Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.”
- Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Huraian:
1. Setiap perbuatan hendaklah diperbetulkan niatnya (ikhlas) agar ia tidak mendatangkan kerugian dan dilakukan dengan sia-sia tanpa mendapat ganjaran pahala.
2. Perbuatan riya' akan membawa kekejian dan mendatangkan perasaan benci oleh manusia lain. Sebaliknya setiap kebajikan yang dilakukan hendaklah disembunyikan seperti bersedekah dan sebagainya kecuali ia dibuat dengan niat agar dicontohi oleh orang lain seperti solat berjamaah, berpuasa dan sebagainya.
3. Di antara punca kekufuran berlaku ialah menisbahkan perbuatan yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya dan melakukan kebaikan semata-mata untuk mendapatkan kepentingan diri semata-mata.
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment