Ilmu perubatan moden menyarankan agar minum susu kerana daripada banyak jenis makanan, susu adalah satu-satunya makanan yang terbukti mengandungi semua unsur utama yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Perkara ini sebenarnya telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. lama sebelum penemuan oleh ahli perubatan moden.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa diberikan minum susu hendaklah mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi, wa zidna minhu’ (Ya Allah, berikan kami berkat padanya dan berikan kami tambahan daripadanya), kerana sesungguhnya tidak ada sesuatu yang mewakili makanan dan minuman selain susu.”
- Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, sanad hasan)
Author: Ummu Sakinah Hj Muhammad
Dipetik dari Majalah Solusi
Saturday, January 14, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment