Saturday, January 23, 2010

Quran Diturunkan Sekaligus atau Berperingkat?

Soalan:

Berkenaan hari Nuzul Quran, saya keliru adakah Al-Quran diturunkan sekaligus pada malam tu dahulu. Bukankah Al-Quran itu diturunkan beransur-ansur? Apakah pula maksud dalam surah Al-Qadr itu?

Jawapan:

Dalam Al-Quran, terdapat beberapa nas yang menunjukkan Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan, pada malam yang diberkati iaitu malam Lailatul Qadr.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran..."
-(Al-Baqarah: 185)

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar."
- (Al-Qadr: 1)

Ayat-ayat ini adalah berkenaan penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Bait al-Izzah di langit dunia. Ia diturunkan sekali gus pada Malam Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan.

Kemudian, daripada langit dunia, al-Quran diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur mengikut peringkat tasyrik. Dan ia diturunkan melalui perantaraan Jibril a.s.

Sebagaimana disebut dalam Quran yang bermaksud: "Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur."
- (Al-Isra: 106).

Wallahu A’lam.

Rujukan:
- Al-Itqan 1/117
- Tafsir Tabari 3/446
- Tafsir Ibn Katsir 1/501

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

No comments:

Post a Comment