Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Friday, June 8, 2012

KUNCI KEJAYAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

Kunci solat ialah taharah.
Kunci ibadah haji ialah ihram.
Kunci kebaikan ialah benar.
Kunci syurga ialah tauhid.
Kunci ilmu adalah dengan bertanya dan mendengar.
Kunci kemenangan ialah sabar.
Kunci tambah nikmat ialah syukur.
Kunci keselamatan dunia akhirat ialah taqwa.
Kunci terkabul permintaan ialah doa.
Kunci maksiat ialah sombong.


Author: Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Dipetik dari Majalah Solusi

Wednesday, May 9, 2012

Doa Mohon Mendapatkan Anak Perempuan

Bacalah Surah Maryam untuk memohon mendapatkan anak perempuan.

Credit to : Ustaz Kazim
http://www.albarakah.org/ustazonline/index.html

Saturday, September 10, 2011

Bagaimana Menghidupkan Hati?

Hati menjadi hidup dengan iman.

Iman bermaksud meyakini sepenuhnya dengan hati akan segala yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dari wahyu Allah yang terkandung di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Asas-asas iman iman keyakinan kepada rukun-rukun iman yang enam. Penyempurnaan bagi iman ialah dengan menyahut seruan Allah dan RasulNya iaitu dengan mentaati segala perintah keduanya. Apabila seseorang itu yakin kepada Allah dan RasulNya dan diikuti pula dengan ia menyahut seruan keduanya iaitu mentaati mereka, maka ketika itu barulah hatinya akan hidup.

“Wahai orang-orang beriman! Sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menghidupkan kamu. Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan”.
- (al-Anfal; 24)

Kalimah yang mengungkapkan iman ialah “Lailaha Illallah”. Kalimah ini digelar juga dengan kalimah Syahadah, kalimah at-Taqwa dan kalimah al-Ikhlas. Kalimah ini akan menghidupkan hati apabila diucapkan dengan ikhlas dan benar. Dengan mengulang-ulangkan kalimah ini, iman di dalam hati kita akan sentiasa baru dan segar.

Di dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. berpesan kepada sahabat-sahabatnya; “Hendaklah kamu sekelian memperbaharui iman-iman kamu”. Mereka bertanya beliau; “Ya Rasulullah! Bagaimana caranya kami hendak memperbaharui iman kami?”. Baginda menjawab; “Banyaklah menyebut Lailaha Illallah”
- (Riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.).



USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://koleksi-alqalam.blogspot.com/

Tuesday, June 14, 2011

PETUA SERONOK MEMBACA AL-QURAN

1. Mulakan dengan Ta’awwuz dan Bismillah.


2. Baca al-Fatihah sekali sebelum membaca apa-apa Surah pun.

3. Sekali-sekala jenguklah terjemahan al-Quran bagi memahami maksud ayat-ayat yang tidak difahami.

4. Sediakan satu rekod yang mencatatkan jumlah ayat atau mukasurat yang dibaca setiap hari. Dengan ini kita dapat mengetahui sejauh mana pencapaian kita untuk tujuan penambahbaikan.

5. Hafal beberapa ayat daripada al-Quran untuk dibaca dalam solat.

6. Ulangi ayat yang anda rasa memberi kesan kepada hati anda sebanyak 3 kali. Contohnya dalam surah al-Ankabut ayat 57: “Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.”

7.Dengan kecanggihan teknologi terkini, bacaan al-Quran oleh mana-mana qari/qariah boleh didengari dan dihayati bacaan tersebut sambil memandu, memasak, sebelum terlena dan sebagainya.

8. Jadikan bacaan al-Quran sebagai penawar keresahan hati dan sumber ketenangan.

9. Setiap kali berdepan dengan sebarang masalah, berwuduklah, buka al-Quran dan baca isi kandungan dan terjemahannya. InsyaAllah, jawapan kepada masalah yang dihadapi kadangkala akan ditemui dalam al-Quran.


Credit to: Mohd Shauqi Othman
Majalah Solusi

Monday, May 23, 2011

Anak Lari Dari Rumah

Sebagai ikhtiar, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan. Hadiahkan surah Al-Ikhlas setiap hari.

Semasa laungan azan yang pertama, panggillah nama anak tersebut. InsyaAllah, akan sampai panggillan kita kepadanya.


Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu"
http://bjue.blogspot.com/2010/11/dasyatnya-doa-seorang-ibu.html

Tuesday, April 26, 2011

Mendidik Anak

Mendidik ketika kecil, umpama mengukir di atas batu.
Manakala mendidik ketika dewasa, bagai mengukir di atas air.

- Pepatah Arab


Ertinya:
Untuk menanam bibit-bibit kebaikan hendaklah kita lakukan semasa anak-anak masih kecil.


Mendidik anak-anak bagai menanam benih pokok. Hari ini kita tanam, kita bajai dan kita siram ... apa yang kita dapat? Ya, hanya benih yang basah.

Tetapi setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun, barulah anak benih itu membesar menjadi pokok yang besar, berdahan, berdaun, berputik dan akhirnya berbuah. Semuanya berlaku mengikut proses yang bertahap-tahap mematuhi hukum sunnatullah.

Begitu jualah pertumbuhan sifat-sifat dalam diri anak-anak kita. Mendidik secara perlahan-lahan tetapi istiqamah. Minta bantuan Allah. Berdoa, jangan dilupa. Usaha dan tawakal mesti seiringan.

Usaha tanpa tawakal, itu sombong.

Tawakal tanpa usaha, itu angan-angan kosong!


Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Rashidah Mustaffa

Friday, April 1, 2011

Anak Degil

Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepalanya dan panggil ROH ANAK

"Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia."

Cuba?

Wallahu'alam.


Petikan dari ceramah Ustaz Abdullah Mahmud bertajuk ’Dasyatnya Doa Seorang Ibu’

Credit to:
http://bjue.blogspot.com/2010/11/dasyatnya-doa-seorang-ibu.html

Thursday, March 17, 2011

Terang Hati dan Baik Akhlak




Dibaca 760 kali pada sebotol air dan airnya diberi minum kepada anak-anak dengan disertakan niat untuk terang hati, baik akhlak dan sebagainya.

Petua diberi oleh seorang perawat tradisional dari Kuala Ketil.

Thursday, March 10, 2011

TEMAN HIDUP YANG MEMAHAMI

The Millionaire Mind adalah buku tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dilakukannya ke atas beratus-ratus jutawan.

Menurut surveynya didapati “Having A Supportive Spouse” adalah dikalangan top 5 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan!

Pepatah Mat Salleh mengatakan bahawa "Behind every succesful man, there is a woman."

Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar.

•Bagi anda yang merupakan isteri kepada suami yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan!

•Bagi anda yang merupakan suami kepada isteri yang memburu kejayaan hebat, berikan 110% sokongan! (Walaupun keadaan ini agak sukar bagi sesetengah kaum lelaki)

•Bagi anda yang masih bujang trang-tang-tang… cari pasangan yang benar-benar memahami matlamat anda yang besar itu. Sekiranya sebelum kahwin sudah tidak faham… maka, dah kawin nanti pun, tetap tak faham-faham!

Beri sokongan kepada pasangan hidup anda. Bukan sokongan ala kadar sahaja, tetapi 110% sokongan dengan penuh keghairahan (passion) Baharulah pasangan hidup kita takkan gagal…


Credit to : Irfan Khairi

Sunday, January 16, 2011

Amalan Untuk Anak-anak Kecil (Oleh Ibubapa)

Untuk anak-anak kecil, letak tangan kanan di atas kepala mereka dan baca:-

Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x

... dan doakan semoga menjadi Soleh, berbakti kepada kedua ibubapa, bijak, cerdas, tangkas dan sebagainya. Tiup di kepalanya.

Kalau boleh diamalkan semasa mereka (anak) tidur & selepas mereka bangun tidur. Jika yang bersekolah, ibubapa tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH.

Semoga terbentuk generasi Soleh/Solehah.

Amin.


Posted By : Wan Asrul
http://terapi-alfatah.blogspot.com/search/label/Amalan

Monday, September 27, 2010

Bagaimana Melahirkan JUARA

Juara tidak lahir sendiri. Juara tidak lahir semalaman. Juara juga tidak semestinya lahir daripada kalangan keluarga sederhana dan atasan. Ianya lahir melalui latihan dan kemahiran. Juara dipupuk dan dibina dengan susah payah dan memerlukan pengorbanan banyak pihak. Antara langkah untuk melatih anak menjadi juara ialah:

1. Didik anak dengan kemahiran social seperti berucap (Public Speaking), berkomunikasi, bergaul, bertoleransi, bijak membaca isyarat badan (body language), pantas bertindak, cekap mempertahankan diri dan maruah, ada bakat kepemimpinan dan pandai menyesuaikan diri.

2. Latih anak supaya rajin membaca. Luaskan pengetahuan mereka dengan menyediakan kemudahan sumber ilmu pengetahuan.

3. Latih supaya pandai menyelesai masalah, sehingga nanti mereka ada inisiatif sendiri untuk membantu menyelesaikan masalah keluarga, orang ramai, masyarakat atau masalah ummah.

4. Latih anak supaya pandai menyimpan rahsia.

5. Latih berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Puasa membentuk keikhlasan. Keikhlasan membentuk keyakinan diri.

6. Latih anak dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai aspek dan keadaan seperti di dalam majlis, pakaian, aksesori, peralatan (gadget), golongan kawan dan bijak mengurus masa.

7. Latih anak menjadi pemimpin sejak kecil.

8. Ajar anak berniaga kerana perniagaan melatih anak-anak cekap dan amanah.

9. Dengar pandangan anak-anak dengan penuh perhatian dan tegur terhadap pandangan yang kurang tepat.

10.Didik anak hingga mampu membuat keputusan sendiri.

Semua berupaya menjadi seorang Juara.

Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Hj Muhammad Zakaria

Saturday, May 22, 2010

8 Tabiat

8 TABIAT dan OBJEKTIF KITA UNTUK TERUS BERDAYA MAJU

1) Jadi Pro-aktif
Focus kepada menerima tanggungjawab dan menganjak paradigma

2) Mula dengan Mengingati Matlamat
Membawa kepada penyatuan kumpulan dan organisasi ke arah satu visi

3)Utamakan Perkara Penting Dahulu
Mengutamakan perkara penting dahulu

4) Fikirkan Menang-Menang
Membantu dalam menambahkan keuntungan kedua-dua pihak dengan pemikiran “Abundance Mentality”

5) Usaha Memahami Dahulu kemudian untuk Difahami
Membantu dalam memahami masalah dan mengukuhkan komunikasi ke arah penyelesaian masalah

6) Bersinergi
Menghasilkan pilihan yang lebih berkesan

7) Menajamkan Gergaji (fikiran)
Membantu supaya sentiasa mengekalkan keberkesanan

8 ) Mengeji Perbuatan Maksiat
Sentiasa bebaskan diri dari maksiat


A. Pembangunan Diri:- Tabiat 1, 2, 3 dan 8

B. Peningkatan kualiti:- Tabiat 1, 2, 3, 5, 6, 7

C. Peningkatan dalam Perhubungan dan Sikap:- Tabiat 1, 4, 5, 6

D. Pengurusan pembaziran:- Tabiat 3, 4, 5, 6

E. Kepuasan bekerja:- Tabiat, 1, 2, 3, 6

F. Pengurangan Kos:- Tabiat 1, 3, 4, 6

G. Peningkatan Produktiviti:- Tabiat 1, 2, 3, 5, 6

H. Kesempatan Untuk Menyelesaikan Masalah:- Tabiat 1, 2, 5, 6

I. Pembinaan Pasukan:- Tabiat 1, 2, 3, 4, 5, 6

J. Hubungan pegawai dan pekerja lebih rapat:- Tabiat 1, 2, 4, 5, 6

K. Menarik minat lebih ramai lagi dalam melaksanakan kerja:- Tabiat 1, 2, 4, 5, 6

L. Meningkatkan penyertaan pekerja:- Tabiat 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7

M. Mengurangkan ketidakpuasan hati:- Tabiat 1, 4, 5, 6 dan 8

Sumber: http://newszune.blogspot.com

Saturday, March 6, 2010

Mencegah Kebocoran Pundi Kencing

Susunan: DIYANA ROSE KAMALLUDEEN

Lakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari dan kekalkan berat badan.

Mengawal pundi kencing bukan satu jenaka. Jutaan wanita menderita terkencing, samada beberapa titik yang tiada siapa sedari atau jumlah besar yang boleh memalukan!

Kesukaran mengawal kencing dicetuskan oleh beberapa sebab. Kehamilan dan melahirkan anak, menopaus dan masalah kesihatan fizikal akibat peningkatan usia merupakan antara penyumbang kepada masalah ini. Percaya atau tidak, terdapat kaedah semula jadi untuk meningkatkan kesihatan pundi kencing tanpa menggunakan ubat-ubatan.

Senaman

Melakukan senaman mengawal pundi kencing selama lima minit, tiga kali sehari boleh memperbaiki masalah itu. Untuk memastikan ia berkesan, anda perlu membayangkan sedang menahan kentut atau menghentikan aliran kencing ketika ia sedang cuba keluar. Gunakan otot sama yang anda gunakan, jika terasa seperti 'tertarik', maka otot-otot yang betul digunakan untuk senaman pelvis. Tarik otot pelvis ke dalam, tahan dan kira sampai tiga. Kemudian relaks dalam kiraan tiga. Ulangi sebanyak 10 hingga 15 kali setiap kali senaman. Anda juga boleh mencuba senaman ini dalam tiga posisi berbeza; berbaring, duduk dan berdiri.

Kekalkan berat badan normal

Memang benar, beban berat badan berlebihan meningkatkan kemungkinan lantai otot pelvis menjadi lemah. Jika anda gemuk, cuba kurangkan berat badan dan lihat perbezaannya. Meskipun indeks jisim badan (BMI) bukanlah petunjuk kesihatan terbaik, namun ia merupakan titik rujukan yang bagus untuk mengetahui samada anda perlu mengurangkan berat badan.

Jangan angkat berat

Jika terpaksa mengangkat sesuatu yang berat, minta bantuan orang lain melakukannya. Mengangkat objek berat secara salah boleh melemahkan lantai pelvis. Jika mengangkat objek berat sendiri,pastikan anda melakukannya secara selamat dengan membengkokkan lutut dan menggunakan otot kaki. Juga, cuba gabungkan latihan kekuatan dalam senaman agar anda lebih kuat untuk waktu-waktu yang memerlukan anda berbuat demikian.

Jaga makan dan minum

Sesetengah makanan seperti yang berasaskan tomato dan pedas boleh mengganggu pundi kencing, sementara minuman mengandungi kafein atau alkohol bertindak sebagai diuretik yang mengakibatkan kebocoran. Justeru, lebih baik ambil cecair yang bagus untuk pundi kencing seperti air, jus epal, anggur dan cranberi.

Bersiap-sedia

Kelemahan pundi kencing melibatkan satu daripada empat wanita. Ini bermaksud anda tidak keseorangan jika menderita masalah ini. Cuba pergi ke tandas secara kerap untuk mengelak pundi kencing menjadi cepat penuh. Juga, gunakan pelapik seluar dalam atau tuala wanita ketika hari-hari aktif di mana anda tahu sukar untuk pergi ke tandas. Sentiasa bersiap-sedia boleh memberi anda keyakinan sepanjang hari.


http://bjue.blogspot.com/

Friday, February 26, 2010

Menghabiskan Bacaan Al-Quran Dalam Masa Seminggu

Sahabat ternama seperti Saidina Uthman, Zaid bin Thabit dan Ibnu Mas’ud menghabiskan bacaan al-Quran dalam masa seminggu. Mereka menggunakan kaedah seperti berikut:

# Malam Jumaat, membaca surah al-Baqarah hingga surah al-Maidah.

# Malam Sabtu, membaca surah al-An’am hingga surah Hud.

# Malam Ahad, membaca surah Yusuf hingga surah Maryam.

# Malam Isnin, membaca surah Toha hingga surah al-Qasas.

# Malam Selasa, membaca surah al-Ankabuut hingga surah Sad.

# Malam Rabu, membaca surah surah at-Tanzil hingga surah ar-Rahman.

# Malam Khamis, membaca surah al-Waqiah hingga surah an-Nas.

Selain itu umat Islam disarankan membaca surah tertentu sebagai ulangan pada setiap hari iaitu surah Yasin, ad-Dukhan, al-Waqi’ah dan al-Mulk serta ditambah surah al-Kahfi dan Ali-Imran pada malam Jumaat.

Waktu utama membaca al-Quran ialah ketika dalam solat pada waktu malam, separuh akhir malam dan selepas Subuh.

Friday, February 19, 2010

Rawatan Mudah Sakit Kepala

Anda selalu sakit kepala? Nak cari ubat yang paling mujarab dan cepat?

Di dalam kitab A'lij Nafsaka Bil Quran ada menyatakan teknik yang mudah dan praktikal:

1) Pegang kepala anda dengan menggunakan tangan kanan. Jari telunjuk di sebelah dahi kiri dan ibu jari di dahi belah kanan, lekapkan ke atas kepala. (dalam bahasa Arab - 'baina sodaghaini': antara dua tepi dahi/kepala)

2)Bacalah Al-Fatihah 7 kali dengan keyakinan penyembuhan dari Allah. Niat untuk kesembuhan masa baca "Iyyaka....".

3)Tawakkal kepada Allah SWT setelah mencuba, Insya Allah sembuh.

Masih tidak sembuh?

Cubalah berbekam sunnah.
Banyakkan bersedekah.
Semoga sembuh!


Posted by hayat annaqsyabandi
Pusat Rawatan Islam KISWAH 'Terapi Ruqyah'
Al Quran Healing Medical Centre

Saturday, February 13, 2010

Menyiasat Tapak Rumah (Sebelum Pagar)

Untuk dapatkan petunjuk apa-apa yang ada dikawasan tapak rumah, disyorkan amalan berikut:

o Kursi 9x,
o Fatihah 9x,
o Yasin Ayat 10 21x
o Yasin Ayat 19 21x,
o Surah Kausar 10x

untuk dapat petunjuk apa-apa yang tertanam di rumahnya, insyaALLAH

Credit to: abg_ramz
Perawat Darussalam
http://www.rawatansihir.com

Sunday, February 7, 2010

Adab Berbicara, Berdebat Dan Memberi Pendapat

ADAB BERBICARA

1. Dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH SWT dan hari akhir, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
- (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah r.a. : “Bahawasanya perkataan Rasulullah S.A.W. itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.”
- (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun?" Maka jawab Nabi S.A.W: “Orang-orang yang sombong.”
- (HR Tirmidzi dan dihasankannya)

4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il: “Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis. Maka berkata seorang lelaki: "Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud), seandainya mahu anda mengajari kami setiap hari?". Maka jawab Ibnu Mas’ud : "Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah S.A.W dan beliau menjawab khuatir membosankan kami”
-(HR Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan. Dari Anas r.a. bahwa Nabi Muhammad S.A.W. jika berbicara, maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang, maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali.
- (HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W. : “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.”
- (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W.: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”
- (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.”
- (HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
- (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak bergurau yang keterlaluan. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.”
- (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk. Berdasarkan ayat al-Quran, Surah Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”
- (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)

Adab dan Sopan, Rabbani

11. Menghindari dusta. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika ia diberi amanah ia khianat.”
- (HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W: “Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling membenci, dan janganlah kamu saling berkata-kata keji, dan janganlah kamu saling menghindari, dan janganlah kamu saling mengghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.”
- (HR Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad S.A.W dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya, maka katakanlah: MAASYAA-ALLAHU LAA QUWWATA ILLAA BILLLAH (Sungguh atas kehendak Allah-lah semua ini terwujud), lalu barulah katakan apa-apa pujian sesuai kenyataannya.”
- (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)
*Nota: Penjelasan lanjut tentang 'Bahaya Ain' di sini

Dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: "Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji."
- (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37).

2. Tidak memotong/memutus pembicaraan.

3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan berlawanan jenis).

4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.

5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara.

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian.

2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal.

3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara.

4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih.

5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit.

6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah.

7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Dipetik dari: www.iluvislam.com

Penawar Syifa Untuk Down Syndrome

Surah-surah yang dibaca untuk kesihatan anak-anak DOWN SYNDROME

Surah Qasas 28 ; Ayat 29-40

Surah Ghafir 40 ; Ayat 41 - 55

Surah A'raaf 7 ; Ayat 143 - 149

Surah Isra 17 ; 79 - 94

Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah

Friday, February 5, 2010

Doa Apabila Menghadapi Tekanan (Stress)




Panduan bagaimana untuk menangani stress :

1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau 'apa yang saya mahu' berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline.

Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Allah SWT berfirman: “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.”
- Surah Al Baqarah, Ayat 202

Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti. Nabi s.a.w. bersabda: “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima - masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.”
- Imam Tirmizi

Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan, sekaligus cara hidup kelam-kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan (stress) dapat dielakkan.

2. Berzikir dan beribadah dengan khusyuk.
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah SWT sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah Zikrullah.

Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.”
- (Ar-Ra’d 13:28)

Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat. Pertama - ke tempat orang sedang membaca Al-Quran, tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah; dan ketiga - kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-NYA agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.”

Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah. Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup.

Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Darda r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.”
- (Bukhari).

Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif.

Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari Zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami-isteri dan belajar berenang.”
- (Tabrani)

Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang.

Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”.

Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”.
- (Tirmizi)

1. Credit to: www.darussyifa.org
2. Credit to: Dr Danial - Author

Tuesday, February 2, 2010

Penawar Syifa Untuk Arthritis Dan Gout

Surah-surah yang dibaca sebagai ikhtiar mengubati ARTHRITIS:

Surah Al Ahqaaf 46 ; Ayat 21-28

Surah Adz-Dzariyat 51 ; Ayat 31-60

Surah Yunus 10 ; Ayat 82 – 95

Surah Qaff 50 ; 16 - 45



Surah-surah yang dibaca untuk mengubati GOUT:

Surah Anbiyaa 21 ; Ayat 51 – 72

Surah Hud 11 ; Ayat 46 -53

Surah An Nahl 16 ; 81 -89

Surah Qasas 28 ; Ayat 61 – 75


Rujukan:
Dari Siaran Astro, Perubatan Syifa Al-Hidayah