Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu."
- (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Anak adalah amanah Allah yang diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga serta dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh serta hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak, kerana semua perkara daripada segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak, sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga."
- (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Dari 'Amir dari Nu'man berkisah, bahawa ayahnya mengajaknya ke rumah Rasulullah s.a.w untuk menyaksikan beliau atas pemberian yang diberikan hanya padanya, maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah semua anakmu kamu beri juga sebagaimana yang kamu berikan pada Nu'man ini?" Jawab ayahnya: "Tidak". Sabda beliau: "Kalau begitu, aku tidak mahu mempersaksikannya. Bukankah kamu akan senang, bila kebaktian anak-anakmu terhadapmu itu sama?" Jawabnya: "Tentu". Sabda beliau: "Kalau begitu, janganlah berlaku tidak adil terhadap mereka."
- (Hadis Sunan An Nasa'iy Jilid 3. Hadis Nombor 3536.)
Mewartakan kepada kami Muhammad bin Alia' Al-Hamdani; mewartakan kepadaku Risydin bin Saad dan Jaafar bin 'Aun. dari Ibnu ankum (dia adalah seorang Afrika), dari 'Abdurrahman bin Rofi', dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ilmu itu ada tiga, dan selain yang ketiga itu adalah sisa/tambahan. Iaitu, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan Ilmu Faroidi (tentang warisan) yang adil."
- (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 1. Hadis Nombor 0054.)
Mewartakan kepada kami Ahmad bin Al-Azhar; mewartakan kepada kami 'Abdurrazzaq bin Hammam; memberitakan kepada kami Ma'mar, dari Asy'ats bin 'Abdullah, dari Syahr bin Hausyab, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kebaikan selama tujuh puluh tahun. Ketika dia berwasiat, menyimpang dalam wasiatnya. Maka diakhiri hidupnya dengan amalannya yang jahat itu, akhirnya dia pun masuk neraka. Dan sesungguhnya ada seseorang yang beramal dengan amalan ahli kejahatan selama tujuh puluh tahun. Dan dia bertindak adil dalam wasiatnya. Lalu diakhiri hidupnya dengan amalannya yang baik itu, akhirnya dia pun masuk syurga". Abu Hurairah berkata: "Bacalah jika kalian mahu (yang ertinya: Itulah hukum-hukum Allah (sampai firman Allah) adzab yang menghinakan)
- (Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2704.)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Seorang lelaki bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Ya, Rasulullah! Bapaku sudah meninggal, beliau meninggalkan harta tetapi tidak memberi wasiat mengenai harta peninggalan beliau itu. Dapatkah harta itu menghapus dosa-dosa beliau, jikalau ku sedekahkan atas namanya?" Jawab Nabi s.a.w.: "Ya, dapat!"
- (Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1612.)
Sunday, January 31, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment