Monday, November 30, 2009

Pity, Need And Challenge

Why is it that when you really need more business, it is very difficult to find; and when you don't need any new business, it seems to come at you from every direction? Anyone who works in a sales position or runs a business has probably experienced this.

When you have plenty of business, and things are going great, you naturally attract people to you. All your activity stirs up even more activity. You're more confident, and people can definitely sense that. Nothing succeeds like success.

Many people operate from the perspective of need. They try to use their own need as a way to convince people to do business with them. That is a recipe for failure. No one wants to buy from someone who is desperate.

Don't ask or expect people to take pity on you. You might find some who will, but pity is the last thing you want. Pity is one of the most degrading things you can experience. When you accept pity, you are admitting to yourself and others that all hope is lost. That kind of mindset won't get you very far.

It is far better to be challenged than to be pitied. Challenge forces you to grow, to build, to create, to excel. Challenge can motivate. It can teach you new skills and help you make new contacts. It builds confidence and competence.

Seek out challenge, put forth the effort to meet the challenge, and you'll soon have more business than you can handle.

-Ralph Marston

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat

Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah SWT.

Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak, mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu."
- (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah bermaksud: "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah."

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan tiga perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah:

1. Harus sedar dan insaf, mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;

2. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan

3. Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Isteri Membantu Ibubapa, Perlukah Izin Suami?

Soalan:

Apakah hukumnya sekiranya saya memberi duit (nafkah) kepada kedua ibubapa saya tanpa memberitahu suami? Saya berasal dari keluarga susah dan saya merupakan anak sulung. Sebelum berkahwin saya banyak membantu keluarga saya. Selepas berkahwin, suami saya tidak bersetuju saya memberikan duit setiap bulan kepada ibubapa. Katanya kami anak-beranak hanya cukup-cukup makan. Suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan saya yang banyak menyara keluarga seperti membayar sewa rumah, pengasuh anak, bil api air, kereta saya, kadang-kadang terpaksa bayarkan ansurans keretanya. Duit suami untuk makan minum dan perkara kecil-kecil sahaja. saya tidak mempersoalkan tetapi saya berasa terkilan kerana dia tidak bersetuju saya mengirim duit kepada ibubapa saya di kampung.(Saya terpikir dia takut sekiranya sewa rumah atau apa-apa bil tidak terbayar ). Oleh yang demikian, saya membantu ibubapa saya tanpa memberitahunya. Apakah penyelesaiannya?

Jawapan:

1. Jika ibubapa puan miskin dan puan mampu menafkahi mereka dengan duit puan, wajib atas puan menafkahi mereka. Tidak harus puan mengikuti kehendak suami puan untuk tidak menafkahi ibubapa puan, sedangkan mereka miskin dan amat mengharapkan bantuan puan. Yang terbaik ialah jika puan dapat berbincang dengan suami puan dan mencapai kata sepakat dengannya. Jika tidak dapat, lakukanlah tanpa pengetahuannya.

2. Adapun jika mereka (yakni ibubapa puan) orang berada dan puan ingin memberi duit kepada mereka atas dasar pemberian dari seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapa dan menjaga silaturrahim (bukan kerana mereka miskin atau memerlukan), dalam hal ini para ulamak berbeza pandangan (adakah harus isteri bersedekah dari duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya atau tanpa pengetahuannya?):-

a) Jumhur/kebanyakan ulamak (merangkumi mazhab Syafi’ie, Hanbali dan Hanafi) berpendapat; tidak wajib isteri mendapat keizinan suaminya terlebih dahulu untuk bersedekah dari duitnya, yakni diharuskan ia bersedekah dari duitnya sendiri tanpa wajib memohon keizinan suaminya terlebih dahulu atau tanpa memberitahunya. Mereka berdalilkan dalil-dalil berikut :

- Dalam Soheh al-Bukhari dan Muslim ada riwayat menceritakan; Isteri Nabi iaitu Maimunah binti al-Harith r.a. membebaskan seorang hamba perempuannya tanpa memberitahu Nabi s.a.w.. Apabila tiba giliran Nabi bersamanya, ia berkata kepada Nabi; “Tidakkah kamu perasan aku telah membebaskan hamba perempuanku?”. Nabi berkata; “Benarkah?”. Maimunah menjawab; “Ya”. Nabi lalu berkata kepadanya; “Jika kamu menghadiahkan hamba itu kepada ibu-ibu saudara kamu nescaya pahalanya lebih besar lagi”.

Berdasarkan hadis ini, para ulamak memutuskan bahawa; harus isteri berderma atau berbuat kebajikan dari duitnya sendiri tanpa keizinan suaminya. Jika perkara tersebut diharamkan, tentu Nabi akan melarang isterinya (Maimunah) dari membebaskan hamba tersebut tanpa pengetahuannya. Oleh kerana tiada larangan dari baginda, itu menunjukkan bahawa perbuatan Maimunah itu adalah harus di sisi Syarak.

- Di dalam hadis yang lain, Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Jabir r.a. yang menceritakan; “Pada hari raya Fitrah (‘Aidil-Fitri), Nabi s.a.w. memulakan dengan mengerjakan solat (yakni solat sunat hari raya), kemudian baginda menyampaikan khutbah. Setelah selesai khutbah, baginda turun dari mimbarnya dan menuju kepada kaum wanita dengan ditemani oleh Bilal. Baginda menyampaikan peringatan kepada kaum wanita dengan menggalakkan mereka supaya bersedekah. Bilal membentangkan kainnya dan kaum wanita meletakkan sedekah-sedekah mereka di atas kain tersebut. Dalam riwayat lain disebutkan; “Lalu mereka (yakni kaum wanita) memberi sedekah dengan barang-barang perhiasan mereka”.

Dalam hadis ini, kaum wanita bersedekah sebaik sahaja mendapat galakan dari Nabi. Mereka tidak memohon keizinan dari suami-suami masing-masing tersebih dahulu dan Nabi juga tidak memerintahkan mereka berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa diharuskan kaum wanita memberi sedekah dari harta mereka tanpa keizinan suami mereka.

b) Ada di kalangan ulamak berpendapat (antaranya Imam Malik dan al-Laith); tidak harus isteri memberi sedekah melainkan setelah mendapat izin suaminya, walaupun sedekah itu dari hartanya sendiri. Mereka berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang menyebutkan:

“Tidak harus bagi seorang wanita memberi hadiah/pemberian kecuali dengan izin suaminya”
- (Riwayat Imam Abu Daud dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

Namun jumhur ulamak menjelaskan; hadis tersebut khusus bagi wanita/isteri yang tidak cerdik (yakni tidak dapat menguruskan harta mengikut jalan yang baik) atau arahan hadis supaya meminta izin di atas adalah arahan sunat sahaja, bukan arahan wajib kerana dalam hadis-hadis sebelum ini baginda tidak melarang isteri-isteri bersedekah tanpa keizinan atau tanpa pengetahuan suami.

Wallahu a’lam.


Rujukan:

1. Fatawa Syeikh al-Munajjid (http://www.islam-qa.com/ar/ref/48952).

2. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 7, Kitab az-Zakah, bab Fadhl an-Nafaqah wa as-Sodaqah ‘Ala al-Aqrabiin…

3. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 6, Kitab Solat al-‘Idaiani.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Friday, November 27, 2009

Ibadah Haji; Antara Amalan Yang Paling Utama

Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah ditanya, “Amalan manakah yang lebih utama? Baginda menjawab: “Beriman kepada Allah dan juga kepada Rasulnya”. Kemudian baginda ditanya lagi: “Selepas itu apa lagi? Baginda berkata, “Berjihad di jalan yang diredhai Allah”. Kemudian apa lagi? Baginda menjawab: “Mengerjakan ibadat haji yang diterima oleh Allah (haji mabrur).

- (al-Bukhari dan Muslim)

Huraian :

1. Umat Islam hendaklah sentiasa melakukan amalan yang baik semasa hayatnya, kerana setiap amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dinilai sebagai ibadat.

2. Antara amalan yang paling utama selepas beriman kepada Allah dan juga kepada RasulNYA serta berjihad di jalan yang diredhai Allah ialah mengerjakan ibadat haji dengan sempurna (haji mabrur).

3. Sesungguhnya Allah S.W.T. sangat menyukai hambanya yang taat dalam melaksanakan titah perintahNYA apalagi sanggup berkorban nyawa, tenaga dan wang ringgit semata-mata untuk bermusafir mengerjakan ibadat haji kerana ibadah ini tidak akan dapat dilakukan tanpa adanya persediaan yang cukup dari segi rohani dan jasmani.

4. Orang yang beramal dan berusaha untuk menegakkan syariat Allah di muka bumi ini telah dijanjikan ganjaran pahala yang besar oleh Allah ketika di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu umat Islam seharusnya berlumba-lumba dalam melakukan amal ibadat selagi tempoh hayat masih berbaki.

Look Around You

You are your own person. You are also a product of your environment. Your thoughts, your actions, your attitude, your ambition -- are largely dependent on the people and situations that surround you.

Look at your home, your yard, your desk -- the physical things that surround you. Are they well-maintained, neat and clean? Or are they messy and in disrepair? If you want to get your life focused, a good place to start is with keeping your things in order. If you're constantly surrounded by a mess, then it is difficult to stay on track.

Look at the people that you associate with. You need to put yourself around people who will reinforce the goals you have set for yourself. People who will challenge you to be your best -- not people who will let you get by with being mediocre.

Seek out the people and situations that you aspire and associate yourself with them. Be aware that your environment has a subtle and powerful influence on you. Make sure that you surround yourself with positive influences.

-Ralph Marston

Perhimpunan Di Padang Mahsyar Sehingga Masing-masing Menerima Balasan

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhan akan himpunkan semua manusia pada hari kiamat di atas satu bumi yang putih kemerah-merahan seperti sebiji roti gandum putih yang baharu dibakar, bumi yang suci bersih, tidak ada padanya gunung-ganang atau bukit bukau dan tidak pula ada padanya sebarang tanda atau kesan yang menunjukkan bahawa bumi itu pernah diduduki atau dimiliki orang".

- Sahl bin Sa'id As-Sa'idiy r.a

Memotong Saluran Peranakan

Soalan:

Apa hukumnya isteri yang memotong saluran peranakan oleh kerana tidak mahu mengandung lagi walaupun diberi keizinan oleh suami? Adakah ia satu dosa besar?

Jawapan:

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Mu’asyirahnya (jil. 2) apabila ditanya berkenaan hukum mengikat saluran peranakan, beliau menjawab: “Perbuatan tersebut tidak harus kerana mengandungi tindakan mengubah ciptaan Allah SWT. Ia adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan dan dihiasi oleh Syaitan. Dikecualikan jika terdapat darurat yang kemuncak, seperti kelahiran anak akan mendatangkan bahaya kepada Ibu dan tidak ada jalan lain lagi untuk menghalang kelahiran melainkan dengan cara tersebut (yakni mengikat saluran peranakan itu). Hukum darurat tersebut hanya bersifat individu dan merupakan kes terpencil yang dilakukan mengikut kadar perlu. Tidak harus hukum darurat tersebut diambil menjadi satu prinsip umum untuk semua keadaan”. (hlm. 680)

Ulasan:

1. Berdasarkan fatwa di atas dapat kita simpulkan bahawa; mengikat saluran peranakan –apatah lagi memotongnya- hukum asalnya ialah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah SWT iaitu merosakkan fungsi anggota tubuh yang dijadikan Allah SWT. Hukum asal ini tidak berubah kecuali jika ada suatu darurat yang tidak dapat dielakkan.

2. Perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan dan dihiasi oleh Syaitan yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam fatwanya di atas adalah merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: “(Syaitan derhaka) yang telah dilaknat oleh Allah dan ia (yakni syaitan itu) berkata: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil dari hamba-hambaMu sebahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku), dan aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak); lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu, dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah’. Dan (ingatlah) sesiapa mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang-nyata”.
- (Surah an-Nisa’, ayat 118-119)

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. Fatawa Mu’ashirah, Dr. Yusuf al-Qaradhwai, jil. 2, hlm. 680. (Cet. Al-Maktab al-Islami, Beirut/Dimasyq/’Amman, 2000).

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Kasih Sayang Allah

Hadis riwayat Umar bin Khathab r.a.: Bahwa ia datang menghadap Rasulullah s.a.w. dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu bila ia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan itu, dia langsung mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada kami: "Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api?". Kami menjawab: "Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya".
- (Shahih Muslim No.4947)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah Taala berfirman: 'Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari'."
-(Shahih Muslim No.4832)

Allah berfirman : "Jika kau datang kepadaKu (Allah) dengan dosa segunung, dan kau mohon ampun maka akan Aku ampuni. Jika kau datang dengan dosa seluas lautan, dan kau memohon ampun, maka akan Aku ampuni. Jika kau mati, tidak dalam keadaan musyrik dan kau memohon ampun, maka dosamu akan Aku ampuni."

Allah Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "RahmatKu mendahului murkaKu."
- (HR. Muslim)

Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu.
- (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Seorang masuk surga bukan kerana amalnya tetapi kerana rahmat Allah Ta'ala. Kerana itu bertindaklah yang lurus (baik dan benar).
- (HR. Muslim)

"Perbanyaklah mengingat Allah, maka Allah akan mengingatmu".

Tidak pernah bosan untuk mengatakan, perubahan selalu terjadi pada diri kita, tapi usahakan perubahan diri kita menjadi lebih baik. Orang yang beruntung, jika dia dapat merubah dirinya menjadi lebih baik dari diri sebelumnya. Dosa masa lalu, bukan suatu hal yang menghalangi diri kita untuk berubah menjadi lebih baik, kerana Allah membuka seluas-luasnya pintu pengampunan. Semoga bermanfaat bagi kita semua.


Author : Adam Rachman Putra

Wednesday, November 25, 2009

Life Skills

A very useful and thought-provoking list of “Life Skills” for people of all ages:

Integrity: to act according to your sense of what's right and wrong.

Initiative: to do something because it needs to be done.

Flexibility: to be willing to alter plans when necessary.

Perseverance: to keep at it.

Organization: to plan, arrange, and implement in an orderly way; to keep things orderly and ready to use.

Sense of humour: to laugh and be playful without harming others.

Effort: to do your best.

Common sense: to use good judgment.

Problem solving: to create solutions to difficult situations and everyday problems.

Responsibility: to respond when appropriate; to be accountable for your actions.

Patience: to wait calmly for someone or something.

Friendship: to make and keep a friend through mutual trust and caring.

Curiosity: a desire to investigate and understand your world.

Cooperation: to work together toward a common goal.

Caring: to feel and show concern for others.

Courage: the ability to persevere and withstand danger, difficulty, or fear.

-Ralph Marston

Hukum Jampi

Soalan:

Apa pandangan syarak tentang jampi? Adakah harus berjampi dengan bomoh siam atau sebagainya yang bukan Islam?

Jawapan:

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah* adalah syirik”.
- (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Ibnu Mas’ud r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 2002)

(*At-Tiwalah ialah sejenis sihir pengasih iaitu yang digunakan untuk menjadikan seorang perempuan dikasihi oleh seorang lelaki. Lihat Faidhul Qadier, hadis no. 2002)

Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w. melarang jampi dan menganggapnya sebagai syirik. Namun para ulamak menjelaskan bahawa; jampi yang dilarang dalam hadis di atas dan dianggap sebagai syirik ialah yang terkandung doa atau pemujaan kepada selain Allah SWT, atau yang menggunakan bahasa selain Arab atau bahasa yang tidak difahami yang besar kemungkinan mengandungi kalimah-kalimah kufur atau unsur-unsur syirik. Adapun jampi-jampi menggunakan ayat al-Quran dan doa-doa yang maksur dari Rasulullah s.a.w., tidaklah dilarang kerana terdapat banyak nas yang membenarkannya.

Seorang sahabat nabi bernama ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a. menceritakan: ‘Kami biasa berjampi pada zaman jahiliyah. Lalu (apabila datangnya Islam), kami bertanya Rasulullah s.a.w.: ‘Ya Rasulullah s.a.w., apa pandangan kamu tentang jampi?’. Rasulullah s.a.w. menjawab: “Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi-jampi, selagi tidak ada syirik padanya”.
- (Riwayat Imam Muslim dan Abu Daud dari ‘Auf bin Malik r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 1152)

Terdapat riwayat menceritakan bahawa Abdullah bin Mas’ud suatu hari melihat di leher isterinya terdapat tangkal benang. Lalu ia bertanya isterinya: ‘Apa ini?’. Jawab isterinya: ‘Tangkal yang dijampi untuk berlindung dari demam/rasa panas’. Lantas Abdullah merentap tangkal tersebut dan membuangnya. Kemudian ia berkata kepada isterinya: ‘Sesungguhnya ahli keluarga Abdullah bebas dari syirik'. Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘Sesungguhnya jampi-jampi, tangkal-tangkal dan sihir tiwalah adalah syirik’. Isteri Abdullah lalu menceritakan kepadanya: ‘Suatu hari aku keluar dari rumah. Aku terserempak dengan seorang lelaki yang melihat aku dengan matanya (yakni menyihir aku dengan matanya) menyebabkan mataku sentiasa berair/mengalir air mata. Maka aku pergi kepada seorang yahudi dan ia mengajar kepadaku satu jampi. Apabila aku membaca jampi itu, mataku pun berhenti berair. Namun apabila aku meninggalkan jampi itu, mataku kembali berair’. Abdullah berkata (memberi penjelasan kepada isterinya) : ‘Itulah mainan syaitan (untuk menyesatkan kamu). Apabila kamu taatinya (yakni dengan membaca jampi itu), ia biarkan kamu (yakni ia tidak menyakiti kamu), dan apabila kamu engkarinya (yakni dengan meninggalkan jampi itu), ia mencucuk mata kamu dengan jari-jarinya’. Abdullah berkata lagi: ‘Jika kamu melakukan sebagaimana yang diajar Rasulullah s.a.w., adalah lebih baik dan lebih mudah sembuh iaitu kamu merenjiskan air ke matamu sambil membaca doa: “Jauhilah penyakit, wahai Tuhan manusia. Sembuhkanlah kerana Engkaulah Tuhan yang maha menyembuhkan. Tidak ada sembuhan melainkan sembuhan Engkau, sembuhan yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit”.
- (Riwayat Imam Ibnu Majah dari Zainab r.a.)

Berkata Imam Muhammad bin al-Hasan: “Diharuskan berjampi dengan jampi yang terdapat di dalam al-Quran dan yang menyebut nama Allah. Adapun dengan perkataan yang tidak diketahui (makna atau asal-usulnya), maka tidak harus berjampi dengannya”.
- (Lihat al-Muwattha’, bab ar-Ruqa).

KESIMPULANNYA:

Jampi diharuskan jika menggunakan ayat-ayat al-Quran atau doa-doa yang maksur dari Rasulullah s.a.w.. Lebih jelas lagi, menurut Imam as-Suyuti: Para ulama’ sepakat meletakkan tiga syarat untuk mengharuskan sebarang jampi -

a) Ia hendaklah menggunakan kalam Allah, nama-nama atau sifat-sifatNya.

b) Ia hendaklah menggunakan bahasa Arab atau bahasa yang difahami maksudnya.

c) Hendaklah dengan iktikad bahawa bukan jampi-jampi itu yang menyembuhkan (atau memberi kesan) tetapi Allah.
- (Haqiqatu at-Tauhid, Syeikh Yusuf al-Qaradhawi)

Berdasarkan syarat-syarat di atas, dapat kita simpulkan juga bahawa berjampi dengan bomoh siam atau mana-mana bomoh yang bukan Islam hukumnya adalah haram kerana bomoh-bomoh bukan Islam itu sudah tentunya tidak akan menyebut nama Allah ketika berjampi, akan tetapi mereka akan menyebut nama Tuhan mereka dan ini membawa kepada syirik.

Wallahu A’lam.

Rujukan:

1. Haqiqatu at-Tauhid, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ter. Muassasah ar-Risalah, Beirut (2001)

2. Faidhul Qadier Syarh al-Jami’ as-Saghier, Imam al-Minawi, Dar al-Fikr.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Fadhilat Dan Hikmah Korban

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”

- Riwayat at- Tirmidzi

Huraian:

1) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

2) Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

3) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan - Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".
- (Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa - Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".
- (al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah - Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi, maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Tuesday, November 24, 2009

Kindness

In any situation, you have a choice of how to react. When things are tense, frantic and hurried, stop and show a little kindness. An encouraging word, a helpful gesture, an offer of assistance or understanding can go a long way to turn things around.

It is easy to complain when things aren't going right. It is easy to criticize everyone and everything. But where does that get you? Perhaps a little kindness and understanding would help to change the situation. It certainly won't hurt.

People will respond to kindness. If you want someone on your side, if you want to persuade someone to see your point of view, one of the best ways is to approach them with sincere kindness and caring. It can diffuse a tense situation. It can help you to build rapport. And it must be sincere. It must come from the heart.

Try a little kindness, with no expectations of anything in return. It will improve your outlook, your effectiveness, and it might even lower your blood pressure!

-Ralph Marston

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal-jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

7. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal-jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

9. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti Nabi Yusuf."

10. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung didalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

11. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah SWT di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaannya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

99 Nama Allah

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama iaitu seratus kurang satu. Siapa menghafalnya masuk syurga."

- (Muslim)

Huraian:

Perumpamaan orang yang ingat akan Allah dengan orang yang tidak ingat akan Allah laksana orang yang hidup dengan orang yang mati.

Beberapa sifat orang yang beriman yang disebutkan Allah dalam al-Quran adalah sebagai berikut: “Sesungguhnya orang-orang beriman yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya,dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepadanya maka bertambahlah imannya,sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.”
- (al-Anfal:2)

“Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah dan sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya.”
- (al-Ahzaab:41).

“...Lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak dan perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, maka Allah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar.”
- (Al-Ahzaab:35).

Sebenarnya untuk melayakkan diri tergolong dalam golongan orang-orang beriman seperti disebutkan bukanlah setakat memerlukan kita mengingati 99 nama-nama Allah, bahkan kita mestilah menghayati erti dan maksudnya sekali sehingga dengan itu hati kita sentiasa merasa gerun dan takut untuk berbuat dosa kepada Allah sekalipun dosa kecil.

Monday, November 23, 2009

Find Success By Doing What You Love

You just won't find anyone who has achieved massive success by doing something that they hate. To achieve success, you must find something that you absolutely love to do. Something that you cannot not do. And do it well. Do it with passion, with excitement, with enthusiasm, with a healthy obsession.

That is not to say that you must become a workaholic. Because when you find something that you absolutely love to do, it's not work. It's fun. Obsession with making money creates workaholics. Don't focus on making money, because then, you'll be working. Focus instead on creating your dream job, on doing what you love to do the most. The money will come, but it is only one measure of your success. More importantly, you'll grow as a person. You'll grow into the person you were meant to be. You will fulfill your potential and make your unique contribution to the world.

Mark Twain said: "The secret of success is making your vocation your vacation." Successful people are on a permanent vacation. Not because they don't work hard, but because they love what they do.

If your goal is to get to the point where you never have to work again, perhaps you should examine the nature of your work. Hating what you do will probably not get you very far. Find a way to love your work and you'll immediately have true success.

-Ralph Marston

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap-sedia dengan tempat duduknya di Neraka.”
- (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik r.a. berkata: “Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah s.a.w. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah s.a.w. (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.”
- (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.”
- (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”

Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah s.a.w. yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.”
-(Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)


Disunting dari buku: Golongan Yang Selamat, Syaikh Muhammad Jamil Zainu.

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

Soalan:

Apakah hukum bagi seorang yang jongang memakai pendakap gigi (braces) bagi memperbetulkan keadaan giginya itu?

Jawapan:

Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis:

“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”.
- (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut.

Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”.

Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.:

“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”.
- (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas menegaskan; sabda Nabi s.a.w.: “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”.
- (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Wallahu a’lam.

Rujukan:

1. al-Halal Wa al-Haram, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, hlm. 87-88.

2. Soheh Muslim, Bisyarhi al-Imam an-Nawawi, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah, Bab Tahrim Fi’li al-Washilah Wa al-Mustaushilah….

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Cara Menghindari Perasaan Dengki Dan Cemburu

Bagaimana cara menghindari penyakit hasad dengki, cemburu, dendam dan seumpamanya?

Menurut al-Zubair bin al-‘Awwam r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Telah menimpa ke atas kamu penyakit umat terdahulu, iaitu hasad dan benci, iaitu perasaan benci menyebabkan seseorang meninggalkan agama.”
– Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Cara menghindari penyakit ini:

1. Rendahkan diri kepada ALLAH SWT dan banyakkan berdoa:

Allahummahdi qalbi waslul sakhiimati sodri

Maksudnya: “Ya ALLAH, tunjukkan hatiku ke jalan yang benar dan keluarkan segala penyakit hati dari diriku.”

2. Kajilah al-Quran dan banyakkan membaca ayat-ayat berkaitan hasad. Mudah-mudahan hati bergetar dan menambahkan ketakutan dalam diri.

3. Banyak membaca sejarah kehidupan Nabi s.a.w tentang cara baginda menjauhi sifat itu seperti Kitab Nurul Yakin fi Sirah Sayyid al-Mursalin.

4. Membaca kisah para sahabat mengenai adab dan akhlak mereka seperti Kitab Suwar Min Hayat al-Sahabah, karya Abdul Rahman Ra’fat al-Basha.

5. Apabila syaitan cuba menimbulkan perasaan itu dalam diri kamu, segeralah membaca isti’azah.

6. Jangan risau kejahatan yang dimainkan oleh hati kerana ia tidak dihisab.

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah r.h berkata: “Tidak dihisab terhadap apa yang dimainkan dalam diri manusia. Tetapi, dia dihisab atas apa yang dikatakan atau dilakukannya.”

7. Banyak memberi hadiah dan salam kepada orang yang dihasad untuk menimbulkan perasaan sayang.

Sabda Nabi s.a.w: “Mahukah aku ajar kepada kamu suatu perkara jika kamu lakukan bersama-sama akan menambahkan kasih sayang, iaitu sentiasa memberi salam antara kamu.”
–Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Tirmizi.

Wallahu a’lam.

Ustaz Mohd Noor

Tabiat Orang Munafik

Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas.

- Terjemahan Sahih Muslim

Friday, November 20, 2009

You're Worth Whatever You Think You're Worth

No matter what kind of great opportunities are presented to you, if you don't believe that you deserve success, then something will kick in that will deny success to you.

Change your self image, so that you can truly see yourself as a successful and prosperous person. First, you need to be clearly focused on where you are going, on what you want to accomplish. Determine not only what you want to accomplish, but also 'why'. When you understand why you want success, you'll find a way to get it. You'll do whatever it takes. The ‘why’ is critical.

Actions are vital, as well. It's not enough to be positive and to be focused but it is the action that gets you where you want to go. In fact, it is the action with which you convince yourself of your sincerity and desire. In the end, only you really know if you are sincerely working in the direction of your goals. Only you know if you are doing your best.

Your focus, your desire, and your sense of self worth are powerful tools. And they are fueled by actions. If you want to improve your self worth, then do something worthwhile. Over and over again. Get in the habit of providing value to others, and you'll convince yourself of your own value.

Whatever you want to accomplish, whatever you want to be, it must first exist in your mind. You must see success in yourself, in order to become a success. You must value yourself enough, that you spend your time doing valuable and worthwhile things. You must value yourself enough to take action, again and again.

-Ralph Marston

Allah Tidak Jauh, Doa Sentiasa Mustajab

Allah itu sentiasa hampir dengan kita, mendengar dan memperkenankan doa kita. Doa sesiapapun boleh sampai kepada-Nya. Tiada pengawal atau orang tengah yang menghalang seorang hamba untuk merintih dan merayu kepada Tuhannya. Siapapun hamba itu. Apa pun bangsanya dan apa pun bahasa doanya. Apa pun sejarah buruk dan baiknya.

Tuhan sentiasa sudi mendengar lalu memustajabkan pemohonan mereka dengan cara yang dikehendaki-Nya. Bertambah banyak hajat dan permohonan seorang hamba, bertambah kasih dan dekat Allah kepadanya. Dia menyuruh kita berdoa dan membanyakkan doa. Ini kerana doa adalah lambang kehambaan diri kepada zat yang Maha Agung.

Amat berbeza dengan tabiat makhluk yang lemah ini. Walau bagaimana baik pun seseorang dengan kita, namun jika kita terlalu meminta, perasaan jemu dan bosan akan timbul dalam jiwanya.

Firman Allah (maksudnya):
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.”
- (surah Ghafir: 60).

Seseorang kadangkala tidak perasan bahawa apabila dia berdoa kepada Allah sebenarnya dia sedang melakukan ibadah yang besar. Walaupun pada zahirnya kelihatan dia sedang memohon untuk kepentingan diri sendiri, namun hakikatnya dia sedang membuktikan keikhlasan tauhidnya kepada Allah dan ketundukan kepada Tuhan Yang Sebenar.

Maka dengan itu Nabi menyatakan: Doa itu adalah ibadah.
- (Riwayat Abu Daud dan al- Tirmizi, sahih).

Jika sepanjang malam seorang hamba berdoa kepada Allah, bererti sepanjang malam dia melakukan ibadah yang besar. Doa sentiasa diterima oleh Allah. Jika ada yang kelihatan tidak diterima, mungkin ada beberapa faktor yang mengganggu. Mungkin pemohonan itu tidak membawa kebaikan jika dimustajabkan. Allah Maha Mengetahui. Namun doa tidak sia-sia. Pahala tetap diberikan, kebaikan yang lain pula akan diganti di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepandan dengannya.”
- (Riwayat Ahmad, al-Bazzar dan Abu Ya‘la dengan sanad yang sahih).

Maka, ada doa kita kepada Allah diterima olehNya di dunia. Ada yang tidak diberi disebabkan hikmah yang Allah lebih mengetahuiNya, lalu disimpan doa itu di sisi-Nya untuk diberikan pada hari akhirat dengan yang lebih baik dan lebih utama untuk kita. Atau doa itu ditukar dengan kebaikan-kebaikan yang lain seperti diselamatkan kita dari pelbagai bahaya yang sebahagian besarnya tidak pernah diduga. Betapa banyak keberbahayaan yang menimpa orang lain, tetapi kita diselamatkan oleh Allah. Tidak juga kerana permohonan kita dalam perkara tersebut atau kebijaksanaan kita, namun barangkali doa kita dalam perkara yang lain, lalu diberikan gantian keselamatan untuk kita dalam perkara yang tidak diduga. Kadangkala Dia tidak memberikan kepada kita sesuatu permohonan disebabkan rahmat-Nya kepada kita. Barangkali ingin menyelamatkan kita. Dia Maha Mengetahui, jika diberikan, mungkin kita hanyut atau menempuh sesuatu yang merugikan kehidupan di dunia atau akhirat.

Kita pun demikian. Bukan bererti apabila seorang bapa tidak tunaikan kehendak anaknya tanda kebencian terhadapnya. Bahkan sebahagian besarnya kerana kasih sayang dek bimbang jika diberikan akan mendatangkan kemudaratan. Maha Suci Allah untuk dibandingkan dengan kita semua, namun yang pasti rahmat-Nya sentiasa melimpah. Jika Dia menangguhkan doa kita, tentu ada hikmah-Nya.

Di samping itu hendaklah kita faham, doa itu bermaksud permohonan. Seorang yang berdoa mestilah bersungguh-sungguh dalam doanya. Maka tidaklah dinamakan berdoa jika tidak faham apa yang kita doa.

Sebab itu saya amat hairan dengan sesetengah orang yang berdoa tanpa memahami maksud. Sesetengah mereka menghafal teks Arab kerana hendak menjadi ‘tekong’ doa dalam pelbagai majlis. Malangnya, ada yang tidak faham apa yang dibaca dan yang mengaminkan pun sama. Ada orang merungut, kata mereka, umat Arab di Masjidilharam dan Masjid Nabawi tidak baca doa selepas solat beramai-ramai. Itu menunjukkan mereka tidak kuat pegangan Islam mereka. Saya katakan: Islam tidak diturun di kampung halaman kita, ia diturunkan di Mekah dan Madinah. Mereka melakukan apa yang menjadi amalan Rasulullah. Lagipun seseorang yang bersolat disuruh berdoa ketika dalam solat dan berwirid selepasnya. Dalam hadis, kita diajar agar berdoa ketika sujud dan selepas membaca tasyahud sebelum salam. Di situlah antara waktu mustajabnya doa.

Sabda Nabi s.a.w.: “Paling dekat hamba dengan tuhannya adalah ketika sujud, maka banyakkan doa ketika sujud.”
- (Riwayat Muslim).

Nabi memberitahu tentang doa selepas tasyahud sebelum memberi salam dalam solat:
“Berdoalah pasti mustajab, mintalah pasti akan diberikan.”
- (Riwayat al-Nasai, sanadnya sahih).

Bukan bererti orang yang kita tengok tidak mengangkat tangan berdoa kuat beramai-ramai selepas solat itu tidak berdoa. Kita yang barangkali kurang faham sedangkan mungkin mereka berdoa dalam solat melebihi kita. Jika seseorang berdoa selepas memberi salam, tentulah dalam banyak hal, hajat makmum dan imam tidak sama. Maka jangan marah jika kita lihat orang berdoa bersendirian.

Nasihatilah mereka yang membaca doa tanpa faham maksudnya, atau mengaminkan tanpa mengetahui isinya. Lebih menyedihkan, kadangkala doa dibaca dengan nada dan irama yang tidak menggambarkan seorang hamba yang sedang merintih memohon kepada Allah. Sebahagian nada itu, jika seseorang bercakap kepada kita dengan menggunakannya pun, kita akan pertikaikan. Layakkah nada seperti itu sebagai doa kepada Allah yang Maha Agung?

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.: “Berdoalah kamu kepada Allah Taala dalam keadaan kamu yakin akan dimustajabkan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
- (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).

Pelajari kitab nas-nas agama tentang doa kerana ianya amat penting bagi kehidupan dunia dan akhirat kita.


Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

Hilangnya Amanah

Dari Hudzaifah r.a., katanya: Kami menerima dua buah hadis dari Rasulullah saw., yang satu telah ku lihat kenyataannya, sedangkan yang satu lagi masih ku tunggu-tunggu. Rasulullah saw. bersabda kepada kami, "Sesungguhnya amanah itu bertempat di hati sanubari seseorang". Kemudian Al Quran turun, lalu mereka belajar dari Al Quran dan Sunnah. Kemudian Rasulullah saw. bersabda pula tentang hilangnya amanah. Sabda beliau, "Seorang sedang tidur, lalu dicabut amanah dari hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti noktah. Kemudian ia tidur lagi, lalu dicabut pula amanah dari hatinya, maka kini tinggallah bekasnya seperti lepuh yang membengkak di tangan atau di kaki yang terkena bara panas, dan lepuh itu mengandung air sedikit. Ketika itu, amanah hampir saja hilang sehingga orang mencarinya ke mana-mana. Ketika dikatakan orang: Di sana ada amanah! Mereka sama berkata: alangkah sabarnya dia; atau alangkah baiknya dia; dan atau alangkah cerdiknya dia. Tetapi yang sebenarnya batin orang itu kosong dari iman. Kata Hudzaifah, "Dahulu, ketika amanah masih dipegang orang erat-erat, aku bisa berdagang dengan siapa pun. Jika dengan orang muslim, ia berlaku jujur kerana agamanya, dan jika dengan orang Nasrani atau dengan orang Yahudi, kejujuran itu pun terdapat pada majikannya. Tetapi sekarang, aku tak hendak berdagang lagi melainkan dengan orang-orang tertentu, seperti si Anu dan si Anu yang masih memegang amanah erat-erat.

- Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0116.

Haji Ketika Sakit

Hadith :

Dari A’isyah r.a katanya: "Rasulullah s.a.w datang ke rumah Dhuba’ah binti Zubair bin Abdul Mutalib; lalu kata Duba’ah: "Ya Rasulullah! Aku bermaksud hendak menunaikan ibadah haji tetapi aku sakit. Bagaimana itu? Maka bersabda Nabi s.a.w: "Hajilah dan syaratkan dalam niatmu untuk tahallul (berhenti) jika tidak sanggup meneruskannya kerana bertambah sakit.”

Thursday, November 19, 2009

Good Luck!

Have you ever wondered how some people can be lucky enough to be in the right place at the right time?

Well, we're all in the right place at the right time. It's just that some people don't know it, and others are not prepared for it.

The people we call "lucky", are the people who can see opportunity and who are prepared to take advantage of it.

There is always opportunity. Even in the most dismal of times, there are things that need to be done. The people who step forward to do those things are the "lucky" ones who enjoy success. Opportunity is always present, but it is rarely obvious.

To be lucky, you must learn to look at a situation and see opportunity where others see nothing. This requires an open mind and what we now refer to as "out-of-the-box" thinking. It requires that you look at situations from many different perspectives, all the time wondering "what if?" It requires a certain amount of detachment, so you can view your situation without being clouded by emotion. It requires the courage to try something completely new and the confidence to follow your own path.

Lucky people are also the ones who are prepared for opportunity. Being prepared primarily requires discipline. Discipline is not easy. It requires that you put out sustained effort over a long period. It takes discipline to learn new skills, to accumulate capital, and to make new contacts. And these are the kinds of things you'll need to take advantage of the opportunities you discover.

Want to be lucky? Open your eyes to the opportunities around you, and discipline yourself to make the most of them.

-Ralph Marston

Angkat Takbir Dengan Jari Tidak Lurus

Soalan:

Bolehkan seseorang mengangkat takbir dengan jejari tidak lurus (sekadar mengangkatkan kedua tapak tangan dengan jemari yang hampir terlikup)?

Jawapan:

Dari Salim yang meriwayatkan dari bapanya r.a. menceritakan; “Aku melihat Rasulullah s.a.w. apabila memulakan solat, baginda mengangkat dua tangannya hingga setentang dengan dua bahunya, begitu juga sebelum baginda ruku’ dan apabila baginda bangkit dari Ruku’. Namun baginda tidak mengangkat kedua tangannya antara dua sujud”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Dari Malik bin al-Huwairith r.a. menceritakan; “Bahawa Rasulullah s.a.w. apabila baginda bertakbir, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Dan apabila baginda ruku’, baginda mengangkat dua tangan hingga setentang dengan dua telinganya. Apabila mengangkat kepalanya dari ruku’, baginda membaca "Sami'allahu liman hamidah" dengan melakukan seumpama tadi”.
- (Riwayat Imam Muslim)

Dengan menggabungkan dua hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa; semasa bertakbir dua tangan hendaklah diangkat setentang dengan bahu (dilihat secara menegak ke bawah) dan setentang dengan telinga (dilihat secara melintang).

Menurut perincian ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie, cara mengangkat tangan yang sempurna ketika takbir ialah; dua tangan diangkat hingga hujung-hujung jari setentang dengan ujung telinga, dua ibu jari setentang dengan bahagian bawah telinga (yakni tempat dipakaikan subang/anting-anting) dan dua tapak tangan setentang dengan bahu. Dua tapak tangan itu hendaklah didedahkan dengan mengadap ke kiblat dan jari-jari tangan direnggangkan antara satu sama lain secara sederhana.

Dari segi hukum, mengangkat tangan ketika takbir ini adalah sunat, tidak wajib. Oleh demikian, jika tidak dilakukan atau dilakukan secara tidak sempurna, tidaklah membatalkan solat. Namun demikian, solat yang paling baik ialah yang dilakukan dengan sehabis sempurna dan mengikut cara solat Nabi s.a.w..

Wallahu A’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Monday, November 16, 2009

Being Unique

In today's world, the old rules no longer apply. There is a revolution going on.
Innovation is occuring so fast that it can hardly keep up with itself. The computer you buy today is an antique in less than six months. The knowledge you have spent years accumulating is no longer applicable.

The only thing you can count on is change. Things are going to change, and continue changing rapidly. How do you cope with that? How do you prepare yourself for that? How do you live and prosper in such a world?

It used to be, that to get along, you had to make yourself fit in. Go to the right schools, earn the right degrees, appreciate the right music, join the right country club and associate with the right people. That was a formula for success. And it worked very well. There was a "success track" that you could get on, and if you stayed on it, you had it made. NO MORE! That world is gone!

Fitting in, no longer matters. Yes, you need contacts and you still need to do networking, but you can no longer get by, just by fitting in. For one thing, there's no place to fit in to anyway. Things are so chaotic that fitting in, is just not an available option.

You must be unique. You must have something of value to offer the marketplace. With instant global communication, people in the marketplace can easily seek out the best and the brightest. Do you, as a consumer, demand anything less than the best? Of course not!!.

The nature of the marketplace is changing dramatically. If you don't have something unique to offer, you're out of business. You must have a way to distinguish yourself. Being unique is no longer an oddity. It is essential to success.

-Ralph Marston

Empat Punca Dosa

Dosa-dosa dan maksiat kesemuanya adalah racun bagi hati. Kesan racun itu adakalanya menyebabkan hati sakit dan adakalanya sampai mematikannya. Punca dosa pula paling utama ada empat perkara:

1. Terlebih bercakap

Terlebih bercakap bermakna terlalu banyak bercakap (yang lain dari Zikrullah) sehingga terbit dari lidah ucapan-ucapan yang dimurkai Allah SWT. Di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. berkata; “Tidak akan lurus iman seseorang sehingga hatinya lurus dan tidak akan lurus hatinya sehingga lidahnya lurus”
-(Riwayat Imam Ahmad dari Anas r.a.).

Saidina ‘Umar r.a. berpesan; “Sesiapa banyak cakapnya akan banyaklah tergelincirnya, sesiapa yang banyak tergelincirnya akan banyaklah dosa-dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya maka api neraka paling utama baginya”.

“Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bercakap yang baik-baik atau hendaklah ia senyap sahaja”.
- (Hadis Nabi s.a.w., riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Semua ucapan anak Adam akan menjadi bebanan ke atasnya, bukan menjadi keuntungan baginya kecuali:
a. Menyeru kepada makruf
b. Mencegah dari munkar
c. Berzikir kepada Allah.
-(Hadis Nabi s.a.w., riwayat Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Ummu Habibah r.a.)

2. Terlebih melihat

Terlebih melihat juga akan merosakkan hati. Maksud terlebih melihat ialah kita tidak menjaga pandangan kita dari melihat perkara-perkara haram yang boleh membangkitkan nafsu seperti memerhati wanita dengan tujuan berseronok, melihat aurat orang yang bukan mahram kita atau kita memerhati dan mengintai kekurangan orang lain untuk mendedahkan keaibannya.

Di dalam al-Quran, Allah SWT memerintahkan orang beriman agar menjaga pandangan mereka: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)….”.
-(an-Nur; 30)

“…dan katakanlah kepada perempuan-perempuan beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”.
-(an-Nur: 31)

Kesan pandangan kepada hati dijelaskan oleh Nabi dalam sabdanya:
“Pandangan adalah satu panahan dari panahan-panahan beracun Iblis. Sesiapa meninggalkan pandangannya (dari melihat kepada yang haram) kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan kurniakan kepadanya iman yang ia rasainya kemanisannya di dalam hatinya”.
-(Riwayat Imam al-Hakim dari Huzaifah r.a.)

Imam Ahmad meriwayat dari Abu Umamah r.a. yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
“Tidak ada seorang muslim yang melihat kepada keelokan-keelokan seorang wanita, lalu ia menahan pandangannya (yakni ia berpaling dari melihatnya) kerana takutkan Allah, melainkan Allah akan menggantikan untuknya ibadah yang ia rasai kemanisannya”.
-(Lihat hadis ini dalam Tafsir Ibnu Kathir, surah an-Nur, ayat 30).

3. Terlebih makan

Makanan yang kita makan akan memberi kesan kepada hati kita. Elakkan dari makanan-makanan yang haram atau yang diperolehi dari jalan-jalan yang haram kerana ia boleh mematikan hati atau sekurang-kurangnya merosakkannya.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah meninggalkan pesan kepada sahabatnya bernama Sa’ad r.a.; “Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
-(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Selain itu, makanlah dengan kadar yang sederhana. Janganlah berlebih-lebihan kerana Allah memerintahkan:

“Dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlebih-lebihan (membazir)”.
- (al-A’raf: 31)

Mengikut sunnah Nabi s.a.w., kadar paling banyak kita makan ialah sekadar memenuhi 1/3 sahaja dari perut kita.

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak ada bekas yang diisi oleh anak Adam yang lebih buruk dari perutnya. Cukuplah seseorang anak Adam itu makan dengan kadar beberapa suapan sahaja untuk menegakkan tulang sulbinya. Jika tidak mampu, jadikanlah 1/3 dari bahagian perutnya untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 lagi untuk pernafasan”.
- (Riwayat Imam an-Nasai, Ibnu Majah dan at-Tirmizi dari al-Miqdam bin Ma’diyakrib r.a.)

Ibrahim bin Adham pernah berkata: “Sesiapa dapat menjaga perutnya, nescaya ia akan dapat menjaga agamanya. Sesiapa mampu berlapar, nescaya ia memiliki akhlak-akhlak yang soleh. Sesungguhnya maksiat jauh dari orang yang lapar dan hampir dengan orang yang kenyang”.

Seorang ahli soleh pernah berkata; “Janganlah kamu makan banyak kerana nanti kamu akan minum banyak, lalu tidur kamu pun banyak dan akhirnya kerugian kamu pun banyak juga”.

4. Terlebih berkawan

Kawan juga mempunyai pengaruh terhadap hati kita. Jika kita berkawan dengan orang yang bersih hatinya, hati kita juga Insya-Allah akan turut bersih. Jika kita berkawan dengan orang-orang yang hatinya kotor, akhirnya hati kita juga akan turut menjadi kotor.

Kerana itu Nabi s.a.w. berpesan: “Seseorang itu berada di atas agama temannya. Maka hendaklah setiap orang dari kamu memerhati dengan siapa ia berteman”
-(Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmizi dari Abu Hurairah r.a.).

Para ulamak membahagikan jenis kawan kepada tiga:

a) Kawan yang diibaratkan seperti makanan; iaitu perlu selalu bergaul dan bersamanya sama seperti kita perlu mengambil makanan setiap hari untuk tubuh kita. Kawan seumpama ini ialah dari kalangan orang-orang berilmu, bertakwa dan soleh. Semakin banyak kita berkawan dengan orang-orang berilmu, bertakwa dan soleh, maka baik untuk hati kita.

b) Kawan yang diibaratkan seperti ubat; iaitu kita bergaul dengannya ketika perlu sahaja, sama seperti kita mengambil ubat ketika kita sakit sahaja. Kawan jenis ini ialah dari kalangan orang-orang yang kita memerlukan mereka untuk urusan duniawi sahaja iaitu urusan kehidupan seperti jual-beli, perniagaan dan sebagainya. Kita tidak perlu terlalu rapat dan terlalu kerap bergaul dengan mereka kerana ia tidak memberi manfaat kepada kebaikan agama dan hati kita. Cukup kita bergaul dengan mereka dengan kadar yang dapat menyempurnakan urusan kita sahaja. Kecualilah jika mereka tergolong dalam kelompok orang berilmu dan soleh seperti di atas, maka haruslah kita bergaul rapat dengan mereka kerana di samping memenuhi tuntutan duniawi, dapat juga kita mengambil manfaat dari keilmuan dan kesolehan mereka.

c) Kawan yang diibaratkan seperti penyakit; iaitu kita perlu menjauhi mereka sejauh-jauhnya sama seperti kita menjauhi penyakit kerana takut menjangkiti kita. Kawan jenis ini dari kalangan orang-orang fasik, kaki maksiat dan ahli Bid’ah. Orang-orang dari jenis ini sekali-kali jangan kita berkawan dengan mereka kerana nanti sikap dan perilaku mereka akan merosakkan hati kita.

USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Belajar Al-Quran Melalui VCD

Soalan:

Bolehkah kanak-kanak berusia dua tahun belajar iqrak melalui VCD cara cepat belajar membaca al-Quran, memandangkan di tempat saya susah nak cari guru mengajar kerana saya berada di Ireland.

Jawapan:

Tidak salah menggunakan teknologi moden untuk mempelajari Al-Quran atau apa sahaja kemudahan yang ada untuk kemaslahatan umat Islam dan penyebaran dakwah. Bahkan itulah yang dituntut.

Umat Islam perlu sentiasa bergerak seiring dengan pergerakan teknologi dan menggunakannya sebagai alat untuk kemudahan mereka mengamal dan menyampaikan agama. Jika umat Islam tidak menggunakan semua teknologi moden ini ke arah pemantapan agama, ia akan digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menyebarkan fahaman sesat mereka kepada umat Islam.

Tidak salah menggunakan VCD jika hanya dengan cara itu sahaja anak puan akan mahir membaca Al-Quran. Memang kesemua anak perlu diajar membaca Al-Quran menggunakan apa sahaja teknik. Jika selepas itu puan ingin menghantarnya ke mana-mana guru Al-Quran, juga dibolehkan. Sebaik-baiknya jika mampu, puan sendirilah yang mengajarnya kerana puan lebih tahu kelemahan dan kekurangan serta tabiat semulajadi anak.

Ustazah Sakinah

Amanah

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Nabi s.a.w sedang berbicara dengan orang banyak (memberi ceramah / pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab dusun menanyakan kepada beliau: Bilakah datangnya saat (kiamat)?" Rasulullah s.a.w. tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang banyak. Kerana sikap Rasulullah s.a.w. yang demikian itu, sementara orang mengatakan Rasulullah s.a.w. mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya. Dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Rasulullah s.a.w. selesai berbicara, beliau bertanya, "Di mana orang yang bertanya perkara saat tadi?" Orang itu menyahut, "Saya! Ya, Rasulullah!". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat." Tanya orang itu, "Bagaimanakah cara disia-siakannya amanah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat, kehancuran)."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0049.


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kalau amanah tidak lagi dipegang teguh, maka tunggulah saat kehancuran." Ia bertanya: "Bagaimana orang tidak memegang teguh amanah itu, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Kalau sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran."
- Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1746.

Saturday, November 14, 2009

What Would You Do?

Fear of failure is one of the biggest stumbling blocks to success. We're afraid of what other people will think. We're afraid of being uncomfortable. We're afraid of looking bad.

One of the best ways to conquer those fears is confidence. Confidence in what you're doing.

If you're attempting something half-heartedly, then you should legitimately fear failure, because that's probably what's going to happen. If you only halfway try at something, then you should worry about what other people think, you should worry about looking bad, because you will look bad.

The secret is to make your dream big enough, your goal high enough, your purpose meaningful enough to inspire you and all those around you. If you truly believe, in the depth of your heart, in what you are doing, then you cannot look bad; you cannot be embarrassed.

Find a reason and a purpose, commit to it and have confidence in it. In the pursuit of it, you'll become the best you can be.

Think about what you would attempt if you knew you could not fail. Then go out and do it with confidence.

-Ralph Marston

Beriman Kepada Empat Perkara

Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda: "Seseorang itu tidak menjadi mukmin sehingga ia beriman sekurang-kurangnya empat perkara, iaitu: Mengetahui dan meyakini bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa aku ialah Rasulullah yang mengutuskan aku membawa kebenaran, dan percayakan mati yang memang ditetapkan masa dan caranya bagi tiap-tiap seorang, dan percayakan kebangkitan hidup semula sesudah mati, serta percayakan kadar takdir yang ditentukan oleh Allah."

- Ali r.a

Huraian Pengajaran hadith:

Setiap umat Islam wajib mengimani perkara-perkara berikut :

a) Percaya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T.

b) Percaya bahawa Muhammad adalah nabi dan rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran-Nya.

c) Percaya bahawa setiap manusia pasti akan mati apabila sampai ajalnya di mana setiap seorang akan melalui saat “sakratul maut” yang telah ditetapkan caranya.
Percaya bahawa setiap manusia yang telah mati, di hari akhirat kelak mereka akan dibangkitkan semula untuk dihisab amalan mereka oleh Allah SWT.

d) Percaya dengan kadar takdir (qadha’ dan qadar) Allah SWT.

Sesiapa yang mengingkari mana-mana perkara tersebut seperti menaruh perasaan syak dan ragu-ragu di dalam hati (tidak yakin), maka akan rosaklah aqidah Islamnya.

Beriman bermaksud percaya dan membenarkan segala sesuatu yang didatangkan oleh Rasulullah s.a.w iaitu tiap-tiap perkara yang disampaikan dan diajarkan oleh baginda itu sebenarnya datang dari Allah SWT, bukanlah rekaan, khayalan dan sebagainya.

Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun

Soalan:

Adakah doa-doa khas awal tahun yang dibaca, atau majlis-majlis bacaan khusus sempena awal tahun itu berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w?

Jawapan:

Tidak pernah Rasulullah s.a.w. mengajar lafaz khusus doa bagi awal tahun baru hijrah atau akhir tahun. Apa tidaknya, penentuan tahun hijrah itu sebagai perkiraan kalender kita ditetapkan oleh Amirul Mukminin ‘Umar Ibn al-Khattab bagi memudahkan urusan pentadbiran kaum muslimin.

Namun secara umum seseorang boleh berdoa dengan apa-apa lafaz dan untuk apa-apa hajat sekalipun. Selagi mana tidak menyanggahi syarak, termasuklah hajat agar tahun yang dimasuki tersebut dilimpahkan kebaikan.

Adapun majlis-majlis khusus untuk doa atau zikir khas bagi tahun baru tidak pernah diajar Nabi s.a.w, juga para sahabat baginda. Bahkan Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab yang memulakan perkiraan tahun Islam dengan tahun berlakunya hijrah Nabi s.a.w. itu pun tidak pernah mengadakan majlis ibadah khusus yang seperti itu.

Tidaklah kita ini lebih tahu mengenai hal ehwal ibadah melebihi Nabi s.a.w. Sebaik-baik petunjuk itu adalah petunjuk Rasulullah s.a.w.


Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Adakah Dagu Aurat? Wajib Tak Basuh Waktu Wudhu?

Persoalan adakah dagu aurat, adalah furuk (pecahan) kepada persoalan adakah muka wanita itu aurat. Kerana syarak tidak menaskan secara terang hukum dagu, tetapi menaskan dalam Al-Quran dan Sunnah hukum berkaitan dengan muka. Dan hukum dagu adalah hukum muka. Hujahnya:

i. Muka dari segi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu; ataupun dengan kata lain, yang dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. Maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

ii. Ibn Umar menyebut: “Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala”.
- Muwatta’ Malik 3/473 dan disahihkan athar ini oleh Nawawi dalam Majmuk 7/268.

Mafhum daripada kalam ini: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka.

iii. Imam Syafie yang terkenal dengan ilmu lughah menaskan dalam al-Umm 7/242: Bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

iv. Disebut dalam Musu’ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Ensklopedia Feqah Islam): Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

KESIMPULAN:

HUKUM DAGU ADALAH HUKUM MUKA.

(Tetapi yang dimaksudkan ialah: bahagian dagu yang kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. Manakala bahagian bawah daripada tulang dagu, adalah aurat.)


Posted By: putrasyahadah

Friday, November 13, 2009

The Need For Focus

The need for focus is becoming more and more critical. There is simply too much to deal with. If you are not focused, your time gets eaten away by all the thousands of details that make up life. If you are not highly focused, you're probably not getting anything accomplished.

Life never lets up. Focus is what ties everything together, gives it a context, gives you something productive to do with it all. Without it, you'll be pulled in different directions at once, and will never get anywhere.

Make the decision to focus your efforts. Decide what you want to do today and concentrate on that until it is done. Decide what you want to do this week, this month, this year. Goals are so important. They keep you focused and headed in the direction you want to go.

When you have a clear sense of direction, everything becomes an opportunity instead of a distraction. Being focused can take all the unrelated pieces of life and align them to work for you.

So get a very clear idea of where you are going, of what you want to do. Remind yourself of it often and the energy around you will become aligned in the direction of your goals.

-Ralph Marston

Bersuci Untuk Orang Sakit

Soalan 1:

Bagaimana cara orang sakit di hospital, yang badannya penuh wayar dsbnya, untuk mengambil wuduk?

Jawapan:

Jika ia mampu menggunakan air (yakni air tidak memudaratkan badannya atau tidak merasai sakit apabila terkena air), bantulah dia untuk mengambil wuduk. Utamakan anggota-anggota wuduk yang wajib sahaja iaitu muka, dua tangan hingga siku, kepala dan kaki.

Mula-mula, suruh dia niat. Kemudian, ratakan air secara sederhana ke anggota-anggota wuduknya; iaitu ambil air dengan tapak tangan dan ratakan ke anggota wuduknya. Tidak perlu menjirusnya. Jika ia tidak mampu mengguna air, memadai dengan tayammum iaitu menyapukan debu tanah ke muka dan dua tangannya.

Wallahu a'lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Soalan 2:

Cara Bersuci Ketika Dibalut Anggota? Seorang yang tercedera lalu anggota dibalut, apakah yang dia perlu lakukan untuk berwuduk atau mandi wajib?

Jawapan:

Dalam masalah ini, kebanyakan ulama menyatakan: Dia hanya perlu menyapu air pada balutan berkenaan. Dia tidak perlu menyampaikan air pada kulit di bawah balutan tersebut. Bab ini dipanggil al-Mash ‘ala al-Jabirah wa al-‘Isabah iaitu menyapu di atas balutan patah dan luka.

Namun begitu oleh kerana hadith-hadith dalam masalah ini kesemuanya tersangat daif, ini seperti yang dinyatakan oleh para ulama hadith seperti al-Baihaqi, dan tegaskan lagi oleh al-Albani dalam Tamam al-Minnah, maka berlaku perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam masalah ini.

Apa yang dapat dirumuskan dari perbahasan para ulama fekah, ialah dua pendapat yang mudah diikuti;

Pertama: Hanya perlu sapu di atas balutan tersebut. Dia tidak diwajibkan berwuduk sebelum memakai balutan tersebut. Ketika berwuduk atau mandi wajib dia hanya perlu sapu air di atas balutan tersebut, tanpa perlu membasuhnya, atau melalukan air di bawahnya, atau menanggalkannya. Inilah pendapat terpilih daripada kebanyakan ulama Fekah.
- (‘Abd al-Karim Zaidan, Al-Mufassal fi Ahkam al-Mar`ah, jld 1, m.s. 140, Beirut: Muassasah al-Risalah 1994).

Kedua: Disebabkan hadith-hadith dalam perkara ini terlalu daif, maka terdapat ulama fekah yang berpegang kepada tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota tersebut. Ini pendapat yang dikemukakan oleh al-Imam Ibn Hazm al-Andalusi (wafat 456H). Kata beliau ketika memberikan alasan pandangannya : “Dalilnya firman Allah:

(maksudnya) “Allah tidak bebankan kepada seseorang kecuali apa yang dia terdaya”.

Juga sabda Nabi s.a.w: “Apabila aku perintah kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu”
- (Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan dalil al-Quran dan al-Sunnah, sesuatu kewajipan gugur apabila yang seseorang tidak mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu hendaklah berasaskan syarak. Syarak pula tidak wajib diikuti kecuali adanya dalil daripada al-Quran atau sunnah. Namun, tiada dalil al-Quran atau sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan patah atau ubat bagi anggota yang tidak mampu dibasuh”.
- ( Ibn Hazm al-Andalusi, Al-Muhalla, jld 1, m.s. 316, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah t.t)

Salah satu pendapat atas boleh untuk diamalkan dan lebih mudah dari seseorang terikat dan taksub kepada mazhabnya sehingga akhir meninggalkan solat. Pendapat al-Imam Ibn Hazm lebih praktikal secara hujah dan perbandingan. Memudahkan hal ini adalah baik dari memberikan pendapat mazhab yang lemah lagi menyusahkan pesakit sehingga kemungkinan mereka meninggalkan solat.

ALLAH LEBIH MENGETAHUI
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Cara Mengucapkan Doa

Dari Mush'ab bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya: "Seorang 'Arab dusun datang kepada Rasulullah saw. seraya berkata: "Ya, Rasulullah! ajarkanlah kepada ku kalimat (zikir) untuk ku baca." Sabda beliau, "Bacalah:
'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalah, Allahu akbar kabiiran wal hamdu lillaahi katsiiran wa subhaanallaahi rabbil 'alamin, laa hawla ku laa quwata illabillaahil 'azizil hakim'
(Tidak ada Tuhan selain Allah, Maha Tunggal Dia, tiada sekutu bagiNya; Allah Maha Besar sempurna besar, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyakNya, Maha Suci Allah Tuhan semesta alam, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.)

Lalu kata-orang itu berkata: "Kalimat ini semuanya untuk Tuhan semata; yang mana untukku?" Sabda beliau: "Bacalah:
Allahummaghfir li, warhamni, wahdini, warzuqni"
(Wahai Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, pimpinlah aku, dan berilah aku rezeki).

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2318.



Dari Abu Malik Al Asyjai, dari bapanya r.a. katanya: "Apabila seorang lelaki masuk Islam, Nabi saw. mengajarinya solat, kemudian beliau menyuruhnya mendoa dengan kalimat ini:
Allahummaghfir li warham ni, wahdini wa 'aafini, warzuqni."
(Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, pimpinlah aku, 'afiatkanlah aku dan berilah aku rezeki)

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2319.



Dari Abu Malik, dari bapanya ra., bahawasanya dia mendengar Nabi saw bersabda ketika seorang laki-laki datang bertanya kepada beliau, katanya: "Ya, Rasulullah! Bagaimana caranya aku mengucapkan doa, bila memohon kepada Tuhanku?" Sabda beliau, "Bacalah: Allahummaghfir li. Warhamni, wa 'aafini, warzuqni
(Wahai Allah, ampunilah aku, kasihilah aku, sihatkanlah aku dan beri rezekilah aku) lalu beliau mengumpulkan anak jari beliau selain ibu jari. Dalam (keempat) kata-kata ini, sudah terkumpul urusan dunia dan akhirat mu."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2320.


Dari Abdullah r.a. katanya: "Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi saw. mendoa: "Wahai, Allah!. Panjangkanlah usiaku bersama-sama dengan suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapaku Abu Sufyan, dan dengan saudara ku Mu'awiyah." Maka bersabda Nabi saw., "Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tidak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungnya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba waktunya, dan tak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau Mohon kepada Allah Ta'ala perlindungan dari seksa neraka atau dari seksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2286.

Thursday, November 12, 2009

Getting In The Habit

It is just as easy to get into a "good" habit, as it is to get into a "bad" habit. In fact it is really just as easy to be successful, as it is to be unsuccessful. It is just a matter of choice.

You can spend your time doing the things that will bring you closer to your goals, or you can spend your time seeking immediate comfort and gratification (kepuasan yang sungguh besar).

People complain that "it's too hard to exercise every day." That's nonsense. Exercise and movement are joyful, natural conditions that make us feel great. It's not hard. It's just that they're in the habit of not exercising. Once they make the choice to exercise, it is no more difficult than sitting on the couch watching TV.

Success in anything can be summed up very concisely (ringkas lagi padat). It's really quite simple:

First, know what you want and know the reasons you want it.

Second, determine exactly what you need to do to get it.

Third, make a habit of doing those things that you need to do.

That's really all there is to it. It's not complicated, and it is within the reach of anyone.

You may think you need to have the right amount of self esteem (harga diri), or the proper training, or the ideal environment, or support from your family, or any number of things. While all these things are fine, they're not necessary. All that's needed is the desire, the plan, and the action. If your desire is strong enough, you'll find a way to get the things you need. If your plan is well-constructed, it will take you where you want to go, as long as you have the discipline to follow through on it.

Life is the result of choices. You are where you are because of the choices you have made in the past. Your future depends on the choices you make today. You can choose to act on an opportunity, or you can choose to sleep late. All these choices add up to your situation in life. And if you get in the habit of making the right choices, the choices that move you closer to your goals, then you'll fulfill the enormous potential that is inside of you.

-Ralph Marston

Sembahyang Memakai Minyak Wangi Beralkohol

Jika seseorang memakai minyak wangi beralkohol semasa bersolat adalah tidak menjadi masalah. Hukumnya adalah harus dan sah solat yang dia kerjakan. Ini kerana bukan semua alkohol adalah najis. Para ulama menyebut alkohol najis berdasarkan hadith Nabi s.a.w. yang memberi isyarat bahawa arak itu najis. Ia diambil dari ayat Al-Quran yang menyebut:

"arak, tenung dan tilik nasib , lemparan kayu nasib adalah kekotoran ('risj') dari hasil kerja syaitan."
- (Al-Maidah:90)

Dari hadith oleh Abu Tha'laba al-Khushani di dalam sohih al-Bukhari dan Muslim:
"Aahai Nabi Allah, kami tinggal di tanah ahli kitab, bolehkah kami makan dan minum di dalam bekas mereka?" Nabi membalas "Sekiranya kamu mendapati bekas selain bekasan mereka, maka jangan menggunakannya, sekiranya kamu gagal mendapatkan selainnya, maka hendaklah kamu basuh bekas itu dahulu dan kemudian makanlah menggunakannya."

Benar lebih 70 peratus atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukan.

Adapun alkohol yang terdapat dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang terdapat di dalam arak, ia menggunakan 'absolute ethanol' iaitu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain.

(http://en.wikipedia.org/wiki/Perfume )

Senyum Dan Hukumnya......

Senyuman itu sedekah, setiap sedekah itu ibadah, setiap ibadah diberi pahala, namun tidak semua senyuman itu dianggap sedekah... ... .

1.Membalas senyuman ibu adalah WAJIB.

2.Senyum pada bapa, keluarga dan sahabat adalah SUNAT

3.Senyuman pada orang yang tidak dikenali HARUS

4.Senyuman sewaktu sedang solat MAKRUH

5.Senyuman dengan tujuan menyindir, mengoda dan dalam perkara-perkara maksiat adalah HARAM..

Bayi Yang Pertama Lahir Dalam Islam

Dari Asma' (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya: "Ketika dia mengandung anaknya 'Abdullah bin Zubair, dia masih berada di Mekah. Kemudian dia hijrah ke Madinah, padahal dia sudah hamil tua. Sesampainya di Quba' dia melahirkan. Lalu dia membawa anaknya kepada Rasulullah s.a.w. dan meletakkannya di pangkuan beliau. Rasulullah s.a.w. meminta kurma sebuah lalu dikunyahnya. Sesudah itu, disuapkannya ke mulut bayi tersebut. Itulah makanan yang pertama-tama masuk ke mulut bayi itu, kurma yang telah bercampur dengan air ludah beliau. Kemudian Nabi saw. mendoakan berkat baginya. Itulah bayi yang pertama-tama lahir dalam Islam."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2013.

Wednesday, November 11, 2009

Take Responsibility

Who or what controls your life? The achievers in this world believe that whatever happens to them, they are responsible for it.

If you don't believe that you are responsible for your own life, then you are under the control of circumstances. You are just an object in someone else's world. That is not the way to success.

When you are in control of your life, you succeed at getting where you want to go. And being in control means taking responsibility. Whatever your circumstances are at this point in your life, you created them. Now this may sound cruel and cold, to say that you are to be blamed for all your troubles. However, it is the best first step toward improving your life. Sure, you can spend a lot of time trying to assign blame to others. What would that get you? Nothing!

You take control when you take responsibility for where you are and where you are going. You become what you think about the most. If you constantly think about your problems, trying to figure out who to blame for them, then that is what you'll get more of -- problems!.

When you focus on your goals, and constantly think about where you want to go and how you are going to get there, then you will begin to move in that direction.

-Ralph Marston

Keaiban Orang, Hendaklah Di Sembunyikan

Golongan yang menyebar khabar angin dan surat layang bagi memburuk-burukkan orang lain adalah manusia yang tidak mencintai keharmonian dan kestabilan hidup.

Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalah satu pembohongan besar."

“Janganlah mencari berita buruk, berhasad dengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamu semua bersaudara-mara.”
- (Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)

Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhi diri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji.

Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain, sebenarnya timbul daripada perasaan tidak berpuas hati dan dengki khianat atas sebab tertentu.

Perbuatan sebegini melambangkan betapa rendahnya moral si pelaku yang sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolak segala pertimbangan dan rasional akal anugerah Allah SWT.

Ini kerana diri dikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan. Jika pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabah bagi membuktikan kebenarannya. Bukannya dengan mencantumkan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut dan dijadikan modal menyebarkan wasangka buruk dan tuduhan palsu.

Akibat perbuatan itu, akan wujud dendam berpanjangan di antara yang menuduh dan kena tuduh. Masing-masing ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar.

Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa berita, maka periksalah dengan teliti kebenarannya agar kamu tidak menimpakan musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesali perbuatan kamu itu."
- (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Islam juga melarang umatnya daripada perasaan suka mengorek rahsia orang lain. Peribahasa Melayu ada menyebut, jangan jaga tepi kain orang. Tetapi dalam beberapa hal yang membabitkan berlakunya kebatilan dan sumbang dalam masyarakat, dibolehkan berbuat demikian. Ini untuk menegahnya agar tidak terus menular dalam hidup bermasyarakat dan ajaran agama.

Tetapi apa yang berlaku dalam masyarakat hari ini, perbuatan mencari rahsia orang lain bukan untuk menegah daripada perkara sumbang. Ia sebaliknya untuk mendapatkan maklumat peribadi seseorang. Maklumat itu kemudian dijadikan alat membalas dendam kepada orang itu.

Islam menuntut umatnya agar menyembunyikan keaiban orang lain walaupun mengetahuinya. Ini kerana Allah SWT akan menyembunyikan keaiban kita daripada terhebah kepada orang lain.

Telinga adalah pancaindera anugerah Allah SWT. Justeru, muslimin hendaklah menjaga telinga mereka daripada mendengar berita atau khabar angin yang masih belum tentu kebenarannya.

Tetapi jika terpaksa mendengarnya atas faktor keadaan, maka dituntut agar tidak pula menjadi penyebar apa yang didengar kepada orang lain. Ini mengelakkan daripada turut terbabit sebagai penabur fitnah yang bakal memporak-perandakan kehidupan bermasyarakat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Beruntunglah orang yang sentiasa menyelidiki dan melihat keaiban sendiri."
- (Hadis riwayat Muslim)

Satu sifat orang yang suka menyebar khabar angin dan fitnah ialah hasad dengki dan iri hati.

Hasad dengki dalam definisi lengkap membawa maksud mencari jalan atau ikhtiar menghilangkan nikmat yang ada pada orang lain.

Kesannya besar, bukan saja kepada orang yang didengki, malah akan terpalit kepada seluruh anggota masyarakat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Berhati-hatilah kamu terhadap hasad dengki kerana ia boleh merosakkan amal kebaikan kamu seperti api memakan sekam."
- (Hadis riwayat Muslim).

Amanah Dalam Memegang Jawatan

Dari Abu Dzar r.a., katanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw.: "Ya, Rasulullah! Apakah anda tidak hendak mengangkat ku untuk memegang suatu jabatan pemerintahan?". Lalu beliau menepuk bahu ku dengan tangan beliau seraya berkata, "Hai, Abu Dzar! Engkau ini lemah. Sedangkan pekerjaan itu adalah amanah, yang pada hari kiamat kelak dipertanggung-jawabkan dengan risiko penuh kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang memenuhi syarat dan dapat melaksanakan tugas yang dibebankan kepadanya dengan baik."

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1793.

Tuesday, November 10, 2009

Enjoying What You Do

Do What You Love, The Money Will Follow.

In the high tech world that is taking shape right before our eyes, it is absolutely crucial (sangat penting) that you enjoy what you do for a living. Because your value in the marketplace depends on it.

Your skills and your expertise may very well be replaced or re-engineered out of significance. Your dreams and your passions, however, can never be replaced.

When you enjoy what you do, you put the whole of your person into it. Your work takes on a value that cannot be duplicated. You make a unique and significant contribution, adding value to everything you do.

If you don't enjoy what you do for a living, then you have two choices: find something else that you do enjoy, or find a way to enjoy what you do. As you prepare your work skills for the years ahead, passion is one you do not want to ignore.

-Ralph Marston

Berhati-Hati Dan Selidik Dahulu Sebelum Menyewakan Premis Anda

HUKUM KE ATAS DUIT SEWA DARI PENJUAL ARAK

Soalan:

Apakah hukumnya ke atas wang sewa yang diambil dari penyewa yang menjual minuman yang haram iaitu arak?

Jawapan:

Setiap yang membantu perkara yang diharamkan oleh agama, ia juga adalah haram. Di dalam al-Quran, Allah SWT menegah kita dari saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.

“Dan saling tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan saling tolong-menolong dalam membuat dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya”.
- (Al-Maidah: 2)

Khusus bagi kemusykilan dalam soalan ini iaitu menyewa tempat untuk peniaga yang menjual arak, terdapat sabda Nabi s.a.w. menegaskan:-

“Allah SWT melaknat arak, melaknat orang yang meminumnya, yang menghidangnya untuk diminum (oleh orang lain), yang menjualnya, yang membelinya, orang yang memerahnya, yang minta diperahkan untuknya, orang yang membawanya, orang yang dibawa arak kepadanya dan orang yang memakan harganya (yakni hasil jualannya)”.
- (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim dari Ibnu Umar; Al-Jami’ as-Soghir, no. 7253 (soheh))

Perhatikan di dalam hadis di atas. Allah SWT bukan hanya melaknat orang yang membuat arak, menjual atau meminumnya, tetapi juga melaknat semua yang terlibat dengannya termasuklah orang yang memerahnya dan menolong membawanya.

Menurut ulamak; setiap dosa yang dilaknat oleh Allah SWT, maka dosa itu tergolong dalam dosa besar, bukan dosa kecil.

Kesimpulannya:

Diharamkan kita membantu perkara dosa atau menggalakkannya termasuk menyediakan tempat untuknya samada percuma atau dengan sewaan. Menurut ulamak, hasil sewaan atau upah dari pembabitan dengan perkara yang dilarang oleh agama adalah haram, tidak harus digunakan dan tidak diberkati oleh Allah SWT. Dikecualikan jika seseorang itu menyewa kenderaannya untuk mengangkut barang haram bagi dimusnahkan, maka hal tersebut diharuskan kerana ia membantu perkara makruf.

Wallahu a’lam.

Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Segalanya Terletak Pada Hati

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah SWT melihat kepada hati dan amalmu.”

- (Muslim)

Huraian:

Hati, menurut ilmu perubatan, adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada (heart).

Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati, menurut pandangan ilmu tasawuf, adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani. Dia berkata: "Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya, tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat. Padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10" :

7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
8. Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -
9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).


Hati di ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua aktiviti seseorang.

Jika hati baik, maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika sebaliknya, maka buruklah peribadi seseorang itu. Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah SWT yang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.

Monday, November 9, 2009

Maksiat Dan Cara-cara Meninggalkannya

Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan RasulNya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang, tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan ALLAH SWT kepadanya.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya".
- Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)."
- Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)."
- Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata

Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga

Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah

Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan ke dalam api neraka selama tujuh puluh tahun."
- Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut

Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan

Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T. : "Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah), maka mereka tidak tercela."
- Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan

Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki

Memelihara kedua kaki dari berjalan ke tempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka."
- Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya :

Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikanNYA kepada kamu.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh) ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan, tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).
- Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali)