Friday, February 12, 2010

Sayap Kebebasan

“Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.”
- (Surah An-Nahl : Ayat 79)

Petanda Maha Pencipta pada burung:

Burung yang terbang adalah keajaiban yang sangat kompleks sehingga menakjubkan para saintis. Antara keunikan burung yang dikurniakan Allah SWT:

1. Tulang burung sangat ringan tetapi kukuh kerana bahagian dalam tulangnya kosong.

2. Sayap burung dijadikan dalam bentuk aerodinamik yang membantunya untuk terbang dengan baik.

3. Paru-paru burung sangat unik kerana ia menyedut dan menghembus udara melalui saluran berbeza.

4. Bulunya dibentuk daripada protein yang dinamakan kerantin. Bahan yang keras dan tahan lasak ini terbentuk daripada sel-sel lama yang meninggalkan sumber zat dan udara untuk mati dan menghasilkan sel-sel baru.

5. Burung membersihkan bulunya menggunakan minyak yang keluar daripada kelenjar minyak di ekornya. Ini menjadikan bulu burung kemas, berkilat, licin dan kalis air.

6. Semua burung yang terbang mempunyai tulang dada (sternum) yang sangat kuat untuk menyokong otot-otot sayap.

Dipetik dari Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment