Saturday, January 23, 2010

Memadai Baca Al-Quran

Soalan:

Bolehkah orang Islam menyimpan Bible di rumahnya? Tujuan membeli kitab berkenaan adalah untuk bacaan pengetahuan, terutama bagi mereka yang baru memeluk Islam? Adakah ia patut dimusnahkan atau dibuang?

JAWAPAN:

Apabila seorang itu baru memeluk agama Islam, kitab yang paling wajar dibacanya ialah Al-Quran dan bukan Bible.

Pernah Omar r.a menceritakan kepada Nabi s.a.w. dia membaca Injil, lalu berubah muka Nabi dan Baginda bersabda: "Jika Isa a.s masih hidup, tentu dia sendiri akan membaca Al-Quran."

Ini membuktikan kitab rujukan orang Islam mestilah Al-Quran, apalagi bagi yang baru memeluk agama Islam akan lebih mengelirukan jika dia merujuk Bible, walaupun dengan tujuan untuk pengetahuan.

Rujuklah kepada Al-Quran saja kerana pengajaran dalam Al-Quran adalah lengkap.

Posted By: max09

No comments:

Post a Comment