Friday, March 27, 2009

DIAM - Ibadah Percuma, Pahala Berganda

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah s.w.t.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutupi segala aib

Hadis-hadis Rasullullah mengenai kelebihan 'diam' yang bermaksud:

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya" - (Riwayat Abu Naim)

"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". - (Riwayat Bukhari & Muslim)

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". - (Riwayat At-Tarmizi)

BANYAK DIAM
TIDAK SEMESTINYA BODOH,
BANYAK CAKAP
TIDAK SEMESTINYA CERDIK,
KERANA
KECERDIKKAN ITU BUAH FIKIRAN,
ORANG CERDIK YANG PENDIAM
LEBIH BAIK DARI
ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP.

MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH,
TIDAK SALAH.
YANG SALAH,
MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG LAIN.
KALAU ORANG MENGHINA KITA,
BUKAN KITA YANG TERHINA.
YANG SEBENARNYA,
ORANG ITU MENGHINA,
DIRINYA SENDIRI.

Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasullullah s.a.w. bersabda: "Sampaikan pesanku biarpun satu ayat... "Diam bukan bermakna sombong!! Jadi kita dinasihatkan hendaknya kita banyak berdiam (berzikir di dalam hati) dan Senyum selalu kerana senyum itu adalah satu sedekah ..Insya'Allah

Thursday, March 26, 2009

Responsible

You cannot avoid responsibility. You can either suffer the painful consequences of ignoring it, or you can enjoy the outstanding benefits of acknowledging and accepting responsibility.

You are responsible for your life and for the world around you. When you feel the full extent of that responsibility, and connect it to your authentic purpose, you can do truly amazing things.

Why would you want to accept responsibility for circumstances that are not of your making? Because responsibility gives you the power to change things.

If something affects you, then you have the opportunity to be positively and creatively responsible for it. Even if you didn't create the situation, you can still make the very best of it

Responsibility is not some burden that is heaped upon you. On the contrary, it is a powerful and effective tool for moving your whole world in the direction you choose.

Invest your awareness, attention, effort and commitment in the responsibility that is yours. And enjoy the dividends that come from truly making a difference in the world.

-- Ralph Marston

SUJUD SAHWI

Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah terlupa sesuatu di dalam solat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.

Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:

Subhaanamallaa yanaamu walaa yas huu

Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan - Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan - Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

3. Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu - Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

a. Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.

b. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi

1.Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak sengaja, dan ia teringat ketika belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya, maka ia wajib segera kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia teringat dan sedang pula berada pada rukun yang tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu dianggap terganti dan ia perlulah meneruskan solat seolah-olahnya di rakaat yang sebelum itu. Pada kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau sebelumnya.

2.Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka perlu pula melakukan salam sekali lagi.

3.Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak perlu sujud sahwi. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam. Jika ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.

4.Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu timbul dalam masa yang tidak begitu lama.

5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.

Tuesday, March 24, 2009

SABAR DAN SAKIT

Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata, " Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan bencana, Dia berkata kepada malaikat pencatat amal buruk , "Hapuskan catatan daripadanya." Dan berkata kepada pencatat amal baik, " Tulislah untuk hamba-Ku yang lebih daripada apa yang dia perbuat."

Tersebut pula dalam sebuah hadis daripada Nabi S.A.W, baginda bersabda, " Ketika sorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, " Lihatlah kalian apa kata hamba-Ku". Jika dia berkata "Alhamdulillah", maka diberitahukan kepada Allah. DIA lebih tahu, lalu berkata , " Aku berjanji untuk hamba-Ku, jika aku mematikannya, Ku masukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukannya.."

(Rujukan dari buku " PENENANG JIWA" Imam Al-Ghazali , Terjemahan dari Kitab Mukashafah Al-Qulub)

Saturday, March 21, 2009

FIDYAH PUASA

Soalan:-

Bagaimanakah caranya untuk kita membayar fidyah selama 3 hari gagal menggantikan puasa di bulan Ramadhan tahun lepas?

Jawapan:-

Anda boleh membayar fidyah kerana gagal mengqadha'/menggantikan puasa selama 3 hari pada tahun lepas dengan kadar bagi satu hari sebanyak satu cupak beras(675 Gram).

Thursday, March 19, 2009

TIPS SUPAYA WANITA NAMPAK CERIA, MUDA DAN PERAWAN

SURAH 56 AL-WAQIAH, AYAT 35-38 ; JUZUK 27;

Khas Untuk Wanita - dari Dr. Fatmah Az-Zahrah

Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.

Caranya :

1. Lepas Isya' ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali, dan surah Al Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

2. Tiup dalam air dan minum.

3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.