Oleh kerana penyakit yang disebutkan sihir ini berlaku di alam rohani, yang sebab-sebabnya tersembunyi atau tabiat sihir yang terselindung, maka sukar diketahui cara pengubatannya dengan mudah. Kebanyakan sihir dilakukan secara tersembunyi, khususnya pada waktu malam.
Ikhtiarnya adalah terbuka seperti menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk menentang sihir. Banyak ayat dalam al-Quran menyentuh tentang berlaku sihir dalam alam manusia. Yang jelas ketara bahawa apabila sihir berlaku pada zaman Nabi Allah Musa a.s., baginda menghadapi sihir dengan kekuatan jiwa dan menggunakan kaedah bantuan Allah sehingga ahli-ahli sihir kecundang, menyerah kalah dan beriman kepada Nabi Musa.
Ulama muktabar menyarankan dalam kitab mereka untuk kita membaca, 10 ayat dalam Surah al-Baqarah iaitu :-
ayat 1 hingga 5,
ayat 255, 256 & 257,
dan tiga ayat terakhir, 284, 285 & 286.
Ada juga ulama yang menyarankan kita membaca:-
Surah al-Fatihah,
ayat 255 Surah alBaqarah,
ayat 117 dan 119 Surah al-A’raaf,
ayat 79 dan 82 Surah Yunus,
ayat 65 hingga 69 Surah Thaha,
ayat 82 dan 83 Surah Yunus,
ayat 118 Surah al-A’raaf
dan ayat 70 Surah Thaha.
Disarankan ayat-ayat ini dibaca oleh orang yang terkena sihir ataupun orang yang hendak mengubati penyakit akibat sihir dengan memohon perlindungan daripada Allah SWT.
Monday, April 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment