Sekadar renungan :
•Yakini kamu dengan hatimu, kerjakan ibadah pada waktunya, basahkan lidah dengan zikrullah dan menasihati sesama manusia dengan kebaikan. Itulah titik mula sebagai insan.
•Sebahagian dari tanda jujur itu ialah syukur, taat, redha dan ikhlas. Tanpa tanda-tanda tersebut, jelaslah ia kufur dan kufur itu lebih hina dari kafir.
•Istiqlas ialah sesuatu kebajikan yang sering dibuat tanpa mengharap balasan makhluk sebaliknya mengharap keredhaan Allah sebagai tanda syukur.
•Kefahaman Al-Quran datang dari jiwa yang tulus dan hati yang ikhlas. Syukur itu merupakan jambatan ilmu, redha itu adalah anugerah bagi ketenangan.
•Al-Quran merupakan manual dan panduan kehidupan, menghafal dengan betul akan mendapat rahmat dan jalan yang benar dan lurus.
Credit to: citiey
Tuesday, September 7, 2010
Cara Membayar Hutang Lama
Soalan:
Saya pernah berhutang dengan seseorang tetapi tidak dapat membayarnya kerana beliau telah berpindah dan tidak dapat dikesan tempat tinggalnya yang baru. Solannya, bolehkah nilai hutang itu disedekahkan dengan diniatkan kepada si pemberi hutang? Adakah telah selesai hutang itu dengan cara ini?
Jawapan:
Pertama, hendaklah saudara berusaha mencarinya dengan segala saluran yang ada. Jika masih tidak menemuinya setelah dicari, sekiranya saudara mengetahui ia ada menanggung hutang dari orang lain, maka gunakanlah wang yang ada pada saudara itu untuk melunasi hutangnya. Jika ia tidak menanggung hutang dari orang lain, saudara hendaklah mencari waris-warisnya dan mengembalikan wang itu kepada waris-warisnya. Jika tidak ditemui atau tidak diketahui waris-warisnya, barulah saudara memberi sedekah dengan wang itu bagi pihaknya.
Di akhirat nanti, jika pemilik wang yang saudara berhutang darinya itu memilih untuk mengambil pahala sedekah dari wangnya (yang saudara sedekahkan itu), maka pahala itu adalah miliknya. Jika ia masih menuntut saudara melunasi hutangnya iaitu ia meminta dari pahala kebajikan/kebaikan saudara, akan diberikan kepadanya mengikut kadar hutangnya. Namun saudara tidak akan rugi kerana pahala sedekah yang saudara lakukan dari wangnya tadi akan menjadi milik saudara.
Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ibnu Mas’ud r.a. telah membeli seorang hamba dari seorang lelaki. Tatkala ia hendak membayarnya, tiba-tiba lelaki itu menghilangkan diri. Dicarinya dimerata tempat, namun tidak berjumpa. Lalu ia pun mensedekahkan wang bayaran itu dan berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah! Sedekah ini adalah bagi pihaknya jika ia redha. Jika ia tidak redha, maka pahalanya adalah untukku”.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Zadul-Ma’ad, Imam Ibnul-Qayyim al-Jauziyah, jil. 5, hlm. 779.
2. Al-Fatawa; Min Ahsanil-Ahkam Fi al-Fatawa Wa al-Ahkam, Syeikh ‘Attiyyah Saqar, jil. 2, hlm. 65.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Labels:
soal jawab agama
Thursday, September 2, 2010
Hukum Amalan Membawa Bunga Ketika Menziarahi Kubur
Keputusan :
Amalan membawa bunga ketika menziarahi kubur adalah tidak digalakkan dari perspektif agama.
Keputusan Muzakarah JK Fatwa
13 Oktober 2004 • Muzakarah Kali Ke-65

e-fatwa.intranetportal.my
Why?
Whatever you're doing, remember WHY you're doing it. It will keep you focused and motivated. Keeping the "why" in mind, will put everything into perspective.
Sometimes we get so obsessed with the details of life, that we forget the reasons. We settle into habits and patterns, and continue with them just because they're comfortable. Regularly remembering "why", will often open up new options and possibilities.
If an obstacle is blocking your path, ask yourself why you want to get around it. That takes the focus off of the obstacle, and lets you concentrate on your goal. Consider that there may be an entirely different way of getting there.
What are you doing today and Why? Knowing the "why", when it is meaningful enough to you, will keep you going no matter what.
-Ralph Marston

The Daily Motivator
Nilai Seorang Manusia
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”
- Riwayat Muslim
Huraian:
i) Setiap manusia nilainya yang paling utama terletak pada amal perbuatan yang dilakukannya, bukanlah pada rupa parasnya. Jika baik tingkah-lakunya, maka baiklah dia pada pandangan kita, begitulah sebaliknya.
Ii) Namun pada pandangan Allah S.W.T, selain daripada tingkahlaku dan amalan, nilai yang terpenting adalah pada niat orang yang melakukan sesuatu amal perbuatan itu sendiri.
Iii) Maksud niat di sini adalah tujuan sesuatu perkara dilakukan iaitu sejauh mana keikhlasannya kerana sesuatu kebaikan yang ada ‘udang di sebalik batu’ tidak boleh dikategorikan sebagai ikhlas di mana maksud ikhlas tersebut ialah membuat sesuatu kebaikan semata-mata kerana kebaikan itu sendiri dan tidak mengharapkan balasan selain daripada balasan Allah S.W.T.
Iv) Lawan ikhlas adalah riya’ iaitu membuat sesuatu kebaikan dengan tujuan (niat) untuk menunjuk-nunjuk (mengampu atau membodek). Sifat ini akan menolak pahala daripada Allah S.W.T.
V) Seorang yang ikhlas dalam kerjanya bererti dia tidak akan melaksanakan kerja yang diamanahkan itu sekadar melepaskan batuk di tangga atau bukan semata-mata kerana upah yang diterimanya setiap bulan bahkan dia menganggap kerjanya itu sebagai satu ibadah di mana wajib ke atasnya melaksanakan tanggungjawabnya itu dengan sempurna dan memuaskan.
vi) Bekerja dengan niat yang ikhlas akan meningkatkan produktiviti dan dapat menghasilkan kerja-kerja yang bermutu di mana keikhlasan akan dapat menjamin kehidupan yang mulia di dunia dan akhirat.

hadis
Ayat Berkubu

Maksud :
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhamad Rasulullah.
Supaya Allah SWT akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya.
( Amalkan selepas solat Subuh atau ketika diri diancam musuh ).
Caranya:
1. Berdiri menghadap kiblat (arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara.
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup ke bawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis nafas.
5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Khasiatnya : InsyaAllah, Allah akan melindungi diri kita dari segala mara bahaya. "Doa itu senjata bagi orang mukmin ".
Tips Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz
Rujuk Darussyifa
Labels:
doa
Subscribe to:
Posts (Atom)