Sunday, February 21, 2010

Surah Al-Ikhlas

Dari 'Aisyah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya "Qul huwallahu ahad" (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah s.a.w. Maka sabda beliau: "Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu." Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Jawabnya: "Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya." Sabda Rasulullah s.a.w.: "Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0780.

No comments:

Post a Comment