Sunday, July 31, 2011

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah Rasulullah SAW

Adab-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan Sunnah.

Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilangkan kelebihan puasa. Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
- (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).

Yang penting di dalam bulan Ramadhan adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunnah.

Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:

1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
- (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).

2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).

Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
- (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan). Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).

Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada, tamar dan jika tiada, air.

Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
- (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang telah dinyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan.

Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Riwayat di atas juga menambah:
Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut.

Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
- (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).

Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
- (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).

Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah.

Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat.

Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
- (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).

4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan."
- (Surah al-`Araf:31).

Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
- (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).

Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.

5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
- (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).

Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
- (Faidh al-Qadir, 2/500).

Ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
- (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)

Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.

6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
- (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158).

Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.

Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.


oleh : DRMAZA

Sunday, July 24, 2011

Ruqyah



Scrutiny

What if everyone knew your secrets?

Would that change the way you live your life, the way you conduct business, the way you act when no one is looking?

You may not live and work under the close scrutiny of others, yet it pays to act as though you do.

Scrutiny imposes discipline. If we're certain that no one will ever know, we're more likely to take shortcuts. Yet when we know that others are watching, we're more scrupulous about everything. That is almost always a good thing.

Though the world is not always watching you, the fact is that every action you take has consequences, whether you act publicly or in secret.

If what you do today could not stand up to the scrutiny of others, then someday it will catch up with you!

Live as though the world is watching, and reap the many rewards that discipline and integrity will bring.

- Ralph Marston

Bersifat Pemurah Dibulan Ramadhan

Hadith :

“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh Jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.”

- (al-Bukhari dan Muslim)


Huraian:

1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipatgandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.

2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan".

Perbezaan Sunat dan Sunnah

Apakah perbezaan yang dimaksudkan mengikut sunnah Nabi s.a.w dengan perkara sunat.


Mengenai perbezaan Sunat dan Sunnah -

a) Sunat merujuk kepada hukum - iaitu perbuatan atau percakapan yang disunatkan jika dilakukan akan mendapat pahala dan jika ditinggalkan tidaklah berdosa. Ia adalah salah satu dari lima hukum taklifi (yakni hukum Syariat yang ditetapkan ke atas perbutan-perbuatan manusia) iaitu; wajib, sunat, harus, haram dan makruh.

b) Adapun Sunnah atau as-Sunnah, ia bermaksud cara hidup Nabi atau apa yang datang dari Nabi.

Pengertian Sunnah lebih luas dari sunat kerana Sunnah terangkum di dalamnya semua yang diwarisi dari Nabi meliputi perbuatan Nabi, percakapan Nabi, pengakuan Nabi, sifat-sifat Nabi (samada sifat kejadian atau sifat akhlak) dan hidup baginda (dari mula kelahiran hingga kewafatannya).

Sunnah ada yang wajib kita amalkan, ada yang sunat diamalkan dan ada yang elok untuk diikuti. Sebagai contoh, makan dengan tangan kanan. Ia termasuk dalam sunnah yang wajib diamalkan. Adapun yang lain-lainnya (berwudhuk mulai dari anggota kanan, memakai pakaian, sepatu bermula dari kanan dulu, melangkah kaki kanan dulu untuk masuk masjid dan sebagainya tadi) ia adalah sunnah yang termasuk dalam kategori sunat.

Wallahu a’lam.


Rujukan;

1. Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 1/384, Kitab at-Toharah, Bab as-Siwak.
2. Fathul-Bari, Imam Ibnu Hajar, 1/273, Kitab al-Wudhu’, Bab at-Tayammun fi al-Wudhu’ wa al-Ghusl.
3. Subulussalam, Imam as-Son’ani, kitab an-Nikah, bab al-Walimah.
4. Al-Madkhal Lid-Dirasah as-Sunnah an-Nabawiyyah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
5. Buhus Fi as-Sunnah al-Mutahharah, Dr. Muhammad Muhammad Mahmud Farghali.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Tuesday, July 12, 2011

Dua Syarat Tambahan Wanita Tunaikan Umrah

Soalan:

Saya berazam mengerjakan umrah dan ziarah. Apakah syarat bagi melakukan ibadah berkenaan? Memandangkan saya seorang wanita bujang, bolehkah saya mengerjakan umrah secara berseorangan?


JAWAPAN:

UMRAH (ziarah ke kota Makkah) adalah ibadat sunat; sementara haji pula ibadat wajib ditunaikan sekali dalam hidup.

Syarat haji dan umrah ialah:
(1) Islam
(2) baligh
(3) berakal
(4) merdeka dan
(5) berkuasa - iaitu mampu membayar tambang, ada kenderaan dan aman dalam perjalanan pergi dan balik.


Bagi seorang wanita, ditambah dua lagi syarat iaitu:-

(1) dengan izin wali/bapa (bagi wanita bujang) atau suami (bagi yang sudah berkahwin)

(2) ditemani perempuan lain yang boleh dipercayai (bagi wanita bujang) atau ditemani suami/mahram (bagi yang sudah berkahwin)



Maka tiada masalah menunaikannya, walaupun belum berkahwin dengan diiringi wanita yang boleh dipercayai.


Dipetik dari Harian Metro:
Dr.Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Kemanusian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Building Your Life

Every thought you think, builds your character.

Just as bricks are laid, one on top of another to build a house, so do your thoughts build on each other, moment by moment. The person you become, the things you accomplish, the joy and fulfillment you find, all depend on the thoughts you use to build your life.

Every thought, every moment, can be used to build a stronger you. No achievement of any value can just suddenly appear. It must be built.

You have the power to build the exact life you want. And that power comes in the moments you live, in the choices you make and in the actions you take.

-Ralph Marston

MEMASUKKAN AIR MELALUI SALURAN DARAH, ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?

Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia menerima rawatan masuk air dalam salur darah?


Jawapan:

Yang membatalkan puasa ialah apabila kita memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan, samada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

Oleh demikian, memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui urat atau saluran darah, menyuntik ke bawah kulit atau ke dalam daging badan, tidak membatalkan puasa samada suntikan itu untuk tujuan pengubatan, taghziyah (iaitu memberi makanan seperti menyuntik vitamin, memasukkan air, kalsium dan sebagainya) atau membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam mazhab empat.

Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana menurut beliau; benda yang masuk melalui suntikan itu tidaklah masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan ia juga tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.

Namun ada setengah ulama’ semasa hari ini mengecualikannya dari suntikan makanan iaitu jika yang disuntik itu adalah bahan makanan seperti glukos atau sebagainya, maka batallah puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum.

Rujukan;

1. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434.
2. 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Menjauhi Perbuatan Yang Mendatangkan Bahaya

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaitan ada baginya bisikan ke hati anak Adam, dan Malaikat juga ada bisikannya. Ada pun bisikan syaitan itu ialah galakannya supaya seseorang melakukan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan bisikan Malaikat pula ialah galakannya supaya seseorang mengamalkan kebaikan dan meyakini kebenarannya. Oleh itu, sesiapa yang terasa bisikan yang baik, maka hendaklah ia mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, serta hendaklah ia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang terasa bisikan yang satu lagi, maka hendaklah ia meminta perlindungan Allah dari angkara syaitan."

- Ibn Mas'ud r.a


Huraian:

i) Setiap manusia mempunyai lintasan hati yang berlainan kerana berlainan sebabnya.

ii) Satu daripada jenis lintasan itu adalah lintasan yang dibawa oleh malaikat yang bertugas memancarkan ke dalam hati manusia perasaan suka berbuat kebajikan dan menerima kebenaran; sementara satu lagi lintasan adalah lintasan syaitan iaitu lintasan untuk melakukan kejahatan dan menolak kebenaran.

iii) Lintasan malaikat ini dinamakan sebagai “ilham” dan lintasan jahat syaitan itu sebenarnya adalah “was-was” di mana kita diperintahkan memohon perlindungan Allah daripadanya - sebagaimana yang dimaksudkan di dalam al-Quran, Surah an-Nas.

iv) Oleh yang demikian selaku manusia biasa, apabila datang sesuatu lintasan hati, maka hendaklah kita mempertimbangkannya terlebih dahulu dengan neraca syarak; jika bersesuaian kerjakanlah, jika sebaliknya jauhkanlah.

Wednesday, July 6, 2011

Getting Your Way

Is the desire to get your way, actually getting in your way?

Often we're so obsessed with getting our way, that we miss out on the good things that life has to offer. We whine and complain about insignificant details, and life just passes by without us. We might win the battle of the moment, but in the long run, we lose.

Happiness is not defined by always getting your way.

Sure, you have things you want to accomplish, things you want to have, things you want to be. But remember, fulfillment does not always come where we expect to find it. The things we desire will come, though not necessarily in the ways we anticipate.

Don't be so obsessed with getting your way, that you lose the opportunity to have what you really want.

-Ralph Marston
Apakah perang pertama yang tercetus dalam Islam?

Perang Badar



Siapakah orang yang memburu Rasulullah s.a.w. semasa Baginda berhijrah, demi merebut 100 ekor unta sebagai ganjaran?

Suraqah bin Malik



Bilakah Suraqah Bin Malik memeluk Islam?

Semasa pembukaan Makkah.


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan

Ijazah

Soalan:

Perlukah mendapatkan ijazah dari guru yang sahih untuk melakukan satu-satu amalan, contohnya saya selalu baca doa haikal, hanya ambil dari kitab.. bukan dari guru atau orang alim.?

Jawapan:

Selagi doa tu betul, amalkanlah.


Creadit to: Uztaz Kazim
Dipetik dari "Tanya uztaz"