Khas buat ibu-ibu yang kini sedang membawa kandungan.
Amalkan pemakanan yang sihat bagi memenuhi semua keperluan tubuh anda dan juga bayi di dalam kandungan. Antara keperluan utama bagi ibu-ibu ini adalah Asid folik (folic acid).
Asid Folik memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid Folik juga adalah untuk tumbesaran otak bayi. Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia.
Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan Asid Folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung. Tapi malangnya ramai wanita tidak tahu bahawa penambahan pengambilan Asid Folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi. Lebih malang lagi, bila sudah mengandung pun masih juga tidak mahu menuruti nasihat doktor untuk mengambil vitamin dan Asid Folik yang diberikan.
Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Menurut kajian, pengambilan Asid Folik dapat membantu mencegah kemungkinan kecacatan ini 50% ke 70% daripada ianya berlaku. Allah SWT yang menentukan semuanya tetapi usaha kita mengamalkan pencegahan dan doa kita untuk anak di dalam kandungan juga perlu ada.
Asid Folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. Para saintis tidak pasti sebenarnya bagaimana ia boleh membantu dalam pencegahan kecacatan kandungan (kuasa Allah tidak dapat disingkap) namun saintis pasti, ia membantu dalam pembentukan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang.
Satu kempen telah dijalankan di AS untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan Asid Folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan Asid Folik boleh didapati samada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan Asid Folik atau dengan pil Asid Folik.
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 hingga 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan Asid Folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan Asid Folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.
Sumber-sumber Asid Folik
Makanan berikut mengandungi Asid Folik:-
barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.
Risiko kekurangan Asid Folik
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
1. Sakit disekeliling mulut.
2. Sakit lidah.
3. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
4. Anemia.
Kesimpulan:
Mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik. Asid Folik boleh didapati di mana-mana farmasi.
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment