Soalan:
1. Bolehkah seseorang itu menitikkan ubat ke atas bibir mulutnya yang sakit (ulcer mulut) ketika berpuasa?
2. Bolehkah seseorang itu menggosok gigi menggunakan ubat pada waktu pagi sebelum pergi bekerja?
3. Apakah batal puasa dan solat seseorang yang menelan air liurnya ketika menunaikan solat dalam waktu berpuasa?
4. Seorang yang mengidap gastrik sering meludah kerana katanya air liurnya kerap keluar dan rasanya agak masam/pahit. Apakah ia boleh menelannya dan air liur yang bagaimana tidak dibenarkan ditelan ketika berpuasa?
Jawapan:
1. Menitik ubat ke bibir adalah harus dengan syarat menjaganya jangan sampai tertelan. Jika tertelan, batallah puasa.
2. Menggunakan ubat gigi semasa sedang berpuasa adalah harus. Pada zaman Nabi s.a.w., kayu siwak yang digunakan juga mempunyai rasa dan jirim dan tidak ada ulamak melarangnya ke atas orang yang berpuasa. Namun, sebagaimana syarat di atas; hendaklah dijaga jangan sampai tertelan. Jika tertelah, batal puasa.
3. Menelan air liur tidaklah membatalkan puasa, begitu juga tidak membatalkan solat, kecualilah jika air liur itu bercampur dengan makanan. Jika air liur bercampur makanan, wajiblah diluahkan. Jika ditelan, batallah puasa.
4. Jika dirasai air liur ada bercampur dengan sesuatu sama ada yang datang dari luar atau datang dari dalam (seperti air/muntah yang terbit dari perut, kahak/gelema, darah dari gusi atau sebagainya), wajiblah diluahkan. Jika tidak bercampur sesuatu (yakni semata-mata air liur) tidak mengapa ditelan.
Wallahu a’lam.
Credit to: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
Showing posts with label puasa. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012
Sunday, July 31, 2011
Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah Rasulullah SAW
Adab-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah SWT dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan Sunnah.
Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekaligus menghilangkan kelebihan puasa. Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:
“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:
“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”
- (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, cetakan Dar al-Fikr, Beirut).
Yang penting di dalam bulan Ramadhan adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunnah.
Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis:
1. Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis ini menerangkan punca kebaikan di dalam agama ialah mengikut sunnah Nabi s.a.w., iaitu Baginda menyegerakan berbuka puasa. Ini menolak dakwaan ajaran-ajaran karut yang kononnya melewatkan berbuka menambah pahala. Kata at-Tibi (meninggal 743H):
“Barangkali sebab Allah menyukai mereka yang bersegera membuka puasa ialah kerana apabila seseorang berbuka puasa sebelum solat, membolehkannya menunaikan solat dengan dihadirkan hati. Juga ia menyanggahi ahli bidaah yang berpendapat wajib melewatkannya.”
- (at-Tibi, Syarh Miskhat al-Masabih, 4/183, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Berut).
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).
Di dalam hadis daripada Anas katanya: “Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
- (Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan). Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
Inilah tertib yang dilakukan oleh Baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada, tamar dan jika tiada, air.
Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):
“Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada, maka dengan tamar, dan sekiranya tiada, maka dengan air. Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah, namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air.”
- (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, cetakan Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut). Di samping itu, dakwaan jika tiada tamar, maka dengan buah-buahan yang lain juga tiada sebarang dalil daripada sunah Nabi s.a.w.
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang telah dinyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan.
Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Dalam hadis yang lain daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesa.”
- (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Riwayat di atas juga menambah:
Bahawa Ibn Umar r.a. apabila dihidangkan untuknya makanan, manakala solat pula sedang didirikan, maka beliau tidak mendatangi solat melainkan hingga beliau selesai makan, sedangkan beliau mendengar bacaan imam. Ini kerana meninggalkan makanan dalam keadaan keinginan yang kuat untuk menjamahnya atau dalam perasaan lapar, boleh menghilangkan khusyuk di dalam solat, disebabkan ingatan terhadap makanan tersebut.
Dengan itu para ulama menyatakan dimakruhkan solat setelah makanan terhidang di hadapan mata. Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.
- (An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut).
Sebenarnya bukan pada makan malam atau solat Maghrib sahaja kita disunatkan mendahulukan makanan yang dihidang sebelum solat, bahkan sunnah ini meliputi semua solat dan waktu makan kerana dibimbangi menghilangkan khusyuk. Ini sekiranya makanan telah terhidang di depan mata. Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”
- (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir).
Malangnya ada di kalangan yang kurang faham, lalu mereka menyatakan bahawa kalau azan sudah berkumandang, hidangan dan makanan hendaklah ditinggalkan demi mengutamakan solat jemaah.
Adapun sekiranya makanan belum terhidang atau perasaan keinginan terhadap makanan tiada, maka tidaklah dimakruhkan untuk terus solat. Ini bukanlah bererti kita disuruh mementingkan makanan melebihi solat, sebaliknya tujuan arahan Nabi s.a.w. ini ialah untuk memastikan kesempurnaan solat.
Al-Imam Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) memetik ungkapan Ibn Jauzi (meninggal 597H):
“Ada orang menyangka bahawa mendahulukan makanan sebelum solat adalah bab mendahulukan hak hamba ke atas hak Tuhan. Sebenarnya bukan demikian, tetapi ini adalah menjaga hak Allah agar makhluk masuk ke dalam ibadahnya dengan penuh tumpuan. Sesungguhnya makanan mereka (para sahabat) adalah sedikit dan tidak memutuskan mereka daripada mengikuti solat jemaah.”
- (Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, 2/385, cetakan: dar al-Fikr, Beirut).
4. Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
"Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan."
- (Surah al-`Araf:31).
Di dalam hadis Baginda s.a.w. menyebut:
“Anak Adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberikan kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak dapat, maka satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan.”
- (Riwayat Tirmizi, katanya: hadis ini hasan sahih. Al-Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani dalam Fath al-Bari menyatakan hadis ini hasan).
Hadis ini salah difahami oleh sesetengah pihak, lalu mereka menyangka Nabi s.a.w. menyuruh umatnya jika makan, hendaklah satu pertiga untuk makanan, satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan. Sebenarnya jika kita teliti hadis ini bukan demikian, pembahagian tersebut ialah had maksimum. Kalau boleh kurang daripada itu. Sebab itu Baginda menyebut jika tidak dapat, maka tidak melebihi pembahagian tadi. Namun yang lebih utama digalakkan sekadar yang dapat memberi tenaga.
5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
- (Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
- (Faidh al-Qadir, 2/500).
Ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila berbuka, Baginda bersabda: Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insya-Allah.”
- (Riwayat Abu Daud, sanadnya hasan)
Namun setiap orang yang menunaikan puasa dengan sepenuhnya, hendaklah merebut peluang doa yang makbul ketika dia berbuka.
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
- (Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi dalam Al-Ahadith al-Mukhtarah menyatakan ia sahih 5/158).
Maka berdoalah kepada mereka yang menjamu kita berbuka puasa. Ini adab yang sangat baik.
Demikian senarai adab-adab yang terkandung di dalam sunnah Nabi s.a.w. ketika berpuasa. Semoga pengamalan adab-adab ini menambahkan lagi pahala puasa kita.
oleh : DRMAZA

Labels:
puasa
Tuesday, July 12, 2011
MEMASUKKAN AIR MELALUI SALURAN DARAH, ADAKAH MEMBATALKAN PUASA?
Apakah sah puasa seseorang itu sekiranya dia menerima rawatan masuk air dalam salur darah?
Jawapan:
Yang membatalkan puasa ialah apabila kita memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan, samada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).
Oleh demikian, memasukkan sesuatu ke dalam badan dengan suntikan melalui urat atau saluran darah, menyuntik ke bawah kulit atau ke dalam daging badan, tidak membatalkan puasa samada suntikan itu untuk tujuan pengubatan, taghziyah (iaitu memberi makanan seperti menyuntik vitamin, memasukkan air, kalsium dan sebagainya) atau membius. Ini adalah pandangan yang disepakati oleh imam-imam mazhab empat.
Pandangan ini juga turut dikemukakan oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi di mana menurut beliau; benda yang masuk melalui suntikan itu tidaklah masuk ke dalam badan melalui saluran terbuka dan ia juga tidak menafikan hikmah puasa iaitu berlapar dan menahan diri.
Namun ada setengah ulama’ semasa hari ini mengecualikannya dari suntikan makanan iaitu jika yang disuntik itu adalah bahan makanan seperti glukos atau sebagainya, maka batallah puasa kerana ia mengambil kedudukan seperti makan atau minum.
Rujukan;
1. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 434.
2. 1000 Sualan wa Jawaban Lil-Mar-ah al-Muslimah, Mustafa Abu al-Ghait dan Islam Dirbalah, hlm. 100.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

puasa,
soal jawab agama
Thursday, March 24, 2011
Puasa Dan Solat Bagi Individu Down Syndrome
Antara syarat wajib solat dan puasa ialah Mukallaf.
Maksud Mukallaf ialah:
Seseorang itu memiliki sifat-sifat yang menjadikannya mampu untuk menerima arahan Syarak (Allah dan Rasul) iaitu -
1. Berakal sempurna; yakni mampu membezakan antara baik dan buruk, dosa dan pahala, antara satu ibadah dengan satu ibadah yang lain.
2. Sampai umur (yakni telah baligh).
3. Sempurna pancainderanya; khusus yang berkaitan dengan penerimaan ilmu iaitu; mata dan telinga. Jika seseorang itu buta mata dan pekak telinganya (yakni rosak kedua-dua sekali), gugur kewajipan Syariat kerana ia tidak mempunyai alat untuk menerima arahan Syarak.
Oleh kerana individu Down Syndrome tidak mempunyai sifat pertama di atas (berakal sempurna), tidak wajiblah atasnya solat dan puasa.
Berdasarkan kajian, kebanyakan individu dengan Down Syndrome mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada sederhana (IQ 35–50).
- (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sindrom_Down).
Peringkat kecerdasan yang wujud: -
1. Melebihi 140: Kecerdasan genius – sifat mutlak untuk aktiviti kreatif, menentukan arah pembelajaran bagi orang lain (0.2%)
2. hingga 140 Kecerdasan unggul luar biasa – sifat luar biasa untuk aktiviti kreatif, pengurus atau pakar yang baik (2.8%)
3. hingga 130 Kecerdasan amat tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran tahap universiti dengan mudah, mampu mencapai hasil yang baik dalam aktiviti kreatif atau pengurusan (6%)
4. hingga 120 Kecerdasan lebih tinggi berbanding biasa – menamatkan pembelajaran di universiti, mempunyai etika kerja yang baik, mampu mendapat kerja yang baik(12%)
5. hingga 110 kecerdasan biasa tinggi – menamatkan pembelajaran di universiti dengan sedikit kesukaran. Dengan kecekalan dan kerja keras, seseorang pada peringkat ini mampu mencapai klasifikasi sosial pada kategori berikutnya (25%)
6. hingga 100 Kecerdasan biasa – mampu lulus peperiksaan untuk berijazah, bekerja pada kedudukan pertengahan (25%)
7. hingga 90 Kecerdasan di bawah tahap biasa – mampu menamatkan pendidikan asas dan sesuai bekerja dalam bidang kerja manual(10%)
8. hingga 80 Kecerdasan sempadan rendah – menamatkan pendidikan asas dengan kesukaran, mampu berjaya dalam kelas khas(10%)
9. hingga 70 Bodoh, kecerdasan rendah – jika dibimbing dengan betul, mampu menamatkan sekolah khas(6.8%)
10. hingga 50 Tolol, kecerdasan rendah aras sederhana – tidak dapat diajar, namun mempunyai tabiat harian sendiri untuk meneruskan hidup (2%)
11. hingga 20 Tongong, kecerdasan amat rendah – tidak dapat diajar dan dilatih(0.2%).
-((http://www.iq-test.my/faq/)
Wallahu a'lam.

Wednesday, August 25, 2010
Penggunaan INHALER Semasa Berpuasa
Soalan;
Apa hukum semburan Inhaler yang digunakan oleh orang yang penat. Adakah membatalkan puasa bila disembur siang hari Ramadhan?
Jawapan;
Di kalangan ulamak semasa hari ini berlaku perbezaan pendapat:
1. Sebahagian ulamak antaranya Syeikh ‘Atiyah Saqar (ulamak al-Azhar, Mesir), Syeikh Dr. ‘Ali Jumaah (ulamak al-Azhar dan mufti Mesir sekarang), Dr. Ahmad al-Kurdi (anggota lujnah fatwa Kuwait) dan beberapa ulamak lagi berpandangan:- Semburan itu membatalkan puasa kerana ia memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang bersaluran ke perut. Oleh demikian, orang yang menggunakan Inhaler batal puasanya, tetapi ia tidak berdosa kerana ada keuzuran (sakit) dan wajib ia mengganti puasanya pada hari lain selepas Ramadhan. Jika penyakitnya berpanjangan (tiada harapan sembuh di mana ia perlu berterusan menggunakan Inhaler itu), tidak dituntut lagi ia berpuasa dan hendaklah ia mengantinya dengan membayar Fidyah kepada orang miskin.
2. Sebahagian ulamak yang lain pula berpandangan:- Penggunaan Inhaler itu tidak membatalkan puasa kerana semburan itu tidaklah sampai ke dalam perut, hanya sampai setakat dada sahaja. Orang yang menggunakannya tidaklah ia berniat makan dan minum, tetapi semata-mata untuk membuka rongga penafasannya. Oleh demikian, semburan Inhaler tersebut tidak termasuk dalam pengertian makan atau minum, maka tidak membatalkan puasa.
Di antara ulamak yang berpandangan ini ialah Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syeikh Bin Baz (bekas mufti Arab Saudi), Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Usaimin dan beberapa lagi. Selain itu, dalam perbincangan Fiqh berkenaan hal-hal pengubatan/rawatan kali ke 9 juga telah memutuskan bahawa pengunaan Inhaler tidak membatalkan puasa.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh Atiyah Saqar, 2/18.
2. Fatawa ‘Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 201.
3. al-Kalim at-Thaiyyib (Fatawa Dr. Muhammad Ali Jumah), 1/109.
4. Rujukan internet; (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528614200), (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528613102) dan (http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=31650).

Thursday, August 12, 2010
Puasa Ramadhan: Antara Yang Ditinggalkan dan Ditokok Tambah.
Oleh
Hafiz Firdaus Abdullah
Perkara yang ditokok tambah:
[1] Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa
Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:
1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.
2. Menelan air liur membatalkan puasa.
3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.
4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.
5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.
Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis: [12]
Para ahli fiqh r.a. telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi s.a.w., yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.
Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya.
Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah SWT berfirman:
Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).
- [al-Baqarah 2:187]
Makanan dan minuman yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua kategori:
Pertama:
Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara hakiki kepada orang yang mengambilnya, sekali pun dalam jumlah yang sedikit.
Apa-apa makanan yang diambil secara sengaja dan sampai ke perut, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa minuman yang diambil secara sengaja dan melalui tenggorok, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa zat makanan yang dimasukkan ke dalam darah melalui suntikan, umpama glukosa yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, ia juga membatalkan puasa.[13]
Maka dengan itu apa-apa benda, makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, ia tidaklah membatalkan puasa. Contohnya, memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.
Merasai makanan yang sedang dimasak tidak membatalkan puasa, asalkan ia dikeluarkan semula. Baki makanan yang ditemui terselit di celah-celah gigi tidak membatalkan puasa, asalkan ia tidak ditelan secara sengaja. Menelan air liur, sengaja atau tidak sengaja, juga tidak membatalkan puasa. Air liur tidak pernah dianggap di sisi manusia yang normal sebagai minuman. Seandainya air liur adalah sejenis minuman, nescaya tidak ada manusia yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir. Demikian juga, mengambil suntikan insulin bagi pesakit kencing manis dan menggunakan alat melegakan pernafasan bagi pesakit asma, ia tidaklah membatalkan puasa.
Timbul persoalan, adakah menelan ubat tanpa disertai apa-apa minuman membatalkan puasa? Contohnya seorang berpuasa yang menghadapi pening kepala, lalu dia menelan dua biji Panadol. Adakah ini membatalkan puasa? Yang benar, dia tidak perlu meneruskan puasanya kerana sakit yang dihadapinya adalah salah satu bentuk keuzuran yang membolehkan dia berbuka. Maka berbuka adalah lebih utama daripada menjerumuskan diri ke dalam sesuatu yang diperselisihkan hukumnya.
Kedua:
Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit. Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.
Contohnya ialah orang yang menghisap rokok. Asap rokok bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap rokok membatalkan puasa. Akan tetapi bagi orang di sekitarnya yang terhisap asap rokok tersebut (secondary smoker), ia tidak membatalkan puasa kerana asap rokok tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.
Tetap pada contoh asap, menyedut asap kenderaan di lalulintas yang sesak tidak dianggap membatalkan puasa. Ini kerana asap kenderaan bagi manusia yang norma, tanpa dibezakan dia penghisap rokok atau tidak, bukanlah suatu nikmat yang memuaskan.
Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.
Dalil bagi apa yang disebut dalam kategori kedua ini ialah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda bahawa Allah SWT berfirman (Hadis Qudsi):
"Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa. Maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.[14]
Yang dimaksudkan dengan meninggalkan kenikmatan bukanlah semua bentuk nikmat seperti tidur, mandi dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah nikmat yang terhasil pada diri seseorang seumpama makan dan minum.
Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa dalam kebanyakan aktiviti seharian kita yang normal, tidak ada sesuatu yang menyebabkan terbatalnya puasa.
Antara hikmah berpuasa adalah mendisiplinkan diri daripada bersetubuh, makan, minum dan sesuatu kenikmatan yang seumpama makan dan minum pada siang hari. Menokok tambah hukum bahawa kononnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa, tidak ditemui dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak memiliki apa-apa peranan mahupun manfaat dari sudut hikmah disyari‘atkan berpuasa.
Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut:
"Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa".[15]
Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. “…kecuali jika kamu sedang berpuasa”, mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh badan berdasarkan analogi (qiyas).
Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh” dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai "minuman".[16]
[2] Mewajibkan lafaz niat
Membaca lafaz niat untuk berpuasa atau untuk apa-apa ibadah lain seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu, jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku” atau “Inilah solat Zohor aku”. Jika masih was-was maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan lintasan hati. Jika setelah itu masih was-was, maka janganlah diberi perhatian kerana ia tidak lain adalah permainan syaitan.
[3] Menetapkan waktu imsak
Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.
Allah 'Azza wa Jalla berfirman:
"Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar."
- [al-Baqarah 2:187]
Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.” (Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.”[17]
Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.
[4] Menghukum makruh jika mandi ketika puasa
Antara hukum yang ditokok tambah ialah kononnya makruh untuk mandi pada petang hari ketika berpuasa. Yang benar hukumnya adalah sunnah kerana Rasulullah s.a.w. pernah menyiram air ke kepalanya kerana haus atau panas.
Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman r.a. berkata: "Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan."[18]
Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim r.a.: [19]
Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun.
[5] Qadha dua kali apabila berbuka dalam puasa qadha
Termasuk hukum yang ditokok tambah adalah, jika seseorang itu sedang mengqadha puasa lalu dia membuka puasa tersebut samada kerana sengaja atau tidak, maka dia perlu mengqadha sebanyak dua puasa; yang pertama puasanya yang asal manakala yang kedua adalah puasa qadha yang dibukanya itu. Contoh, jika seorang muslimah sedang berpuasa untuk menqadha puasa Ramadhannya yang lalu, kemudian pada siang hari dia didatangi haid sehingga terpaksalah dia berbuka, maka kononnya dia diwajibkan qadha dua kali, pertama adalah mengqadha puasa Ramadhan yang lalu, kedua mengqadha puasa qadha yang dibukanya.
Yang benar muslimah tersebut hanya perlu mengqadha sekali, iaitu puasa Ramadhan yang lalu. Demikian juga, sesiapa yang membuka puasa qadhanya maka kewajipan dia hanya mengqadha sekali, iaitu puasa asal yang perlu diqadhanya. Ini kerana maksud “qadha” ialah melaksanakan suatu ibadah di luar waktunya dan kewajipan mengqadha hanyalah ke atas ibadah yang sepatutnya dilaksanakan dalam waktunya yang asal. Tidak ada qadha ke atas ibadah yang sedang dilakukan di luar waktunya yang asal.
[6] Membayar fidyah jika puasa qadha ditunda ke tahun seterusnya.
Sebahagian pendapat menyatakan, jika seseorang itu memiliki sejumlah puasa Ramadhan yang perlu diqadha, lalu dia tidak mengqadha dalam tahun tersebut sehingga menundanya ke tahun hadapan, dia wajib membayar fidyah sebagai denda di atas penundaan tersebut. Pembayaran fidyah ialah sekali makanan yang mengenyangkan mewakili setiap hari bagi setiap tahun yang ditunda.
Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat sebagaimana jelas Syaikh Yusuf al-Qaradhawi:[20]
Adapun jika penundaan puasa qadha terjadi tanpa keuzuran, maka ada keterangan daripada sejumlah sahabat yang mengatakan bahawa dia wajib memberi makan orang miskin (fidyah) setiap hari sebagai denda bagi penundaannya. Pendapat ini dipegang oleh Malik, al-Tsauri, al-Syafi‘e, Ahmad dan lain-lain.
Ada pendapat lain yang menyebut bahawa hal itu (penundaan puasa qadha) tidak menuntut apa pun selain qadha. Ini adalah pendapat al-Nakha‘e, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya serta dikuatkan oleh pengarang kitab al-Raudhah al-Nadiyah. Ini kerana tidak ada dalil apa jua tentang hal itu (penundaan puasa qadha) yang dapat disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Jika ada sekali pun, paling kuat ia adalah kata-kata sekelompok sahabat. Tentu ini bukan hujah bagi seseorang kerana kita tidak boleh beribadah kepada Allah SWT dengan hujah seseorang. Oleh kerana itu, hukum bagi hal ini (penundaan puasa qadha) adalah neutral dan dikembalikan kepada dasarnya (iaitu qadha sahaja tanpa fidyah). Tidak boleh menggunakan nukilan daripada kata-kata sahabat (dalam bab hukum-hakam) melainkan hadis (Rasulullah s.a.w.) yang sahih.
Saya (Syaikh al-Qaradhawi) melihat bahawa mengambil dalil daripada kalangan sahabat hanyalah sekadar hal-hal yang sunat, bukan wajib. Adapun yang wajib, kita memerlukan nas dalil daripada yang maksum (yakni Rasulullah s.a.w.) dan ini tidak kita perolehi.
Oleh itu dalam persoalan ini, yang lebih mendekati kebenaran ialah tidak perlu membayar fidyah. Seseorang yang menunda puasa qadhanya ke tahun seterusnya hanya wajib mengqadha, tidak lebih dari itu.
[7] Puasa dua dalam satu
Dalam sebahagian kitab fiqh disebut bahawa dibolehkan melaksanakan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Berdasarkan pendapat ini, merupakan satu kelaziman bagi sebahagian orang untuk melaksanakan kedua-dua puasa qadha dan puasa sunat Syawal dalam satu hari. Kebolehan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari adalah pendapat semata-mata dan sehingga kini tidak ditemui dalil yang membolehkannya daripada al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang sahih.
Di sini perlu digariskan bahawa manhaj kita dalam beribadah ialah berhenti sehingga diperolehi dalil yang sahih lagi muktamad (qath‘e) yang mensyari‘atkannya. Kita sebagai hamba tidak tahu apa, bila dan bagaimana bentuk ibadah yang akan diterima dan diredhai oleh Tuhan yang kita sembah, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Oleh itu kita hanya beribadah sekadar apa yang disyari‘atkan tanpa menambah atau mengubahsuainya. Pendapat manusia, sekalipun kita menghormati dan menyanjunginya, tidak boleh dijadikan hujah untuk menambah atau mengubahsuai sesuatu ibadah.
Justeru yang benar tidak ada amalan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Setiap puasa hendaklah dilaksanakan dalam harinya yang tertentu. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah menjelaskan:[21]
Hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Dalilnya ialah firman Allah: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya".
- (Maksud Surah al-Baiyinah 98:05).
Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman.
Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: :Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak".
Maka sesiapa mencampur-adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan tiada dibenarkan oleh Allah SWT. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.
Tidak dinafikan bahawa amalan puasa “dua dalam satu” rancak disebut-sebut dalam akhbar, majalah, televisyen, radio, ceramah, kuliah, khutbah dan sebagainya. Tidak kurang juga, orang-orang yang menyebutnya adalah mereka yang masyhur dalam menyampaikan cerita-cerita agama. Akan tetapi jika dicermati analisa secara mendalam, akan didapati bahawa apa yang mereka sampaikan adalah pendapat semata-mata tanpa ada dalil yang sahih lagi muktamad yang mendukunginya.
Di sini penulis ingin menasihatkan para pembaca sekalian bahawa kebenaran agama tidak dinilai oleh kemasyhuran seseorang tetapi berdasarkan dalil dan hujah yang disampaikannya. Jika dalam pelbagai urusan duniawi kita semua menekankan nilai fakta dan penelitian, maka hendaklah penekanan yang sama kita praktikkan dalam menerima sesuatu ajaran agama.
Demikian beberapa perkara yang ditinggalkan dan yang ditokok tambah berkenaan amalan dan hukum puasa yang sempat dibicarakan dalam risalah ini. Perkara-perkara yang dibicarakan merupakan apa yang lazim ditanya dan dibincang bersama penulis dalam kuliah-kuliah dan soal-jawab e-mel. Pasti sahaja perkara-perkara ini tidak memiliki batas maksimumnya kerana selagi mana manusia ingin menjadikan agama sebagai permainan akalnya, selagi itulah akan muncul amalan dan hukum yang berjauhan daripada keaslian al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.
Nasihat penulis kepada para pembaca, jadikanlah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sebagai tolok ukuran setiap ajaran yang diterima dan diamalkan. Jadikanlah ayat 59 surah al-Nisa’ sebagai manhaj utama dalam beragama.
Rujukan:
[12] Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), ms. 118 & 107-108
[13] Yang tepat, orang yang sakit sehingga tidak dapat makan dan minum seperti biasa tidak perlu berpuasa kerana keuzuran yang dihadapinya tidak mewajibkan dia berpuasa.
[14] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.
[15] Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…)
[16] Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, ms. 117
[17] Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 617 (Kitab Azan).
[18] Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).
[19] Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud (Dar al-Fikr, Beirut 1995), jld. 6, ms. 395.
[20] Fiqh al-Siyam, ms. 98.
[21] Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur 1996), ms. 136-137
Soalan:
Bagaimana pula dengan menggosok gigi? Ada setengah-setengah orang kata tak boleh. Ada yang kata boleh tapi kalau lepas zohor akan jadi makruh?
Jawapan:
Bersugi dan memperbanyakkan bersiwak menggunakan kayu sugi adalah amat digalakkan dalam setiap waktu di bulan Ramadhan, samada pagi , tengahari atau petang. Ia berdasarkan hadith sohih yang menyebut : dari 'AMir bin Rabi'ah berkata "Telah aku lihat Nabi SAW bersiwak tidak terkira banyaknya dalam keadaan baginda berpuasa ( riwayat al-Bukhari) tapi perlu ingat, siwak Nabi adalah guna kayu sugi tanpa air dan ubat gigi. Justeru tiada kemungkinan Nabi terminum atau termasuk di perut Nabi ubat gigi. Justeru, jika gosok gigi pakai ubat gigi, maka tatkala itulah terdapat ijtihad mengatakannya sebagai makruh kerana bimbang terbatal kerana minum air kumuran dan ubat gigi. Keadaan ini berlainan dengan siwak Nabi SAW.
Sumber : http://groups.yahoo.com/group/zaharuddin/message/591
Soalan:
Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ke tahap memuntahkannya?
Jawapan :
Tertelan kahak yang masih di mulut tidak membatalkan puasa. Tidak perlu juga mengeluarkan kahak tersebut hingga tahap memuntahkannya kerana muntah adalah antara perkara yang membatalkan puasa menurut sebilangan ulama. Walaupun ia bukan sepakat ulama, mengelakkannya adalah lebih baik. Tetapi jika kewujudan kahak itu mengganggu dan menyebabkan ketidak-selesaan, wajarlah ia dikeluarkan sekadar yang mampu. Jika ketika berusaha mengeluarkannya menyebabkan termuntah secara tidak sengaja, ia tidak membatalkan puasa.
Wallahua'lam.
Ustaz Rasyid bin Idris
Sumber : al qayyim
Dipetik dari : http://www.benashaari.com

Wednesday, August 4, 2010
PUASA NAZAR DAN PUASA SUNAT BERSEKALI
Soalan:
Bolehkah kita membayar puasa nazar bersama dengan puasa sunat, contohnya puasa sunat Syaaban niat sekali untuk membayar puasa nazar?
Jawapan:
Harus menghimpunkan kedua-dua puasa tersebut dalam satu puasa. Hendaklah meniatkan kedua-duanya sekali atau meniatkan puasa nazar. Jika saudara meniatkan puasa Sya'ban sahaja, tanpa meniatkan puasa nazar, sah puasa saudara untuk sunat Sya'ban sahaja. Adapun puasa nazar tidak dikira bagi saudara kerana saudara tidak meniatkannya. Ini kerana menurut ulamak; "Yang sunat boleh dimasukkan ke dalam fardhu, tetapi yang fardhu tidak boleh dimasukkan ke dalam yang sunat".
- (al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, Dr. Muhammad Bakr Ismail).
Jika saudara meniatkan puasa nazar sahaja, insyaAllah akan termasuk di dalamnya puasa sunat Sya'ban kerana yang dikehendaki dari puasa Sya'ban ialah semata-mata wujud puasa di dalam bulan itu sama ada dengan puasa qadha, puasa nazar atau puasa sunat.
Perlu diperingatkan, niat puasa bagi nazar hendaklah dilakukan di malam hari kerana semua puasa wajib/fardhu (samada puasa Ramadhan, qadha atau nazar), disyaratkan niatnya dilakukan pada malam hari -sebelum masuknya waktu subuh- .
Wallahu a'lam.
Rujukan;
1. al-Qawa'id al-Fiqhiyyah, Dr. Muhammad Bakr Ismail, hlm. 135
2. Fatawa Syeikh 'Atiyah Saqar (Min Ahsanil-Kalam...), juz. 2, hlm. 23.

Thursday, July 15, 2010
Puasa Sunat Bulan Syaaban
Adakah disunatkan berpuasa penuh di bulan Sya’ban?
Ya. Disunatkan berpuasa keseluruhan hari di bulan Sya’ban atau kebanyakan harinya.
Ini berdasarkan hadis dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban di mana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” .
- (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai).
‘Aisyah pula menceritakan; “Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”.
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Menurut ulamak; difahami dari hadis-hadis di atas bahawa Nabi s.a.w. adakalanya berpuasa sebulan penuh di bulan Sya’ban dan adakalanya baginda tidak berpuasa sebulan penuh tetapi pada kebanyakan harinya sahaja. [1]
Apa hikmahnya Rasulullah s.a.w banyak berpuasa di bulan Sya’ban?
Seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid r.a. pernah bertanya Nabi s.a.w. kenapa beliau banyak berpuasa di bulan Sya’ban? Nabi s.a.w. menjawab; “Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”.
- (Riwayat Imam an-Nasai. Hadis menurut Syeikh al-Albani adalah hasan).
Apakah kelebihan malam nisfu Sya’ban?
Sabda Nabi s.a.w.; “Pada malam nisfu Sya’ban, Allah SWT melihat kepada sekelian makhlukNya. Lalu Dia mengampunkan ke semua mereka kecuali orang musyrik dan orang yang bermusuh dengan saudara seagama”.
- (HR Imam at-Thabrani dan Ibnu Hibban dari Mu’az bin Jabal r.a)
Nota kaki: [1] Fiqh Al-'Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 431.

Sunday, July 11, 2010
FIDYAH PUASA
Soalan:
Siapakah yang wajib mengeluarkan fidyah puasa? Bagaimana cara mengeluarkannya?
Jawapan:
Fidyah puasa bermaksud mengeluarkan kadar tertentu dari makanan asasi setempat bagi setiap hari yang ditinggalkan dari puasa bulan Ramadhan dan diberikan kepada orang miskin.
Kewajipan fidyah puasa ini berdasarkan firman Allah: “…Dan wajib ke atas orang-orang yang payah/sukar mengerjakan puasa (kerana tua, sakit yang tiada kemungkinan sembuh dan sebagainya) membayar fidyah, iaitu memberi makan seorang miskin (bagi tiap-tiap hari yang ditinggalkan puasanya)…”.
- (al-Baqarah: 184)
Orang-orang yang dituntut membayar fidyah puasa ialah:
1. Orang yang meninggalkan puasa kerana sakit yang tiada harapan sembuh
2. Orang tua yang tiada lagi kemampuan/daya untuk berpuasa.
3. Wanita hamil yang berbuka puasa kerana bimbangkan kandungannya.
4. Wanita menyusu yang berbuka puasa kerana bimbangkan anak yang disusuinya itu.
5. Seorang yang mati sebelum sempat mengqadha’ puasanya.
6. Seorang yang sengaja menangguh-nangguh qadha’ puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya dan ia belum menunaikan puasa Qadha-nya. Ia wajib membayar fidyah di samping mengqadha puasanya itu.
Kadar satu fidyah ialah secupak beras (menyamai ukuran hari ini; 650 gram beras).[1] Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; harus dikeluarkan dengan wang senilai dengan harga beras itu. Malah beliau mengharuskan menunaikan fidyah itu dengan memberi makan orang miskin, yakni membuat makanan dan kemudian menjemput orang miskin menikmatinya. Memakai pandangan Imam Abu Hanifah ini, Syeikh 'Atiyah Saqar rhm (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) menyebutkan; satu fidyah ialah dengan memberi makan seorang fakir/miskin dengan makanan yang mencukupinya untuk makanan pagi (ghada’) dan malam (asya’).
Satu fidyah hanya harus diberikan kepada seorang fakir miskin sahaja. Namun jika fidyah itu banyak, maka harus jika hendak diberikan kepada seorang atau beberapa orang fakir dengan syarat bilangan mereka tidak boleh melebihi bilangan fidyah (supaya tidak berlaku satu fidyah diagihkan kepada lebih dari seorang fakir).
Jika orang yang wajib membayar fidyah tersebut tidak mampu membayarnya kerana miskin, maka terhapuslah kewajipan membayar fidyah seperti terhapusnya kewajipan membayar zakat fitrah. Pendapat ini yang disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam kitabnya “Tuhfah”. Namun menurut Syeikh Ramli dan juga Khatib Syarbini; tidak terhapus kewajipan membayar fidyah kerana miskin dan fidyah yang belum terbayar itu menjadi hutang. Jika ia mati sebelum membayar fidyahnya, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya. (Rujuk; Sabilal-Muhtadien, hlm. 768, lihat juga; al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257)
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2, hlm. 92.
2. Sabilal-Muhtadien, hlm. 768.
3. Al-Majmu’, jil. 6, hlm. 257.
4. Al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353
5. Fiqh al-‘Ibadat, Hasan Ayyub, hlm. 449.2.
6. Al-Fatawa Min Ahsanil-Kalam, Syeikh 'Atiyah Saqar, jil. 2, hlm. 16.
Nota Kaki;
[1] Menurut mazhab Syafi'ie; Syarat makanan bagi Fidyah dan Kaffarah menyamai syarat makanan bagi Zakat Fitrah dari segi jenis dan sifatnya. Begitu juga, disyaratkan dalam kewajipan Fidyah dan Kaffarah (sebagai mana zakat fitrah) ada kelebihan dari keperluan diri sendiri dan ahli keluarga termasuklah khadam (merangkumi keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal). (Rujuk; al-Iqna’, jil. 2, hlm. 353)

Saturday, March 6, 2010
Berbuka Puasa Kerana Peperiksaan
Soalan:
Adakah dibolehkan bagi seorang pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan penting untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadan yang kemudian digantikan selepas Ramadan?
Jawapan:
Hukumnya Tidak Boleh meninggalkan puasa.
Hal ini kerana peperiksaan, kalau yang penting sekalipun, tidak boleh dijadikan rukhsah (kelonggaran) untuk seseorang tidak berpuasa. Kelonggaran dalam bab ini hanya pada dua perkara iaitu:-
1. Musafir
2. Sakit.
Kedudukan puasa Ramadan adalah fardhu dan kalau sengaja ditinggalkan adalah dosa besar.
Ustaz Syed Mohd Fadzli Al Yamani
Dipetik dari Majalah Solusi

Monday, February 22, 2010
Sengaja Membatalkan Puasa Qadha
Soalan:
Berdosakah kalau saya buka puasa qadha Ramadan kerana malas?
Jawapan:
Tidak boleh berbuka puasa/membatalkan qadha Ramadan, puasa nazar atau apa sahaja amalan wajib yang lain dengan sengaja, setelah memulakannya.
Sama seperti solat fardhu; di mana tidak dibenarkan berhenti selepas memulakannya, melainkan jika keadaan darurat.
Tetapi, boleh membatalkan puasa sunat bila-bila masa mengikut kehendak orang yang berpuasa itu. Begitu juga dengan amalan sunat yang lain.
Sesiapa yang pernah membatalkan puasa wajib hendaklah bertaubat kepada ALLAH dan jangan ulangi perbuatan itu. Walau bagaimanapun, dia tidak perlu membayar apa-apa kifarat.
- (Rujuk: Al-Mughni, jil:4, ms 412 dan al-Majmu', jil: 6, ms: 383).
Ustazah Sakinah

Thursday, December 10, 2009
Haid Berulang
Soalan:
Apa hukum puasa dan solat bagi wanita yang telah kering haidnya dalam tempoh 3 waktu solat, kemudiannya mandi hadas dan mengerjakan puasa/ solat? Selang sehari atau 2 hari, haid datang semula. Bagaimana puasa yang telah dikerjakan? Perlukah diQadha atau sebaliknya? Bagaimana status solat yang dikerjakan?
Jawapan:
Dalam masalah tersebut terdapat khilaf di kalangan ulamak:
1) Mazhab Syafi’ie dan Abu Hanifah berpendapat; suci yang berlaku pada hari-hari kebiasaan haid dikira sebagai haid. Oleh demikian, jika seorang wanita mendapati satu hari keluar darah dan satu hari berikutnya suci (di mana ia mengetahui suci itu sama ada dengan keringnya darah atau dengan ia meletakkan kapas dan tiada kesan darah haid pada kapas), kemudian hari berikutnya datang semula darah, maka menurut pandangan ini, keseluruhan hari itu adalah haid.
Berkata Imam Khatib as-Syirbini dalam al-Iqna’: “Suci antara darah-darah samada dalam tempoh minima haid (iaitu sehari semalam) atau lebih, adalah dikira haid kerana mengikutinya (yakni mengikuti haid), tetapi dengan beberapa syarat iaitu;
a) Tempoh suci itu tidak melebihi 15 hari.
b) Darah-darah haid (yang keluar secara keseluruhannya) tidak kurang dari tempoh minima haid iaitu sehari semalam.
c) Suci itu hendaklah dikelilingi antara dua darah haid”.
2) Mazhab Maliki dan Hanbali pula berpandangan; hari suci antara hari-hari kebiasaan haid adalah dikira suci. Oleh demikian, seorang wanita pada hari suci tersebut, hendaklah mandi dan menunaikan solat, harus ia berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran dan tidak ditegah suaminya mensetubuhinya.
Merujuk kepada soalan, jika pandangan pertama dipakai, puasa yang dilakukan pada hari-hari suci antara dua darah haid itu adalah batal dan perlulah diqadha pada hari lain selepas Ramadhan kerana mengikut pandangan pertama tersebut; suci antara dua darah haid adalah dikira haid apabila terdapat tiga syarat di atas.
Adapun jika pandangan kedua dipakai, puasa pada hari-hari suci itu adalah sah kerana mengikut pandangan kedua itu; hari-hari suci antara dua darah haid adalah dikira suci.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. al-Haidh Wa an-Nifas Wa Ahkam at-Toharah Lin-Nisa’, Ibrahim Muhammad al-Jamal, hlm. 42-43.

soal jawab agama,
solat
Wednesday, December 2, 2009
4 Hal Yang Tidak Pernah Ditinggalkan Oleh Rasulullah SAW
Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan kepada umatnya yang mahu dan mampu, agar melakukan puasa sunat pada 8 hari pertama bulan Zulhijjah, iaitu dari tanggal 1 hingga tanggal 8.
Dalil puasa tanggal 9 Zulhijjah atau puasa Arafah itu adalah sebagai sabda Rasulullah SAW : "Puasa hari Arafah itu menggugurkan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya".
- (HR. Muslim)
Sedangkan dalil puasa 8 hari bulan Zulhijjah adalah sebagai berikut :
Empat hal yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW:
[1] Puasa hari Asyura,
[2] Puasa 1-8 zulhijjah,
[3] 3 hari tiap bulan dan
[4] Dua rakaat sebelum fajar.
- (HR. Ahmad, Abu Daud dan Nasai).
Dari Ibni Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada amal yang lebih dicintai Allah SWT dari hari ini (iaitu 10 hari bulan Zulhijjah)". Mereka bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w., dibandingkan dengan jihad fi sabilillah?". "Meskipun dibandingkan dengan jihad fi sabililllah".
- (HR. Jamaah kecuali muslim dan Nasai Lihat Nailul Authar : 3/312).
Author : Ibrohim Hanifa

Saturday, November 7, 2009
Memasukkan Alat Scan Ke Dalam Faraj; Adakah Membatalkan Puasa?
Soalan:
Saya dan suami merancang untuk menjalani prosedur IVF (in vitro fertilization) atau lebih dikenali sebagai bayi tabung uji. Keputusan menjalani IVF ini dibuat setelah gagal mendapat zuriat dengan kaedah2 perubatan yang lain. Walaubagaimanapun, prosedur ini memerlukan pemeriksaan ovari yang dijalankan melalui kaedah transvaginal ultrasound (alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj untuk mendapatkan imej ovari) pada hari-hari tertentu. Keseluruhan kaedah ini memerlukan tempoh rawatan selama 2 bulan setengah. Doktor telah menyusun jadual pemeriksaan dan suntikan hormon untuk saya yang kebanyakannya jatuh pada hari-hari tertentu dalam bulan Ramadhan ini (biasanya, rawatan kesuburan seperti ini memerlukan penjadualan teratur untuk memastikan matlamat IVF itu sendiri tercapai). Adakah alat scan yang dimasukkan ke dalam faraj itu akan membatalkan puasa saya?
Jawapan:
Menurut mazhab Syafi'ie, antara perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu melalui kemaluan hadapan dan belakang (dubur, zakar dan faraj). Oleh demikian, berdasarkan pandangan mazhab ini, puan hendaklah menangguhkan prosedur tersebut ke bulan lain kerana ia akan membatalkan puasa. Jika tidak dapat dielakkan, harus puan melakukannya, namun puan wajib menggantikan puasa yang terbatal itu di hari lain selepas Ramadhan.
Ada ulamak berpandangan; perkara tersebut tidaklah membatalkan puasa kerana tiada dalil yang menegaskannya. Antara mereka ialah; Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah dan asy-Syaukani. Mengikut pandangan kedua ini, tiada sebarang halangan untuk puan melakukan prosedur tersebut dalam bulan Ramadhan kerana ia tidak membatalkan puasa. Pandangan kedua ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqh as-Shiyam.
Dalam mengemukakan perkara-perkara yang membatalkan puasa (malah juga ibadah-ibadah yang lain), di kalangan ulamak ada yang mengambil pendekatan ihtiyat (berhati-hati) dan ada yang mengambil pendekatan berpada dengan sekadar yang disebut di dalam nas.
Mazhab-mazhab Fiqh yang masyhur (Hanafi, Syafi’ie, Maliki dan Hanbali) kelihatannya mengambil pendekatan pertama, kerana itu huraian tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa dalam kitab-kitab mazhab cukup panjang berjela walaupun nas-nas yang berkaitan dengannya sedikit sahaja.
Beberapa ulamak terkenal – seperti Imam Ibnu Hazm, Imam Ibnu Taimiyyah, Imam as-Syaukani dan sebagainya- cenderung mengambil pendekatan kedua.
Menurut Imam Ibnu Hazm; Memasukkan ubat melalui lubang dubur, menitik air/ubat melalui saluran kencing atau telinga, menyedut ubat melalui hidung, bercelak, merawati luka yang menembus ke perut dan luka yang sampai ke dalam kepala; semuanya tidak membatalkan puasa kerana ia tidak tergolong dalam pengertian makan dan minum. Kata beliau: “Sesungguhnya kita ditegah Allah ketika sedang berpuasa dari makan, minum, jimak, sengaja muntah dan melakukan maksiat. Tidak pernah kita mengetahui bahawa makan dan minum boleh melalui dubur atau saluran kencing atau telinga atau mata atau hidung atau luka yang menembusi ke perut dan ke kepala. Kita tidak ditegah sekali-kali dari memasukkan sesuatu ke rongga dalam (selain dari makan dan minum) selama ia tidak diharamkan (oleh nas Syarak) ke atas kita”.
- (al-Muhalla, 4/348).
Pada khilaf ulamak ada keluasan bagi umat Islam. Berkata Umar bin Abdul-‘Aziz: “Aku tidak gembira jika sahabat-sahabat Nabi tidak berbeza pandangan, kerana jika mereka semua sepakat atas satu pandangan, sesiapa menyalahinya, ia akan sesat. Namun jika mereka berbeza pandangan, lalu seorang memakai satu pandangan dan seorang yang lain memakai satu pandangan lain, maka terdapat keluasan/kelonggaran bagi urusan tersebut”.
* Untuk membaca lebih lanjut pandangan ulamak tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa, sila baca di (http://ilmudanulamak.blogspot.com/2008/09/kemusykilan-tentang-perkara-perkara.html) dan (http://fiqh-am.blogspot.com/2008/07/puasa-perkara-perkara-membatalkan-puasa.html).

Sunday, November 1, 2009
Keistimewaan Aidil Adha
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Tidak ada suatu hari di mana Allah SWT memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hamba-Nya, lalu Allah memuji mereka di hadapan para Malaikat.”
- Riwayat Muslim dan Aisyah r.a
Huraian:
i) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
ii) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk “menghampiri Allah S.W.T” yang juga disebut sebagai menyahut panggilan “Baitullah” atau menjadi “tetamu Allah” di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
iii) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat, serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci, seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
iv) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
a) Bertawaf di sekeliling Kaabah - sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajarul Aswad.
b) Wukuf di Padang Arafah - sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan besar di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
v) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.

hadis,
puasa,
umrah/haji
Saturday, October 31, 2009
Perihal Fidyah
Pertanyaan:
Bolehkah fidyah menggunakan duit?
Jawapan:
Menurut kefahaman saya, paling afdal fidyah yang perlu dikeluarkan adalah dalam bentuk makanan asasi bukannya ditukar kepada wang ringgit berdasarkan firman ALLAH S.W.T:
“Wajib ke atas orang-orang yang tidak mampu berpuasa mengeluarkan fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin.”
- Surah al-Baqarah : 184.
Wallahu a’lam.
Ustaz Mohd Noor

Thursday, October 22, 2009
Masalah Mengganti Puasa
Soalan:-
Pada tahun lepas, saya tidak dapat berpuasa selama beberapa hari atas sebab kedatangan haid. Disebabkan saya mengandung dan mempunyai tekanan darah rendah, pada tahun ini saya hanya dapat mengganti beberapa hari sahaja sebelum bulan Ramadhan. Adakah perlu saya membayar kifarah atau saya hanya perlu berpuasa 2 kali ganda dari jumlah yang perlu saya ganti? Jika perlu saya membayar kifarah, bagaimanakah kiraannya?
Jawapan:-
Puan perlu menggantikan puasa walaupun telah terlepas tahun. Sepatutnya puasa ganti tidak boleh dilengahkan sehingga tiba Ramadan berikutnya melainkan bersebab. Apa yang puan perlu lakukan hanyalah ganti puasa mengikut jumlah hari yang tertinggal pada tahun lalu. Tidak perlu digandakan. Bayarlah fidyah kepada fakir miskin. Satu hari yang ditinggalkan bersamaan setengah gantang, iaitu kira-kira 1 kilo setengah beras.

Monday, October 19, 2009
Mandi Junub Selepas Imsak
Soalan:-
Berkenaan dengan mandi junub, di dalam bulan Ramadhan, adakah kita perlu mandi junub sebelum imsak atau pun boleh mandi junub selepas imsak?
Jawapan:-
Tidak menjadi masalah mandi junub selepas imsak, malah selepas masuk waktu subuh. Ia tidak memberi sebarang kesan kepada puasa. Yang perlu dijaga ialah jangan bersetubuh selepas masuk waktu subuh kerana ia membatalkan puasa. Adapun bersetubuh sebelum masuknya subuh, ia tidak membatalkan puasa sekalipun mandi junub dilakukan selepas subuh.
Saidatinia ‘Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. pernah menceritakan bahawa; “Nabi s.a.w. pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).
Jadi bagi orang yang bersetubuh dengan isterinya, harus melewatkan mandi junub sehingga selepas masuk waktu subuh. Begitu juga, bagi wanita yang terputus haidnya pada sebelah malamnya, tidak batal puasanya jika ia menangguh mandinya hingga selepas subuh. Namun demikian, menyegerakan mandi dalam semua keadaan ini adalah disunatkan.

Friday, October 16, 2009
Lupa Jumlah Hari Untuk Mengqada Puasa
Soalan:
Saya ingin bertanya mengenai puasa nazar dan qada. Saya terlupa berapa hari bernazar dan juga qada puasa. Apakah yang patut saya lakukan untuk mengingati semula berapa hari yang saya berhutang dan perlu mengantikan semula?
Jawapan:-
Saudari perlu berusaha juga mengingati hari itu. Ambillah jumlah hari yang paling saudari yakini jumlahnya. Kemudian, ganti dan tunaikanlah puasa nazar itu.
Jika ia puasa ganti kerana haid, maka anggarkan sahaja jumlah hari yang biasanya saudari haid. Kemudian gantilah. Tidak mengapa jika saudari terlebih menggantikan kerana ia akan menjadi pahala puasa sunat.
Begitulah juga dengan puasa nazar. Cuba ingati kembali nazar yang saudari buat dan ambillah anggaran. Saudari sendiri pasti lebih tahu mengenainya.
Kemudian, mohonlah ampun pada ALLAH atas segala kekurangan dan kelalaian.

Wednesday, October 14, 2009
Berapa Hari Orang Musafir Harus Tinggal Puasa?
Soalan:-
Saya dihendaki mengikuti kursus semasa bulan Ramadhan selama satu minggu ke luar negara. Soalan saya adakah saya wajib berpuasa sepanjang berada di luar negara dan bagaimanakah jika saya tidak berpuasa dan apakah hukumnya ?.
Jawapan:-
Menurut ulamak, seorang itu diwajibkan berpuasa jika ada pada dirinya syarat-syarat berikut:-
1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Mampu berpuasa; yakni sihat tubuh badan, tidak sakit.
5. Tidak bermusafir
6. Bersih dari haid dan nifas
Jadi, orang yang bermusafir tidak wajib berpuasa, yakni diharuskan ia berbuka (tidak berpuasa). Namun, jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) menetapkan; hendaklah jarak musafir itu melebihi dua marhalah (85-90KM) iaitu sama jarak yang mengharuskan solat qasar. Jika kurang dari jarak itu, ia tetap wajib berpuasa. Walaupun harus berbuka, jika ia dapat berpuasa tanpa mendatangkan mudarat pada dirinya, berpuasa itu lebih baik dari berbuka kerana Allah berfirman: “Berpuasa itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui”
- (al-Baqarah, 184).
Selama ia dalam perjalanan, rukhsah itu terus berjalan baginya. Adapun jika ia berhenti di suatu tempat/persinggahan, ia tertakluk dengan hukum berikut:-
1. Sekiranya ia berniat untuk tinggal di situ 4 hari atau lebih (tidak termasuk hari masuk dan hari keluar), tamat musafirnya dan tidak harus lagi ia meninggalkan puasa hinggalah hari ia keluar dari situ. Itu adalah mengikut pandangan jumhur ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad). Adapun mazhab Imam Abu Hanifah; tamat musafirnya jika berniat tinggal 15 hari atau lebih.
2. Sekiranya ia berhenti di satu tempat untuk suatu urusan dan ia tidak berniat untuk tinggal di situ beberapa hari tertentu, akan tetapi bergantung kepada urusannya, iaitu sebaik sahaja selesai urusannya ia akan keluar dari situ, harus baginya meninggalkan puasa selagi urusannya belum selesai sekalipun meliputi sebulan penuh Ramadhan.
Merujuk kepada kes saudara, oleh kerana saudara telah mengetahui bilangan hari saudara akan tinggal di luar negara dan jumlah hari itu melebihi empat hari, maka menurut jumhur ulamak; sebaik saudara tiba di situ, musafir saudara telahpun terputus dan saudara tidak harus lagi meninggalkan puasa kecuali hari saudara akan pulang nanti (yakni bermula kembali musafir saudara).
Jika saudara memakai pandangan Imam Abu Hanifah, haruslah saudara meninggalkan puasa selama saudara tinggal di luar negara kerana bilangan hari saudara akan tinggal di situ kurang 15 hari.
Perlu diingatkan:
Puasa-puasa yang ditinggalkan semasa musafir itu wajib diqadha / diganti semula selepas Ramadhan sebelum tiba Ramadhan yang baru.
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Fiqh al-Ibadat, Syeikh Hasan Ayyub, hlm. 418 dan 446.

Subscribe to:
Comments (Atom)