Beberapa petua yang merupakan anak kunci kepada pintu-pintu rezeki. Cubalah, siapa tahu ia benar-benar boleh membuka pintu-pintu rezeki seluas-luasnya.
• Dalam Surah Al-Araf ayat 96, Allah SWT menjelaskan keutamaan takwa dalam konteks dimurahkan rezeki, yang bermaksud, “Dan (Tuhan berfirman lagi), sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan”
• Banyakkanlah berdoa, sebab doa boleh mengubah takdir.
• Berbanyak-banyak mengeluarkan sedekah. Allah SWT telah berjanji melalui firman-Nya bahawa akan menggantikan apa saja yang didermakan di jalan-Nya.
• Jika masih ada ibubapa berbuat baiklah kepada mereka. Jika ibu ayah telah tiada, berbuat baik dengan mana-mana orang tua terutama yang ada pertalian darah.
• Beristighfar banyak-banyak. Sabda Rasulullah maksudnya, “Barangsiapa memperbanyak istighfar, maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-NasaI, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas ra)
• Solat dhuha.
• Baca Surah Al-Waqiah. Al-Dailami meriwayatkan sebuah hadis dari Anas bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Ajarkanlah kepada isteri-isteri kamu Surah Al-Waqiah kerana ia adalah surah kekayaan.”
• Beri makan haiwan.
• Jangan menyeksa binatang.
• Jaga silaturahim. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang ingin diperluaskan rezekinya, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menjalinkan silaturahim.” (Hadis Riwayat Bukhari)
• Bayar zakat.
• Menyempatkan diri beribadah. Ini berpaksikan firman Allah SWT dalam satu hadis qudsi yang bermaksud, “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku, maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah ra)
• Tinggalkan perbuatan dosa. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat At-Tirmidzi)
• Buat baik dan tolong orang yang lemah. Dasarnya hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang lemah di kalangan kamu.”(Riwayat Bukhari)
• Tunaikan hajat orang. Allah SWT akan melapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Rasulullah s.a.w., “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka ALLAH SWT akan menunaikan hajatnya” (Riwayat Muslim)
Wednesday, July 1, 2009
At Peace In This Moment
Resentment costs you much and gives you nothing. Forgiveness costs you nothing and sets you free.
Fighting against something gives it added strength and influence. Whatever you accept, you're able to control.
When there's no one telling you what to do is when you truly learn.
By being flexible you can remain firm. By knowing your limitations you're able to transcend them.
Though some of life is bad, all of life is good. Be at peace in this moment, and you will always be.
-Ralph Marston

Labels:
The Daily Motivator
Air Terhalang Sewaktu Wuduk
Soalan:-
Saya ingin bertanya apakah hukum memakai minyak rambut jenis “wax”. Adakah sah jika mengambil wudhu’ ketika memakainya? Saya juga agak keliru dengan hukum “terhalang air dari terkena kulit dan rambut” ketika mengambil wudhu’ misalnya jika tangan seseorang terkena dakwat pen atau gris. Saya berharap agar hal ini dapat dijelaskan dengan lebih terperinci.
Jawapan:
1) Memakai minyak rambut, tidak menjejaskan wudhu’ kerana yang dituntut dalam berwudhu’ ialah menyapu kepala, bukannya membasuh kepala. Firman Allah: “…dan sapulah pada kepala kamu”. (Al-Maidah: 6).
Dimaklumi dalam bahasa Arab, bahawa ada beza antara basuh dan sapu. Untuk sapuan, tidak disyaratkan meratakan air pada keseluruhan anggota. Tetapi memadai dengan menyapu anggota dengan tangan yang dibasahi air.
2) Permasalahan anggota wudhuk terkena bahan-bahan seperti dakwat pen, minyak dan lain-lain, sekiranya bahan-bahan itu jenis tidak telus air seperti cat, lilin, minyak gris, maka tidak sah wudhuk tersebut. Mesti dihilangkan terlebih dahulu. Kerana selagi terdapat bahan-bahan tersebut pada anggota wudhuk, bererti basuhan anggota itu tidak sempurna.
Nabi SAW pernah memerintahkan sahabat yang tidak meratakan basuhan kaki sekadar satu dirham supaya mengulangi wudhuknya dan solatnya. Direkod oleh Abu Daud (no: 175). Sanadnya dinilai jayyid (baik) oleh Imam Ahmad. (Tanqih al-Tahqiq 1/30).
Tetapi sekiranya ia daripada jenis bahan yang telus air, maka tidak menjejaskan wudhuk. Contohnya dakwat pen, inai, celak dll.
Wallahu A’lam

soal jawab agama,
solat
Kelayakan Untuk Meminta
Dari Qabishah bin Mukhariq al-Hilali r.a katanya,: "Aku pernah menanggung hutang (untuk mendamaikan dua kabilah yang saling bersengketa). Lalu aku datang kepada Rasulullah s.a.w meminta bantuan kepada baginda untuk membayarnya". Jawab baginda,: "Tunggulah hingga orang datang menghantarkan zakat, nanti ku suruh serahkan kepadamu.” Kemudian baginda melanjutkan sabdanya, “Hai Qabishah! Sesungguhnya meminta-minta itu tidak boleh (tidak halal) kecuali untuk tiga golongan:
1) Orang yang menanggung hutang (gharim, untuk mendamaikan dua orang yang bersengketa atau seumpamanya). Maka orang itu boleh meminta-minta, sehingga hutangnya langsai. Apabila hutangnya telah selesai, maka tidak boleh lagi dia meminta-minta.
2) Orang yang ditimpa bencana, sehingga harta bendanya musnah. Orang itu boleh meminta-minta sehingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak bagi dirinya.
3) Orang yang ditimpa kemiskinan, (disaksikan atau diketahui oleh tiga orang yang dipercayai bahawa dia memang miskin). Orang itu boleh meminta-minta hingga dia memperolehi sumber kehidupan yang layak. Selain tiga golongan tersebut , haram baginya meminta-minta dan haram pula baginya memakan hasil perbuatan meminta-minta itu.”
- (Muslim)

hadis
Kenapa Emas Ditinggikan Darjatnya Oleh ALLAH SWT
Emas merupakan satu logam yang tidak akan teroksida ataupun dalam istilah lain, ia akan membentuk sebatian. Dalam istilah bahasa, ia tidak akan berkarat.
Tahukah anda kenapa Allah SWT mengangkat darjat emas sehingga ia amat bernilai dan berharga dari kaca mata kita sehingga menjadi rebutan sekalian manusia? Kisahnya begini :-
Allah SWT mengizinkan Nabi Adam dan Siti Hawa memakan apa jua buah-buahan yang ada di taman syurga kecuali buah kuldi.
Iblis memasuki syurga dengan bantuan ular yang menelannya dan kemudian memasuki syurga; burung merak pula mengawal dan memerhatikan para malaikat penjaga syurga pada bahagian dalam syurga semasa ular melepaskan iblis; manakala kuda membawa iblis ke tempat di mana Adam dan Hawa berada. Iblis bertanggungjawab membuat hati Hawa berdetik untuk merasa buah kuldi. Seterusnya dia mempengaruhi Nabi Adam sehingga berubah fikiran untuk mencubanya.
Diriwayatkan, sebaik Nabi Adam makan buah kuldi, ia tersekat di leher menjadi Halkum, manakala bagi Siti Hawa, is tersekat di dada menjadi buah dada. Seterusnya mereka terus terasa ingin membuang air kecil dan besar. Berlari-larilah mereka mencari tempat untuk tujuan tersebut sedangkan di syurga bersih dan suci. Lalu Allah SWT mencampakkannya mereka ke dunia bersama-sama haiwan yang membantu iblis memasuki syurga.
Apabila Nabi Adam dan Siti Hawa dikeluarkan daripada syurga, semua malaikat dan makhluk lain di syurga berasa musykil dengan tindakan Allah SWT yang Maha Mengetahui. Hanya emas sahaja yang tidak tergolong dalam kumpulan ini, lalu Allah SWT bertanyakan kepada emas adakah tindakanNYA betul, supaya didengar oleh yang lain-lain.
“Yang bersalah tetap bersalah, yang bersalah mesti di hukum” kata emas.
Dengan jawapan daripada emas tersebut, Allah SWT menaikkan darjat emas sehingga ia tidak boleh berkarat meskipun terbenam sekian lama di dalam tanah, digemari untuk dijadikan hiasan wanita serta menjadi rebutan anak cucu Adam.
Nota: Maaf, saya terlupa haiwan yang bertanggungjawab sebagai pemerhati malaikat ketika di luar syurga semasa ular menelan iblis.
Wallahualam
Posted by: Lutsinar

pengetahuan am
Jangan Tinggalkan Zikir
"Jangan meninggalkan zikir, kerana engkau belum selalu ingat kepada Allah di waktu berzikir, sebab kelalaianmu terhadap Allah ketika tidak berzikir lebih berbahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir"
Zikir adalah satu-satunya jalan yang terdekat menuju kepada Allah, bahkan yang sangat mudah & ringan.
Firman Allah : Berzikirlah kamu kepadaKu nescaya Aku berzikir kepadamu. (al-Baqarah 152)
Dalam hadith qudsy, Allah berfirman : "Aku selalu mengikuti sangkaan hambaKu terhadap diriKu dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepadaKu".
"Jika berzikir di dalam hati peribadinya (sendirian), Aku pun berzikir padanya dalam diriKu dan jika berzikir pada Ku di depan umum, Aku pun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya, dan bila ia mendekat pada Ku sejengkal, Aku mendekat padanya sehasta, dan bila ia mendekat pada Ku sehasta, Aku mendekat padanya sedepa, dan bila ia datang pada Ku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari)".
Firman Allah : "Hai sekalian orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya zikir. Dan bertasbihlah (mengagumkan) Allah pada pagi dan petang".
Abdullah bin Abbbas r.a berkata : Tiada suatu kewajipan yang diwajibkan oleh Allah pada hambaNya melainkan batas-batasnya, kemudian bagi orang-orang yang uzur dimaafkan bila tidak dapat melakukannya, kecuali zikir maka tidak ada batas, dan tidak ada uzur yang dapat diterima untuk tidak berzikir, kecuali jika berubah akal (gila).
Author : al-hikam

amalan zikir,
hadis
Subscribe to:
Posts (Atom)