Tuesday, April 7, 2009

Adab Berjiran

Prinsip Berjiran

1. Dikira jiran itu bermula dari 40 buah rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan.

2. Mendahulukan memberi salam bila bertemu.

3. Tidak terlalu banyak bertanya akan hal ehwalnya.

4. Menziarahinya bila ia sakit.

5. Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian.

6. Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada di dalam kesusahan.

7. Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak di sengajakan.

8. Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadapnya.

9. Memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan agama mahupun dunia.

10. Sentiasa bercakap dengan lemah-lembut.

11. Tidak menyinggung perasaannya dengan sesuatu perbuatan.


Adab Menziarahi Orang Sakit

1. Sunat menziarahinya secara berselang hari.

2. Makruh jika tinggal terlalu lama dan menyusahkan si pesakit serta keluarganya.

3. Sunat duduk dekat dengan kepala si pesakit.

4. Sunat membaca doa dan mengucapkan kata-kata yang disenangi oleh si pesakit.

5. Sunat mengampunkan setiap kesalahan pesakit sekiranya ia ada membuat kesalahan dengan kita.

6. Membawa apa-apa buah tangan yang patut bagi meringankan bebannya dan juga keluarganya.

Adab Menziarahi Kubur

1. Sunat memberi salam dan mendahului dengan kaki kanan apabila memasuki kawasan perkuburan.

2. Sunat mengambil wuduk.

3. Makruh bagi wanita tetapi sekiranya bercampur dengan kaum lelaki yang bukan muhramnya maka hukumnya haram. Bagi wanita yang sudah tua maka hukumnya harus.

4. Sunat membaca ayat-ayat Al Quran seperti Al-Faatihah dan sebagainya serta diiringi dengan doa.

5. Duduk hampir dengan kuburnya atau disisinya.

6. Dilarang mengusap atau mencium batu nisan.

7. Dilarang tawaf di sekeliling kubur dengan memohon sesuatu hajat padanya kerana ini adalah perbuatan bid'ah yang mungkar.

8. Lebih afdal, ziarah dilakukan pada hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment