Mendidik ketika kecil, umpama mengukir di atas batu.
Manakala mendidik ketika dewasa, bagai mengukir di atas air.
- Pepatah Arab
Ertinya:
Untuk menanam bibit-bibit kebaikan hendaklah kita lakukan semasa anak-anak masih kecil.
Mendidik anak-anak bagai menanam benih pokok. Hari ini kita tanam, kita bajai dan kita siram ... apa yang kita dapat? Ya, hanya benih yang basah.
Tetapi setelah berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan malah bertahun-tahun, barulah anak benih itu membesar menjadi pokok yang besar, berdahan, berdaun, berputik dan akhirnya berbuah. Semuanya berlaku mengikut proses yang bertahap-tahap mematuhi hukum sunnatullah.
Begitu jualah pertumbuhan sifat-sifat dalam diri anak-anak kita. Mendidik secara perlahan-lahan tetapi istiqamah. Minta bantuan Allah. Berdoa, jangan dilupa. Usaha dan tawakal mesti seiringan.
Usaha tanpa tawakal, itu sombong.
Tawakal tanpa usaha, itu angan-angan kosong!
Dipetik dari Majalah Solusi
Author: Rashidah Mustaffa
Tuesday, April 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment