Tuesday, June 14, 2011

Hisab Diri Sebelum Dihisab

Ibn al-Jauzi menghikayatkan dalam kitab Mawai’z, bahawa suatu hari seorang ulama tabiin yang bernama Taubah bin al-Mualim sedang memuhasabah dirinya. Ia menghitung lama hidupnya di dunia, ternyata usianya telah mencapai 59 tahun. Ia lalu menghitung dalam bilangan hari, ternyata ia telah melalui 21,500 hari. Ia lalu berteriak sambil berkata, “Duhai celakanya diriku! Aku akan menemui Allah dengan membawa 21,500 dosa (jika satu hari berdosa satu kali). Bagaimana jika ternyata aku berdosa setiap hari sebanyak 20,000 dosa?!!”. Ia lalu pengsan dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Lalu ada suara yang berkata, “Duhai, itu adalah satu lompatan ke syurga Firdaus”.


Hasan al-Basri berkata, “Seorang Mukmin adalah orang yang selalu meluruskan diri dan selalu menghisab dirinya kerana Allah SWT. Hisab pada esok hari akan menjadi ringan bagi orang yang selalu muhasabah diri di dunia. Dan hisab itu akan menjadi berat bagi orang yang melalui proses ini tanpa persiapan.”

Author: Umar M Noor
Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment