Mewartakan kepada kami Muhammad bin Alia' Al-Hamdani; mewartakan kepadaku Risydin bin Saad dan Jaafar bin 'Aun dari Ibnu Ankum (dia adalah seorang Afrika), dari 'Abdurrahman bin Rofi', dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata; Rasulullah saw. bersabda: "Ilmu itu ada tiga, dan selain yang ketiga itu adalah sisa/tambahan. Yaitu, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan Ilmu Faroidi (tentang warisan) yang adil."
- Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0054
Mewartakan kepada kami Ahmad bin Al-Azhar; mewartakan kepada kami 'Abdurrazzaq bin Hammam; memberitakan kepada kami Ma'mar, dari Asy'ats bin 'Abdullah, dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kebaikan selama tujuh puluh tahun. Ketika dia berwasiat, menyimpang dalam wasiatnya. Maka diakhiri hidupnya dengan amalannya yang jahat itu, akhirnya diapun masuk neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kejahatan selama tujuh puluh tahun. Dan dia bertindak adil dalam wasiatnya. Lalu diakhiri hidupnya dengan amalannya yang baik itu, akhirnya diapun masuk syurga". Abu Hurairah berkata: "Bacalah jika kalian mahu (yang ertinya: Itulah hukum-hukum Allah-sampai firman Allah-adzab yang menghinakan).
- Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2704
Thursday, June 18, 2009
Take on challenges that make you a little bit uncomfortable.
Stretch your abilities and watch them grow.
Don't let the fear of making the wrong decision,
prevent you from making any decision at all.

Labels:
The Daily Motivator
Solat Di Dalam Kapal Terbang
Soalan:
Seorang lelaki akan bermusafir dengan menaiki kapal terbang ke Jepun memakan masa selama 12 jam. Bagaimana dia hendak mengetahui waktu-waktu solat, sedangkan dia diudara?
Jawapan:
Orang yang bermusafir dengan kapalterbang, dia menunaikan solat apabila telah masuk waktu solat. Bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh dia mungkin dapat mengetahuinya dengan melihat, iaitu apabila tenggelamnya matahari, maka masuklah waktu Maghrib; apabila hilang cahaya merah, maka masuklah waktu Isyak; dan apabila terbitnya matahari, maka masuklah waktu Subuh.
Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh ditunaikan dengan berijtihad dan berusaha mencari (untuk mengetahui masuknya waktu) , apabila anda dapat mengetahui waktunya di Negara yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah anda solat, ini kerana waktu anda berada di atas (di dalam kapalterbang) tidak sama seperti waktu di bumi.
Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samada jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten kapalterbang, kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, maka dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, kemudian dia solat, maka solatnya sah, melainkan apabila jelas padanya (selepas itu) dia solat sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya, jika tidak ada apa-apa, maka tidak mengapa.
wallahu a’lam.

soal jawab agama,
solat
Wednesday, June 17, 2009
Hukum Berjabat / Bersalam Dan Mencium Tangan
Perbahasan ini terbahagi kepada beberapa bahagian:-
1. Hukum berjabat tangan/bersalam
2. Hukum mencium tangan
3. Hukum membongkokkan badan
4. Hukum bersujud kepada selain Allah
5. Rumusan
1. Hukum berjabat tangan/bersalam
Rasulullah s.a.w. bersabda: Abu Qatadah berkata, aku bertanya kepada Anas r.a.: "Apakah para sahabat Rasulullah s.a.w. dahulu saling berjabat tangan?" Dia menjawab: "Ya." - (HR Bukhari)
Dari al-Barra' bin Azib r.a., katanya telah sabda Rasulullah s.a.w.: "Tidaklah dua orang Islam bertemu lalu saling bersalaman/berjabat tangan, melainkan diampuni dosa keduanya sebelum mereka berpisah." - (HR Abu Daud, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Dari Atha' bin Abdullah al-Khurasani, katanya Nabi s.a.w. telah bersabda: "Hendaklah kamu saling berjabat tangan, nescaya hilanglah rasa dengki. Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu saling mencintai dan hilanglah permusuhan." - (Hadis Mursal riwayat Imam Malik)
Dari al-Barra' bin al-Azib r.a., katanya, telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Sesungguhnya jika dua orang Islam bertemu, lalu saling berjabat tangan, saling mengasihi dan saling menasihati, nescaya bertebaranlah dosa-dosa yang ada pada kedua orang itu." - (HR Ibnu Sunni)
Hadis di atas adalah di antara hadis yang menunjukkan bahawa berjabat tangan ketika bertemu adalah sunat hukumnya.
2. Hukum mencium tangan
Al-Nawawi mengatakan bahawa dianjurkan agar mencium tangan orang yang kemuliaannya disebabkan oleh perkara yang bersangkut-paut dengan agama. Seperti seorang yang zuhud, alim/ulamak, salih, warak dan sebagainya. Ini termasuklah kedua ibubapa kita yang muslim.
Dimakruhkan mencium tangan seseorang yang dipandang mulia dengan sebab-sebab keduniaan, seperti orang kaya, orang yang berpangkat, berkedudukan tinggi dan sebagainya. Perbuatan ini amat tidak disukai.
Dari Zari' r.a., yang termasuk di dalam rombongan Abdul Qais, dia berkata: "Kami pun berlumba-lumba turun dari kenderaan kami, lalu kami mencium tangan dan kaki Nabi s.a.w."
3. Hukum membongkokkan badan
Adalah dimakruhkan membongkokkan badan kerana mahu menghormati seseorang. Dari Anas r.a., katanya: Seorang lelaki bertanya: "Wahai Rasulullah s.a.w, jika seseorang dari kita bertemu saudaranya atau temannya, apakah dia perlu membongkok kepadanya?" Baginda menjawab: "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah dia perlu memeluk dan menciumnya?" Baginda menjawab "Tidak." Orang itu bertanya: "Apakah perlu dia memegang tangannya dan bersalam dengannya?" Baginda menjawa: "Ya." - (HR al-Tarmizi)
Hadis di atas bermaksud:
a. Makruh membongkokkan badan kepada seseorang.
b. Makruh memeluk dan mencium seseorang kecuali jika kembali dari permusafiran.
c. Sunat berjabat tangan ketika bertemu.
Kita sering melihat mereka yang berada di atas pentas kerana berucap atau membuat persembahan. Sebelum atau selepas berucap atau membuat persembahan, mereka akan menundukkan badan sebagai tanda hormat kepada para hadirin. Perbuatan ini adalah dimakruhkan.
4. Hukum bersujud kepada selain Allah SWT
Umat Islam dilarang bersujud kepada selain dari Allah SWT, samada ia berbentuk peribadatan atau penghormatan sahaja. Jika ditanya, "Bagaimana dengan sujud para malaikat kepada Adam? Bukankah itu sujud dari makhluk kepada makhluk?" Jawapannya: "Sujud yang dilakukan oleh para malaikat kepada Adam bukanlah sujud yang berbentuk penyembahan (ibadah), tetapi sebagai penghormatan". Perkara ini disepakati oleh para ahli tafsir. Lagi pula sujud malaikat kepada Adam adalah atas titah perintah Allah SWT yang wajib dipatuhi. Sehingga kita sendiripun, jika seandainya Allah SWT memerintahkan kita agar sujud kepada seseorang, kita wajib mematuhinya. Jika perintah sujud itu diperintahkan oleh selain Allah SWT, maka haram melakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w: "Seandainya aku diperintahkan agar seseorang itu boleh sujud kepada seseorang lain, nescaya aku akan memerintahkan perempuan sujud kepada suaminya." - (HR al-tarmizi)
Hadis di atas menunjukkan:
a. Larangan bersujud kepada selain dari Allah, kerana tiada arahan berbuat demikian.
b. Suami wajib ditaati dan dipatuhi oleh si isteri.
Ahli tasir mengatakan ada beberapa kemungkinan di dalam masalah sujud malaikat kepada Adam:
a. Malaikat benar-benar sujud kepada Adam dengan meletakkan dahinya ke tanah. Bukan sebagai penyembahan tetapi sebagai penghormatan serta melaksanakan perintah Allah SWT.
b. Boleh jadi juga para malaikat itu pada hakikatnya bersujud kepada Allah SWT, tetapi dengan menjadikan Adam sebagai kiblatnya. Ini sebagaimana kita diperintahkan bersujud kepada Allah SWT dengan menjadikan Kaabah sebagai arah kiblat kita.
c. Ada juga yang mengatakan bahawa sujud malaikat kepada Adam bukanlah sujud dalam ertikata bersujud yang sebenarnya. Tetapi ia berbentuk sujud maknawi, iaitu dengan berikrar dan mengiktiraf kelebihan Adam.
Perlakuan sujud kerana menghormati (bukan penyembahan/ibadah) memang berlaku pada umat zaman dahulu. Termasuk pada zaman Ya'qub dan Yusof. Firman Allah SWT menceritakan mengenai Yusof a.s.: "Dan ia dudukkan kedua ibubapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf…" - (Yusof:100)
Tradisi bersujud kerana hormat ini berlaku hinggalah berakhir pada zaman Rasulullah s.a.w. Umat Muhammad di larang bersujud kepada selain dari Allah SWT. Ketika para sahabat melihat pokok dan unta bersujud kepada Rasulullah s.a.w., mereka berkata: "Kami adalah lebih patut bersujud kepadamu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak sepatutnya seseorang itu bersujud kepada selain dari Allah, Tuhan seru sekelian alam."
Perkara ini juga pernah terjadi kepada Mu'az bin Jabal yang baru sampai dari Syam, lalu bersujud kepada Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Apa ini?" Mu'z menjawab: "Wahai Rasulullah s.a.w., aku baru datang dari Syam, aku pernah melihat mereka (penduduk Syam) bersujud kepada pembesar dan pendeta mereka. Aku ingin melakukan itu terhadapmu." Baginda bersabda: " Jangan lakukan. Jika aku diperintahkan sesuatu itu boleh bersujud kepada sesuatu, nescaya aku akan memerintahkan agar wanita bersujud kepada suaminya…. al-hadis." - (HR Ibnu Majah)
Oleh itu, bersujud kepada selain dari Allah adalah haram hukumnya. Tidak kira samada sujud itu kerana penyembahan atau hanya semata-mata penghormatan.
Rumusan
1. Berjabat tangan adalah sunat.
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh berlebih-lebihan.
Wallhu a'lam
Rujukan:
1. Al-Quran
2. Tafsir al-Qurthubi
3. Sahih Bukhari
4. Al-Azkar
5. Ahsanul Kalam

akhlak,
pengetahuan am,
soal jawab agama
Breathing Room
Look back on your life up to this point and you'll quickly see that many of your worries and concerns were completely unfounded. So why do you still insist on cranking out those worries at every turn of events?
How many times have you looked back on an occasion with the regret that you didn't simply enjoy yourself? There's nothing you can do about those past regrets, but there's plenty you can do about right now.
It's ridiculously easy to enjoy life, no matter what the situation. It's just a matter of letting go.
Let go of the worry and anxiety, of the anger and envy, of the need to be right and the need to control everyone else. Let go of the need to have everything your way.
Underneath all those layers of need and worry and negativity, there is pure joy. When you simply accept what is, and choose to enjoy the goodness in it, life can be wonderfully rich and beautiful.
Stop worrying and fighting so much, and start enjoying a little more. Give joy some breathing room and it will flourish in your life.
-Ralph Marston

It's easy to take a small step.
The real question is :-
Are you willing to take enough of them?
When you are..,
anything is within your reach.
The real question is :-
Are you willing to take enough of them?
When you are..,
anything is within your reach.
Labels:
The Daily Motivator
Subscribe to:
Posts (Atom)