Saturday, January 14, 2012

Pandangan Mata Dalam Solat

Hadis:
"Allah akan sentiasa memandang hamba Allah yang bersolat selagi hamba itu tidak berpaling pandangannya".

Apa yang difahami, jika seorang itu bersolat maka dia akan sentiasa mendapat pandangan Allah selagi mana dia menghadap ke kiblat. Iaitu, wajahnya hendaklah dihadapkan ke kiblat dan di waktu yang sama matanya terbuka menghalakan pandangan ke tempat sujud yakni tempat dia meletakkan dahinya sewaktu sujud. Pandangan sebegitu hendaklah dikekalkan daripada bermula takbiratulihram sehingga selesai tahiyat akhir, sebelum salam. Termasuk mengekalkannya itu adalah sewaktu rukuk dan sujud. Khusus dalam tahiyyat, sewaktu mengangkat telunjuk jari kanan, sunat seketika itu untuk memandang kepada jari tersebut.

Makruh, jika seseorang menutup mata di dalam solat tanpa sebab. Kecuali dia mempunyai sebab tersendiri seperti didapatinya tempat sujudnya dialas dengan sejadah yang bergambar dan gambar tersebut boleh mengganggu solatnya. Maka dibolehkan untuk memejamkan matanya jika itu dapat membantu dia menumpukan solatnya. Sebaiknya bagi seseorang yang solat, alas tempat sujudnya adalah kain putih atau sejadah yang bebas daripada gambar.

Sunat bagi orang yang solat berjemaah sentiasa memastikan safnya lurus dengan matanya memerhatikan susunan saf sewaktu bangun berdiri untuk rakaat seterusnya. Di waktu ini, seseorang itu hendaklah melihat kakinya dan dirapatkan kembali jika tidak rapat dan diluruskan kembali jika tidak lurus. Rapat diukur mengikut bertemunya jari kelingking kaki seorang dengan seorang yang lain. Lurus diukur mengikut selarinya tumit seorang dengan seorang yang lain. Kemudian daripada itu, hendaklah dihalakan kembali pandangan matanya ke tempat sujud.


http://fekah.blogspot.com

2 comments:

  1. Salam. saya terjumpa blog ini di google semasa mencari mengenai kebaikan surah Taha. Pengisian yang amat menarik. Saya ada sedikit pertanyaan, wujud tak doa untuk membuatkan orang rindu pada kita? Puas sudah saya mencari, tapi belum berjumpa dengan doa itu. Jikalau ada, harap dapat kongsikan dengan semua. Jazakallah :)

    ReplyDelete
  2. Salam Nurfatehah, saya pernah postkan doa dari buku Tuan Guru Dato Dr Harun Din. Mungkin doa ini yang Nurfatehah cari :-

    http://bliss-infinity.blogspot.com/2010/03/ayatul-mahabbah-doa-supaya-dikasihi.html

    Terima kasih singgah ke blog saya.

    ReplyDelete