Thursday, April 30, 2009

Balasan Suka Tengok Benda Lucah

Untuk tatapan umun , dan khas untuk yang mempunyai masalah... yang suka melihat gambar lucah... ...

Subject: Diserbu wanita bogel

Sebagai pengajaran dan peringatan bersama .. Diserbu wanita bogel - Mingguan Perdana 18 mac 01.

Seorang lelaki jemaah haji dari negara ini medakwa dia diserbu oleh sekumpulan wanita bogel di tepi Kaabah. Pendakwah Ustaz Hj Safuan Fathy berkata, berikutan itu lelaki tersebut lari tidak tentu arah hingga ramai yang menyangkanya tidak siuman. "Dia juga menangis teresak-esak seperti budak kecil ketakutan," kata Ustaz Safuan.

Menurut beliau, peristiwa membabitkan lelaki berusia 40-an itu diceritakan kepadanya oleh seorang rakannya yang kebetulan menguruskan jemaah haji pada tahun itu. Rakan saya bertanya kepada lelaki berkenaan apa yang menyebabkan dia berkelakuan begitu secara tiba-tiba.

Pada mulanya lelaki tersebut enggan berterus-terang tetapi setelah didesak, katanya dia diserbu dan disekat oleh sekumpulan wanita bogel semasa hendak memulakan tawaf. Menurut lelaki itu, kesemua wanita tersebut berbogel dan dia juga tidak nampak lelaki atau wanita yang berpakaian melainkan kumpulan wanita berbogel itu sahaja.

Katanya, mereka halang dia dari masuk ke kawasan Kaabah. Banyak kali juga dia cuba merempuh tetapi gagal. Akhirnya dia rasa tidak bermaya hingga menangis ketakutan," kata Ustaz Safuan.

Menyedari mungkin ada dosa berat yang dibawanya, lelaki itu turut memohon ampun kepada Allah SWT banyak-banyak hingga kelakuannya menarik perhatian anggota jemaah lain. Rakan saya yang juga seorang ustaz bertanya kepada lelaki itu, apa yang dia agak jadi punca.

Seperti mula tadi, lelaki itu agak keberatan. Sungguhpun begitu, dia kemudian mengakui dirinya adalah pengemar gambar atau video lucah. Ustaz Safuan seterusnya berkata, petanda kegilaan lelaki terbabit terhadap bahan-bahan lucah ialah dia banyak menyimpan sama ada gambar, buku, VCD, serta sering melayari laman web bogel untuk memuaskan nafsu.

Menurut lelaki itu, dia gemar benda-benda lucah itu sejak bujang lagi. Setelah berbelas tahun kahwin pun, hobi itu masih tidak dapat ditinggalkan. Dia sudah jadi seperti penagih, katanya.

Menurut Ustaz Safuan, dari pengakuannya, lelaki itu mendakwa isterinya juga sudah tidak mampu berbuat apa-apa untuk mempengaruhi supaya dia tinggalkan tabiat buruk itu. "Yang peliknya, pada malam sejurus sebelum dia keluar ke lapangan terbang untuk ke tanah suci, dia masih lagi sempat tonton video lucah sebelum berlepas.

Sebelum itu, dia menghubungi seorang kawannya yang hendak berangkat ke Jepun agar belikan dia beberapa majalah lucah untuk koleksinya," katanya. Lelaki itu menceritakan demikian di hadapan rakan Ustaz Safuan sambil menangis sesal.

Sehubungan itu, dia dinasihati agar bertaubat nasuha dan bertekad tidak akan mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi. Lelaki itu bersetuju. Dihadapan rakan saya itu juga, dia menelefon isterinya di tanah air agar minta bakar semua bahan lucah yang ada dalam simpanannya. Dia kemudian menghubungi rakannya di Jepun minta jangan beli majalah porno yang dia pesan sebelum itu.

Atas kehendak Allah, kata Ustaz Safuan, lelaki berkenaan akhirnya kembali bersemangat dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya hingga selesai tanpa sebarang gangguan. Kumpulan wanita bogel itu juga tidak muncul-muncul lagi selepas itu"
Be clear about why,
and you'll figure out how.

Asal Usul Dajjal

Asal-Usul Keluarganya:

Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yang ditangguhkan ajalnya "Minal Munzharin" seperti halnya Nabi Isa a.s. yang di angkat oleh Allah SWT ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah Al Munawwarah. Sama juga halnya dengan Iblis yang di tangguhkan kematiannya sehingga kiamat nanti.

Ayah Dajjal seorang yang tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yang di kenali dengan "syaqq" manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s. dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dengan jelas.

Sifat Badannya:

Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta matanya sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka - (Hadis Sahih Muslim)


Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yang disebutkan dalam Hadis Rasulullah saw, diantaranya:

Seorang yang kelihatannya masih muda; berbadan besar dan agak kemerah-merahan; rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yang rimbun.


Dan tandanya yang paling ketara sekali ada dua:

Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yang kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.

Kedua: Tertulis didahinya tulisan "Kafir (Kaf-Fa-Ra)". Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap orang Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak.

Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.


Tempat Tinggalnya Sekarang:

Menurut riwayat yang sahih yang disebutkan dalam kitab "Shahih Muslim", bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yang bernama "Al- Jassasah". Terdapat hadis mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yang diizinkan oleh Allah SWT untuk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat "transitnya" itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.


Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya:

Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dengan setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari- hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari.

Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan: Kami bertanya: "Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yang pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yang masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yang biasa. Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yang panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dengan menentukan kadar yang bersesuaian bagi setiap sembahyang.."

Maksud sabdaan Rasulullah saw ini ialah supaya kita mengira jam yang berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu, maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yang panjang itu sama panjangnya dengan masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yang kita lakukan. Begitu juga pada hari kedua dan ketiga.


Fitnah Dajjal:

Dajjal telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah SWT memberikan kepadanya beberapa kemampuan yang luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:

1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya.

Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah SWT dengan kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yang percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: "Hujanlah kamu di daerah ini!" Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada orang yang bersekutu dengan Dajjal. Manakala penduduk yang tidak mahu bersekutu dengan Dajjal.. mereka akan tetap berada dalam kebuluran dan kesusahan. Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan orang yang tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran.

Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya: "Jadi apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu wahai Rasulullah?" Nabi menjawab: "Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan." - H.R Ibnu Majah

2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka:

Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman orang Islam kerana hakikat yang benar adalah sebalik dari apa yang kelihatan. Apa yang dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yang dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.

3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya:

Kepantasan yang dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yang digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam "Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: "Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan "Al Ghaist" (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang." - H.R Muslim.

Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.

4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya:

Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yang terbaik untuk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.

No Matter What

Innovations come from people who have problems. Creativity springs from people who are dissatisfied. The biggest breakthroughs come from those people who face the most formidable challenges.

Great accomplishments are not made by those who say "I'll start on this when I have the time and the money." Greatness comes from those who find a way to express it, regardless of how limited their resources may be.

What is holding you back? Is it really your lack of resources, as you constantly tell yourself, or is that just a convenient excuse? The easiest way is rarely the only way. When was the last time you heard yourself say "no matter what"?

Stop waiting until things are perfect. The obstacles will always be there. They will never just go away. Find a way through them. Stop waiting for "if only" and start living "no matter what."

-- Ralph Marston

3 Perkara Penyelamat Dan 3 Perkara Pembinasa Manusia

NABI Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut pada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai; berlaku adil pada ketika suka dan marah; berjimat cermat ketika susah dan senang, dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.” - (Hadis riwayat Abu Syeikh)

Tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu:

· Sentiasa menjaga tingkah laku kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Mendengar apa juga yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.

· Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk saja, malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.

· Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal pada kemudian hari.



Rasulullah SAW berpesan ada tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu:

· Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.

· Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.

· Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain, menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya. Begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya.

Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lembah kebinasaan.

- Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bersyukur Dan Redha Mengelak Amalan Berhutang

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Sesiapa yang memberi tangguh kepada orang yang tidak mampu membayar hutangnya atau mengurangkan bayaran jumlah hutangnya, nescaya Allah menaunginya di bawah naungan-Nya pada hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah.”

- Riwayat Muslim dan Imam Ahmad


Huraian Pengajaran Hadith:

i) Kita hendaklah mengelak daripada bersikap suka berhutang sebaliknya amalkanlah sifat ‘qanaah’ iaitu bersyukur dan redha dengan apa yang ada dengan memastikan bahawa keperluan tidak melebihi kemampuan sehingga terikat dengan hutang.

ii) Sebaik-baiknya sebelum berhutang, buatlah pertimbangan yang wajar sama ada sesuatu kepentingan itu merupakan keperluan yang mendesak atau sekadar keinginan untuk berlagak kerana hutang yang tidak mampu dibayar akan mendatangkan kemudaratan di kemudian hari.

iii) Setiap yang dinamakan hutang wajib dibayar walau sekecilmana pun ia dan dengan siapa pun ia berhutang termasuklah dengan orang kafir. Malah dikira berdosa bagi orang yang berniat tidak mahu membayar hutangnya

iv) Membebaskan hutang orang yang susah atau mengurangkannya merupakan satu perbuatan yang terpuji dan ganjarannya amat besar di sisi Allah S.W.T .

Tuesday, April 28, 2009

Cara Solat Istikharah

Dari Saad Bin Abi Waqas r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya". - (Hadis 146 Mastika Hadis Jilid 2).

Sembahyang istikharah ialah sembahyang untuk meminta perkhabaran, petunjuk dalam memilih umpamanya antara dua kerja. Hanya boleh beristikharah untuk benda yang harus sahaja. Benda yang sememangnya haram atau wajib tidak dibenarkan.

Dalam hadis yang lain:- Sabda Nabi "Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat” - (HR.Thabrani).

Kalau sudah beristikharah dan Allah SWT dorong untuk melakukan sesuatu (cenderung kepada sesuatu), mestilah patuh.

Bila?

Solat Istikharah boleh dilakukan sama ada siang atau malam, terutamanya bila hati terasa tenang.

Berapa lama?

Buatlah sehingga 5 atau 7 malam. InsyaAllah diberi petunjuk (tidak semestinya melalui mimpi).

Cara beristikharah:

Istikharah digalakkan berdasarkan hadis Jabir yang menyebut, “Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran.” - (Hadis 147 Mastika Hadis Jilid 2).

Kemudian hendaklah berdoa dengan membaca:

"Wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai Tuhanku, sekiranya perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya perkara ini bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu."

Berpada Dengan Pemberian Allah - Qana'ah

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Nabi saw. bersabda yang maksudnya: "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.”

- (Bukhari)


Huraian

Selaku insan mukmin, kita tidak harus menyalahkan apa sahaja pemberian Allah SWT apalagi menghinanya kerana jika dihitung-hitung nikmat Allah, nescaya kita tidak akan sanggup menghitungnya lagi disebabkan terlampau banyaknya nikmat tersebut termasuklah pemberian yang tidak kita sedari.

Oleh itu jangan kita merasa kesal atau kecewa dengan ciptaan atau pemberian Allah sama ada kita mengalami kecacatan, kekurangan dan sebagainya. Hal ini kerana jika kita mengeluh terhadap-Nya, padahal kita sedang menikmati rahmat-Nya, itu bermakna kita tamak dan menutup mata atas nikmat yang telah kita miliki selama ini dan hal demikian akan menjerumuskan kita ke lembah kekufuran serta mengundang kemurkaan Allah sehingga tiba suatu masa kelak, Allah SWT akan menarik semula segala nikmat pemberian-Nya itu dan menggantikannya dengan kesusahan. Ketika itulah kita akan menyesal dan celik akan hakikat sebenarnya.

Sesungguhnya sebahagian besar musibah yang menimpa manusia adalah disebabkan oleh keluhan-keluhan mereka terhadap-Nya sedangkan Allah itu Maha Pengasih, Maha Adil dan lemah-lembut terhadap hamba-hamba-Nya.

Oleh itu dalam apa juga perkara, kita hendaklah bersifat qana’ah dan sentiasa bersyukur di samping berusaha dan bersabar kerana Allah ada berfirman yang maksudnya: "...boleh jadi kamu benci pada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah:216)

Asal Usul Api Di Dunia

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini.

Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan, maka Allah SWT telah memerintahkan Jibril a.s. supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan Nabi Adam a.s.

Maka Jibril a.s. pun meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam a.s.
Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?
Jibril : Sebesar kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa, nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.
Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia, nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini, maka Jibril a.s. pun menghadap Allah SWT untuk mendapatkan saiz yang perlu di hantar ke dunia. Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk di bawa ke dunia.

Maka Jibril a.s. pun mengambil api neraka sebesar zarah dari Zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu Jibril a.s. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakkan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair. Maka cepat-cepat Jibril a.s. mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya, bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. Moga ada manafaat dari riwayat ini.

Take Action

Success does not come to those who merely have great ideas. Success comes to those who have great ideas and who follow through on them.

Your carefully crafted plans bring value only when you put them into action. The best of intentions are useful only when you follow through on them.

During the course of the day, many thoughts cross your mind. Yet just as easily and quickly as those thoughts come, they recede, so it's crucial to begin acting on the best ones right away.

Before a valuable and meaningful intention gets pushed out of your mind by another thought, do something about it. Set the process irrevocably in motion and begin to bring that intention to life.
When you think of doing something, there's a reason why you have that thought. Listen to what the thought is suggesting, and take action immediately.

Don't let the idea or the intention or the vision slip away. Take action and make it real.

-- Ralph Marston

Monday, April 27, 2009

Apakah Ikhtiar Yang Dibenarkan Syarak Untuk Mengubati Pesakit Yang Kena Sihir?

Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam.

Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk menentang sihir. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda meng­hadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.

Ulama muktabar menyaran­kan dalam kitab mereka untuk kita membaca, 10 ayat dalam Surah al-Baqarah iaitu :-

ayat 1 hingga 5,
ayat 255, 256 & 257,
dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.

Ada juga ulama yang menya­rankan kita membaca:-

Surah al-Fatihah,
ayat 255 Surah al­Baqarah,
ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf,
ayat 79 dan 82 Surah Yunus,
ayat 65 hingga 69 Surah Thaha,
ayat 82 dan 83 Surah Yunus,
ayat 118 Surah al-A’raaf
dan ayat 70 Surah Thaha.

Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.
The most successful competitors are those who do not compete, who make the whole pie bigger instead of fighting over a single slice.

Bantuan Kecemasan Untuk Pesakit Angin Ahmar / Stroke

Alat yang diperlukan ialah jarum suntikan ataupun jarum jahit yang kebiasaannya ada di rumah. Ianya adalah satu kaedah yang terbukti berkesan dengan izin Allah dan merupakan cara yang agak luar biasa untuk sembuh dari penyakit angin ahmar yang boleh membawa kepada lumpuh jika tidak dirawat dengan segera.

Risalah ini diterjemah dari risalah asal berbahasa Inggeris. Bacalah untuk pengetahuan anda dan mungkin ianya berguna jika ditakdirkan ada antara ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan anda terkena penyakit ini suatu hari nanti. Ianya amat menakjubkan jika berhasil, luangkan masa anda untuk membacanya dengan teliti dan simpan risalah ini sebab mungkin ada nyawa seseorang yang boleh diselamatkan dengan izin Allah melalui tip-tip yang akan dibincangkan.
Semoga buletin seumpama ini boleh membantu anda melakukannya sendiri.

Apabila serangan angin ahmar mengenai seseorang, kapilari darah di dalam otaknya menghadapi risiko untuk pecah. Bila anda berhadapan dengan seseorang yang baru terkena angin ahmar dan tidak sedarkan diri apa yang anda perlu buat adalah:

1. Anda jangan panik dan bawa bertenang.

2.Tidak kira di mana sahaja mangsa itu berada, Jangan alihkan mangsa ke tempat lain. Kerana pergerakan pada ketika itu boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa terus pecah.

3. Bantu mangsa untuk duduk dan sokong badannya supaya tidak terjatuh. Jika mangsa terjatuh semula, keadaan mungkin akan bertambah buruk.

4. Jika di rumah anda ada jarum suntikan (alat yang terbaik), jarum jahit atau pin baju yang tidak berkarat, segera panaskan dengan api untuk disterilkan. Kemudian dengan berhati-hati cucuk kesemua hujung jari-jari tangan mangsa kira-kira 1mm dalamnya, seperti rawatan akupuntur. Cucuklah sehingga menitiskan darah, jika perlu picitlah jari-jarinya sehingga mengeluarkan darah. Apabila kesemua 10 jari mengeluarkan setitis darah tunggu beberapa minit sehingga mangsa sedar semula.

5. Jika berlaku perubahan bentuk mulut, tarik telinganya sehingga kemerahan. Kemudian cucuk kedua belah telinga dengan jarum sehingga mengeluarkan 2 titis darah. Beberapa minit kemudian InsyaAllah, mangsa akan sedar semula.

6. Tunggu sehingga mangsa benar-benar sedar kemudian bawa dia ke hospital. Memanggil ambulance semasa mangsa pengsan dan mengejarkannya ke hospital secara tergesa-gesa sebenarnya boleh menyebabkan kapilari darah di otak mangsa pecah dan berlaku pendarahan. Sukar untuk mangsa dipulihkan apabila keadaan ini berlaku. Ada kemungkinan daya ingatan mangsa akan hilang sepenuhnya, walaupun dia mampu berjalan semula.

Penyakit angin ahmar ini ada kemungkinan untuk mengenai sesiapa sahaja. Jika semua di antara kita boleh mengingati kaedah penitisan darah ini dan memulakannya segera, dalam jangka masa pendek, mangsa-mangsa boleh kita selamatkan dengan izin Allah dan ada harapan pulih seperti sediakala.

Diharapkan kaedah bantuan kecemasan mangsa angin ahmar ini dapat dihebahkan supaya penyakit ini tidak tersenarai sebagai penyebab utama kematian di kalangan kita. Allah Ta'ala Turunkan Ubat Dulu Kemudian Baru Turunkan Penyakit Sebab Itu ... Setiap Penyakit Ada Ubatnya Kecuali Maut Dan Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Menghadapi Maut.

Berkongsi Pahala

Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang isteri menyedekahkan makanan dari persediaan yang ada di rumahnya tanpa mengurangi keperluan rumahtangganya, maka si isteri itu mendapat pahala kerana dia yang menyedekahkannya dan si suami mendapat pahala kerana dia berusaha (menghasilkannya) dan seorang bendahari juga mendapat pahala tanpa berkurang sedikit pun.”

- (Muslim)

Sunday, April 26, 2009

Value In The Giving

There have been times when the kindness of another person has changed your life for the better. And it's easy to see that kindness has the power to reach far beyond itself.

In the most difficult of moments, kindness heals and reassures. Kindness gives comfort, and hope where there was none before.

Kindness can inspire confidence. It changes for the better the perspective of those it touches.

When you seek to make a difference, kindness is a great place to start. Just the simple desire to give it is all you really must have.

So give kindness, freely and without hesitation. Whether you get it back, does not really even matter, for its true value is in the giving.

Live with kindness, and you'll always see life's very best possibilities. For in kindness, is the heart of who you truly are.

-- Ralph Marston

Apa Yang Patut Kita Kata

1. Bila kena uji dengan kelaparan, ketakutan, kekurangan harta dan sebagainya:-

"AKU DIHUKUM KERANA DOSAKU, AKU MEMOHON AMPUN KEPADA-MU, YA ALLAH"

2. Apabila Tuhan tentukan sesuatu tidak seperti yang kita mahu, katakan :-

"AKU REDHA, ALLAH LEBIH BIJAKSANA DARIKU. KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARI KEHENDAKKU."

3. Jika kita lihat seseorang itu mempunyai keaiban dan kelemahan, katalah :-

"KASIHAN ORANG ITU, BERILAH DIA PETUNJUK , YA ALLAH"

4. Jika sampai kepada pengetahuan kita, ada orang mencaci kita di atas keburukan kita, kita patut berkata :-

"JIKA BENAR APA YANG DIA KATA, AMPUNKANLAH DOSAKU YA ALLAH, BERILAH AKU PETUNJUK. JIKA APA YANG DIKATAKANNYA ITU DUSTA, AMPUNKANLAH DOSANYA YA ALLAH, BERILAH DIA PETUNJUK"
For every difficult problem you face, there is a positive possibility that is even stronger.

Beriman Kepada Malaikat

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila sesorang kamu mengucapkan Aamin, dan Malaikat di langit pun mengucapnya, serta berbetulan pula masa ucapan itu satu sama lain, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

- Abu Hurairah r.a

Huraian Pengajaran Hadith:

i) Perkataan ‘Aamin’ maksudnya memohon ke hadrat Allah S.W.T agar permintaan dikabulkan.

ii) Bacaan ini amat baik diucapkan serentak dengan ucapan imam (selepas bacaan surah Al-Fatihah) kerana ia adalah suatu saat yang mulia iaitu saat terbukanya pintu keampunan Ilahi kepada hamba-hamba-Nya.

iii) Sebaik-baik sebutan ‘Aamin’ adalah tidak melebihi dua ‘harakat’ dan sebutannya juga janganlah terlampau nyaring, cukuplah dengan suara yang sederhana sahaja bunyinya.

Amalan Ketika Berpindah Ke Rumah Baru

Jika anda berpindah ke rumah baru, pada malam pertama anda menduduki rumah itu, eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, InsyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

Saturday, April 25, 2009

Allah Selalu Ada

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.

Ketika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu saja... Allah sedang menunggu bersama-samamu...

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelefon dirimu... Allah sentiasa berada di sampingmu...

Ketika kau fikir bahwa kau sudah berusaha sesungguhnya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah mempunyai jawapannya...

Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan... sebenarnya Allah sedang berbisik kepadamu...

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur... Allah telah pun memberkatimu...

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban... Allah akan tersenyum kepadamu...

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi... Allah sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu... .

Oleh itu ingatlah bahwa di manapun atau ke manapun kau berada... Allah akan mengetahui dan senantiasa berada di sampingmu

* Bila ALLAH SWT cepat maqbulkan doamu, maka DIA menyayangimu. Bila DIA lambat maqbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu. Bila DIA tidak maqbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. Oleh itu sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan sekalipun kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaanNYA.

Here And Now

Act with genuine love and authentic purpose; and no obstacle will have the power to stop you.

Do what you know is right for you and for your world; and your efforts will bring results of great and lasting value.

Be truly thankful for the smallest of things; and you'll experience the most magnificent of blessings.

Live and speak with humility. Put your energy into being your best, and don't waste it claiming to be something you're not.

Walk through the world with your own awareness and existence. Give each precious moment the care and attention that will bring forth great and lasting treasure.

Here and now are possibilities without limit. Do those things that express the beautiful reality of who you are.

Kisah Airmata Nabi Adam

Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga airmatanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu, Allah SWT tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.

Beberapa ekor burung telah meminum airmata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah SWT. Inimembuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari airmata taubatmu itu."

Berbuat Baik Itu Adalah Sedekah

Dari Abu Syaibah r.a dari Nabi s.a.w, sabdanya: "Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.”

- (Muslim)

Friday, April 24, 2009

Beramal Dengan Surah Al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : “Di kala seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi, tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan, lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “Itu adalah As-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama Al-Quran atau turun di atas Al-Quran.” - (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Huraian:-

Dalam surah Al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).

Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat.

Kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surah ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari Kiamat.

Akal Dan Ilmu

"Akal membentuk ilmu dan ilmu meninggikan akal tetapi kebenaran tetap kebenaran, tanpa ilmu dan akal adalah susah untuk menilai kebenaran"

Prof. Dr. Hamka berkata :
Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal. Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

Sayidina Ali bin Abi Thalib berkata :
Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan. Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta, malah engkau yang harus menjaganya.

Lukmanul Hakim berkata:
"Walaubagaimanapun alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal"

Imam Al-Ghazali berkata:
"Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar Penglihatan daripada Kezaliman & Tenaga badan daripada Kelemahan. Dengan Ilmu, manusia punyai darjat yang tinggi", Firman ALLAH s.w.t yang bermaksud : "Allah memberikan hikmat kebijaksanaan. Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran ( Ilmu ) melainkan orang-orang yang menggunakan AKAL SERTA FIKIRAN NYA". - [Al-Baqarah: 269]

Peace

Rarely in today's world do we ever take time to enjoy a few peaceful moments.

When was the last time you spent a quiet moment just doing nothing -- just sitting and looking at the sea, or watching the wind blowing the tree limbs, or waves rippling on a pond, a flickering candle or children playing in the park?

Sometimes we need time to sort things out. A few peaceful moments now and then can help us to see more clearly, to put things in perspective. There is so much beauty around us, in the things we hurry past every day. Beauty that can, if we let it, spark our creativity, provide balance, give us strength and inspire us.

Stop every now and then and take a deep breath. Just stop, relax and enjoy the abundance of life.
- Ralph Marston

Thursday, April 23, 2009

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri

Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya , maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.) ”

- Al-Bukhari dan Muslim

Huraian:-

Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”

Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran. Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka.

Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini. Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada ALLAH sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik.

Perlu juga diingat bahawa tujuan Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi Al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian.

Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit. Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Air Fatihah

Ibnu Abas r.a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulallah telah sakit. Rasulullah melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan Fatihah 40 kali dalam satu bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota yang nyata. Dengan izin Allah SWT, berkat Fatihah itu sembuhlah penyakitnya.

Demikianlah, sesiapa sahaja yang mengidap sesuatu penyakit, bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:

Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkanlah kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkanlah kerana Engkau Maha Pemulih.

Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang mengidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, insyaAllah akan afiat.

Wednesday, April 22, 2009

Adab Menguap Dalam Islam

Menguap...

Semua orang menguap tetapi kadang-kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita menutup mulut... Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar dihujung proses tersebut; bunyinya pula pelbagai... huargh... ..huh... . haaah.. dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz, syaitan sangat menyukai bunyi menguap, bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan.. Jadi pesan ustaz tersebut, bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyi yang pelik tadi. Ucapkanlah istighfar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan.. setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH SWT dan menjauhkan fitnah syaitan...

You Can Do It

The biggest obstacle standing between you and anything you want, is your lack of belief that you can have it. Once you truly believe it is possible, once you can see yourself doing it or being it or having it, the rest is just details. With belief, plus the commitment to follow through and do whatever it takes, anything can be yours.

Everything you need to get there is available to you, when you believe and when you commit to getting there. Nothing can hold you back once you have belief and commitment. You will find a way.

- Ralph Marston

Bacaan Nabi Ketika Dalam Rukuk Dan Sujud

Dari 'Aisyah r.a., dia menceritakan bahawa, "Nabi saw. memperbanyak bacaannya dalam rukuk dan sujud dengan bacaan:
"Subhanakallahumma rabbana wa bihamdika, Allahumaghfirli"
(Maha Suci Engkau, wahai Allah, Tuhan kami, dan Maha Terpuji Engkau. Wahai, Allah! Ampunilah aku!")

- Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0448

5 Yang Kita Cari

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha untuk mendapatkannya

1: Wajah yang cantik

2: Duit yang banyak

3: Kesihatan yang baik

4: Anak-anak yang cerdik dan berjaya

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan

Untuk mendapatkannya, hanya 15minit setiap hari. Kalau lagi lama, lagi bagus!

Kata Rasulullah saw, sesiapa yang tinggalkan solat subuh, tiadalah padanya nur di wajahnya.

Sesiapa yang tinggalkan solat zohor, tiadalah padanya rezeki yang berkat.

Barangsiapa yang tinggalkan solat asar, tiadalah padanya kekuatan badan.

Sesiapa yang tinggalkan solat maghrib, tiadalah padanya anak-anak yang bermanfaat.

Barangsiapa yang tinggalkan solat isyak, tiadalah padanya tidur yang nyenyak.

Tuesday, April 21, 2009

Batu Menjadi Saksi

Ada seorang lelaki yang sedang wukuf di Arafah dan di tangannya ada 7 ketul batu yang di kutip sebagai kesaksian terhadap Allah SWT dan rasul-Nya.

Menjelang malam tidurlah lelaki itu dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Malam itu, lelaki ini telah bermimpi dunia telah menjadi kiamat. Dia pun di hisab dan amalnya di timbang. Selepas di hisab dia dapati amal kejahatannya lebih banyak dari kebaikan. Segala yang berlaku itu di rasakannya seperti kenyataan. Lalu dia pun di bawa oleh malaikat menuju ke neraka bagi tujuan penyeksaan.

Apabila ia hendak di campakkan ke dalam neraka, malaikat yang di tugaskan itu tidak berupaya untuk berbuat demikan kerana di tangan lelaki itu masih ada 7 ketul batu yang di kutipnya semasa melakukan wukuf di Arafah dulu. Kemudian malaikat itu membawanya pula ke pintu neraka yang lain. Sekali lagi malaikat tidak berupaya berbuat demikian kerana batu yang ada di dalam genggamannya itu. Begitulah seterusnya sampai ke pintu neraka yang ke-7, semuanya tetap tertutup.

Akhirnya malaikat pun membawanya ke bawah Arasyh dan melaporkan kejadian ini kepada Allah SWT, "Ya Allah! kami tidak mampu untuk melemparkan hambaMu yang satu ini ke dalam nerakaMu, tentunya Engkau lebih mengetahui akan pemasalahan hambaMu ini." Maka berkatalah Allah SWT kepada lelaki itu, "Wahai hambaKu, batu-batu yang engkau kutip dan gunakan untuk bersaksi bahawa "Tiada Tuhan Yang Di Sembah Melainkan Allah SWT, Muhammad Itu Pesuruh Allah SWT" semasa engkau menjalankan ibadah wukuf itulah yang memberi syafaat kepada mu. Ia tidak mensia-siakan hakmu. Aku juga menyaksikan kalimah syahadah itu. "

Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, "Wahai malaikat! bawalah hambaKu ini ke dalam syurga." Ketika lelaki itu di bawah ke pintu syurga, pintu sedang tertutup rapat, lalu datanglah pula persaksian kalimah "Laaila ha illallah" yang menyebabkan pintu syurga terbuka luas dan masuklah lelaki itu kedalamnya.

Tiga Jenis Manusia

Ada tiga jenis manusia di mukabumi ini :-


Pertama - Manusia yang belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - Mereka yang belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - Mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Tiga Jenis Manusia

Ada tiga jenis manusia di mukabumi ini :-

Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.

Unlimited Potential And Wonderful Dreams

You have the ability to attain whatever you seek;
within you is every potential you can imagine.
Always aim higher than you believe you can reach.
So often, you’ll discover that when your talents are set free by your imagination,
you can achieve any goal.

If people offer their help or wisdom as you go through life,
accept it gratefully.
You can learn much from those who have gone before you.
But never be afraid or hesitant to step off the accepted path
and head off in your own direction,
if your heart tells you that it’s the right way for you.
Always believe that you will ultimately succeed at whatever you do,
and never forget the value of persistence, discipline, and determination.
You are meant to be whatever you dream of becoming.

~Edmund O’Neill

Monday, April 20, 2009

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

2. Sabar apabila mendapat kesulitan;

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan peduli dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu taksub akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerana kezaliman;

14. Jangan gentar kerana fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu';

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Berbicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya - tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering berselawat kepada Nabi saw;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti percakapan yang tidak berguna;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya yang berbeza;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai prestasi dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun orang yang bersangkutan itu tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolah-raga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa baik kita kepada orang;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita buruk yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

Lelaki Memakai Emas Putih

Soalan:-

1. Apakah hukumnya seseorang lelaki memakai emas putih?
2. Apakah perbezaan antara emas putih dengan emas biasa?
3. Adakah ia juga haram bagi tujuan perhiasan lelaki?

Jawapan:-

1. Emas putih sebenarnya adalah platinum yang kebanyakan kegunaannya adalah untuk perhiasan dan keperluan senjata.
2. Ia adalah sejenis logam yang berkualiti tinggi.
3. Oleh yang demikian harus hukumnya lelaki memakai.

Bacaan Surah Dalam Solat

Diceritakan oleh Atha' r.a., bahawasanya dia mendengar Abu Hurairah berkata: "Quran dibaca di setiap solat. Bacaan yang dinyaringkan oleh Nabi saw., kami nyaringkan pula untukmu. Dan bacaan yang dibaca dengan perlahan-lahan, kami baca pula dengan perlahan-lahan untukmu. Jika tidak kamu tambah surah Al Fatihah, itu sudah cukup untukmu, tetapi jika kamu tambah (dengan surah-surah yang lain) maka itu akan lebih baik."

- Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0427

Sunday, April 19, 2009

IKHLAS - Rahsia Allah

Betulkan niat kita ketika melakukan suatu amalan. Mohon dari Allah agar diberiNya hati yang ikhlas sebab ikhlas adalah anugerah daripada Allah.

Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman yang bermaksud: `Ikhlas adalah satu rahsia dalam rahsia-rahsia-Ku. Aku titiskan ia dalam hati hamba-hambaKU yang Aku mangasihinya” - (Riwayat Abu Hasan Al Basri)

Kerana ikhlas adalah satu rahsia Allah, tentu tidak mungkin kita dapat mengetahui siapa yang ikhlas dan siapa yang tidak. Malah diri kita sendiri pun mungkin kadang-kadang susah untuk dipastikan apakah amalan kita itu ikhlas atau sebaliknya.

Walaupun ikhlas adalah rahsia Allah namun Islam membuat satu garis panduan untuk mengukur hati kita dan membentuknya supaya benar-benar ikhlas.

Di antara tanda-tanda ikhlas dalam satu amalan apabila orang memuji atau mencaci amalan kita, kita rasa sama saja. Pujian tidak membanggakan kita dan kejian tidak menyusahkan. Itulah tanda ikhlas. Maknanya amalan itu betul-betul dibuat kerana Allah.

Kerana itu kalau manusia cerca, caci atau hina, hati pun tidak cacat, tidak timbul perasaan marah, dendam atau ingin membela diri atau melawan orang yang menghina itu. Begitu juga kalau orang puji, pujian itu tidak membekas di hatinya. Tidak timbul rasa bangga, puas hati dan juga tidak bertambah kasih sayangnya pada orang yang memuji itu disebabkan oleh pujiannya.

Bagi orang-orang yang ikhlas, pujian dan kejian tidak pernah di fikirkan apalagi hendak di harapkan. Mereka sangat takut kalau-kalau Allah menolak amalan dan memurkai mereka. Sebaliknya mereka sangat ingin Allah menerima baik amalan-amalan mereka serta meredhai mereka. Mereka sanggup mengetepikan kepentingan sendiri dalam usaha mencari keredaan Allah. Mereka tidak bimbang nasib diri rugi atau untung, orang keji atau puji, menang atau kalah, yang penting supaya Allah menerima baik amalan mereka.

Rasulullah SAW kerana menganjurkan sifat ikhlas telah bersabda yang bermaksud: `Berbuat baiklah pada orang yang berbuat jahat kepada kamu’.

Seseorang yang mencari keredaan Allah akan sentiasa mencari peluang untuk berbakti kepada-Nya. Ketika orang lain bertindak jahat pada mereka, mereka akan merasa berpeluang untuk mendapat pahala dan kasih sayang Allah. Sebab itu kejahatan orang diterima baik dan dibalas dengan kebaikan pula.

Hal itu benar-benar berlaku di kalangan orang-orang soleh dan muqarrobin. Ketika mendengar orang menghina mereka, langsung dihantarnya hadiah pada orang itu. Bila di tanya apa tujuan hadiah itu, jawapan mereka adalah, “Orang yang menghina kita sebenarnya memberi pahala kepada kita. Memberi pahala sama seperti memberi syurga. Jadi untuk membalas pemberian yang begitu besar pada kita, memang patutlah kita menghadiahkan sesuatu kepadanya”. Begitulah hati yang ikhlas. Dia tidak melatah kalau orang menggugat, malah gugatan itu mendekatkan dirinya pada Allah Taala

(Dipetik dari buku ILMU DAN HIKMAH karangan Dr Ing Abdurrahman dan Dr. Ing Gina Puspita terbitan Minda Ikhwan.(RawangSelangor)

Asal Usul Hajarul Aswad

"Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah, banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus lumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata kepada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi Ismail berkata, "Batu ini ku terima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, InsyaAllah doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium HajarAswad)."

Baca Quran Di Waktu Subuh

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda : "Pahala solat berjemaah melebihi pahala solat sendirian dua puluh lima darjat. Malaikat malam dan siang bertemu pada waktu Subuh."

Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Kerana itu bacalah Quran pada waktu Subuh, kerana membacanya waktu Subuh disaksikan para malaikat." - Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0608

Aqiqah

Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: "Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.” - Riwayat Ahmad

Huraian :-

1. Aqiqah merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w ketika menyambut kelahiran anak yang baru dilahirkan.

2. Ia sunat dilakukan sejak lahir dan sebelum anak mencapai umur baligh. Walaubagaimanapun masa yang paling afdhal untuk aqiqah itu ialah pada hari ketujuh selepas kalahiran.

3. Bagi anak lelaki, lebih utama disembelih sebanyak dua ekor kambing tetapi harus juga melakukannya dengan seekor kambing sahaja. Manakala bagi anak perempuan pula memadai dengan seekor kambing.

4. Antara hikmah disarankan melakukan aqiqah dalam Islam untuk anak yang baru lahir ialah:

i. Untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT yang menciptakannya sejak daripada detik-detik awal kehidupannya dan sesungguhnya ia dilahirkan ke dunia ini dengan izin Allah.

ii. Sebagai salah satu cara bagi ibu bapa melahirkan tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kelahiran cahaya mata mereka.

iii. Menyemai sifat pemurah pada si anak dengan harapan akhlak terpuji ini menjadi fitrah semulajadinya apabila dewasa kelak.

iv. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan anggota masyarakat ke arah melahirkan suasana kehidupan yang aman dan harmoni.

Friday, April 17, 2009

Kurma, Kismis Dan Madu

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika ibu-ibu mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w.

1) KURMA

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana ia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu".

Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

Giving

It is more blessed to give than to receive.

Giving keeps us connected. The more we give of ourselves, the more we strengthen our own unique aliveness. The gifts we give become part of the world around us, where they grow in value with each life they touch.

Anything that we truly and sincerely give, we will never lose.

True giving means giving of one's self. The physical object, if there is one, is merely a token. The essence of the gift is in the giving, in the expression of sincere love and caring. When you give a part of yourself, it is not gone, it is bigger and better than ever.

Giving is the most self-serving thing you can do. And therein lies the beauty of life.

Kisah Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.


Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.


Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.


Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu." Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibubapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibubapa mereka. Semoga memberikan keinsafan dan kesedaran kepada semua.


Penyumbang : Normah
Posted in CORETAN IKHTIBAR

Wednesday, April 15, 2009

Anak Adalah Ujian Allah

Dari Aisyah r.a katanya: ,"Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu ku berikan kepadanya. Kurma itu dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah Nabi s.a.w datang, aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda baginda s.a.w, “Sesiapa mendapat cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi dinding baginya daripada api neraka.” - (Bukhari)

Berubah

Jika kita inginkan mencapai sesuatu kejayaan.. maka kita harus berubah dari keadaan kita yang kurang baik kepada yang lebih baik.

Untuk berubah dua perkara penting yang harus kita ingat :

1) Jujur kepada diri sendiri:-

Bersedia dan mengenali kelemahan diri yang perlu kita tangani untuk berubah dan mencapai impian kita sebelum kita menggariskan panduan kepada diri kita untuk berubah.

2) Mempercepatkan tindakan: -

Bertindak dengan bersungguh-sungguh dan menghayati setiap tindak-tanduk kita untuk berubah supaya kita tidak ketinggalan dari dunia luar dan pesaing kita yang juga turut terus berubah.

Pahit Kehidupan Umpama Garam

Suatu pagi, seorang anak muda yang dirundung malang bertemu seorang tua yang bijaksana. Langkah anak muda itu longlai dan air mukanya kelihatan pucat tidak bermaya serta seperti orang yang tidak bahagia.

Tanpa membuang masa, anak muda itu menceritakan semua masalahnya. Impiannya tidak tercapai dan gagal dalam kehidupan dan percintaan sambil Pak Tua yang bijak itu mendengarnya dengan teliti dan saksama.

Pak Tua kemudian mengambil segenggam garam dan meminta anak muda itu mengambil segelas air. Dia menabur garam itu ke dalam gelas sebelum mengacaunya dengan sudu.`Cuba minum ini dan katakan bagaimana rasanya...,’ ujar Pak Tua itu. `Masin sampai pahit, pahit sekali,’ jawab anak muda itu sambil meludah ke sisinya sedangkan Pak Tua itu tersenyum melihat telatah tamunya.

Kemudian, Pak Tua mengajak tetamunya itu untuk berjalan ke tepi telaga di dalam hutan berhampiran tempat tinggalnya. Mereka berjalan beriringan dan akhirnya sampai ke tepi perigi yang tenang itu.

Pak Tua menabur segenggam garam ke perigi itu dan menggunakan sepotong kayu untuk mengacau dan mencipta riak air yang mengusik ketenangan telaga itu.`Cuba ambil air dari telaga ini, dan minumlah’.

Sebaik anak muda itu selesai meneguk air, Pak Tua bertanya: `Bagaimana rasanya?’ `Segar.’ sahut tamunya. `Apakah kamu rasa masin garam di dalam air itu?’, tanya Pak Tua lagi. `Tidak,’ jawab si anak muda.

Pak Tua menepuk punggung anak muda itu lalu mengajaknya duduk berhadapan, bersimpuh di tepi telaga. `Anak muda, dengarlah. Pahitnya kehidupan adalah umpama segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu sama dan memang akan tetap sama. Tapi, kepahitan yang kita rasakan sangat tergantung dari wadah atau tempat yang kita miliki. Kepahitan itu akan diasaskan daripada perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua akan tergantung pada hati kita. Jadi, saat kamu rasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu hal yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu. Luaskan wadah pergaulanmu supaya kamu mempunyai persekitaran hidup yang luas. Kamu akan banyak belajar daripadanya,’ katanya.

Pak Tua terus memberikan nasihat dengan berkata: `Hatimu adalah wadah itu. Perasaanmu adalah tempat itu. Kalbumu adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah laksana telaga yang mampu merendam setiap kepahitan dan merubahnya menjadi kesegaran dan kebahagiaan.’

Lalu, kedua-duanya pulang. Mereka sama-sama belajar pada hari itu. Pak Tua, si orang bijak itu, kembali menyimpan `segenggam garam’ untuk anak muda yang lain, yang sering datang padanya membawa keresahan jiwa.

Tuesday, April 14, 2009

Stick With It

Be like a postage stamp -- stick to one thing until you get there.
-- Margaret Carty


One of the most challenging aspects of attaining success is to maintain a sense of urgency about your work, while at the same being patient enough to stick with it for as long as necessary.

It takes belief, faith and confidence.

1. Belief in what you are doing.
2. Have faith that the value you are creating will eventually come back to you, multiplied many times over.
3. Confidence comes from knowing that you are putting forth your very best effort.

If you work on something long enough, sincerely giving your best effort every day, constantly looking for ways to improve your performance and the value that you bring to the work, it will succeed.

The most worthwhile accomplishments take time. That doesn't mean you can sit back and wait for them. Because they also require ‘aggressive pursuit’ on a daily basis. Know where you are going, do your best work, give it everything you possibly can, provide as much value to as many people as possible at every opportunity you get, and then know with confidence that your efforts will be richly rewarded.

Fadilat Selawat

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku:-

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Dengan kisah yang dikemukakan ini, janganlah kita melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Allah SWT Melaknat Orang Yang Makan Riba

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:“Allah akan melaknat pemakan riba, yang memberi makan, dua orang saksinya dan juru tulisnya.” - Riwayat Ahmad dan Abu Daud

Huraian Hadis:

i) Mencari rezeki merupakan sebahagian daripada ibadah. Begitu juga sebaliknya. Agihan kekayaan yang tidak seimbang akan menjadi punca terjadinya segala jenayah berbentuk korupsi.

ii) Di antara rezeki yang haram menurut pandangan Islam ialah rasuah, makan harta anak yatim tanpa hak, mencari rezeki dengan meminta-minta, riba, perdagangan benda yang memabukkan, perjudian, penipuan dalam timbangan, menjual barang rosak dan barang tiruan.

iii) Riba yang dari segi istilah bermaksud ‘az ziadah’ (tambahan) iaitu tambahan di atas modal sama ada sedikit atau pun banyak (beban bunga) di mana ia adalah termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar kerana ia merupakan pemerasan orang kaya terhadap orang miskin yang membuatkan orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah melarat.

iv) Pemakan riba akan mendapat hukuman yang berat sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud : “Orang memakan riba atau mengambilnya, ia tidak dapat berdiri (hidup melainkan keadaan seperti orang yang dirasuk syaitan atau macam orang gila (kehilangan akal)” -Al-Baqarah : 275. Dalam surah dan ayat yang sama juga selanjutnya Allah berfirman bahawa orang yang mengulangi memakan riba setelah ia mengetahui hukumnya, maka Allah akan memasukkannya ke dalam neraka dan kekal di dalamnya.

v) Semasa peristiwa Isra' dan Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ditunjukkan bagaimana seorang yang berenang dalam sungai darah. Setiap kali orang berkenaan menghampiri tebing, dia telah dilontar dengan batu. Penjelasan yang diberikan oleh malaikat ialah orang ini sewaktu di dunia adalah pemakan riba.

vi) Sistem riba adalah sistem yang buruk dari segi ekonomi. Oleh itu untuk menghindari dari kemungkinan terlibat ke dalam riba yang dilarang oleh Islam, (walaupun batas-batas yang dianggap riba masih diperselisihkan di kalangan para ulama) jalan yang paling selamat adalah melakukan muamalah berdasarkan ajaran lslam sama ada secara mudharabah, musyarakah, murabahah atau wadi'ah.

vii) Riba lawannya sedekah kerana sedekah merupakan kerelaan memberikan harta benda tanpa mengharapkan imbalan dan balasan. Sedangkan riba, ia menuntut kembali wang yang dipinjamkannya bersekali dengan bunganya yang dikaut daripada penat jerih orang yang meminjamnya.

Monday, April 13, 2009

Akhlak Muslim

TUJUAN AKHLAK:

Tamadun sesebuah masyarakat akan diperakui kehebatannya oleh seluruh menusia dan di sisi Allah swt jika masyarakatnya mempunyai akhlak yang mulia. Ia merupakan struktur asas suatu bangsa untuk membentuk suatu masyarakat yang harmoni dan berwawasan.

1. Amal Soleh Pembersih Jiwa-
Matlamat Islam adalah untuk memelihara manusia daripada godaan syaitan. Amal soleh akan mewujudkan insan yang berakhlak dan membawa kesejahteraan kepada manusia. Firman Allah, "Sesungguhnya berjayalah orang yang (menerima peringatan itu berusaha) membersihkan dirinya (dengan taat dan beramal soleh)." (Surah Al-A'la: Ayat 144)

2. Amal Jariah-
Amal Jariah bermakna belas kasihan dan kebaikan hati. Al-Quran memberi penekanan berkenaan matlamat bekerja dan golongan yang berhak menerima sedekah dan menyeru manusia berbuat kebaikan agar mereka mencapai kemuliaan. Allah berfirman "Jika kamu berbuat kebaikan, (faedah) yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu. Jika kamu berbuat kejahatan maka kesan buruk berbalik kepada diri kamu juga." (Surah Al-Isra': Ayat 7)

3. Takwa-
Berbagai istilah perkataan takwa digunakan dalam Al-Quran yang menyentuh persoalan moral dan sosial. Orang-orang yang bertakwa akan memelihara diri mereka dari melakukan perkara-perkara kemurkaan dan azab Allah di dunia dan di akhirat. Firman Allah, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benar takwa dan jangan kamu mati selain dalam keadaan Islam." (Surah Al-Imran: Ayat 102)

4. Pemaaf-
Satu sifat yang patut dipuji yang lahir dari hati yang suci dan fikiran yang waras. Ia memelihara kesabaran insan ketika berhadapan dengan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan berpunca dari perasaan sakit hati dan fikiran yang dipengaruhi oleh syaitan.

5. Jujur-
Ia merupakan salah satu asas penubuhan sesebuah masyarakat. Tanpanya stabiliti sosial dan keyakinan di kalangan masyarakat tidak akan terjamin. Kejujuran juga melambangkan identiti sesuatu masyarakat, bangsa dan negara.

6. Berbaik-baik Sesama Manusia-
Satu sifat yang terpuji lahir dari hati yang menitik beratkan kasih saying kepada orang lain. Allah mengajak manusia berbuat baik sesama orang beriman dihubungkan atas dasar persaudaraan Islam. Firman Allah, "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat (dariNya)." (Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

7. Menentang Hawa Nafsu-
Objektif ajaran Islam adalah mengawal perasaan jahat manusia yang dipengaruhi oleh berbagai keinginan hawa (nafsu) dan perasaan. Kegagalan mengawalnya akan merosakkan peraturan semulajadi kehidupan yang sepatutnya diperintah secara seimbang dan harmoni.

8. Takbur-
Adalah satu gejala sosial yang menyemai bibit perpisahan dan permusuhan dikalangan individu. Ia menghentikan semangat kerjasama dan persahabatan sesama manusia. Orang takbur merupakan manusia yang paling keras hati untuk mematuhi segala perintah Allah.


Sifat-sifat Terpuji

1. Taubat ertinya meninggalkan segala perbuatan tercela yang telah dikerjakannya dengan niat kerana membesarkan Allah s.w.t. Orang yang bertaubat mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Meninggalkan maksiat dengan kesedarannya.
b) Menyesal dengan perbuatan yang telah dikerjakan.
c) Berazam tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

2. Khauf ertinya takutkan Allah, takut kepada kemurkaanNya dengan memelihara diri dari melakukan perkara-perkara yang ditegah.

3. Zuhud ertinya bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluannya serta tidak bergantung kepada makhluk lain. Hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah sebagai amanah dari Allah.

4. Sabar ertinya tabah atau cekal menghadapi sesuatu ujian yang mendukacitakan.

5. Syukur ertinya menyedari bahawa semua nikmat yang diperolehinya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari Allah dan ia merasa gembira dengan nikmat itu serta bertanggungjawab kepada Allah.

6. Ikhlas ertinya mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredaan Allah, bukan kerana tujuan yang lain.

7. Tawakkal ertinya berserah diri kepada Allah dalam melakukan sesuatu rancangan.

8. Mahabbah ertinya kasihkan Allah dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadaNya serta bersungguh-sungguh menjaga diri dari melakukan maksiat.

9. Reda dengan Qada' dan Qadar ertinya merasa lapang menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan Allah sama ada yang berupa nikmat atau musibah.

10. Zikrul Maut ertinya sentiasa ingat kepada kematian.


Sifat-sifat Tercela

1. Syarhul Thaa'am ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.

2. Syarhul Kalam ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhirat.

3. Gha'dhab ertinya bersifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.

4. Hasad ertinya dengki akan nikmat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan melebihi dari dirinya.

5. Bukhl ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.

6. Hubbul Jah ertinya cintakan kepada kemegahan dunia dan hatinya sentiasa berkehendakkan kepada kemasyhuran.

7. Hubbun Dunya ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah s.w.t.

8. Kibr ertinya bongkak atau sombong dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.

9. Ujub ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya adalah nikmat dari Allah.

10. Riyak ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan atau untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.

Saturday, April 11, 2009

Adab Memberi Salam

HUKUM MEMBERI SALAM

Sunat Muakkad bagi perseorangan dan Sunat Kifayah bagi perkumpulan. Menjawab salam pula adalah wajib bagi perseorangan dan fardu kifayah bagi perkumpulan.


Orang Yang Patut Mendahulukan Salam

1. Yang berjalan kepada yang duduk.
2. Yang muda kepada orang yang tua.
3. Yang berkenderaan kepada yang berjalan kaki.
4. Yang berada di luar kepada yang berada di dalam.
5. Yang berada di belakang kepada yang berada di depan.
6. Yang hendak meninggalkan majlis kepada yang berada dalam majlis.

Orang Yang Makruh Diucapkan Salam Kepadanya

1. Orang yang sedang azan atau iqomah.
2. Orang yang sedang mengajar ilmu agama.
3. Orang yang sedang membaca Al Quran.
4. Orang yang sedang qada hajat.
5. Orang yang memusuh Islam dan orang kafir.
6. Ahli bid'ah - orang yang mengganggu lalu-lalang atau berbual kosong.
7. Ahli maksiat termasuk orang yang tidak menutup aurat.

Orang Yang Wajib Menjawab Salam

1. Orang yang sedang sembahyang.
2. Orang yang sedang qada hajat.
3. Orang yang sedang mengajar.
4. Orang yang menerima salam setelah bercakap-cakap dengannya.
5. Orang yang suka meminta-minta.

Kelebih Dan Hikmah Memberi Salam

1. Mendapat keredaan Allah.
2. Mendapat doa dari Malaikat.
3. Mendukacitakan iblis.
4. Membersihkan hati dan melahirkan kemesraan serta mengukuhkan persaudaraan Islam.

Friday, April 10, 2009

Mayat Membaca Yasiin

"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser... .penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia . Ceritanya begini.. :-

Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la, tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.

Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.

Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya.

Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ihram).

Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam- zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia akan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ...

Larangan Meminta-minta Mati

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." - Riwayat Bukhari dan Muslim Huraian

Pengajaran hadith:

i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu, Allah SWT menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Thursday, April 9, 2009

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah SWT memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah yang menjadi sebab Allah SWT jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah SWT jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah SWT akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki Allah SWT daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah SWT lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah SWT akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah SWT akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah SWT buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah SWT kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah SWT membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah SWT menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah SWT.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah SWT

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah SWT. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah SWT berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau Asma’ul Husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah At-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah SWT lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah SWT, Al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah Ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah SWT, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, Ya Fattah Ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah SWT, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah SWT suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah SWT berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah SWT beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah SWT. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT mencukupka (keperluannya)". (At-Thalaq: 3).

Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah SWT dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.).

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah SWT akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq:2-3).

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah SWT, lalu Allah SWT limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.