Sunday, January 31, 2010

6 Ways To Control Your Financial Life

1. Kemaskinikan data kewangan anda.
Ini melibatkan pelaburan, simpanan, skim insuran yang anda sertai termasuk bil-bil kegunaan anda seperti letrik, air dan telefon. Perbuatan menangguhkan bayaran hingga ke hujung bulan akan mengakibatkan longgokan komitmen. Hakikatnya anda akan merasai kehilangan ‘control’ terhadap kewangan anda!

2. Mengurangkan kos dengan menggunakan bahan alternative.
Sebagai contoh: Kita dapat mengurangkan belanja harian dengan memakan makanan yang lebih murah, yang lebih baik dan berkhasiat sewaktu bersarapan. Seseorang yang bersarapan roti yang disapu dengan madu bersama ‘cereal’ di rumahnya tentu dapat mengurangkan belanja dari makan di restoran setiap hari. "Spending no more than you can afford, is absolutely essential to financial control”.

3. Kurangkan Penggunaan kad kredit.
Jelaskan bayaran sebelum tempoh matang sepenuhnya agar anda terselamat dari dikenakan ‘interest’.

4. Simpan sekurang-kurangnya 5 % dari total ‘income’ anda setiap bulan.

5. Bertungkus lumus dalam usaha untuk mencapai target anda.
“Visuallising what you want is the first step in seting goals. Think big, but be as specific as possible. Write down your financial goals, then figure out what steps you need to achieve them. Break them into manageable parts. If your goal is to save RM5000 next year, seeing all those zeroes may seem daunting. But saving RM100 a week is not so overwhelming”.

6. Membuat perancangan kewangan yang teliti berdasarkan masa sekarang dan akan datang.

Ustaz Zahazan Mohamed

Sujud Sahwi Makmum

Soalan:

Apabila imam terlupa di dalam solat dan ia melakukan sujud sahwi di hujung solatnya, adakah makmumnya perlu sujud sahwi bersamanya? Bagaimana jika mereka tidak turut sujud sahwi?

Jawapan:

Wajib makmum untuk turut sama sujud sahwi bersama imamnya. Berkata Imam Ibnu al-Munzir; telah ijmak sekelian ulamak pada menyatakan yang demikian. Ijmak tersebut berdalilkan hadis Nabi s.a.w. (bermaksud); “Sesungguh Imam itu dilantik untuk diikuti. Apabila ia bertakbir, hendaklah kamu turut bertakbir. Apabila ia sujud, hendaklah kamu turut sujud.”
- (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Anas r.a.)

Menurut Imam an-Nawawi; jika makmum tidak turut sujud bersama imam dengan sengaja, batallah solatnya samada makmum itu mengetahui imamnya telah lupa di dalam solat atau tidak mengetahuinya.
- (al-Majmu’, 4/141)

Wallahu a'lam.

Rujukan;

al-Mughni, Ibnu Qudamah; 2/29-30.
al-Majmu’, Imam an-Nawawi; 4/141-142.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Rasulullah S.A.W. Berpesan Beri Layanan Adil Terhadap Anak-Anak

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Anak adalah amanah Allah yang diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga serta dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh serta hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.

Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak, kerana semua perkara daripada segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.

Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga."
- (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)

Dari 'Amir dari Nu'man berkisah, bahawa ayahnya mengajaknya ke rumah Rasulullah s.a.w untuk menyaksikan beliau atas pemberian yang diberikan hanya padanya, maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah semua anakmu kamu beri juga sebagaimana yang kamu berikan pada Nu'man ini?" Jawab ayahnya: "Tidak". Sabda beliau: "Kalau begitu, aku tidak mahu mempersaksikannya. Bukankah kamu akan senang, bila kebaktian anak-anakmu terhadapmu itu sama?" Jawabnya: "Tentu". Sabda beliau: "Kalau begitu, janganlah berlaku tidak adil terhadap mereka."
- (Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 3. Hadis Nombor 3536.)

Mewartakan kepada kami Muhammad bin Alia' Al-Hamdani; mewartakan kepadaku Risydin bin Saad dan Jaafar bin 'Aun. dari Ibnu ankum (dia adalah seorang Afrika), dari 'Abdurrahman bin Rofi', dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ilmu itu ada tiga, dan selain yang ketiga itu adalah sisa/tambahan. Iaitu, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan Ilmu Faroidi (tentang warisan) yang adil."
- (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0054.)

Mewartakan kepada kami Ahmad bin Al-Azhar; mewartakan kepada kami 'Abdurrazzaq bin Hammam; memberitakan kepada kami Ma'mar, dari Asy'ats bin 'Abdullah, dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kebaikan selama tujuh puluh tahun. Ketika dia berwasiat, menyimpang dalam wasiatnya. Maka diakhiri hidupnya dengan amalannya yang jahat itu, akhirnya dia pun masuk neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kejahatan selama tujuh puluh tahun. Dan dia bertindak adil dalam wasiatnya. Lalu diakhiri hidupnya dengan amalannya yang baik itu, akhirnya dia pun masuk syurga". Abu Hurairah berkata: "Bacalah jika kalian mahu (yang ertinya: Itulah hukum-hukum Allah (sampai firman Allah) adzab yang menghinakan)
- (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2704.)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah meninggal, beliau meninggalkan harta tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau, jikalau ku sedekahkan atas namanya?" Jawab Nabi s.a.w.: "Ya, dapat!"
- (Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1612.)

Friday, January 29, 2010

Acceptance

"I am what I am"
-- Popeye


Things are the way they are. You are the person you are. You life is the way it is. You can either accept these things, or make yourself miserable about them.

There are no doubt many things you think you should have done, and many other things you wish you had not done. Accept these things. You cannot change them by pretending they did or didn't happen.

Take a deep breath. Relax. Accept the person you are. Accept the people and the world around you.

Acceptance doesn't mean being passive. If there's something you want to change, then take action to change it. Acceptance doesn't mean that you approve of or support something. It just means that you see it for what it is. That you don't deceive yourself about it.

Acceptance will help you to see clearly, to learn and to grow.

Think of a baby learning to walk. When he stumbles and falls, he doesn't get depressed, or paranoid, or embarrassed, or angry. He doesn't develop a guilt complex, or ulcers, or high blood pressure. He simply pulls himself up on the nearest supporting object and enthusiastically tries again.

In an environment of acceptance, true learning and growth takes place. Bring peace, patience, learning and accomplishment to your life by practicing acceptance.

-Ralph Marston

Soalan Yang Kerap Ditanya Mengenai Wasiat

ISU DOKUMEN WASIAT.

Soalan : Kenapa saya perlu menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Kerana hakikatnya semua orang akan mati. Selepas kematian kita, semua harta yang tidak mempunyai penama seperti Akaun Simpanan dan Akaun Semasa di bank, Amanah Saham Bumiputera, Akaun Lembaga Tabung Haji, tanah, rumah dan sebagainya akan dibekukan sehinggalah proses pentadbiran pusaka selesai.

Soalan : Berapa lamakah proses pentadbiran pusaka ini akan selesai dan bila pula waris-waris saya akan menerima harta saya yang terbeku ?
Jawapan : Secara purata bagi kes si mati yang tidak mempunyai dokumen wasiat, proses pentadbiran pusaka mereka akan mengambil masa di antara 3 hingga 5 tahun. Walau bagaimanapun ada juga kes pentadbiran pusaka yang mengambil masa melebihi 15 tahun untuk diselesaikan.

Soalan : Bagi si mati yang mempunyai dokumen wasiat, berapa lama pula tempoh pentadbiran pusaka akan berjalan ?
Jawapan : Secara purata, bagi kes si mati yang mempunyai dokumen wasiat pula, proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa di antara 6 hingga 8 bulan sahaja.

Soalan : Di dalam tempoh waktu pentadbiran pusaka yang bertahun-tahun ini berjalan, apakah yang waris saya akan dapat ?
Jawapan : Waris-waris tidak akan mendapat apa-apa bahagian harta tuan kecuali harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran.

Soalan : Jadi, harta yang akan dibekukan hanyalah harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja manakala harta yang mempunyai penamaan seperti di atas akan tetap diperolehi oleh penama saya ?
Jawapan : Ya. Harta yang terbeku memang harta yang tidak mempunyai penamaan sahaja. Walau bagaimanapun, bagi harta yang mempunyai penamaan seperti KWSP, Takaful dan Insuran, tuan perlu ingat bahawa penama yang dinyatakan hanyalah bertindak sebagai Wasi sahaja dan bukan tuan punya mutlak harta tersebut . Selepas mereka menerima harta-harta tersebut mereka perlu mengagihkannya semula kepada semua waris-waris mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Jadi apa perlunya saya menyediakan dokumen wasiat ?
Jawapan : Dokumen wasiat akan mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan membolehkan waris-waris tuan mendapat bahagian mereka dengan cepat manakala kalau tanpa dokumen wasiat, waris-waris tuan perlu menunggu sehingga beberapa tahun sebelum mereka mendapat bahagian mereka. Pendek kata, nasib anak-anak dan waris-waris yang lain seperti pasangan kita akan lebih terbela dengan adanya dokumen wasiat.

Soalan : Apakah perbezaan ketara yang menyebabkan proses pusaka dengan dokumen wasiat berjalan lebih cepat dari proses pusaka tanpa dokumen wasiat ?
Jawapan : Perbezaan yang paling ketara ialah kewujudan WASI bagi kes dengan dokumen wasiat. Apabila seseorang meninggal dunia tanpa dokumen wasiat, perkara pertama yang perlu dilakukan di dalam pengurusan harta pusaka ialah semua waris perlu bermuafakat untuk melantik pentadbir harta pusaka. Di sinilah sebenarnya halangan terbesar berlaku. Semua waris-waris perlu muafakat siapa yang akan dilantik sebagai pentadbir dan mereka perlu hadir di dalam mesyuarat tersebut. Jika salah seorang waris tidak bersetuju dengan pentadbir cadangan, proses ini tidak dapat dimulakan. Berlainan dengan kes yang mempunyai dokumen wasiat. Ini kerana WASI telahpun dilantik dan beliau boleh memulakan proses pentadbiran pusaka.

PROSES MEMBUAT DOKUMEN WASIAT.

Soalan : Apakah dokumen yang saya perlu kumpulkan untuk menyediakan dokumen wasiat saya ?
Jawapan : Sebenarnya, dokumen-dokumen yang perlu adalah seperti geran tanah, rumah, nombor Akaun KWSP, nombor Akaun bank, nombor Amanah Saham Bumiputera, salinan Kad Pengenalan dan Surat Beranak waris-waris. Walau bagaimanapun dokumen-dokumen ini tidak perlu disediakan segera kerana yang lebih penting lagi di dalam dokumen wasiat ialah PERLANTIKAN WASI.

Soalan : Apakah itu Wasi dan apa peranannya ?
Jawapan : Wasi ialah individu atau entiti yang kita percayai dan fungsi utamanya ialah untuk menguruskan pentadbiran harta pusaka serta menjalankan arahan-arahan lain di dalam dokumen wasiat. Contohnya AMANAH RAYA BERHAD boleh dilantik sebagai wasi di dalam dokumen wasiat.

Soalan : Jadi, sekiranya saya hendak membuat wasiat dan melantik Wasi, berapa lamakah proses itu akan berlangsung ?
Jawapan : Sekiranya tuan melantik AMANAH RAYA BERHAD sebagai wasi tuan, wasiat tuan boleh disediakan di dalam masa 3 minit sahaja !
Soalan : Secepat itu ?
Jawapan : Ya. Kerana AMANAH RAYA BERHAD mempunyai perisian penyediaan dokumen wasiat Islam yang dipanggil E-Wasiyyah dan perisian ini memudahkan penyediaan dokumen wasiat dengan cepat dan tepat di mana sahaja di seluruh dunia !

Soalan : Adakah perlantikan wasi sahaja merupakan fungsi wasiat ?
Jawapan : Tidak sekali-kali. Walaupun elemen utama di dalam dokumen wasiat ialah perlantikan wasi, perkara-perkara lain juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat seperti pengisytiharan harta sepencarian, cara pembahagian harta pusaka, perlantikan penjaga sah anak di bawah umur 18 tahun, peruntukan perbelanjaan sara hidup dan pendidikan anak, malah bagaimana cara sesuatu perniagaan akan diwariskan juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat.

Soalan : Cara pembahagian harta pusaka juga boleh dinyatakan di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Pewasiat boleh menyatakan di dalam dokumen wasiatnya bagaimana hartanya boleh dibahagikan selepas kematiannya. Contohnya, pewasiat boleh menyatakan supaya harta pusakanya dibahagikan sama rata di antara anak perempuan dan lelakinya. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa sama ada arahan pembahagian harta ini boleh dilakukan ataupun tidak bergantung kepada persetujuan waris-waris. Sekiranya waris-waris tidak bersetuju dengan arahan itu, Hukum Faraid tetap akan digunapakai.

Soalan : Jadi, waris-waris boleh untuk tidak bersetuju dengan arahan cara pembahagian harta di dalam dokumen wasiat ?
Jawapan : Ya. Sekiranya mereka tidak bersetuju, Hukum Faraid akan tergunapakai tetapi sekiranya mereka bersetuju dengan arahan tersebut, formula pembahagian harta seperti yang dinyatakan di dalam dokumen wasiat itu akan digunapakai.

Soalan : Kalau arahan pembahagian itu boleh dicabar, apa gunanya saya membuat dokumen wasiat ?
Jawapan : Seperti yang dinyatakan pada awalnya, dokumen wasiat itu disediakan dengan tujuan utama untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan ia boleh dilaksanakan dengan hanya menyatakan perlantikan wasi di dalamnya. Jika dokumen wasiat itu tidak menyatakan tentang bagaimana harta pusaka itu hendak dibahagikan, maka secara otomatik, Hukum Faraid akan digunapakai. Jadi, klausa cara pembahagian harta ini boleh ada atau tidak di dalam dokumen wasiat. Kesimpulannya, tujuan utama dokumen wasiat ialah untuk mempercepatkan proses pentadbiran pusaka dan bukannya untuk pembahagian harta.

DOKUMEN PENGISYTIHARAN HIBAH.

Soalan : Jadi, apakah instrumen terbaik untuk saya mewariskan harta sekiranya dokumen wasiat itu boleh dicabar ?
Jawapan : Sebenarnya, instrumen terbaik untuk mewariskan harta ialah Dokumen Pengisytiharan Hibah. Harta yang telah dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan secara tidak langsung tidak perlu difaraidkan.

Soalan : Apakah maksud Hibah ?
Jawapan : Hibah bererti pemberian sesuatu harta kepada penama / waris di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa mengharapkan balasan.

Soalan : Bagaimanakah mekanisme Hibah itu berjalan ?
Jawapan : Apabila seseorang ingin mewariskan sesuatu hartanya kepada waris-waris tertentu, dia perlu untuk menyediakan Dokumen Pengisytiharan Hibah dan Surat Ikatan Amanah. Walaupun perisytiharan hibah ini dibuat pada masa hidupnya, tetapi pertukaran hak milik tanah tersebut hanya akan berlaku selepas kematian penghibah.

Soalan : Jika saya sudah menghibahkan sesuatu harta kepada waris saya, bolehkan hibah itu ditarik balik ?
Jawapan : Hibah yang boleh ditarikbalik hanya melibatkan hibah yang diberi oleh seorang ayah / ibu kepada anaknya atau datuk / nenek kepada cucunya. Selain daripada hubungan itu, hubungan di dalam bentuk yang lain tidak boleh ditarikbalik. Contohnya jika seorang suami menghibahkan rumah kepada isterinya, hibah itu tidak boleh ditarikbalik. Begitu juga dengan hibah yang diberikan oleh seorang ayah angkat kepada anak angkatnya, juga tidak boleh ditarikbalik.

Soalan : Jadi, Hibah ialah dokumen terbaik yang perlu disediakan sekiranya saya ingin mewariskan sesuatu harta itu kepada waris saya ?
Jawapan : Ya, kerana apabila telah cukup segala syarat dan rukunnya, dokumen hibah tidak boleh dicabar oleh waris-waris yang lain. Contohnya sekiranya seorang suami itu menghibahkan rumahnya kepada isterinya, selepas kematiannya, rumah tersebut akan menjadi milik mutlak isterinya tanpa boleh dituntut oleh waris suami yang lain.

Soalan : Apakah jenis harta yang boleh dihibahkan dan bolehkah rumah yang masih mempunyai tanggungan pinjaman institusi kewangan boleh dihibahkan ?
Jawapan : Secara prinsipnya, semua jenis harta yang merupakan MILIK SEMPURNA pemiliknya boleh dihibahkan. Antaranya ialah rumah, tanah, bangunan, Akaun Simpanan Tetap dan sebagainya. Rumah yang masih mempunyai pinjaman bank boleh dihibahkan dengan syarat pinjaman tersebut mempunyai insuran / takaful MRTA ke atasnya. Ini kerana bagi rumah yang mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi aset tetapi jika rumah tersebut tidak mempunyai MRTA, apabila si peminjam meninggal dunia, ia akan bertukar menjadi liability.

ISU AKAUN KWSP.

Soalan : KWSP pun perlu diagihkan kepada waris-waris yang lain ?
Jawapan : Ya. KWSP telah difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai harta pusaka bagi orang Islam. Ini bermakna, penama di dalam Akaun KWSP tersebut adalah bertindak sebagai Wasi dan Pemegang Amanah sahaja. Walaupun pembayaran akan dibuat kepada mereka, wang tersebut perlu diagihkan semula kepada semua waris yang sah dan layak mengikut Hukum Faraid.

Soalan : Saya meletakkan isteri saya sebagai penama di dalam akaun KWSP saya dan selepas kematian saya, dia mendapat wang KWSP tersebut. Apa akan berlaku sekiranya dia enggan menyerahkan wang tersebut kepada waris-waris saya yang lain seperti ibu dan bapa saya ?
Jawapan : Secara prinsipnya, wang KWSP itu adalah harta pusaka tuan seperti yang difatwakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan isteri tuan mempunyai tanggungjawab untuk mengagihkan semula wang tersebut kepada waris-waris yang lain. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, maka waris-waris yang lain seperti ibu dan bapa tuan ada hak untuk menuntut bahagian mereka ke atas wang KWSP itu seperti bahagian yang diperuntukkan kepada mereka menurut Hukum Faraid.

Rawatan Resdung Di Rumah

Petua rawatan untuk resdung dengan menggunakan air garam yang disedut ke dalam hidung.

Caranya begini lebih kurang:

1) Satu sudu teh garam (terutamanya garam bukit dicampurkan dengan air suam). Garam adalah antiseptik; pembunuh kuman yang aktif.

2) Bacalah al Fatihah, ayat Qursi dan selawat syifa' 3 kali dan tiup ke dalam air tersebut, hingga habis nafas sambil berniat untuk kesihatan 'hidung'.

3) Sedut seumpama istinsya' (perbuatan memasukkan air ketika wudu') beberapa kali.

4) Ulang 3 kali sehari sehingga reda. Sebolehnya jangan ditinggalkan amalan ini sepertimana anda menggosok gigi.

5) Tawakkal kepada Allah. InsyaAllah.


P/S: Oleh kerana saya baru mencuba petua ini, belum nampak keberkesanannya lagi. Saya postkan di sini hanya sekadar berkongsi info.

Membaca Yasiin Pada Malam Jumaat

Soalan:

Adakah membaca Yasiin pada setiap malam Jumaat merupakan amalan nabi kita atau amalan bidaah semata-mata?

Jawapan:

Hari Jumaat merupakan hari yang mulia dalam Islam. Terdapat perbagai hadis yang membuktikan kemuliaannya.

Menurut 'Aus bin 'Aus, Rasuullah s.a.w bersabda: "Hari yang paling mulia bagi kamu adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam a.s diciptakan, pada hari itu dia meninggal, pada hari itu sangkakala ditiupkan dan pada hari itu juga seluruh makhluk akan jatuh pengsan (kerana tiupan sangkakala). Maka, perbanyakkan berselawat ke atasku kerana selawat kamu akan ditayangkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami boleh ditayangkan kepadamu sedangkan engkau telah pun ditanam di bawah tanah? Lalu baginda bersabda: Sesungguhnya ALLAH AZZA WA JALLA telah mengharamkan bumi memakan jasad para Nabi."
– Hadis sahih riwayat Abu Daud.

Menurut Abi Lubabah bin 'Abdi al-Munzir r.a, sabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya hari Jumaat merupakan ibu segala hari dan hari yang paling besar di sisi ALLAH SWT. Ia lebih besar di sisi ALLAH daripada Aidiladha dan Aidilfitri. Ia terdapat lima ciri: Hari ALLAH Menciptakan Adam, hari ALLAH menurunkan Adam di muka bumi, hari ALLAH mewafatkan Adam, hari terjadinya kiamat dan hari di mana terdapat satu waktu sepanjang hari itu jika seorang hamba berdoa, pasti ALLAH akan mengabulkan selagi dia tidak meminta perkara yang haram. Tidak terdapat malaikat yang dekat dengan ALLAH, langit, bumi, angin, gunung, lautan melainkan kesemua itu berasa cemas terhadap hari Jumaat."
– Hadis hasan riwayat Ibn Majah.

Menurut Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w: "Hari yang paling baik bagi terbitnya matahari ialah hari Jumaat. Hari itu Nabi Adam diciptakan, hari beliau dimasukkan ke dalam syurga dan hari beliau dikeluarkan daripadanya."
– Hadis riwayat Muslim.

Juga pelbagai hadis lain berkenaan dengan kelebihan hari Jumaat. Cukuplah dengan apa yang dinyatakan di sini. Antara ibadah yang disyariatkan pada hari Jumaat ialah:

1. Solat Jumaat.

Solat Jumaat merupakan amalan fardhu yang paling dituntut dalam Islam. Ia merupakan tempat perkumpulan muslimin yang paling besar.

Firman ALLAH S.W.T: "Wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati ALLAH (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu). Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."
- Surah al-Jumu'ah: 9.

Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana memandang remeh perkara itu, ALLAH SWT akan menutup pintu hatinya."
– Hadis sahih riwayat Abu Daud, no. 1052.

2. Memperbanyakkan doa.

Pada hari tersebut terdapat waktu di mana ALLAH akan mengkabulkan apa sahaja doa dan permintaan hamba-NYA.

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w menyebut hari Jumaat dengan berkata: "Pada hari itu terdapat saat di mana seorang hamba yang solat dan berdoa pada ALLAH masa itu dan meminta apa sahaja, pasti ALLAH akan memberikannya. Lalu baginda menggerak-gerakkan tangannya bagi menunjukkan betapa singkatnya masa itu."
– Riwayat al-Bukhari, no. 893 dan Muslim, no. 852.

3. Membaca surah Al-Kahfi.

Menurut Abu sa'id al-Khudri r.a, sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, akan diterangkan cahaya baginya antara dua Jumaat."
– Hadis sahih riwayat al-Hakim.

4. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi sa.w.

Ini seperti yang disebutkan dalam hadis sebelum ini yang diriwayatkan oleh 'Aus bin 'Aus.

Larangan Mengkhususkan Ibadah Tertentu Malam Jumaat

Walaupun Jumaat merupakan hari yang mulia yang disyariatkan pelbagai bentuk ibadah, namun Nabi s.a.w melarang umatnya melakukan ibadah khusus yang tidak ditetapkan oleh syarak.

Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan qiam antara hari-hari lain dan jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat dengan berpuasa antara hari-hari lain kecuali puasa yang selalu kamu lakukan."
– Riwayat Muslim, no. 1144.

Menurut al-Shon'aani: "Hadis menunjukkan haram mengadakan ibadah khusus dan tilawah yang tidak disebutkan dalam nas syarak seperti surah a-Kahfi…"

Tidak terdapat nas yang menyebut tentang kelebihan membaca Yasiin pada malam Jumaat. Jadi, membaca Yasiin setiap Jumaat termasuk dalam hadis Nabi yang melarang mengkhususkan ibadah tertentu pada malam Jumaat. Jika surah itu dibaca tanpa mengkhususkan hari Jumaat sahaja dibolehkan.

Bacalah setiap hari sekalipun jika hanya itu sahaja surah yang mudah dibaca oleh sebilangan besar masyarakat kita. Tapi ingat, jangan mengkhususkannya pada malam Jumaat sahaja.

Juga jangan dilupakan surah-surah lain yang tidak kurang penting dan mempunyai pelbagai fadilat yang dinyatakan dalam hadis sahih. Ingatlah, al-Quran bukanlah semata-mata surah Yasiin. Janganlah sampai meminggirkan surah lain yang tidak kurang penting untuk dibaca, dihafal dan diketahui isi kandungannya.

Wallahu a’lam.

Ustazah Sakinah

Rezeki Orang Kafir Dan Orang Mukmin

Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mengurangi kebajikan orang-orang mukmin. Dia diberi upah di dunia dan pahala di akhirat. Adapun orang kafir, dia diberi rezeki dengan kebajikan yang dikerjakannya di dunia. Setelah sampai di akhirat, tidak ada lagi kebajikan yang akan diberi pahala baginya."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2403.

Thursday, January 28, 2010

Practice Makes Winners

We are what we repeatedly do.
Excellence, then, is not an act,
but a habit.
-- Aristotle


Small things, repeated over and over again, are vastly more powerful and influential than big things done just once.

Success is most reliably achieved through consistent effort. Truly successful people realize that meaningful, lasting success does not, can not come overnight. Great accomplishments are not one-time efforts, but rather the culmination of a long line of repeated efforts.

The gold-medal Olympic swimmer does not just show up at the competition and win the race. For years beforehand, she practices her start, her stroke, her turn, her breathing, fine-tuning each aspect to the nth degree. Often the race is won by mere hundredths of a second. Yet the effort needed to win that race is measured in years!

Success in any endeavor comes from consistent, determined, focused effort. The way to guarantee that you'll be at the right place at the right time, is to be at the right place ALL the time. Stay focused every day on the habits of success.

-Ralph Marston

ZIKIR HASBIALLAH

Soalan:

Adakah terdapat di dalam hadis zikir ini yang disarankan supaya dibaca 7 kali pagi & petang? Apakah maknanya & fadhilatnya?

"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim".

Jawapan:

Diriwayatkan dari Abu Darda’ r.a. yang menceritakan Nabi s.a.w. telah bersabda: “Sesiapa membaca pada setiap hari di waktu pagi dan waktu petang sebanyak tujuh kali:

"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim"
“Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung”.

nescaya Allah SWT akan membantu/menjaganya dari perkara yang mendukacitakannya dalam urusan dunia dan akhirat”.
- (Riwayat Imam Abu Daud, Ibnu Sunni dan Ibnu Asakir).

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Lihat hadis ini dalam al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqali ‘Inda as-Sobah Wa al-Masa’

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Ikhtiar Mengubati Sakit Akibat Termakan Di Kedai Yang Menggunakan Pelaris

Satu cara rawatan sekiranya sudah termakan di kedai yang menggunakan pelaris, sehingga kita mula rasa allergic, sebu perut sehingga sakit pinggang:

1) Ambil air zam-zam satu gelas, campurkan perahan limau nipis (1/4 biji)
2) Kalau ada air Yasin dari tahlil, curahkan sedikit dalam gelas
3) Sebelum minum, baca Istiqfar 3x, Fatihah 1x, Selawat 1x dan minum dengan niat ALLAH berikan kita barakah air zam-zam untuk mencucikan perut kita dari segala sihir dan kotoran.

InsyALLAH

abg_ramz
Perawat Darussalam
http://www.rawatansihir.com/forum/forum_posts.asp?TID=2335

Jam Tangan Gold Plated Untuk Lelaki

Soalan:

Adakah dikira haram bagi lelaki memakai jam tangan yang mempunyai 'gold plated'?

Jawapan:

Hukum seorang lelaki memakai jam tangan atau sesuatu yang bersadur emas adalah haram. "

Perumpamaan Orang Mukmin Yang Membaca Quran

Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Quran ialah seperti jeruk manis. Baunya harum dan rasanya manis. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Quran, ialah seperti kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Quran, ialah seperti kemangi, baunya harum tetapi rasanya pahit. Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Quran, ialah seperti peria, tidak berbau dan rasanya pahit."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0766

Wednesday, January 27, 2010

Our Life Is Like A Pencil

A pencil maker told the pencils 5 important lessons:

1: Everything you do will always leave a mark.

2: But you can always correct the mistakes you make.

3: What is important is what is inside you.

4: In life you will undergo painful sharpening which will make you a better pencil.

5: To be the best pencil you can be, you must allow yourself to be held and guided by a hand that holds you.


As we sail though life,
don’t avoid storms and rough waters,
just let it pass.
Just sail.
Always remember,
Calm seas never make skillful sailors.

Credit to: AtapHijau

Lemah Lembut Dan Menahan Amarah

Melatih diri untuk dapat memiliki akhlak mulia ini dapat dimulai dengan menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya suatu perkara sebelum bertindak. Setiap manusia tidak pernah terpisah dari masalah hidup. Jika tidak membekali diri dengan akhlak ini, nescaya gagal untuk menyelesaikan permasalahan.

Demikian agungnya akhlak ini sehingga Rasullah s.a.w. memuji sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya: "Sesungguhnya pada dirimu ada dua perangai yang dicintai Allah SWT, yakni sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan (tidak tergesa-gesa)".
- (HR. Muslim)

Akhlak mulia ini terkadang diabaikan oleh manusia ketika amarah telah menguasai diri mereka, sehingga bertindak negatif bagi dirinya ataupun orang lain. Padahal Rasulullah s.a.w. sudah mengingatkan dari sifat marah yang tidak pada tempatnya, sebagaimana beliau bersabda kepada seorang sahabat yang meminta nasihat: 'Janganlah kamu marah.' Dan beliau mengulanginya berkali-kali dengan bersabda: 'Janganlah kamu marah'.
- (HR. Bukhari).

Tidak bererti manusia dilarang marah secara mutlak. Namun marah yang dilarang adalah marah yang disebabkan oleh hawa nafsu yang memancing pelakunya bersikap melampaui batas dalam berbicara, mencela, mencerca, dan menyakiti saudaranya dengan kata-kata yang tidak terpuji, yang mana sikap ini menjauhkannya dari sifat kelemah-lembutan.

Ulama telah menjelaskan berbagai cara menyembuhkan penyakit marah iaitu:

1. Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hambaNya ke jalan yang lurus dan menghilangkan sifat-sifat jelek dan hina dari diri manusia. Allah SWT berfirman: 'Berdoalah kalian kepadaku nescaya akan aku kabulkan.'
- (Ghafir: 60)

2. Terus-menerus berzikir pada Allah SWT seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahlil, dan istigfar, kerana Allah telah menjelaskan bahawa hati manusia akan tenang dan tenteram dengan mengingat Allah. Allah SWT berfirman : "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia."
- ( Ar-Ra'd : 28)

3. Mengingat nas-nas yang menganjurkan untuk menahan marah dan balasan bagi orang-orang yang mampu manahan amarahnya sebagaimana sabda Nabi s.a.w.: "Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari syurga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya".
- (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat shahihul jami' No. 6398).

4. Merubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jikalau ia sedang duduk, maka hendaklah ia berbaring, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. : "Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah ia berbaring."
- (Al-Misykat 5114).

5. Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya.

Demikianlah jalan keluar untuk selamat dari marah yang tercela. Betapa indahnya perilaku seorang Muslim jika dihiasi dengan kelemah-lembutan dan kasih sayang. Sebaliknya bila kebengisan dan kemarahan ada pada suatu urusan, nescaya akan menjelekkannya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Tidaklah kelemah-lembutan itu berada pada sesuatu kecuali akan membuatnya indah, dan tidaklah kelembutan itu dicabut kecuali akan menjadikannya jelek."
- (HR. Muslim).

Kaki Menghala Kiblat Ketika Tidur

1. Shaikh ‘Abd-Allaah ibn Humayd telah ditanya berkenaan menghalakan kaki ke arah kiblat.

Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada bukti yang menunjukkan perbuatan tersebut dilarang, akan tetapi sesetengah ulama menganggap perkara sedemikian sebagai makruh untuk menghalakan kaki ke arah Ka’baah jika dia berdekatan dengannya, tetapi tidak dengan paksaan.

Tetapi Ulama tidak melarang untuk menghala kaki ke arah kiblat jika Masjid tersebut berada ditempat lain kerana tiada kesalahan berkenaannya, Insyallah.
- (Fataawa al-Shaykh Ibn Humayd, p. 144)


2. Shaykh Ibn ‘Uthaymeen juga ditanya soalan berkenaan kaki menghala kearah kiblat ketika tidur.

Beliau memberikan jawapan: "Tidak ada kesalahan bagi seseorang itu jika ia tidur dan kakinya menghala ke arah kiblat".
- (Fataawa al-Shaykh Ibn ‘Uthaymeen, 2/976)

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Rujukan:
Islam Q&A Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid
Al-ahkam.net

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: "Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

- (Abu Daud)

Huraian:

1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.

2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan, namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.

3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.

4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.

5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah SWT.

Tuesday, January 26, 2010

Be Prepared For Opportunity

"Before everything else,
getting ready is the secret of success."
-- Henry Ford


You must be prepared to answer when opportunity knocks. Because most opportunities won't wait. And the fewer opportunities you take advantage of, the fewer there will be.

Imagine going to visit a friend. He offers you a drink, and you politely say "No, thank you." After a few minutes, he'll repeat his offer. "Are you sure you don't want a drink?". "No, thank you," you say. And he'll probably ask you a third time. If you refuse his offer three times, chances are, he won't offer you a drink again that day. You've convinced him that you don't want one.

Life is the same way. When good things come your way, and you ignore them repeatedly, soon they just stop coming at all. You've convinced the world that you don't want what it has to offer. Better to be prepared, because each opportunity you're able to seize will lead to countless other possibilities.

Winners train for months and years before the actual competition. The winning is really in the preparation, not in the race itself. Being prepared will make you strong, bold, confident and competent.

Practice preparation. Be sure you're ready to make the best of all that life has to offer.

-Ralph Marston

Tidak Sempat Baca Fatihah Dalam Solat

Soalan:

Saya ingin bertanya tentang makmum yang belum habis membaca Fatihahnya sedangkan imamnya telahpun ruku’. Adakah ia perlu juga menghabiskan Fatihahnya atau ia terus ruku’ bersama imam sekalipun Fatihah belum habis dibaca?

Jawapan:

Para ulamak berikhtilaf dalam masalah:
Adakah makmum juga wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya?

1. Menurut mazhab Imam Syafi’ie; makmum wajib membaca al-Fatihah sebagaimana imamnya juga sama ada dalam solat/rakaat yang dibaca perlahan atau di baca kuat, yakni bacaan al-Fatihah imam tidak memadai untuknya.

2. Menurut mazhab-mazhab yang lain (Hanafi, Maliki dan Hanbali); makmum tidak wajib membaca al-Fatihah di belakang imamnya, yakni memadai bacaan imam untuknya atau dalam pengertian yang lain; imam telah menanggung bacaan untuknya, jadi tidak wajib lagi ia membacanya. Cuma sebahagian mereka mensunatkan makmum membacanya dalam solat/rakaat yang tidak dibaca kuat (oleh imam) atau jika makmum tidak dapat mendengar bacaan imamnya.

Merujuk kepada masalah di atas, apabila imam telah ruku’ dan kita belum selesai membaca al-Fatihah, mengikut pandangan jumhur; hendaklah kita terus ruku’ bersama imam dan tidak perlu kita berusaha menghabiskan bacaan Fatihah kita kerana ia telah ditanggung oleh Imam kita.

Namun jika pandangan Imam Syafi’ie yang kita ikuti, wajiblah kita menghabiskan juga Fatihah kita sebelum ruku’ kerana Fatihah wajib atas makmum sebagaimana wajib atas imam.

Untuk dikira rakaat kita bersama imam, kita hendaklah ruku’ sebelum imam bangun dari sujud yang kedua. Ini kerana menurut mazhab Syafi’ie, makmum (atas sebab keuzuran -yakni lambat dalam bacaan) hanya diizinkan untuk ketinggalan dari imamnya setakat tiga rukun panjang sahaja.[1]

Jika kita masih belum selesai membaca al-Fatihah, sedangkan imam telah pun bangun dari sujud keduanya, maka tidak perlu lagi kita ruku’, sebaliknya kita menunggu imam di rakaat berikutnya dan meneruskan solat bersama imam seperti biasa, kemudian apabila imam memberi salam kita pun menambah rakaat yang ketinggalan itu. Itu bagi makmum yang mengikuti imamnya dari mula solat lagi.

Adapun makmum yang datang lewat di mana ia sampai ketika imam hampir hendak ruku’ (mengikut pemerhatiannya), hendaklah ia bertakbir dan terus membaca al-Fatihah. Apabila imam ruku’, hendaklah ia ruku’ bersama imam tanpa perlu menghabiskan Fatihahnya. Jika ia sampai ketika imam telah ruku’, hendaklah ia bertakbir dan kemudian terus ruku’ bersama imam (tanpa perlu membaca Fatihah lagi). Bagi kes ini (dalam mazhab Syafi’ie), bacaan Fatihah makmum telah ditanggung oleh imamnya.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. al-Mugni, Imam Ibnu Qudamah, 1/394.
2. al-Fiqh al-Manhaji, 1/81.
2. 60 Hadis Sifat Solat Nabi, Us. Ahmad Adnan Fadzil.

Nota Kaki:

[1] Iktidal dan duduk antara dua sujud adalah rukun pendek. Adapun ruku’, sujud pertama dan sujud kedua adalah rukun panjang. Jadi, apabila makmum masih belum ruku’ tatkala imamnya telah bangkit dari sujud kedua, maka ia telah ketinggalan dari imamnya melebihi tiga rukun panjang, iaitu; ruku’, sujud pertama dan sujud kedua.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Larangan Bercita-cita Untuk Mati

Daripada Anas r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: "Janganlah sekali-kali salah seorang daripada kamu bercita-cita untuk mati disebabkan kerana musibah yang menimpanya. (Tetapi) Sekiranya dia tepaksa juga berbuat demikian, maka ucapkanlah(berdoalah): "Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan ini lebih baik bagiku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu adalah lebih baik bagiku'"
- (Mutafaq Alaihi- Buhkari & Muslim)

SYARAH AL-HADIS :

Hadis ini melarang kita mengharapkan atau berdoa supaya cepat mati kerana musibah atau bencana yang menimpa kita seperti sakit, kefakiran, ketakutan, atau sebab-sebab lain yang seumpama itu. Hal ini disebabkan bercita-cita supaya lekas mati boleh membawa kepada beberapa keburukan, antara lain:

1. Sikap tersebut (bercita-cita untuk lekas mati itu) menandakan bahawa orang yang berkenaan tidak reda dengan musibah yang menimpanya. Padahal kita disuruh agar banyak bersabar menghadapi cubaan Allah SWT dan berusaha untuk mengatasinya. Sedangkan bercita-cita untuk lekas mati adalah bercanggah dengan prinsip di atas.

2. Sikap demikian juga dapat melemahkan jiwa, mendorong sifat malas dan putus asa. Padahal setiap kita dituntut agar membasmi sifat-sifat negatif tersebut. Dan berusaha keras melenyapkannya atau mengurangi semampu yang boleh dengan harapan semoga usaha kita itu mendapat restu dan taufiq Allah SWT.

3. Sikap tersebut juga melambangkan kejahilan dan kebodohan orang berkenaan. Dia tidak tahu apa yang akan menimpanya setelah dia mati. Barangkali dugaannya meleset (tidak tepat), dikiranya dengan lekas mati, dia boleh terlepas daripada penderitaan, rupanya di alam sana (barzakh dan alam akhirat), dia ditunggu oleh penderitaan yang lebih dahsyat. (Semoga kita dilindungi oleh Allah SWT daripada keadaan yang demikian).

4. Sesungguhnya dengan kematian, bererti terputuslah atau berakhirlah kesempatan atau peluang seorang hamba daripada melakukan amal-amal salih yang sepatutnya ia lakukan bagi menambah bekalnya di akhirat nanti agar sisa umurnya dapat diisi dengan sesuatu yang bermakna. Dan bagaimana dia boleh bercita-cita untuk memutuskan kesempatan beramal, padahal kalaulah satu bibit amal salih itu dia tanam dalam hayatnya di sini, nescaya dia akan memungut hasilnya kelak di akhirat; lebih baik daripada dunia dan segala apa yang terdapat di dalamnya.

5. Dan yang paling merugikan ialah dengan sikap demikian, maka akan luputlah daripadanya ganjaran yang amat besar. Padahal jika dia bersabar menghadapi sesuatu ujian daripada Allah SWT, maka dia akan mendapat bermacam-macam ganjaran Allah SWT - antara lain, pengampunanan dosa, kasih sayang Allah dan ganjaran yang tidak terkira.

Firman Allah : "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas"
- (Az-zumar:10)

Jadi atas dasar inilah maka pada akhir Hadis, baginda Rasulullah s.a.w bersabda: "(Tetapi) Sekiranya dia tepaksa juga berbuat demikian, maka ucapkanlah (berdoalah): "Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan ini lebih baik bagiku, dan matikanlah aku sekiranya kematian itu adalah lebih baik bagiku"

Dalam hal ini kita disuruh agar menyerahkan perkara berhubungan dengan hidup dan mati kita kepada Allah SWT, Yang Maha Mengetahui tentang mana di antaranya yang lebih baik. DIA mengetahui kemaslahatan (kebaikan) hamba-Nya yang hamba-Nya sendiri tidak mengetahui.

Ini berbeza dengan kandungan hadis Nabi s.a.w : "Janganlah hendaknya salah seorang daripada kamu berdoa: "Ya Allah, ampunilah (dosa-dosa) ku jika engkau mahu, Ya Allah, kasihanilah aku jika Engkau mahu. Tetapi hendaklah dia memohon dengan azam yang putus".

Di dalam hadis (1) di atas, permohohan kita kepada Allah SWT bergantung erat dengan ilmu dan iradat (kehendak) Allah SWT, iaitu kita selaku hamba tidak mengetahui apalah akibatnya yang akan membawa kebaikan atau keburukan pada masa hadapan.

Adapun tentang kandungan hadis (2), adalah sudah jelas kebaikannya, kita tahu akan kepentingannya, malahan setiap insan sangat berhajat kepadanya iaitu Maghfiratullah (ampunan Allah) dan rahmat-Nya. Setiap muslim mestilah memohon kedua-duanya kepada Allah dengan azam yang putus, bukan menggantungkannya kepada kemahuan Allah. Ini kerana setiap manusia disuruh dan diwajibkan berusaha ke arah mendapatkannya. Malahan segala tenaga mestilah dicurahkan dan segala jalan mestilah ditempuh untuk membolehkannya sampai kepada maghfirah dan rahmat-Nya itu

Kebanyakan ulama mengecualikan dalam hal ini, kebolehan bercita-cita untuk mati jika khuatir ditimpa fitnah. Ini berdasarkan ucapan Maryam r.a: "Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, lalu ia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan".
- (Maryam:23)

Begitu juga mereka membolehkannya atas sebab terlalu rindu kepada Allah SWT. Ini berdasarkan ucapan Nabi Yusuf a.s: "Ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian sebahagian ta'bir mimpi. (Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi , Engkau Pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang salih"
- [Yusuf : 101)

Imam Qatadah berkata : "Tidak seorangpun Rasul atau bukan Rasul yang bercita-cita untuk mati kecuali Nabi Yususf a.s ketika telah sempurna nikmat Allah diterimanya. Lalu beliau sangat rindu untuk menemui Allah azza wajalla.

Dalam hal ini, pendapat yang lebih kuat ialah sebenarnya Nabi Yusuf tidaklah bercita-cita untuk mati tetapi beliau hanya ingin agar mati dalam Islam ("Jika sampai ajalku, maka matikanlah aku sebagai seorang muslim.")

Adapun tentang Maryam ibu nabi Isa a.s keinginannya untuk mati itu mengandungi dua kemungkinan:

1. Beliau khuatir disangka telah melakukan perkara buruk dalam agamanya (berzina), lalu selanjutnya akan dihina.

2. Beliau khuatir kaumnya akan musnah disebabkan oleh dirinya kerana keadaan (hamil tanpa suami) boleh mendorong mereka untuk memfitnah dan menuduhnya tanpa bukti.

Saidina Umar pernah berdoa: "Ya Allah, sungguh telah lemah kekuatanku, telah lanjut usiaku dan telah tersebar luas pengikutku, oleh sebab itu matikanlah aku dalam keadaan sedang tidak mengabaikan dan melalaikan (titah perintah-Mu)"
- [Dikeluarkan oleh Imam Malik]

Saduran dari buku:
'Ke arah memahami Al-Quran dan Al-Hadis (Jilid 1)'
oleh Ustaz Dr Abdullah bin Yasin m/s 106-109.

Penawar Syifa Untuk Epilepsy (Sawan) Dan Ketumbuhan (Barah) Otak

Surah-surah yang dibaca sebagai ikhtiar mengubati penyakit EPILEPSY (Sawan):

Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 67-75

Surah Furqaan 25 ; Ayat41-52

Surah Yunus 10 ; Ayat 48 -61

Surah An'aam 6 ; Ayat 112 -122

Surah As Safffat 37 ; Ayat 120 – 144

Surah Hud 11 ; Ayat 84 - 95


Surah-surah yang dibaca untuk mengubati KETUMBUHAN (BARAH) OTAK

Surah Ar Rad 13 ; Ayat 16-28

Surah Al Mukminun 23 ; Ayat 91-100

Surah An Nahl 16 ; Ayat 119 – 128

Surah Asy Syuaraa 26 ; Ayat 185 – 227

Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Separuh Pahala

Hadith :

Abu Hurairah r.a berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : “Apabila seorang wanita menafkahkan sebahagian dari hasil usaha suaminya tanpa izin suaminya, maka bagi suaminya separuh pahala.”

- (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:

Orang yang turut membuat kebajikan bersama-sama dengan orang lain akan juga beroleh pahala. Para ulama’ membenarkan isteri menafkahkan harta suaminya jika telah diizinkan oleh suaminya samada secara terang atau menurut uruf (kebiasaan). Namun bagi pengeluaran yang sedikit yang biasa dilakukan oleh si isteri seperti memberi sedekah kepada peminta sedekah atau memberi makan kepada tetamu, hal tersebut tidaklah memerlukan kepada keizinan si suami, namun janganlah pula ia berlaku secara keterlaluan, merosakkan harta atau sampai kepada tahap pembaziran.

Monday, January 25, 2010

Self Reliance

Whatever is happening to you today, is a direct result of the things you did yesterday.

If what you're doing is working, then keep on doing it! If what you're doing is not working, then change it. Don't just hope that things will get better. Do something about it. Take action. Take responsibility for your life. No one is going to do it for you.

Your life will change when you decide to change. When you learn new skills, meet new people, provide value to others. When you start each day with a clear purpose and direction. When you commit to doing whatever is necessary to reach your goals.

Life will throw obstacles in your path. You must decide whether to use each of those obstacles as an excuse for failure, or as a stepping stone to success. You can't control the cards you are dealt, but you can control how you play them. And therein lies the key to a life of accomplishment.

No matter how much money you have in the bank, or what kind of car is in your garage, or how many people have hurt you, or what you've done in the past, one thing is certain. The value in your own life comes directly from you.

Don't just wish for a better life -- you can make it so!

-Ralph Marston

Hukum Menyambut Hari Lahir& Hari Perkahwinan

Soalan :

Saya ingin mendapat pandangan ustaz berkenaan dengan amalan menyambut hari jadi ahli keluarga dan ulang tahun perkahwinan. Apa hukumnya?

Jawapan :

Mengadakan sambutan hari lahir dan hari perkahwinan adalah harus dengan syarat tidak berlaku di dalamnya perkara-perkara yang ditegah Syarak (yakni ditegah oleh Allah SWT dan Rasul).

Islam mengharuskan untuk kita melahirkan perasaan gembira terhadap anugerah Allah SWT kepada kita dengan sebarang cara asalkan tidak menyalahi Syari’at yang wajib kita ikuti. Sekalipun sambutan sedemikian tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w., namun itu tidak menjadi alasan untuk mengharamkannya kerana kita hanya ditegah melakukan perkara baru (yakni Bid’ah) dalam hal-hal agama. Adapun dalam hal-hal keduniaan, terserah kepada kita asalkan jangan sampai melanggari ketetapan Syari’at yang sedia ada. Islam adalah agama yang sentiasa memberi kelapangan kepada manusia.

Selain hari lahir dan hari perkahwinan, diharuskan juga kita menyambut hari-hari bersama dalam Negara dan masyarakat.

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan dalam fatwanya: “…Adapun perayaan-perayaan negara seperti sambutan kemerdekaan atau penyatuan atau perayaan-perayaan kemasyarakatan seperti sambutan hari ibu, hari kanak-kanak, hari buruh, hari pemuda dan sebagainya, harus bagi seorang Muslim untuk mengucapkan tahniah (kepada orang lain) bersempena hari tersebut dan harus ia menyertainya atas dasar ia salah seorang penduduk atau pemastautin di Negara tersebut dengan syarat ia hendaklah menjauhi perkara-perkara yang diharamkan oleh Syari’at, yang berlaku semasa sambutan-sambutan tersebut”.

Wallahu A’lam.

Rujukan;

1. Baina as-Sail Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Muhammad Bakar Ismail (salah seorang ulamak al-Azhar), hlm. 325.

2. Fatawa Mu’ashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 3, hlm. 673.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

30 WASIAT IMAM GHAZALI

1. Tuntutan berbakti kepada ibubapa.
Berbakti kepada ibubapa wajib kerana ia hukum Allah SWT. Anak yang enggan berbakti kepada kedua ibubapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan derhaka satu dosa besar.

2. Mengasihi anak yatim.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasullullah s.a.w. juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihani anak yatim di akhirat.

3. Allah menguji kita.
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita.

4. Menghormati dan memuliakan guru.
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib kita hormati dan muliakan.

5. Menanamkan iman dalam anak.
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat dosa.

6. Islam mengajarkan hidup sihat.
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam beribadat.

7. Menghormati tetamu.
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang, dosa-dosa kita terhapus.

8. Menghormati jiran.
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim. Kita di tuntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang yang paling terdekat dengan kita.

9. Menggunakan akal untuk berfikir.
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia dan akhirat kita.

10. Membuktikan kebenaran Al Quran.
Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin akan kebenaran adanya ALLAH.

11. Mencintai ilmu.
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai Allah SWT. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu, nescaya dilindungi Allah SWT sampai ia kembali.

12. Jangan berdusta.
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah SWT sebagai pendusta.

13. Mengawal lisan.
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara penyakit lidah dan penyakit hati yang amat berbahaya. Ianya menjadi punca kepada rosaknya iman dan seterusnya boleh membawa ke neraka jahanam.

14. Jangan dekati zina.
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan ke arah menghampiri zina.

15. Jangan dekati minuman yang memabukkan.
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan dimurkai Allah SWT.

16. Menjadi pemimpin yang adil.
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan, dan apabila berkata, dia berkata dengan penuh kebenaran, tidak penyakiti hati orang dan jujur samada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.

17. Menjadi pejuang di jalan Allah.
Muhajirin atau pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah SWT adalah mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej iaitu menegakkan kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.

18. Menjadi ahli kebaikan.
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang memerlukan bantuannya. Mereka adalah orang yang paling bermanfaat dan disayangi oleh orang lain.

19. Redha dengan ketentuan Allah SWT.
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah SWT, maka Allah bukakan pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang diperintahkan oleh agama.

20. Menjadi golongan yang selamat.
Ahlun Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah SWT. Hanya itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.

21. Menjadi manusia yang bahagia.
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu, raihlah hari-hari bahagia bersama Allah SWT dan RasulNYA.

22. Memelihara sifat malu.
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad s.a.w.

23. Memusuhi syaitan.
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu, jadikan ia sebagai musuh, bukan sebagai kawan.

24. Menyambung silaturahim.
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.

25. Mengingati mati.
Mengingati mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah SWT.

26. Menghafal AlQuran
Orang yang menghafal Al Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah SWT. Oleh itu, perbanyakkanlah menghafal Al Quran kerana ia menjadi cahaya di dalam kubur.

27. Solat Tahajud.
Solat Tahajjud ataupun Qiamullail adalah solatnya para Nabi dan Rasul. Bangunlah pada malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu, nescaya akan segera ditunaikan Allah SWT.

28. Mencintai Rasulullah s.a.w.
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia sejagat.

29. Berdoa dan berusaha
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.

30. Solat yang khusyuk.
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah SWT. Latihlah kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.

Pilihan Terbaik

Hadith :

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Pada malam terjadinya Israk dan Mikraj di Baitul Maqdis, baginda Nabi s.a.w. dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail: "Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu.”

- (Muslim)

Huraian:

Susu dan arak adalah simbolik kepada dua nikmat yang berbeza. Satunya bersifat nikmat sementara dan satu lagi bersifat nikmat yang kekal (berkhasiat pada tubuh manusia).

Sebagaimana yang ditekankan oleh ajaran Islam, arak adalah haram kerana ia memabukkan sekalipun padanya terdapat beberapa kebaikan yang lain tetapi yang nyata keburukannya telah mengatasi kebaikan. Arak mampu membuatkan manusia hilang pertimbangan dan mengheret kepada berlakunya beberapa perkara buruk seperti maksiat, pembunuhan dan sebagainya. Oleh itu orang-orang Islam ditegah sama sekali meminum arak.

Sebaliknya pada minuman susu, ia menjadi minuman yang bukan sahaja tidak memabukkan bahkan boleh mengubati penyakit. Madu dan susu merupakan minuman kegemaran Rasulullah s.a.w. Ia juga merupakan minuman yang istimewa di dalam syurga di hari akhirat kelak di samping arak di mana umat Islam yang tinggal di dalamnya dihidangkan dengan berbagai jenis makan dan minuman yang lazat, tidak memudaratkan malah belum pernah dirasai oleh manusia ketika di dunia.

Sesungguhnya keseronokan yang dinikmati di dunia itu bersifat sementara dan sedikit berbanding dengan nikmat di akhirat yang indah dan kekal abadi.

Doa Mohon Keselamatan Dari Semua Musibah (Doa Abu Darda)

Talha r.a. meriwayatkan: "Seorang telah datang kepada Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar." Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda r.a. memberi jawapan yang sama.

Pada kali yang keempat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! Api telah naik tinggi tetapi apabila sampai kepada rumah tuan, api telah padam."

Abu Darda r.a. menjawab: "Saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya satu doa yang mana jika dibaca selepas Subuh, si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas Subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."

* Doa ini juga baik dibaca pada waktu kita keluar rumah.


Sunday, January 24, 2010

Recovery time

Everyone has setbacks. The key to successfully dealing with them is to recover quickly and get back on track.

Sure, there's a tendency to feel sorry for yourself, to complain, and to imagine all the terrible things that can happen. These things may feel good in some strange way, and they're useful in moderation. But they won't get you where you're going.

The longer you take to mentally recover from your setbacks, the worse you make them. You can't prevent negative things from happening, but you can decide how much power they will have over your life.

When you experience a setback, put it in perspective. It won't look so bad when viewed in the overall context of your life. Look for ways to turn the problem into an opportunity. Maybe other people experience the same problem. Look for what you can learn from it. There's almost always some positive aspect to everything. And make adjustments so that it won't happen again. Take positive action instead of continuing to feel sorry for yourself.

It helps if you have a clear direction and focus, and a plan of action for your life. Then, instead of wallowing in self pity when setbacks come, you can get right back to work and leave them far behind.

-Ralph Marston

Sembelihan Binatang Yang Hampir Mati

Soalan :

Apa hukumnya bagi sembelihan binatang yang hampir mati?

Jawapan:

Di antara syarat sah sembelihan ialah; binatang yang hendak disembelih itu hendaklah masih hidup. Maksud ‘masih hidup’ ialah memiliki nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah) iaitu nyawa yang melebihi nyawa binatang yang disembelih. Tanda masih memiliki nyawa yang tetap itu ialah adanya tindak-balas selepas dilakukan sembelihan dan diyakini bahawa sembelihan memberi kesan terhadap kematiannya sama ada menyebabkan kematiannya atau mempercepatkan kematiannya (bagi binatang yang cedera, kemalangan atau sebagainya).

Tidak sah sembelihan yang dilakukan ke atas binatang yang telah mati. Begitu juga, tidak sah sembelihan ke atas binatang yang berada di hujung nyawa yang keadaannya sama seperti binatang yang telah disembelih.

Firman Allah: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (iaitu binatang yang tidak disembelih), darah, daging babi, dan binatang yang disembelih untuk selain Allah, (binatang) yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat tang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu bertenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Demikian itu adalah perbuatan fasik”.
- (al-Maidah, ayat 3)

Di dalam ayat di atas, Allah SWT mengharamkan memakan binatang tercekik, terjatuh, dipukul, ditanduk oleh binatang lain atau yang diterkam oleh binatang buas kecuali yang sempat kita sembelih ketika nyawanya masih ada.

Berkata Ibnu ‘Abbas r.a.; “Mana-mana dari binatang tersebut yang sempat kamu sembelih ketika ia masih mempunyai ruh/nyawa, maka makanlah kerana ia adalah bersih”.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Saidina ‘Ali yang berkata; “Jika binatang tersebut menggerakkan ekornya atau mengetih kakinya atau mengedip matanya (selepas kamu menyembelihnya), maka makanlah”.

Ibnu Jarir meriwayatkan juga dari Saidina ‘Ali; “Jika binatang yang tercekik, dipukul, terjatuh dan sebagainya itu sempat kamu menyembelihnya ketika ia masih menggerakkan kakinya, maka makanlah”.

Tawus dan al-Hasan juga berkata; “Binatang yang disembelih jika ia masih bergerak dengan suatu pergerakan yang menunjukkan ia masih ada nyawa pada badannya selepas disembelih, maka ia adalah halal”.

Berkata Imam Ahmad; “Jika ia menggerakkan ekornya, mengedipkan matanya dan mengalir keluar darah darinya (selepas disembelih), haruslah memakannya”.

Dari ulasan-ulasan sahabat dan ulamak ini dapatlah kita memahami dengan lebih sempurna maksud ‘memiliki nyawa yang tetap (hayah mustaqirrah)’ yang kita sebutkan tadi.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Maidah, ayat 3.
2. Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, jil. 8, halaman 401-402.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Penawar Sengatan Binatang Berbisa Seperti Lebah, Tebuan dsbnya

Caranya:-

1. Baca Al Fatihah 7 kali / Al Ikhlas 3 / 7 kali
2. Ludah di kawasan yang disengat.
3. Sapu dengan niat penyembuhan, InsyaAllah

Dalil:

Hadith Riwayat Abu Said al Khudri:

Beberapa orang sahabat Rasululah SAW bermusafir dan terserempak dengan sebuah kabilah yang mana penghulunya terkena sengatan ular atau binatang berbisa. Setelah diminta salah seorang sahabat berikhtiar dengan membaca 7 kali Fatihah dan meludahkannya di tempat yang terkena sengatan. Akhirnya penghulu tersebut sembuh dan para sahabat dihadiahkan dengan 30 ekor kambing. Apabila pulang mereka bertanya kepada baginda akan tindakan mereka itu. Maka Rasulullah SAW membenarkan tindakan mereka tersebut. Hadith ini adalah Riwayat Muslim.

Tambahan:
Guru saya, Sheikh Muhammad Nazim al Haqqani menyarankan mereka yang terkena sengatan, agar diubati dengan air liur dan garam.


Credit to: hayat annaqsyabandi
http://terapialquranpahang.blogspot.com/2009_10_01_archive.html

Kepentingan Menghargai dan Bersyukur

Hasan Al-Bashri ditanya tentang rahsia zuhudnya. Ia menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu, kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itu, aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah SWT mengawasiku, kerana itu, aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itu, aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah SWT."

Manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, sesempurna kesempurnaan seorang manusia yang diberi tugas besar sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Allah SWT telah membekalkan kepada manusia keistimewaan-keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk Allah yang lain.

1. Hargailah dan Syukurilah setiap sesuatu yang kamu miliki.

Ia tidak semestinya harta dan material, ia juga mencakupi kesihatan kita, usia kita yang masih hidup hingga hari ini, setiap hari masih ada makanan untuk kita makan, masih ada orang yang mahu menegur kita, masih ada orang yang mengucapkan "selamat pagi, atau salam sejahtera, atau assalamualaikum".

Syukurilah segala nikmat Allah dari sekecil-kecil yang selama ini tidak kita hiraukan seperti udara yang percuma, keupayaan membuang air kecil, deria anggota tubuh badan, dan sebagainya lagi yang tidak dapat kita sebutkan satu persatu, akan nikmat Allah pada makhluknya.

Adalah sangat mudah untuk menyebutkan perkara-perkara yang kita tidak miliki, tetapi, luangkanlah sedikit masa setiap hari untuk bersyukur sekurang-kurangnya pada 5 perkara yang kita perolehi pada hari ini. Ketika memikirkan 5 perkara ini, hayatilah betul-betul dan rasainya ke dalam perasaan kita.

Bayangkan seorang kanak-kanak kecil yang kamu kenali, yang kamu berikan hadiah atau makanan, tetapi kanak-kanak itu tidak menghargainya, membuangnya atau mengutuk pemberian kamu itu, adakah kebarangkalian untuk kamu membelikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Bagaimana pula jika kanak-kanak itu menunjukkan perasan gembira dan suka pada pemberian kamu itu, mengucapkan terimakasih, menjaga dengan baik hadiah pemberian kamu, sering menunjukkan pada kamu hadiah itu setiap kali kamu berjumpa dengannya? Bagaimanakah pula kebarangkalian untuk kamu memberikan lagi hadiah kepada kanak-kanak itu?

Begitulah perbandingan antara Tuhan dan hamba-hambanya. Firman Allah: "Barangsiapa yang mensyukuri nikmatKu, maka Aku akan menambahkan lagi nikmat Ku kepadanya"

Oleh itu bersyukurlah, berterimakasihlah, dan Allah SWT akan menambahkan lagi apa yang kita ada.

Jika dalam Hukum Tarikan, kita belajar bahawa mewujudkan keinginan itu amat penting, maka dalam Hukum Kecukupan, kita mempelajari bahawa Mensyukuri dan Menghargai nikmat itu amat penting. Kedua-dua perkara ini saling berkait antara satu dengan yang lain.

2. Wujudkan suatu persekitaran, kekuatan atau vakum pada diri kita, dimana semua perkara yang baik sahaja berada disekeliling kita.

Jangan isikan hidup kita dengan perkara-perkara yang sebenarnya kita tidak betul-betul perlukan. Ini adalah pembaziran. Walau pun kamu seorang jutawan, tidak bermakna kamu boleh membazir. Ingat! Membazir adalah sifat syaitan dan perlu dijauhi.

Tanyalah diri setiap kali bila keluar berbelanja, adakah barangan yang ingin kita beli itu, benar-benar kita perlukan atau tidak. Kecukupan bukan bermakna diri kita penuh dengan barangan yang kita tidak perlukan. Kecukupan dalam hidup adalah dengan mencari dan memperolehi perkara-perkara dan pengalaman yang benar-benar berguna untuk diri kita. Contohnya membeli sesuatu barangan kerana kita diberitahu oleh kawan, bahawa kita perlu ada barangan tersebut. Mungkin bagi kawan kita, barangan itu memang berguna untuk dirinya, tetapi tidak pada kita. Maka elakkanlah perkara ini dari berlaku. Kenalpasti keinginan kamu!

Mulakan membersihkan persekitaran peribadi kamu, bilik kamu dari benda-benda yang tidak digunakan lagi atau yang tidak kamu perlukan. Isikan wardrobe kamu dengan pakaian-pakaian yang relevan dan kamu perlukan. Yang memang tidak akan kamu pakai, sedekahkan pada orang yang memerlukannya. Kemas meja kamu dari nota-nota atau kertas yang lebih merupakan sampah sahaja. Kemaskini dokumen-dokumen kamu dengan sistem fail yang tepat dan kemas. Bersihkan longkang dirumah kamu, atau kosongkan tong sampah kamu. Berdisiplinlah dengan hidup ini. Buang semua cara berbelanja yang membazir. Bebaskan pemikiran , cara bercakap, apa yang kamu percaya, tindakan-tindakan kamu, yang selama ini berasaskan tidak cukup dan tidak puas.

3. Bersedekah dan berderma.

Jadilah seorang yang pemurah. Kita sentiasa inginkan agar Allah SWT menunjukkan sifat PemurahNya pada kita, tetapi adakah kita seorang yang pemurah dengan kemampuan diri yang ada pada kita? Dalam Islam "Satu sedekah ganjarannya adalah Sepuluh kali ganda" maksudnya setiap satu sedekah yang ikhlas dari kita, maka Allah SWT akan membalas balik dengan sepuluh kali ganda dari apa yang kita sedekah.

Dalam Hukum Tarikan, amalan bersedekah amat disarankan kerana dengan bersedekah, kita menghantar frekuensi bahawa kita mempunyai lebihan wang, maka kita menarik tenaga kecukupan pada diri kita. Sedekah juga mengajar hati kita menjadi bersih, ikhlas, dan dapat menghayati dan memahami kesusahan orang lain. Maka jadilah dermawan. Senyum juga satu sedekah. Bersedekahlah dengan apa yang anda miliki, tidak semestinya wang. Anda juga boleh berdoa untuk kesejahteraan orang lain, menyedekahkan tenaga dan sebagainya dengan ikhlas.

Rezeki dalam bentuk apa juapun adalah tenaga, sebagaimana yang kita semua faham bahawa seluruh alam ini, termasuk diri kita, adalah terdiri dari zarah-zarah atom yang merupakan tenaga. Tenaga bergetar dan bergerak dalam satu aliran-aliran yang tersendiri.

Cuba kita lihat pergerakkan udara (angin) dalam sebuah bilik yang tertutup, hanya tingkapnya sahaja yang terbuka. Kebarangkalian untuk angin mengalir masuk melalui tingkap adalah amat sedikit walaupun masih ada cukup udara dan oksigen. Sekarang, kita buka pintu bilik itu, anda akan dapat rasakan angin bertiup mula masuk melalui tingkap itu dan keluar melalui pintu kerana sudah ada aliran untuk udara keluar masuk.

Begitu juga lah dengan rezeki dan kecukupan diri kita. Rezeki akan datang melimpah-ruah andainya kita sedia berkongsi apa yang kita perolehi (bersedekah/murah hati) dengan orang lain. Tidak semestinya wang, ilmu juga jika disimpan, tidak diamalkan dan tidak disampaikan, ianya tidak akan bertambah malah menjadi semakin malap.

4. Maafkan semua perkara yang menyakitimu.

Bebaskan hatimu dari dendam. Apabila kamu masih menyimpan kemarahan, tidak kira atas alasan apa pun, sebenarnya, kamu hanya menyakiti dirimu, bukan menyakiti orang yang kamu marahi. Dendam dan marah hanyalah membuatkan kita sentiasa hidup pada hari semalam, dimana hari kita berasa disakiti ini hanya akan menyulitkan kita untuk maju ke hadapan dan memiliki masa depan yang baik.

Maafkan sesiapa yang telah melukakan kamu, bersalah denganmu. Luangkanlah dalam 10 minit sehari dengan mengucapkan:

"Aku maafkan dan bebaskan ..... dan aku harap mereka bahagia dan mereka akan pergi dari ku."

Antara kebaikan yang akan anda rasai apabila memaafkan seseorang:

1.Hati akan menjadi bersih/suci

2.Fikiran menjadi tenang

3.Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh

4.Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati

5.Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda

6.Rezeki akan dipermudahkan dan mula melimpah ruah

7.Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut

8.Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat

9.Doa cepat dimakbulkan

10.Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat

Praktikkan cara-cara ini, semoga akan dapat menukar minda kita kepada manusia yang berfikiran Serba Cukup. Dengan mengamalkan Hukum Kecukupan ini, semoga Hukum Tarikan akan mudah dimanifestasikan. Semoga kita semua beroleh Rahmat dan Petunjuk dari Allah S.W.T sentiasa.

Hidup ini adalah indah, apabila kita benar-benar bersyukur. Segalanya terletak pada hati/perasaan dan fikiran/minda kita. Kita harus melihat pemberian Allah SWT dengan mata rohani, sehingga mampu merasakan kekayaan rohani yang kita miliki. Keselamatan, kesihatan, ketenangan, keyakinan iman dan banyak lagi lainnya adalah kekayaan rohani yang sangat mahal harganya. Allah SWT tidak pernah melupakan hamba-hamba-Nya, manusialah yang lupa kepada-Nya kerana sedikit sekali manusia yang bersyukur kepada pencipta-Nya.

Sabda Rasullullah S.A.W : "Pada anggota manusia itu, ada seketul daging, jika baik daging itu, maka akan baiklah seluruh jasadnya. Ketahuilah bahawa yang dimaksudkan dengan daging itu adalah hati/perasaan".

wallahuaklamubissawab
Credit to: taalidi@yahoo.com

Quran Diturunkan Dengan Tujuh Macam Qiraat (Bacaan).

Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mula-mula Jibril mengajarkan (membaca Quran) kepada ku satu macam bacaan (qiraat) saja. Lalu aku sentiasa minta diulangkannya kepada ku (sampai aku mudah membacanya). Maka Jibril mengulang-ulangnya sehingga akhirnya bacaan itu menjadi tujuh macam."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0785

Saturday, January 23, 2010

The Power of Thought

Your thoughts become your reality. All behavior comes from the thoughts that preceded it. Every accomplishment great and small begins with a thought, a vision.

When you control your own thoughts, and focus them on a specific set of goals, then you have taken full control of your life. You are no longer a victim of circumstance, the moment you begin to visualize your own future.

No one can control your thoughts except you. No one can influence your thoughts unless you let them. Choose carefully the people who would affect your thinking. Surround yourself with positive, responsible, intelligent, open-minded thinking.

The person you are on the inside determines the person you become on the outside. Your mind, your body, and the whole world that surrounds you, are waiting to be shaped and guided by your thoughts. Waiting to leverage your thoughts into manifestation.

Think about the person you want to become, because you become the person you think about.

-Ralph Marston

Quran Diturunkan Sekaligus atau Berperingkat?

Soalan:

Berkenaan hari Nuzul Quran, saya keliru adakah Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam tu dahulu. Bukankah Al-Quran itu diturunkan beransur-ansur? Apakah pula maksud dalam surah Al-Qadr itu?

Jawapan:

Dalam Al-Quran, terdapat beberapa nas yang menunjukkan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, pada malam yang diberkati iaitu malam Lailatul Qadr.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran..."
-(Al-Baqarah: 185)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar."
- (Al-Qadr: 1)

Ayat-ayat ini adalah berkenaan penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekali gus pada Malam Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan.

Kemudian, daripada langit dunia, al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur mengikut peringkat tasyrik. Dan ia diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s.

Sebagaimana disebut dalam Quran yang bermaksud: "Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur."
- (Al-Isra: 106).

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Al-Itqan 1/117
- Tafsir Tabari 3/446
- Tafsir Ibn Katsir 1/501

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Petua Rawatan Jika Terlekat Tulang

Ramuannya:

1. Madu Lebah Asli

Celupkan jari ke dalam Madu Lebah Asli. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkanlah jari ke dalam mulut dan hisapkan jari itu perlahan-lahan. Insya-Allah, tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.

2. Bacaan Al-Fatihah Tujuh Kali

Bacalah Al-Fatihah sebanyak tujuh kali dan hembuskanlah ke dalam sebiji gelas yang berisi air lalu diminum oleh orang yang tersekat tulang di kerongkongnya. Insya-Allah tulang itu akan mudah keluar.

Memadai Baca Al-Quran

Soalan:

Bolehkah orang Islam menyimpan Bible di rumahnya? Tujuan membeli kitab berkenaan adalah untuk bacaan pengetahuan, terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam? Adakah ia patut dimusnahkan atau dibuang?

JAWAPAN:

Apabila seorang itu baru memeluk agama Islam, kitab yang paling wajar dibacanya ialah Al-Quran dan bukan Bible.

Pernah Omar r.a menceritakan kepada Nabi s.a.w. dia membaca Injil, lalu berubah muka Nabi dan Baginda bersabda: "Jika Isa a.s masih hidup, tentu dia sendiri akan membaca Al-Quran."

Ini membuktikan kitab rujukan orang Islam mestilah Al-Quran, apalagi bagi yang baru memeluk agama Islam akan lebih mengelirukan jika dia merujuk Bible, walaupun dengan tujuan untuk pengetahuan.

Rujuklah kepada Al-Quran saja kerana pengajaran dalam Al-Quran adalah lengkap.

Posted By: max09

Kisah Dajjal dalam Hadith Dan Fadilat Surah Kahfi

www.iluvislam.com

Persoalan tentang alam ghaib hanya didengar melalui dalil-dalil. Namun, hakikatnya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Antara perkara berbentuk al-ghaibiyyah ialah kapal nabi Nuh, tongkat Nabi Musa, syurga, neraka dan lain - lain. Kita tidak digalakkan untuk memperincikan bagaimana bentuknya, bila berlaku, adakah berjasad atau tidak serta seumpamanya. Begitu juga tentang dajjal yang termasuk dalam persoalan al-ghaibiyyah.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah dajjal. Baginda telah bersabda:

“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin."

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan aku terangkan kepada kamu ciri-ciri dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."

“Pada mulanya nanti dajjal itu mengaku dirinya sebagai Nabi. Ingatlah, tidak ada lagi Nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata dajjal itu tertulis ‘kafir’, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf."

“Di antara fitnah dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya dajjal nanti, Madinah dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”

Allah dan RasulNYA telah ajar cara untuk mengatasi fitnah dajjal. Antaranya ialah dengan menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim dalam sohehnya, nombor 809 yang bermaksud:

Dari Abu Darda' r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Siapa yang menghafal 10 ayat pertama dari surah al-Kahfi terpelihara daripada dajjal."

Dan satu lagi hadis dari kitab Al-Dhurr Al-manthur oleh al-Suyuti (5:355) yang bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, ianya dihindari dari dosa besar selama 8 hari, dari setiap fitnah yang muncul. Dan sesungguhnya apabila munculnya dajjal, terpeliharalah darinya."


4 kisah dipaparkan oleh Allah SWT di dalam Surah al-Kahfi.


Segala hadith Nabi s.a.w. menjelaskan tentang keutamaan membaca surah ini pada hari Jumaat dengan manfaat terbesarnya ialah: terselamat dari Fitnah Dajjal.



Bermula daripada kisah Ashaab al-Kahf, ia diikuti dengan kisah pemilik dua kebun bersama sahabatnya yang Mukmin, disusuli pula dengan kisah Musa bersama seorang hamba yang soleh (Khidr) dan disempurnakan dengan pembentangan kisah Dzulqarnain.




ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Bukan Salah Ibu Mengandung !

Hadith :

Dari Jabir r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Perumpamaanku dengan kamu sekelian ialah bagaikan seorang yang menyalakan api. Maka serangga-serangga berterbangan menjatuhkan diri ke dalam api itu. Padahal orang tersebut telah berusaha menghalaunya. Dan aku telah mencegah kamu semua agar tidak jatuh ke dalam api, tetapi kamu meloloskan (melepaskan) diri dari tanganku.”

- (Muslim)

Huraian:

Rasulullah s.a.w telah ditugaskan membawa petunjuk daripada Allah S.W.T dan kita selaku umatnya hendaklah menurut segala ajaran yang telah disampaikan itu kerana itulah satu-satunya jaminan kita akan terlepas daripada azab Allah SWT di akhirat kelak dan juga mendapat keselamatan hidup di dunia. Sesungguhnya tiada jaminan yang lebih besar selain daripada mendapat perlindungan daripada Allah yang Maha Berkuasa.

Meskipun dikatakan bahawa manusia itu tidak pernah terlepas daripada melakukan kesalahan dan dosa, namun tentu ada caranya agar kita tidak terus bergelumang dengan perkara-perkara tersebut iaitu dengan sesegera mungkin kembali kepada kebenaran dan meninggalkan kebiasaan buruk sebelumnya. disertai dengan meminta keampunan dari Allah dan bertaubat.

Oleh itu setiap manusia itu wajib menggunakan akal fikirannya untuk menilai manakah yang baik dan manakah yang buruk dan sentiasa memohon hidayah daripada-Nya agar ditetapkan hati dan jiwa mereka di atas jalan kebenaran kerana hidayah itu hanya akan singgah pada hati yang sentiasa mencarinya.

Friday, January 22, 2010

Adjust Your Thinking For Success

Here are five attitude adjustments for successful living. Keep them in mind as you go through your day.

1. Act, don't react. When you react to something, you are not really in control of your own destiny. Reactions can be time-wasting distractions that keep you from what you really want to do. Taking action, taking the initiative, will prevent you from having to react.

2. Remember that "those who know HOW will always work for those who know WHY. Look for the WHY, and see the big picture. There are always those who know HOW. The world rewards visionaries who can see the WHY.

3. Stay focused. Jumping from thing to thing dilutes your skills, your enthusiasm and your time. You can have anything you want, but not everything. Decide what you really want and go for it. Learn to let go of the rest.

4. Look for opportunity in all situations -- especially "problems". Every problem is positively ripe with opportunity. Opportunity is everywhere. Learn to open your eyes to it. Ask "How can I do this better? Why did this happen? What would prevent this problem from occuring in the future?"

5. Look for ways to create value. Those who can deliver the most value to the most people are the winners in life.

-Ralph Marston

Dua Perkara Yang Mendatangkan Azab

Hadith :

Ibnu Abbas menceritakan : Nabi s.a.w. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah s.a.w. : "Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya: "Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya: "Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda: “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”

- (Bukhari)

Huraian:

Sebagai seorang Muslim, aspek kebersihan hendaklah dititik-beratkan termasuklah perkara-perkara asas seperti qadha’ hajat (buang air kecil atau besar).

Islam selaku agama yang sempurna telah menyediakan tata-tertib yang sepatutnya untuk diikuti demi menjamin kesihatan umatnya.

Demikian juga dengan bersuci, di mana tabiat tidak bersuci sesudah kencing oleh sesetengah orang yang dianggap perkara biasa sebenarnya mendatangkan azab yang amat besar di akhirat kelak sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith di atas kerana membuang air tanpa bersuci atau membuang air di tempat-tempat terbuka (di tepi-tepi jalan tanpa bersuci) dilarang oleh Islam kerana ia mencerminkan adab yang kurang sopan selain mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan penyakit.

Ayat Kursi Menjadi Amalan

Soalan:

Betulkah apa yang saya dengar bahawa kita tidak boleh mengamalkan membaca Ayat Kursi setiap masa? Saya menjadi keliru kerana setelah membaca buku mengenai Hikmat Ayat Kursi bahawa Rasullullah s.a.w. sentiasa membaca Ayat Kursi banyak kali agar dilindungi oleh ALLAH SWT. Ada dakwaan lain pula menyebut sekiranya kita terlalu mengamalkan ayat Kursi, kita akan mengalami kesukaran untuk mati.

Jawapan:

Tidak dapat disangkal lagi kelebihan ayat al-Kursi berbanding ayat-ayat lain. Dalam masa yang sama, terdapat juga hadis lain menyatakan kelebihan antara surah dan ayat.

Ini bermakna, masing-masing ada kelebihan sebagaimana dinyatakan oleh Nabi s.a.w sebagaimana hadis Abdullah bin Ubai bin Ka’b di dalam sahih Muslim, Abu Dzar di dalam riwayat al-Nasaai dan sebagainya. Al-Bukhari juga menyatakan tentang kelebihan ayat al-Kursi mengenai kisah jin yang mengambil makanan daripada Baitulmal.

Menurut pemahaman saya, tidak mengapa membaca ayat al-Kursi pada tempat-tempat yang disyarakkan, seperti selepas solat fardu.

Menurut Abu Umamah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa membaca ayat al-Kursi di penghujung solat fardhu (selepas salam), tidak ada sesuatupun yang mampu menghalangnya untuk memasuki syurga kecuali kematian.”
- Hadis riwayat al-Nasaai dan Ibn Hibban. Sanad hadis ini sahih menurut syarat Imam al-Bukhari.

Juga harus digunakan sebagai ruqyah, iaitu mengubati orang ramai yang terkena rasukan jin. Tetapi, tidak harus mengamalkan ayat al-Kursi untuk tujuan kesyirikan seperti mengamalkannya pada hari tertentu dan jumlah tertentu semata-mata ingin mendapatkan karamah (keramat), menjadi kebal dan sebagainya.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

10 Jenis Sifat Zalim

Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa, insya-Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.

Pertama - Orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada hari Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.

Kedua - Orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan 'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.

Ketiga - Orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan dua rakaat solat sunat Tahiyyatul Masjid.

Keempat - Orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang kurangnya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.

Kelima - Orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.

Keenam - Apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat, tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar, khususnya dalam bidang keagamaan.

Ketujuh - Orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan munasabah.

Kelapan - Dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.

Kesembilan - Orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.

Ke-Sepuluh - Orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.

Thursday, January 21, 2010

Where There's A Will..

The willingness to do something creates the ability to do it. If you are willing enough to get something done, it will get done. Don't spend too much time worrying about how it will be done. You'll find a way if you're willing.

Your willingness can summon enormous resources within yourself and without, to bring about what you want.

So how do you create this powerful desire within yourself?

By knowing WHY. When you truly understand WHY you want something, you'll have the willingness required to get it. And if you can't find a WHY, then you really don't want it in the first place.

You can use willingness to turn around any negative, limiting thoughts that might creep into your mind. Just add the phrase "but I'm willing to" and you instantly turn a negative into a positive, like this:

I'm really not comfortable making sales calls...
...but I'm willing to give it my best shot.

I don't know how to do this...
...but I'm willing to learn.

I'm discouraged that I lost the business...
...but I'm willing to keep on trying until I succeed.

Be willing to do whatever it takes to succeed, and you will.

-Ralph Marston

Sembahlah Allah Dan Jauhi Sifat Sombong

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri."
- (an-Nisaa’: 36)

Huraian:

Dalam ayat ini termaktub perintah untuk beribadat kepada Allah SWT dan melarang beribadat selain daripada Allah sama ada benda, manusia, haiwan, malaikat atau pun syaitan.

Kemudian suruhan agar berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa secara khusus dan juga agar berbuat baik kepada kaum keluarga secara umum.

Galakan berbuat baik kepada ibu bapa kerana fitrah manusia mudah lupa kepada orang yang banyak berjasa, memelihara dan mendidiknya sedari kecil. Apabila mereka telah uzur, mereka sangat memerlukan pembelaan dan jagaan anak-anak mereka.

Sesungguhnya perintah Allah SWT agar berbuat baik kepada kerabat yang memerlukan pertolongan seperti jiran tetangga, anak-anak yatim dan orang miskin. Semua ini adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia yang memerlukan kasih sayang, suasana mesra dan saling bertimbang rasa supaya manusia dapat menjalani kehidupan dalam keadaan yang baik.

Seterusnya suruhan berbuat baik dengan cara meninggalkan sifat-sifat buruk seperti sifat sombong, riak, kedekut dan seumpamanya. Menjauhi sifat-sifat mazmumah sebegini mampu memantapkan kejernihan jiwa dan menepis sikap membangga-banggakan diri dalam kehidupan.

Kesimpulan:

Al-Quran mengungkapkan bahawa Allah SWT mengasihi orang yang bersih dari melakukan syirik kepada-Nya, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, orang miskin, anak-anak yatim serta menjauhi sifat sombong, riak dan kedekut.

Apabila semua perintah ini ditaati nescaya akan lahirlah masyarakat yang baik dan harmoni.

* Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Surah Apa Yang Terbaik Di Baca?

Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi s.a.w. ini yang bermaksud:-

"Bacalah Al-Quran kerana di hari kiamat kelak, ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya. Bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang di hari kiamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya. Bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir."
- (Riwayat Muslim)

Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain, disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.

Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman