Jawapan yang paling tepat adalah seluruh al-Quran, namun bagi mereka yang tidak mampu, cuba perhatikan baik-baik sabdaan baginda Nabi s.a.w. ini yang bermaksud:-
"Bacalah Al-Quran kerana di hari kiamat kelak, ia akan datang memberikan syafa'at kepada tuannya. Bacalah dua cahaya iaitu AL-BAQARAH dan ALI-IMRAN, kerana ia berdua akan datang di hari kiamat kelak seperti dua awan besar atau sekumpulan burung yang akan melindungi tuannya. Bacalah AL-BAQARAH kerana sesiapa yang mengambilnya akan mendapat berkat, meninggalkannya adalah penyesalan, dan yang mengambilnya dapat menghalang sihir."
- (Riwayat Muslim)
Para ulama menjelaskan, pahala bacaannya akan bertindak seperti awan dan sekumpulan burung yang menaungi pembacanya seperti teduhan sayap burung atau awan. Dalam hadis sohih yang lain, disebutkan kedua-dua surah ini akan mendahulu pahala dari surah-surah lain.
Banyak lagi surah-surah lain yang mempunyai kelebihan tersendiri, disebut dalam banyak hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w, namun cukuplah jawapan ringkas saya setakat ini mencadangkan dua surah ini sebagai tunjang bacaan Al-Quran kita.
Oleh : Zaharuddin Abd Rahman
Thursday, January 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment