Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh
anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik
jiwa.
Surah Yusuf – untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan
cantik akhlak.
Surah Al-Hujurat – untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak
bersifat berhati-hati.
Surah Yasiin – untuk ketenangan hati dan anak tidak
terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Tawbah – untuk membersihkan jiwa dan terpelihara
daripada maksiat.
Surah An-Nahl – untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
Dalam buku
‘Amalan-Amalan Semasa Mengandung
dan Panduan menyambut Cahaya Mata’ oleh Ustaz Hj Taib Azamudden Md Taib dan
Ustazah Ngah Puteh Abdul Syukur, menyebut bahawa Imam Syafi’i semasa dalam
kandungan ibunya, ibunya sering membaca Surah Al-Fatihah dan Surah Yasin dan
menyeru anak kandungannya supaya memahami apa yang dibacanya. Hasilnya Imam Syafi’i boleh menghafal
al-Quran 30 juzuk sejak berumur tujuh tahun.
Doa Agar Mendapat Anak yang Soleh/Solehah
(Surah Ali Imran 3 : Ayat 38)
38. Wahai Tuhanku!
kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; Sesungguhnya
Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan.
Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung
Author: Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood
Dipetik dari Majalah Solusi