Suatu ketika, ada seorang sahabat memulai khutbahnya dengan mengeluarkan selembar wang seratus ringgit yang baru. Kemudian dia bertanya "Siapa di antara kamu yang mahu wang ini, jika diberikan ikhlas padamu?" Terus saja ramai sekali yang mengangkat tangan.
Katanya lagi " Ya, ini akan saya berikan, tapi sebelumnya biar saya melakukan hal ini". Sahabat tersebut meramas-ramas wang kertas seratus ringgit itu sehingga menjadi satu bola kecil. Kemudian dia buka lagi ke bentuk semula lembaran seratus ringgit, tapi sudah keronyok.
Lalu dia bertanya " Siapa yang masih mau wang ini?" Masih sama ramai yang angkat tangan, seramai yang tadi. "Ok, akan saya berikan, tapi biarkan saya melakukan hal ini". Dia menjatuhkan lembaran wang itu ke lantai, terus dipijak-pijak dengan kasutnya yang habis berjalan di tanah lecak sampai begitu dhaif bentuknya.
Dia tanya lagi "Siapa yang masih mahu?" Tangan-tangan masih saja terangkat. Masih seramai tadi. "Nah, sahabatku, sebenarnya aku dan kau sudah mengambil satu nilai yang sangat berharga dari peristiwa tadi.
Kita semua masih mahu wang ini walau bentuknya sudah begitu jijik sekali. Sudah jelek, kotor, keronyok... tapi nilainya tidak berkurang: tetap seratus ringgit. Sama seperti kita. Walau kau tengah jatuh, tertimpa tangga pula... tengah sakit, tengah hancur pula, atau kau gagal, tidak berdaya, terhimpit, dan merasa terhina, kecewa dan terkhianati, atau dalam keadaan apapun, kau tetap tidak kehilangan nilaimu... kerana kau begitu berharga.
Jangan biarkan kekecewaan, perasaan, ketakutan, sakit hati, menghancurkan kamu, harapanmu, atau cita-citamu. Kamu akan selalu tetap berharga, bagi dirimu, bagi diriku, bagi sahabatmu, bagi sahabat yang lain dan kau tetap sama dimata Tuhanmu. Dia, Tuhanmu, akan berlari mendekatimu, jika kau berjalan menuju-Nya. Aku pun sahabatmu akan melakukan hal yang sama, karena fitrah setiap diri kita akan mulia jika mencuba mendekati sifat-sifat Tuhan kita. Disanalah nilai dirimu berada."
Thursday, April 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment