Saturday, January 28, 2012

Apakah mukjizat Nabi Musa ketika berhadapan dengan Firaun?

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Musa Sembilan mukjizat yang nyata.”
– Surah al-Isra’ 17:101

Menurut Ibn Abbas dalam Tafsir Ibn Kathir, mukjizat-mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa ialah:
1. Tongkat yang bertukar menjadi ular
2. Tangan yang bercahaya
3. Musim kemarau
4. Membelah Laut Merah
5. Taufan
6. Belalang
7. Kutu
8. Katak
9. Darah


Dipetik dari Majalah Solusi

The Cost

If success did not have a cost, everyone would enjoy it.

If achievement had no cost, it would be of no value.

If fulfillment required no effort, it would have no meaning.

We tend to think of great accomplishments in terms of the end result. Yet that is often just a token. The accomplishment itself is in the doing, in the effort, in the paying of the costs.

To live successfully requires not that you accumulate trophies, but rather that whether you are willing to pay the costs which success demands.

To live successfully requires effort, commitment, discipline, focus, passion and a whole host of other qualities which cannot be stored in a warehouse but which must be exercised from moment to moment.

The value that you seek, is in the price that you paid.

-Ralph Marston

BILA IMAN AKAN TERBATAL?

Iman yang sempurna terkandung di dalamnya 3 unsur:-

1. Keyakinan hati
2. Pengakuan lidah
3. Amalan anggota

Unsur pertama dan kedua adalah dasar iman di mana jika tiada, seorang itu adalah kafir. Jika seseorang Muslim hilang kedua unsur tersebut, dia akan jadi murtad.

Adapun unsur ketiga (amalan), ia adalah penyempurna kepada iman. Jika tiada, tidaklah menjadi kafir atau murtad, akan tetapi imannya tidak sempurna yakni seseorang itu masih dianggap mukmin, namun mukmin ashi (mukmin yang melakukan maksiat). Seorang mukmin yang sempurna ialah mukmin muthi' (mukmin yang taat).

Seorang muslim/mukmin akan jadi kafir/murtad jika hilang keyakinan hatinya terhadap Allah atau Rasul atau Agama (yakni mana-mana ajaran Islam yang pasti, yang tidak diragui lagi kedudukannya sebagai ajaran Islam). Jika dia mengisytiharkan ketidakyakinannya di hadapan orang lain, dia kafir/murtad di sisi Allah dan di sisi manusia. Jika dia tidak mengisytiharkannya, dia kafir/murtad di sisi Allah, walaupun di sisi manusia dia masih Islam kerana keputusan di sisi manusia dihukum berdasarkan apa yang zahir/nampak.

Selagi seseorang itu tetap meyakini perintah Allah dengan hatinya dan tiada tanda/bukti secara zahir dia menafikan perintah-perintah Allah, dia masih mukmin walaupun dia tidak melaksanakan perintah-perintah Allah.

Namun jika dia meninggalkan perintah-perintah Allah bersama hati yang engkar (tidak percaya lagi dengan perintah itu) atau dia bercakap mengkritik perintah-perintah tersebut (dalam keadaan dia tahu itu perintah Allah yang pasti, tiada keraguan), ketika itu dia menjadi kafir/murtad.

Wallahu a'lam.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Tuesday, January 24, 2012

Apabila Anak Fasih Berbicara

Stronger And Stronger

The more you do something, the stronger you become at it.

The more you work out with weights, the stronger your muscles become.

The more you complain, the better you become at complaining.

The more you learn, the better you become at learning.

The more you make excuses, the better you become at making excuses.

The more you achieve, the better achiever you become.

What are your strengths? What do you want them to be?

Negative habits can be very strong, because they've been practiced for so long. Any new positive action will be weak by comparison at first. Keep it up and it grows stronger. Decide what you want to be strong at, and do it, again and again.
It is impossible to become a champion body builder in a single workout. Strength takes time and repetition to develop. Start today to build the strengths that will serve you best.

-Ralph Marston

Berbuat Baik Kepada Anak Perempuan

Daripada Aisyah r.a.: "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

-Direkod oleh Bukhari (no: 1352) dan Muslim (no: 2629).

Saturday, January 14, 2012

Pandangan Mata Dalam Solat

Hadis:
"Allah akan sentiasa memandang hamba Allah yang bersolat selagi hamba itu tidak berpaling pandangannya".

Apa yang difahami, jika seorang itu bersolat maka dia akan sentiasa mendapat pandangan Allah selagi mana dia menghadap ke kiblat. Iaitu, wajahnya hendaklah dihadapkan ke kiblat dan di waktu yang sama matanya terbuka menghalakan pandangan ke tempat sujud yakni tempat dia meletakkan dahinya sewaktu sujud. Pandangan sebegitu hendaklah dikekalkan daripada bermula takbiratulihram sehingga selesai tahiyat akhir, sebelum salam. Termasuk mengekalkannya itu adalah sewaktu rukuk dan sujud. Khusus dalam tahiyyat, sewaktu mengangkat telunjuk jari kanan, sunat seketika itu untuk memandang kepada jari tersebut.

Makruh, jika seseorang menutup mata di dalam solat tanpa sebab. Kecuali dia mempunyai sebab tersendiri seperti didapatinya tempat sujudnya dialas dengan sejadah yang bergambar dan gambar tersebut boleh mengganggu solatnya. Maka dibolehkan untuk memejamkan matanya jika itu dapat membantu dia menumpukan solatnya. Sebaiknya bagi seseorang yang solat, alas tempat sujudnya adalah kain putih atau sejadah yang bebas daripada gambar.

Sunat bagi orang yang solat berjemaah sentiasa memastikan safnya lurus dengan matanya memerhatikan susunan saf sewaktu bangun berdiri untuk rakaat seterusnya. Di waktu ini, seseorang itu hendaklah melihat kakinya dan dirapatkan kembali jika tidak rapat dan diluruskan kembali jika tidak lurus. Rapat diukur mengikut bertemunya jari kelingking kaki seorang dengan seorang yang lain. Lurus diukur mengikut selarinya tumit seorang dengan seorang yang lain. Kemudian daripada itu, hendaklah dihalakan kembali pandangan matanya ke tempat sujud.


http://fekah.blogspot.com

Keajaiban Susu

Ilmu perubatan moden menyarankan agar minum susu kerana daripada banyak jenis makanan, susu adalah satu-satunya makanan yang terbukti mengandungi semua unsur utama yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Perkara ini sebenarnya telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. lama sebelum penemuan oleh ahli perubatan moden.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa diberikan minum susu hendaklah mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi, wa zidna minhu’ (Ya Allah, berikan kami berkat padanya dan berikan kami tambahan daripadanya), kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mewakili makanan dan minuman selain susu.”
- Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, sanad hasan)


Author: Ummu Sakinah Hj Muhammad
Dipetik dari Majalah Solusi

Thursday, January 5, 2012

Sembahyang Dengan Telekong Berwarna

Bolehkah saya mengenakan telekong berwarna selain warna putih?


Jawapan:

Tidak ada salahnya jika menggunakan telekong yang berwarna selain dari warna putih. Ini kerana syarat sah sembahyang ialah menutup aurat. Maka sebarang pakaian yang boleh menutup aurat dengan baik dan sempurna adalah dibolehkan untuk kita menggunakannya.


Credit to:
al-jawhar
Panel Feqh

Surpass Yourself

No matter how good life is, it can always be better.

No matter how far you've come, there is always room for growth.

No matter what you know, there is always something to learn.

What have you done today to surpass yourself? If you look, you'll find plenty of ways to surpass yourself. No one knows better than you, how to make the best of what you have. Start a positive spiral upwards. You have what it takes to make tomorrow even brighter than today.

If you constantly look over your shoulder and compare yourself to others, it can hold you back. Focusing on what you don't have leads to a mentality of lack and limitation. Instead, concentrate on what you do have, and on how to make it even better. Seek not to put yourself down, but rather to surpass yourself. Strive to improve on your own performance.

The most effective competitors are those who set their own challenges and then surpass them.

-Ralph Marston

Bagaimana Melaksanakan Wasiat

1. Sekiranya semua ahli waris bersetuju atau bermuakafat, maka bolehlah harta tersebut diberikan mengikut wasiat si mati. Persetujuan tersebut dibuat selepas empunya harta (si arwah) meninggal dunia, BUKAN semasa hidupnya.

2. Sekiranya ahli waris tidak bersetuju samada dari pihak anak ataupun balu, maka bahagian mereka yang tidak bersetuju itu dikekalkan. Hanya pihak-pihak yang bersetuju sahaja terlibat dalam serahan mengikut kadar bahagian mereka di dalam faraid.

3. Sekiranya pada mulanya semua bersetuju pada masa arwah masih hidup, tetapi kemudian selepas kematiannya, mereka TIDAK BERSETUJU, maka hendaklah semua ahli waris kembali kepada pembahagian secara faraid (undang-undang pusaka Islam).


Author : Ustaz Md Yazid Ahmad
Dipetik dari Majalah Solusi