong dan membela orang lain kerana dirinya telah pun melengkapkan kewajipan pertama terhadap keluarga.

Di dalam hadith ini juga kita diajar bahawa amalan seseorang bukanlah semata-mata diukur dengan mata kasar tetapi diukur juga dengan kesan tersirat dan makna mendalam yang hadir bersama amalan tersebut. Kalau dilihat dengan mata kasar, sudah pasti sama sahaja bersedekah kepada sesiapa sahaja. Di sini perlu kita amati setiap amalan agar kita melakukan yang terbaik pada waktu yang terbaik. Orang yang bijak ialah orang yang memilih untuk melakukan amalan yang tepat pada masa dan keadaannya.

Wallahu a’lam

Posted by : alitantawi

Pakaian Nipis Sewaktu Solat

Soalan:

Pakaian dari kain nipis adakah sah solatnya? Kalau tidak, adakah saya kena qada solat yang saya buat dalam keadaan demikian. Bagaimana saya nak qada sedangkan dah lama berlalu dan tak ingat.?

Jawapan:

Sebagaimana yang kita maklumi bersama , di antara syarat-syarat yang menentukan sesuatu sembahyang itu dipandang sah menurut syariat Islam ialah : MENUTUP AURAT.

Menutup aurat di sini ialah : Menutup Aurat Secara SEMPURNA kerana itulah tuntutan syariat.

Oleh itu jika seseorang itu sembahyang dengan memakai kain sarung yang nipis, maka sembahyangnya tidak sah.

Jika seseorang itu memakai kain telekung yang tebal, akan tetapi kain sarungnya nipis sehingga ternampak auratnya di dalam, maka solatnya itu tidak sah kerana auratnya itu masih dapat dilihat secara pandangan biasa sedangkan perintah menutup aurat diperintahkan agar terlindung aurat kita daripada pandangan orang.

Maka sembahyang yang tidak sah itu mestilah diganti semula. Kalau ianya diganti di dalam waktu itu juga ( masih di dalam waktu semabahyang itu sendiri ), maka ia dinamakan I’ADAH. Dan kalau ianya diganti di luar waktu sembahyang itu, maka ia dinamakan QADHO’.

Sunday, March 21, 2010

Supaya Anak Yang Baru Lahir Tidak Menangis Di Waktu Malam

Sila lakukan sebagaimana berikut:

Sebaik sahaja anak lahir ke dunia:
- Jika anak lelaki, hendaklah diazankan ke telinganya.
- Jika anak perempuan, hendaklah diqamatkan pada telinganya.

Setelah itu, hendaklah membaca Surah Al-Qadr sebanyak tiga kali dan ditiupkan pada kedua belah telinga anak itu supaya tidak menangis di malam hari.


Terjemahan:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah engkau apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Turun para Malaikat dan roh (Malaikat Jibril) pada malam itu dengan izin TuhanNya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.


Credit to: nuursyifa

Priorities

What do you want out of life? What are you doing to make it a reality? Are you cruising along on autopilot, doing things out of habit? Or are you making conscious decisions, staying focused on what is really important, and being true to your priorities?

Life is lived in small increments, moment by moment. Each moment may not seem like much, yet it is the basic building block of successful, purposeful living.

Anything can be achieved through focused, determined effort and commitment. If your life is not what you want it to be, you have the power to change it, and you must make the changes on a moment by moment basis.

Live each moment with your priorities in mind. Act with your own purpose, and you will have the life you want.

-Ralph Marston

Penggunaan Mata Menurut Kaca Mata Islam

Mata adalah satu pancaindera yang terpenting. Menerusi mata kita dapat melihat dan menatap segala kejadian alam. Bagaimanapun, mata juga adalah pintu pertama dimasuki syaitan.

Sebesar-besar tujuan dijadikan mata ialah untuk merenung kejadian alam semesta ini (tanda-tanda kebesaran Allah). Alam terbentang ini yang ditatap oleh mata setiap hari adalah untuk memberi fikiran kepada manusia.

Rasulullah bersabda: "Melihat kecantikan perempuan itu adalah panah beracun daripada panah-panah iblis. Siapa yang dapat mengawasi matanya, maka Allah akan memberikannya merasa satu kenikmatan ibadat yang membahagiakannya."

Manakala Imam Ghazali berkata: "Nasihatkanlah kepada orang mukmin supaya mengawasi pandangan mata mereka." - Satu perintah yang ditujukan untuk kebaikan orang mukmin kerana apabila melihat sesuatu yang diharamkan, ia boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah dan membangkitkan hawa nafsu.

Menurut Imam Bukhari dengan mengawasi mata daripada memandang perkara haram, ia dapat menyuburkan hati untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Orang yang beriman sentiasa menjaga dan mengawal matanya daripada melihat benda-benda haram.

Satu kebaikan orang yang berjaya mengawasi matanya ialah dapat menikmati kerehatan jiwa kerana terselamat daripada rayuan dan kepesonaan yang mengganggu hatinya.

Usaha untuk menyemarakkan pucuk iman bukanlah kerja yang mudah, tetapi orang mukmin boleh mencubanya secara berperingkat. Sebenarnya, di sebalik menanam benih iman, manusia mukmin sentiasa berhadapan dengan pelbagai ujian dan godaan. Sesungguhnya ujian itu satu percubaan daripada Allah ke atas hamba-Nya.

Allah berfirman: "Allah mengetahui pandangan mata yang tidak jujur dan apa yang disembunyikan di dalam dadanya."
- (Surah Mukmin: 19).

Sekiranya orang mukmin dapat menahan mata daripada memandang sesuatu yang diharamkan, ia semacam membangkitkan satu kenikmatan rohaniah yang cukup tinggi (tidak dapat digambarkan dengan kata-kata). Itulah hikmah yang ditiupkan oleh Allah kepada hamba-Nya yang beriman.

Dipetik dari Pewaris Malaya

Saturday, March 20, 2010

Step Up And Take Responsibility

The people who get what they want in life are those who are willing to take responsibility.

Think about it -- who would you rather deal with? Someone who makes excuses, and blames other people for everything that goes wrong, or someone who takes responsibility and gets the problem solved, no matter whose "fault" it is?

When you are willing to take responsibility, you immediately stand out from the crowd. You become an effective results-oriented person. You're a leader and an achiever. It's only logical that when you're willing to accept more responsibility, you'll get more responsibility.

Take responsibility for your own work. For your own career. For your own surroundings. For your own health.

Avoid blaming others for your problems, because that gives them control over your life. The moment you take responsibility, you become the master of your own destiny.

-Ralph Marston

Imam Terlupa Rakaat

Soalan:

Semasa solat Zuhur, imam terlupa dan terus memberi salam selepas rakaat ketiga dan dia tidak dengar tasbih kami. Apakah yang patut dilakukan oleh makmum?

Jawapan:

Jika imam perasan akan teguran makmum, maka dia akan terus bangun menambahkan satu rakaat lagi dan sebelum salam, dia sujud sahwi.

Sebaliknya jika imam tidak perasan teguran makmum atau dia sendiri yakin dia sudah cukup rakaat lantas memberi salam, maka makmum yang meyakini bahawa rakaat belum cukup, hendaklah bangun dan tambah satu rakaat sebagai penyempurnaan solat tersebut. Selepas itu lakukan sujud sahwi sebelum salam.

Solat imam itu sah jika dia yakin dengan rakaatnya kecuali jika dia perasan selepas salam, dia juga perlu bangun menambah satu rakaat lagi.

Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Berakhlak Baik Dan Meninggalkan Perkara Yang Tidak Bersangkutan Dengannya

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik manusia daripada kalangan kamu ialah mereka yang paling baik kepada isterinya."

- Riwayat Abu Daud

Huraian:

1. Seorang mukmin yang sebenar akan melakukan kebaikan terhadap manusia tanpa mengharapkan balasan melainkan keredhaan daripada Allah S.W.T.

2. Perbuatan baik yang ikhlas adalah yang paling tinggi nilainya di sisi Allah.

3. Akhlak yang mulia menandakan kebaikan. Begitulah sebaliknya. Oleh itu umur yang berkat ialah orang yang hidupnya dipenuhi dengan jasa bakti dan kebaikan yang menjadikan masyarakat di sekelilingnya sayang terhadapnya dan merasa kehilangan apabila ketiadaannya. Bak kata pepatah "harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama".

4. Begitu juga dalam kehidupan berumahtangga, suami isteri akan kekal bahagia jika di antara satu sama lain saling hormat-menghormati serta kasih mengasihi di antara satu sama lain. Mereka akan disayangi oleh anak-anak dan kaum keluarga.

Thursday, March 18, 2010

The Secret To Wealth

You can be as wealthy as the richest person alive. Right now! .. if you choose.

Wealth is more than money and property. Wealth is what you don't need. The less you need, the wealthier you are.

The opposite of wealthy is what? Needy!

So there are two ways to be wealthy. One is to accumulate more and more, to meet your ever increasing needs. This can be tricky, because usually as the means increase, so do the needs, even faster. The other way is to simply let go of your needs. And you can do that anytime you choose.

Ask yourself, what do you really NEED? Do you NEED 150 channels on your TV? Do you NEED a new car every two years? Do you NEED another drink or cigarette?

We're not really talking about money and material things here. We're talking about attitude. Money is a fine tool, one of the best. And material things can add beauty and richness to life.

Work for them, treasure them, enjoy them, use them to enrich your life, without needing them.

Let go of your need to possess and you are free to enjoy the limitless abundance of life.

-Ralph Marston

Apa Itu Karamah?

Menurut ulamak: Karamah ialah perkara luar biasa yang dizahirkan Allah untuk orang-orang soleh yang menjadi pengikut RasulNya, yang beriltizam dengan hukum-hakam Syari’at Allah tanpa sebarang kekeliruan dan percanggahan dengannya.

Contoh Karamah yang ada di dalam al-Quran ialah:-

1. Karamah Allah kepada Ashabil-Kahfi.

2. Karamah Allah kepada Maryam (Ibu Nabi Isa a.s.).

3. Karamah Allah untuk Ashif (seorang soleh pengikut Nabi Sulaiman a.s. yang dapat memindahkan singgahsana Balkis dalam sekelip mata, iaitu lebih pantas dari kemampuan Ifrit. (Lihat Surah an-Naml - Ayat 38-40).

Wali-wali Allah diberi karamah, tetapi karamah mesti difahamai apa makna sebenarnya dan kepada siapa ia dikurniakan Allah. Ramai wali-wali palsu mendakwa mereka ada karamah, walhal sebenarnya bukan karamah tetapi sihir, istidraj, atau ihanah. Jika semata-mata benda pelik atau luar biasa, bukan karamah sahaja yang luar biasa, tetapi sihir, istidraj dan ihanah juga luar biasa.

Wali ada dua - wali Allah dan wali Syaitan. Asas untuk mengenali wali Allah bukan terletak pada kebolehan luar biasa yang mampu ia tunjukkan kepada orang lain, tetapi pada keteguhan imannya kepada Allah, pegangannya dengan Syari’at dan pada perjuangannya (yakni perjuangannya untuk Allah dan agama Allah, bukan untuk menonjolkan kehebatan diri).

Imam Ibnu Taimiyyah berkata; “Jika seseorang itu melakukan zikrullah siang dan malam, di samping menjalani hidup secara zuhud dan sentiasa bersungguh-sungguh beribadah padahal (dalam keadaan begitu) orang itu tidak mahu mengikuti ajaran al-Quran yang diturunkan oleh Allah, maka orang tersebut ialah wali Syaitan, sekalipun ia boleh terbang di udara dan berjalan di atas air. Kerana sesungguhnya Syaitanlah yang membawanya terbang di udara” (al-Furqan, Ibnu Taimiyyah, hlm. 12).

Pengalaman saya membaca biodata-biaodata para ulamak termasuk tokoh-tokoh sufi, tidak pernah saya berjumpa ada ulamak atau ahli sufi yang mencanang di depan orang ramai, "Aku adalah wali Allah". Begitu juga, tidak ada yang menunjuk-nunjukkan kehebatan mereka di depan orang lain. Yang menyebut dia adalah wali Allah ialah ulamak-ulamak sezaman dengannya atau orang ramai yang mengenalinya; dari keperibadiannya, perwatakannya, perjuangannya, jasanya kepada Islam dan sebagainya. Jika berlaku karamah, bukan dengan kehendak dirinya, tetapi kehendak Allah yang ingin memuliakannya di hadapan orang ramai kerana kesolehannya dan perjuangannya.

Alangkah bezanya Auliya’ Allah (wali-wali Allah) dari Auliya’ Syaitan yang suka mengangkat diri dan menunjuk-nunjuk kehebatan diri sendiri, tetapi perjuangan untuk Allah tidak setara mana dan masa depan diri juga belum tahu (samada akan ke syurga atau ke neraka).

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang tawadhuk (merendah diri) kerana Allah, Allah akan mengangkat darjatnya”.
- (HR Abu Nu’aim dari Abu Hurairah r.a.).

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Tafsir Ibnu Kathir
2. Al-‘Aqidah al-Islamiyyah, Syeikh Abdurrahman Habannakah.
3. al-Furqan Baina Auliyaillah Wa Auliyaish-Syaitan, Imam Ibnu Taimiyyah.
4. Intisari Iman dan Aqidah Islam, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki:

[1] Istidraj ialah suatu perkara luar biasa yang diberikan kepada orang fasik untuk menipunya. Ihanah pula ialah perkara luar biasa yang bertujuan untuk menghina seperti yang berlaku kepada Musailamah al-Kazzab (yang mengaku Nabi) di mana ia mendakwa dapat menyembuhkan penyakit buta, lalu dibawa kepadanya seorang yang buta sebelah matanya. Musailamah meludah ke mata orang itu (yakni ke sebelah yang buta), namun apa yang jadi ialah; bukan mata yang buta menjadi celik tetapi yang celik turut menjadi buta.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Berwuduk Di Tandas

Soalan:

Di tempat kerja saya, tidak disediakan tempat mengambil wuduk. Setahu saya, mengambil wuduk dalam tandas hukumnya makruh. Bagaimana solat dengan wuduk yang demikian?

Jawapan:

Solat dengan wuduk yang demikian sah kerana tiada kaitan antara hukum wuduk tersebut dengan solat.

Ertinya kalau wuduk makruh, tidak semestinya solat juga makruh. Solat boleh jadi makruh dengan sebab-sebab yang lain. Jadi solat tidak makruh, walaupun wuduk makruh.

Ustaz Fadzli Al-Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Wednesday, March 17, 2010

Status Kesucian Ikan Yang Diberi Makanan Tidak Halal

Fatwa :

(1)Ikan ternakan yang dipelihara dalam kolam, tasik, lombong dan seumpamanya serta diberi makanan daripada najis seperti babi dan bangkai sebagai sumber makanan utama adalah haram dimakan; dan

(2)Penternak dilarang memberi ikan ternakan dengan makanan utama daripada najis sebagai langkah di samping menjaga sensitiviti umat Islam.



Tarikh Pewartaan :
25 Oktober 2007

Rujukan: FATWA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 333.

Mendengar, Memahami Dan Menghayati

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah),
dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah),
dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai.

- Surah Al-A’raf 7 : Ayat 179

Experience

Experience must be lived. Life is a string of experiences over which we have a large measure of control. Though we often have little effect on events outside ourselves, we do control the way we experience them.

Life is experienced on your own terms, whether you like it or not. You are responsible for your own reality.

If you're satisfied with your reality, then make more of it.

And if you're not happy with it, then change it.

Since you control your own experiences -- you might as well experience the life you want!

-Ralph Marston

Doa Pendekat Jodoh

Hasil tulisan Ustazah Nura Munir-Kedah















Terjemahan:

"YA ALLAH, JADIKANLAH AKU ORANG YANG DISAYANGI, DI KALANGAN ORANG-ORANG MUKMIN, GEMBIRAKANLAH DAKU DENGAN KEMEWAHAN, DENGAN 120 KEBAJIKAN. ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PEMELIHARA DAN SEBAIK-BAIK PEMBERI RAHMAT"






















Doa asal yang diberi oleh Allahyarham Ustaz Dasuki.

Alhamdulillah, mereka yang yakin dengan pertolongan Allah, akan memperoleh jodoh akhirnya. Bagi anda yang sukar mendapat jodoh, maka kembalikan harapan itu hanya kepada Allah s.w.t

SEMOGA ANDA AKAN MENEMUI JODOH ANDA YANG SOLEH DAN SOLEHAH, INSYA ALLAH.

Yang telah menemui jodoh biasanya memakan masa yang berbeza, ada yang tiga bulan, ada yang setahun. Semasa berdoa itu mohonlah betul-betul, bersungguh-sungguh bahawa anda mempunyai keyakinan yang tinggi, bahawa Allah akan membantu anda akhirnya.



Credit to: http://www.matsomherbs.blogspot.com/2008/12/doa-pendekat-jodoh.html

Tuesday, March 16, 2010

Looking In The Mirror

If you want to make the world a better place,
take a look at yourself
and make a change.

-- Michael Jackson

Do you ever find yourself getting frustrated or angry with the actions of others? Whatever you see when you evaluate other people, is a projection of what is inside of you. In order to recognize something in others, you must first have it within yourself.

Think about it. Is there something that makes you particularly angry? Why? Look inside yourself for the source of this anger. Even if you could change the behavior of others, it would not resolve your feelings. You are the only one who can change the way you feel. Trying to run away by blaming others, will only prolong the problem and make it worse.

The really good news is, that this "mirror" has a positive side to it. The inspiring, uplifting things you see in other people, are in you as well. When you see in others such things as compassion, genius, beauty, caring and affection, you're seeing a projection of yourself. You see these things because they are a part of you.

The source of your thoughts and feelings about other people, about things, about situations, is you. When you see darkness, it is your darkness. When you see beauty, it is your own beauty. Grasp this concept, and you can change your world.

-Ralph Marston

Mengubati Pesakit Istihadah

Pesakit yang telah mengalami istihadah sejak permulaan haidnya. Kini setelah umurnya meningkat 20an dia masih mengalami istihadah. Haidnya selalu melebihi 15 hari.

Menurut sebuah hadis Nabi; secara mafhumnya istihadah berpunca dari aktiviti syaitan di dalam rahim wanita yang menyebabkan rahimnya luka dan berdarah. Maka darah yang keluar dari rahimnya tersebut adalah darah penyakit.

Cara rawatan istihadah adalah:

1) Baca Ruqyah Syariyyah kepada 3 / 7 botol air mineral. Tambahan untuk Ruqyah Istihadah ini adalah Ayat 38 Surah Yaasin dan Surah Al Masad. Niat ketika membaca surah ini: "Supaya penyakit istihadah dihentikan Allah."

Berikut adalah senarai ayat-ayat Ruqyah Syari' ah yang digunakan oleh perawat Darul Hikmah untuk merawat pesakit:

1 Al-Fatihah
2 Al-Baqarah 1-5
3 Al-Baqarah 102
4 Al-Baqarah 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi)
6 Al-Baqarah 285-286
7 Ali-Imran 18-19
8 Al-'Araf 54-56
9 Al-'Araf 117-122
10 Yunus 81-82
11 Toha 69
12 Al-Mukminun 115-118
13 As-Soffaat 1-10
14 Al-Ahqaaf 29-32
15 Ar-Rahman 33-36
16 Al-Hasyr 21-24
17 Al-Jin 1-9
18 Al-Ikhlas
19 Al-Falaq
20 An-Naas

2) Cari 3 biji putik kelapa dan belah dua. Rebus bersama air Ruqyah. 1 putik kelapa direbus bersama 1 periuk air Ruqyah.

3) Minum segelas setiap pagi satu jam sebelum makan pagi. Ulang sehingga istihadah berhenti / semua air habis...

Insya Allah, jika Allah izin akan disembuhkanNya!!!


Rujukan:
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Beli Al-Quran

Soalan:

Bagaimana caranya saya nak membawa naskah Al-Quran yang dibeli di kedai sedangkan saya tengah berhadas.

Jawapan:

Sebaiknya hendaklah pergi mengambil wuduk sebelum ke kedai membeli Quran. Jika tiada dapat, maka hendaklah diletakkan Quran tersebut didalam bag yang ada didalamnya barangan lain dengan tiada diqasadkan membawa Quran.

Dalam masa meletakkan ke dalam bag dan membawa masuk ke rumah, tidak harus di pegang Quran tersebut disebabkan tengah berhadas.

UstazAzhar.com

Kaedah Mencari Bahagia Menurut Al-Quran Dan Sunah

1. Beriman Dan Beramal Soleh

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
- Surah An-Nahl: Ayat 97

2. Banyak Mengingat Allah

Firman Allah : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
- Surah Ar-Ra’d : Ayat 28

3. Bersandar Kepada Allah

“Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
- Surah Al-Thalaq: Ayat 3

4. Sentiasa Mencari Peluang Berbuat Baik

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau berbuat kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.”
- Surah An-Nisa’ : Ayat 114

5. Tidak Panjang Angan-Angan Tentang Masa Depan Dan Tidak Meratapi Masa Silam.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai), janganlah engkau berkata : ‘Seandainya aku melakukan ini, nescaya akan begini dan begitu’, akan tetapi katakanlah: ‘Allah telah menetapkan dan apa yang DIA inginkan, DIA akan lakukan’, kerana sesungguhnya kalimat ‘Seandainya’ itu membuka amalan syaitan.”
- Riwayat Muslim

6. Melihat ‘Kelebihan’ , Bukan Kekurangan Diri.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana, dengan (melihat ke bawah), lebih mudah untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkanNYA kepada kamu.”
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

7. Jangan Mengharap Ucapan ‘Terima Kasih’ Dari Manusia

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan balasan dari manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.

“(Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): "Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih.”
- Surah Al-Insaan : Ayat 9

Credit to: Pahrol Mohamad Juoi
Dipetik Dari Majalah Solusi

Sunday, March 14, 2010

Hak Menjaga Ibubapa Di Antara Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Soalan:

Adakah keutamaan hak dan kewajipan menjaga orang tua hukumnya sama antara anak lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga?

Apakah hukum seorang anak lelaki yang tidak mahu mengambil (menanggung) orangtuanya yang telah uzur dan berhajat untuk tinggal bersamanya tetapi sanggup menghantar orangtuanya ke rumah kebajikan hanya kerana si isteri tidak mengizinkan. Sehinggakan pada hari kematian orangtuanya pun si isteri tidak datang melawat. Sebagai suami, apakah tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya. Harap disertakan dalil dan hadiths.

Jawapan:

-Hak dan keutamaan serta kewajipan menjaga kedua ibubapa yang telah tua adalah sama diantara anak lelaki dan anak perempuan.

- Hukumannya adalah berdosa samada anak lelaki atau perempuan yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kedua ibubapanya lebih-lebih lagi dihantar ke rumah kebajikan.

- Tindakan yang wajib diambil terhadap isterinya ialah menasihati dan mendidik isteri dengan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam, akhlak yang mulia dan budipekerti yang tinggi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:-
"Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibubapa, jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu. Maka janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."
- (Surah Al- Isra'-ayat 23)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-
"Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redha kedua ibubapa"
- (Riwayat Muslim)

Wallahu A'lam.


Koleksi kemusykilan agama yang telah dijawab oleh Mufti Melaka.
http://alhuda.mmu.edu.my/jawapan/baca.php?id=772

Trying And Doing

Trying is not enough. Doing is the only thing that counts. In fact, trying can be worse than doing nothing at all. When you are "trying" to do something, you're under the illusion that you're actually doing something, and so you don't make any effort to do any more.

Trying is action without commitment. You might try today, yet there's no guarantee that it will continue tomorrow. On the other hand, doing something means that you're committed to taking action until you have accomplished it.

So what's the real difference between "trying hard" to do something, and actually doing it? Nothing, and everything. It's all in your attitude. To all outward appearances, trying is the same as doing. The big difference is inside. The big difference is -- how committed are you to getting it done?

Trying wastes a lot of time. When you're not committed to getting it done, you lack focus and effectiveness. Accomplishment comes through doing. When you make the commitment to do whatever it takes, you bring into focus the energy needed to succeed.

Trying will get you trials. Doing will get you results. Stop trying. Start doing.

-Ralph Marston

Dengki

Hadith :

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"

- Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi

Huraian:

1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna, malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.

3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya; orang bakhil tidak akan berbudi; tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu; tidak ada kemanusiaan bagi pendusta; tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat; dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak."

4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.

Berjemaah Di Masjid Atau Di Rumah?

Solat berjemaah adalah lebih afdal daripada solat bersendirian.

“Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (27 kali ganda).”
- Riwayat Bukhari dan Muslim

Begitu banyak fadilat solat berjemaah di masjid jika dibandingkan berjemaah bersama keluarga di rumah. Setiap langkah ke masjid dikurniakan pahala, dihapuskan dosa dan dinaikkan darjat di akhirat.

Masjid dinaungi oleh para malaikat. Beriktikaf didalamnya mendapat ganjaran. Kelebihan tersebut tidak mungkin dapat diperolehi di rumah.

Author: Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Friday, March 12, 2010

Parfum / Kosmetik Beralkohol

Parfum/kosmetik beralkohol merupakan masalah baru yang tidak ada pada masa Rasulullah s.a.w. Maka dalam mengambil hukum, para ulama menggunakan ijtihad.

Berdasar penjelasan dari :
1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh
Hukum menggunakan parfum kosmetik adalah boleh, tidak haram dan tidak najis.

Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia mengenai hukum alkohol.

Alkohol terdiri daripada berbagai-bagai bahan bahan kimia iaitu Ethanol atau ethyl alkohol, Bothanal dan lain-lain lagi. Dalam minuman keras ethanol, ialah bahan yang menyebabkan mabuk dan ia merupakan bahan yang terbanyak sekali dicampurkan.

1) Setiap minuman arak mengandungi alkohol bukan alkohol itu dari arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak, maka hukumnya tidak najis dan tidak haram diminum.

2) Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak samada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disulingkan, adalah haram diminum.

3) Minuman yang dibuat bukan untuk dijadikan arak atau bukan yang memabukkan dan tidak sama caranya dengan proses arak, adalah halal diminum.

4) Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan halal dimakan.

5) Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan.

Menurut kitab "AlFiqh Al-Muzahibil ar'baah" dalam bab "An najasat juzu 1", alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi untuk menahan minyak wangi agar tahan lama atau untuk menaikkan roti adalah dibolehkan.

Bersandarkan kepada kenyataan ini boleh dikiaskan kepada penggunaan alkohol dalam minuman ringan.

Jawatan kuasa fatwa telah memberitahu bahawa alkohol ialah nama yang digunakan di dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang mempunyai senyawa (OH). Dua jenis alkohol yang paling baik ialah :

1. Methyl alkohol (Methanol) atau alkohol (kayu)
2. Ethily alkohol (Ethanol) atau alkohol biji-bijian.

Methyl alkohol (methanol) tidak digunakan untuk minuman kerana ia merupakan racun yang kuat, manakala ethly alkohol digunakan sebagai campuran di dalam minuman keras.

Penyediaan alkohol boleh dibuat melalui dua cara, iaitu:
a. Penyediaan dalam makmal
b. Penyediaan dalam industri.

Alkohol amat berguna sebagai bahan aktif dalam minuman, makanan dan ubat-ubatan dan sebagai bahan pelarut seperti untuk kosmetik dan minyak wangi.

Pada umunnya alkohol adalah bahaya dan beracun. Ia ada daya pembunuh dan memabukkan serta merosakkan anggota tubuh badan. Arak adalah memabukkan dan ia adalah haram seperti sabda Nabi S.A.W "Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram." - (HR Muslim)

Lembaga Fatwa Al-Azhar berpendapat bahawa alkohol itu tidak najis manakala arak tetap najis.

Setelah membincangkan perkara ini dengan panjang lebar, maka jawatankuasa mengambil keputusan bahawa minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan arak adalah haram. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan boleh di makan.

Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandugan alkohol adalah boleh dan dimaafkan.

Hasil muzakarah Majlis Muzakarah al-Azhar Panji Masyarakat
(Islam dan masalah-masalah kemasyarakatan, terbitan pustaka panjimas, Jakarta, tahun 1983, hal. 427):

MEMAKAI ALKOHOL DAN MINYAK WANGI

Mengenai alkohol di dalam minyak wangi, hukumnya tidak haram. Memakai minyak wangi, malah disunatkan. Namun sekadar tambahan ilmu, diterangkan disini yakni:

Alkohol, adalah sebangsa gas cair (fluida).

Gas mempunyai sifat:

- Kemampuan berpindah tempat dengan kecepatan yang besar dan mempunyai tenaga kinetik tinggi. Energi kinetik akan menaik, bila temperature menaik (dinaikkan).

- Campuran molekul-molekul gas, adalah merata. Molekul gas bergerak bebas ke segala arah dalam garis lurus dan tidak hilang energinya, akibat tubrukan antara sesama molekul tadi itu.

- Menempati volume yang lebih besar, dibandingkan dengan zat padat atau cair dalam berat yang sama.

Oleh kerana sifat-sifat yang diterangkan di atas, maka setitis minyak wangi, yang telah beremulasi dengan gas (dalam hal ini - alkohol yang dicairkan tadi), maka bau wangi itu ikut dibawa sebar dengan cepat dan ruang sebar (volume sebar)-nya pun sama dengan ruang alkohol tadi yang mempunyai energi kinetik: Ek=1/2 mv2.

Pendapat almarhum Syeikh Sya'rawi rh di dalam Anta tas'al Wa Islam tujib.:


Soal: Apakah memakai perfume yang mengandungi alkohol haram hukumnya?

Jawab: Memakai perfume yang mengandungi alkohol halal hukumnya. Alkohol menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk.

Jika ia dipakai untuk tujuan baik, contohnya untuk bahan bakar, hukumnya tidak haram. Alkohol tidak najis. Ada beberapa negara Islam melarang import Eau'De Cologne yang mengandungi alkohol. Misalnya disalahgunakan untuk diminum dan bermabuk-mabuk.

Wanita boleh memakai perfume hanya di dalam rumah sahaja. Jika keluar rumah, dilarang memakainya. Sebab, dapat mengundang perhatian lelaki dan memberi rangsangan.

Kesimpulan:

Berdasarkan penjelasan di atas, dapat kita fahami bahawa alkohol yang terdapat di dalam perfume adalah suci dan boleh dipakai untuk mengerjakan sembahyang tanpa ragu-ragu lagi.

Rujukan:
1. Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia
2. Lembaga fatwa Al-Azhar
3. Majlis Muzakarah Panji Masyarakat
4. Fatwa Syeikh Sya'rawi rh

GUILT -- Timing is Everything

Guilt is useful only when we feel it and act on it BEFORE we do (or don't do) the thing we feel guilty about.

If we wait until afterwards to feel guilty, it becomes very non-productive and damaging.

-Ralph Marston

Penawar Syifa Untuk Jantung Berlubang

Surah-surah yang perlu diamalkan:

Surah Al-Israa 17 : Ayat 40 – 55

Surah Yunus 10 : Ayat 35 – 47

Surah Ibrahim 14 : Ayat 32 – 43

Surah Hud 11 : Ayat 65 - 77

Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Wednesday, March 10, 2010

Mengenai Surat Berantai

Persoalan berkenaan surat berantai.

Soalan 1
Ustaz, saya ada menerima surat berantai yang pada amnya mengajak kita bertakwa kepada Allah. Tetapi di akhir surat itu ada diceritakan berkenaan kisah orang yang mendapat bala kerana tidak menyebarkan sebanyak 20 salinan kepada orang lain. Apa pandangan ustaz?

Soalan 2
Baru-baru ini saya ada menerima e-mail yang mengandungi surat berantai. Di dalamnya menceritakan tentang wasiat seorang alim dari Madinah. Di akhir surat tersebut di suruh sesiapa yang membacanya supaya disampaikan kepada orang lain sebanyak 20salinan dalam masa 2 minggu. Sekiranya dilakukan, akan dikurniakan oleh Allah sesuatu hajat atau niat. Dan apabila tidak dilakukan akan terjadi sesuatu perkara yang buruk. Apakah hukumnya mempercayai surat ini? Mungkin pihak AnNur dapat memberikan jawapan yang tepat kepada masalah ini supaya saya dapat edarkan kepada rakan-rakan saya yang masih mengedarkan risalah ini.

Jawapan :

Ada beberapa perkara yang boleh dikupas:

Pertama - dari segi isi.
Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat inikah atau Al Quran?

Kedua - dari segi arahannya.
Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya; sekiranya tidak, maka kita akan ditimpa bencana - maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT. Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah.

Ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam. Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya.

Jika tidak dihiraukan, maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita, memesongkan aqidah kita.

Kesimpulannya, janganlah percayakan surat berantai dan selagi ada umat yang percayakannya, maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila. Dari penerangan di atas, jelaslah mempercayai surat berantai adalah haram.

Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978
SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979.

Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barangsiapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun, "surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad (secara tidak sengaja) terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar (jika sengaja) maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya.

Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim.


Rujukan: AnNur

Raise Your Standards

The best way to keep from falling back, is to constantly move ahead. Look for ways to grow, in every area of your life. Continue to raise your expectations, and your standards.

Raise your standards in the work you do. Look for ways to provide additional value. Explore new techniques for working more efficiently and effectively. Question everything you do, and consider ways to do it better.

Raise the standards of the people you're with. If you're hanging out with whiners and complainers, they'll drag you down. Get around people who can inspire and challenge you.

Raise your health standards. No one should be sick and tired all the time. No matter what your age, you can feel great and have abundant energy if you'll commit to taking care of your body.

Raise the standards in the way you spend your time. Live life on purpose. Things like envy, regret, and revenge waste your precious time and accomplish nothing. Use your time to make positive contributions to your own life and the lives of others.

-Ralph Marston

Bersumpah

Hadith :

Dari Abdullah r.a. Nabi SAW bersabda: ”Sesiapa yang bersumpah, hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.”

- (al-Bukhari)

Huraian:

1. Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti -

a. Mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah);

b. Mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah);

c. Berjanji dengan ucapan Insya Allah (jika Allah menghendaki) dan;

d. Bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti WALLAHI, WABILLAHI atau WATALLAHI yang bermaksud (demi Allah).

2. Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah.

3. Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda baginda yang maksudnya: “Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah.”
-(Bukhari dan Muslim).

Ayatul Mahabbah - Doa Supaya Dikasihi

Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.


Terjemahan:

Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."
- Surah Ali Imran 3 : Ayat 31


Rujukan:
Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit'
Tuan Guru Dato Dr Haron Din

Tuesday, March 9, 2010

Life Is Not Fair

"That's not fair" is a favorite expression of young children. "She got a bigger cookie. It's not fair. In our attempt to teach our children the concepts of equity and justice, we give them the impression that life is, or should be, fair.

Nothing could be further from the truth. Life is not fair. And furthermore, we wouldn't really want it to be. If it was, then we'd all be exactly the same. Just think how boring that would be. Everyone would have the same kind of car, the same kind of house, the same education, the same income, the same personality, the same physique, the same everything. Who would want that?

Life is not fair because life is what we make of it, and we all choose to live it differently. What is a priority for some, means nothing to others. Some people are born with all the advantages, and others come into life with almost nothing going for them.

Is that fair? "No".
Does it make life worth living? "Absolutely!"

You have some advantages that others don't have. And others have advantages that you don't have. That's just the way it is.

We each have our own burdens and our own joys, from both of which we can learn and grow. When we accept the fact that life is not fair, then we begin to make it great.

-Ralph Marston

Deny Syndrome

Sikap menuding jari kepada orang lain atas kesalahan sendiri hanya akan menambahkan masalah. Selagi kita tidak mengakui kesalahan sendiri, maka selagi itulah kita gagal membuat perubahan. Mengakui kelemahan diri adalah pra syarat kepada apa jua perubahan. Jangan ada ‘deny syndrome’.


Dipetik dari Majalah Solusi

Tawaf Sambil Bawa Kasut

Soalan:

Semasa mengerjakan Haji, saya tawaf dengan membawa kasut di dalam beg plastik kerana takut hilang kasut. Apakah sah tawaf dan haji saya?

Jawapan:

Saudara/saudari sudah pun selesai mengerjakan haji. Justeru tidak perlu dilayani was-was yang berpunca daripada syaitan yang mahu merosakkan ibadah hamba Allah.

Lagipun, perbuatan membawa kasut atau selipar ketika tawaf tidak merosakkan tawaf. Kecuali jika diyakini ada najis padanya.

Adapun, jika syak samada terdapat najis atau tidak, dan berlaku syak selepas selesai ibadah, maka tidak perlu dilayani syak tersebut, kerana ia menjurus kepada penyakit was-was.

Wallahu A’lam


Credit to: Al-Ahkam.Net

Surah Apa Yang Terbaik Di Baca?

Jawapan yang paling tepat adalah: Seluruh Al-Quran.

Namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan Nabi s.a.w. ini:-

"Bacalah Al-Quran kerana di hari kiamat kelak, ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya. Bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang dihari kiamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya. Bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir."
- (Riwayat Muslim)

Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya dengan seperti teduhan sayap burung atau awan.

Dalam hadis sahih yang lain, disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.

Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Memudahkan Bersalin, Buang Air Kecil & Besar, Kesukaran Menelan Dan Tercekik

AL-FATIHAH











Terjemahan:

(1) Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
(4) Yang menguasai hari pembalasan.
(5) Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus,
(7) (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


SELAWAT SYIFA








Terjemahan:

Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.

LAUANZALNA
















Terjemahan:

(21) Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.
(22) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(23) Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
-(Surah Al-Hasyr ayat 21 ~ 24)



Sumber: Darussyifa : Tuan Guru Dato Dr. Harun Din

Saturday, March 6, 2010

Mencegah Kebocoran Pundi Kencing

Susunan: DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Lakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari dan kekalkan berat badan.

Mengawal pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, samada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Senaman

Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh memperbaiki masalah itu. Untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar. Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti 'tertarik', maka otot-otot yang betul digunakan untuk senaman pelvis. Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.

Kekalkan berat badan normal

Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot pelvis menjadi lemah. Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik, namun ia merupakan titik rujukan yang bagus untuk mengetahui samada anda perlu mengurangkan berat badan.

Jangan angkat berat

Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya. Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis. Jika mengangkat objek berat sendiri,pastikan anda melakukannya secara selamat dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki. Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.

Jaga makan dan minum

Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi kencing, sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang mengakibatkan kebocoran. Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus epal, anggur dan cranberi.

Bersiap-sedia

Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda tidak keseorangan jika menderita masalah ini. Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh. Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana anda tahu sukar untuk pergi ke tandas. Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.


http://bjue.blogspot.com/

Syafaat Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

- Riwayat Abu Daud

Huraian:

1. Orang yang suka bertengkar walaupun di dalam perkara yang baik adalah dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya kerana ia adalah antara perbuatan yang keji yang boleh merosakkan hubungan baik di dalam masyarakat.

2. Orang yang suka bergaduh, berdusta dan tidak berakhlak mulia tidak akan mendapat jaminan dan syafaat daripada Rasulullah s.a.w di akhirat kelak.

3. Islam melarang umatnya berdusta kerana berbuatan tersebut akan membawa kepada fitnah yang menimbulkan permusuhan, seterusnya boleh mencetuskan huru-hara di dalam masyarakat.

4. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki akhlak dari semasa ke semasa iaitu dengan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang agama di mana dengan itu barulah seseorang itu dikatakan layak mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang tersebut di dalam hadis.

Berbuka Puasa Kerana Peperiksaan

Soalan:

Adakah dibolehkan bagi seorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan penting untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan yang kemudian digantikan selepas Ramadan?

Jawapan:

Hukumnya Tidak Boleh meninggalkan puasa.

Hal ini kerana peperiksaan, kalau yang penting sekalipun, tidak boleh dijadikan rukhsah (kelonggaran) untuk seseorang tidak berpuasa. Kelonggaran dalam bab ini hanya pada dua perkara iaitu:-

1. Musafir

2. Sakit.

Kedudukan puasa Ramadan adalah fardhu dan kalau sengaja ditinggalkan adalah dosa besar.


Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Are You In The Habit Of Success?

Many of the things we do each day, we do by habit. Habits can be very useful. If we had to constantly think about everything we did, we wouldn't accomplish much. Habits can be a hindrance, too. They can weigh us down and hold us back.

The key to success is to develop habits that take you where you want to go. When you think about it, doing the right thing is not usually any more difficult than doing the wrong thing. It's just that we get ourselves in the wrong habits, and those habits hold us back.

Success in life takes effort, but it's not difficult or complicated. It is just a matter of knowing what you want, determining how to get it, and making a habit of doing those things that you need to do.

Habits are very powerful, because they are actions repeated over and over again. The good ones are well worth the effort it takes to establish them.

Get in the habit of success. Choose your habits carefully, and they'll serve you well.

-Ralph Marston

Penawar Syifa Untuk Kanser Rahim & Kanser Paru-Paru

Surah-surah yang perlu diamalkan:

Surah Al Maidah 5 : Ayat 82 – 91

Surah Al-A’raaf 7 ; Ayat 70 – 81

Surah Al An’aam 6 : Ayat 127 – 137

Surah Yunus 10 : Ayat 55 – 70

Surah Hud 11 : Ayat 60 – 80

Surah An-Nahli 16 : Ayat 90 – 110




Surah Al-Anbiyaa 21 : Ayat 38 – 50

Surah Asy-Syuaraa 26 : Ayat 185 – 227

Surah Az-Zukruf 42 : Ayat 52 – 70

Surah Az-Zummar 39 : Ayat 42 – 52

Surah Ghafir 40 : Ayat 67 – 77

Surah Al-Fatah 48 : Ayat 18 - 29


Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Thursday, March 4, 2010

Do The Right Thing

The quality of your life is ultimately determined by the integrity of your actions.

It may seem that doing what is right would sometimes call for a sacrifice on your part and would sometimes demand that you act against your own interest.

Indeed, there are sacrifices to be made. However, you never sacrifice your own interest, when you do what is right. It is always the better choice for you, to do the right thing.

It is always in your best interest to live a life of integrity. There are no shortcuts in life. You receive value, by being a valuable person. The abundance you enjoy is the abundance you create.

-Ralph Marston

Perukun Rumah Tangga

Kaedah merukun rumahtangga samada pada keluarga sendiri (afdal diamalkan selalu) atau kepada pesakit yang mengalami masalah rumahtangga.

Secara ringkasnya, dibacakan pada air dan diberi minum pada yang bermasalah. Jika untuk amalan keluarga sendiri, ada eloknya dibaca secara seiring sejalan.

InsyaALLAH, segalanya dari ALLAH jua.

Ayat-ayatnya adalah dari :

Surah Ali Imran : Ayat 190-194













Terjemahan:

190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

192. Wahai Tuhan kami! sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

193. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: 'Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

194. Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".


Surah Ali Imran : Ayat 199




Terjemahan:

199. Dan sesungguhnya di antara ahli kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNYA.


At-Taubah : Ayat 24






Terjemahan:

24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNYA dan (daripada) berjihad untuk ugamaNYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNYA (azab seksaNYA); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

Surah Al-Ahqaf : Ayat 13



Terjemahan:

13. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Surah Al-Ahqaf : Ayat 15 (bermula dari ayat yang digariskan)








Terjemahan:

15. Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)"



(*maaf, lupa url laman web petua diatas)

Wednesday, March 3, 2010

Memberi Hutang Kepada Orang Yang Tidak Layak

Soalan:

Apakah dikira berdosa kita beri hutang kepada orang yang tidak layak?

Jawapan:

Memberi hutang kepada orang yang tidak layak, boleh menjerumuskan mereka kepada tiga dosa:

1. Bercakap, lalu berbohong.

2. Berjanji, lalu mungkiri janji.

3. Ada duit, tapi tangguh bayar - lalu tergolong dalam kumpulan “Mumatil” dan dihukum zalim oleh Nabi s.a.w.

Dari sudut Islam, jika ada yang ingin meminjam wang daripada anda, adalah elok anda memastikan tahap amanah dan potensi mereka untuk membayar hutang kelak, kecuali jika anda sudah berniat dari awal untuk disedekahkan kepada peminjam pada waktu kesusahannya.

Menghalalkan hutang merupakan satu tindakan yang amat terpuji. Tetapi jika kita tidak berniat untuk menghalalkannya atau memberikan tempoh lebih panjang pada waktu peminjam sukar untuk membayar, eloklah kita jangan memberikan hutang itu kerana ia boleh menjerumuskan si peminjam ke dalam pelbagai dosa seperti yang di sebutkan di dalam hadis:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesungguhnya seseorang itu apabila ia berhutang, ketika ia berbicara, ia kerap berdusta, apabila berjanji ia kerap mengingkarinya.”
-Riwayat al-Bukhari.

“Penangguhan pembayaran hutang oleh orang yang berkemampuan, adalah satu kezaliman.”
- Al-Bukhari 3/55

Bagi orang sebegini, para ulama menyatakan harus hukumnya untuk ditangkap dan dijatuhkan hukuman takzir.

Imam al-Haithami pula mengatakan: “Orang berkemampuan tapi menangguhkan melunas hutang dengan sengaja, dikira sebagai salah satu dari dosa besar.”
- Az-Zawajir ‘An Iqtiraf al-Kabair, 1/250


Author: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Dipetik dari Majalah Solusi

Beliefs

Your beliefs have the the power to create or to destroy your life. Whatever you believe, is what you will become.

If you believe that you're a loser, that you never get a break, that you can't accomplish anything, these things will be your reality.

Instead, believe that you are unlimited, that you can do anything you commit to doing, and when you do, your accomplishments will know no bounds.

You control your beliefs, and that is how you ultimately control of your life. This is a very important point.

Many of our beliefs come from our environment, the world we live in on a daily basis. If your environment is limiting your beliefs, then work on changing it. If you're constantly around people who are negative and limiting, find other people to hang out with. Get around positive, successful people. If your living space is constantly messy and depressing, clean it up. Put on a fresh coat of paint. Vacuum the carpet. Clean off your desk. Wash the windows and let the sun shine in.

Beliefs also come from past experiences. That is why it is so important to experience success on a regular basis. Set small, achievable goals, and then reach them. "I will finish this project by early afternoon.", "I will exercise for 20 minutes tonight." When you start to experience success, then you start to believe in success, and that leads to more and bigger successes.

Beliefs come from knowledge. The more you learn, the more things you'll know to be possible. Always take advantage of opportunities to learn something new. It will bring new possibilities into your beliefs and your life.

-Ralph Marston

Panduan Bersandar Bulat Kepada Rahmat Allah SWT

Pesan Syeikh Ibn Ato’illah di dalam kitabnya al-Hikam :
"Setengah dari tanda bahawa seseorang itu bersandar diri pada kekuatan amal usahanya, iaitu berkurangnya pengharapan terhadap rahmat kurnia Allah ketika terjadi padanya suatu kesalahan atau dosa."

Huraian :

Kalimat Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan kecuali Allah) bererti tiada tempat bersandar, berlindung dan berharap kecuali Allah. Tiada yang dapat menghidupkan dan mematikan sesuatu serta tiada yang dapat memberi dan menolak sesuatu melainkan Allah.

Pada zahirnya, syariat menyuruh kita berusaha dan beramal, sedangkan hakikatnya, kita dilarang menyandarkan diri kepada amal usaha itu, supaya tetap bersandar kepada kurnia dan rahmat Allah.

Kalimat La Haula Walaa Quwwata Illa Billah bermaksud tiada daya untuk mengelakkan diri dari bahaya kesalahan dan tiada kekuatan untuk berbuat amal kebaikan kecuali dengan bantuan pertolongan Allah dan kurnia dan rahmatNya semata-mata.

Firman Allah yang bermaksud : "Katakanlah (Ya Muhammad), hanya kerana merasakan kurnia dan rahmat Allah-lah, kamu boleh bergembira, dan itulah yang lebih baik bagi mereka daripada apa yang dapat mereka kumpulkan sendiri.
- (Ayat 58 : Surah Yunus)

Apabila kita bersandar pada amal usaha semata-mata, bererti kita lupa pada kurnia rahmat Allah yang memberi taufiq dan hidayat kepada kita dan akhirnya menyebabkan kita merasa ’ujub, sombong dan sempurna diri sebagaimana yang terjadi kepada Iblis (yang mengasaskan teori logik ; merasakan dirinya lebih baik dari Adam kerana dia dicipta dari api, sedangkan Nabi Adam a.s. dari tanah) ketika diperintah bersujud kepada Nabi Adam a.s.

Perkara ini juga berlaku kepada Qarun, apabila dengan sombong menempelak Nabi Musa a.s. yang menyerunya agar menyembah Allah dan jangan terpedaya dengan kemewahan yang dimilikinya – "Sesungguhnya aku mendapat kekayaan ini kerana ilmuku semata-mata."
- (Ayat 78 ; Surah Al-Qasas).

Justeru, apabila kita dilarang menyengutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyengutukan Allah dengan kekuatan diri sendiri, seolah-olah merasa sudah cukup kuat dan dapat berdiri sendiri tanpa pertolongan Allah, tanpa rahmat, taufiq dan hidayahNya.

Contohilah Nabi Sulaiman a.s. ketika ia menerima nikmat kurnia Allah ; iaitu ketika mendapat istana Puteri Balqis –
"Ini semata-mata dari kurnia Tuhanku, untuk menguji padaku, apakah aku bersyukur atau kufur. Maka barangsiapa yang bersyukur, maka syukur untuk dirinya. Dan siapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Pemurah (tidak berhajat sedikitpun dari makhluknya, bahkan makhluk yang berhajat kepadaNya)
- (Ayat 40 : Surah An-Naml)

Oleh itu, fikirkanlah - Adakah kita seumpama Iblis dan Qarun yang memiliki sifat yang keji, lalu meninggi diri kepada Ilahi? Ataupun kita memiliki dan meneladani sifat Nabi Allah Sulaiman yang tetap merendah diri, walaupun dikurniakan oleh Allah nikmat yang tidak terperi, lalu termaktub di dalam sejarah umat manusia.

Credit to : ISKANDAR ZULKARNAIN

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tiada Gunanya

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: "Setiap yang masuk ke dalam syurga diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam neraka jika seandainya dia melakukan kesalahan, supaya dengan itu bertambah syukurnya kepada Tuhan. Setiap orang yang masuk ke dalam neraka, diperlihatkan kepadanya tempat diamnya di dalam syurga jika seandainya dia melakukan perbuatan baik, supaya dengan itu timbul penyesalannya.”

- (Bukhari)

Huraian:

Syurga dan neraka bukanlah asing bagi pendengaran manusia yang sampai kepadanya seruan dakwah Islam. Namun begitu tidak banyak yang mengambil iktibar di atas setiap peringatan yang diberikan iaitu tentang azab yang bakal dikenakan kepada orang yang melanggar perintah Tuhan dan balasan nikmat yang bakal dinikmati oleh orang yang beriman dan beramal soleh.

Lantaran itu di akhirat kelak tiada manusia yang tidak akan menyesal di atas segala kejahatan yang telah dilakukan bila mana mereka melihat akan keindahan syurga yang diperlihatkan kepada mereka berserta dengan segala nikmat di dalamnya, manakala orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga pula akan merasa sungguh bersyukur kerana terselamat daripada bencana yang amat mengerikan sepertimana yang mereka lihat pada neraka dan penghuni neraka yang mengalaminya.

Oleh itu kita selaku orang yang masih hidup yang masih mempunyai harapan (peluang) untuk memperbaiki nasib kita di akhirat kelak hendaklah segera bertaubat dan mengerjakan amalan yang diredhai Allah SWT agar nanti kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi.

Tuesday, March 2, 2010

Balance

Life could not exist without a constantly maintained balance. Successful living demands balance on many levels.

Work like it matters, and live like it doesn't.

Do your best, and accept your worst.

Enjoy the beauty that is, and never let it make you complacent.

Visualize your dreams so that they are real enough to touch, and recognize the reality of the effort needed to achieve them.

Let your mind wander openly, and keep your efforts focused.

Carefully consider your options, and take decisive action.

Work hard, and relax completely.

Take risks, and protect yourself from threats.

Be compassionate, and be challenging.

Love, and be wary.

Be enthusiastic, and be discreet.

Give praise, and offer useful criticism.

Be outrageous, and always disciplined.

Live free, and practice moderation.

-Ralph Marston