Soalan:
Adakah perlu dilakukan akikah kepada anak yang dilahirkan tetapi telah meninggal dalam kandungan dan telah cukup bulan?
Jawapan:
Disyarakkan melakukan akikah kerana telah cukup bulan berdasarkan dalil umum daripada Salman bin’Amir r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda:
“Kelahiran anak hendaklah disusuli dengan akikahnya. Oleh itu, kamu semua hendaklah menyembelih untuk tujuan itu dan menghilangkan kotoran di kepalanya (bercukur).”
– Hadis sahih riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai.
Menurut Samurah bin Jundub r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Setiap anak yang dilahirkan terjamin keselamatannya disebabkan melakukan akikah untuknya dengan cara menyembelih pada hari ketujuh, memberi nama dan mencukur rambutnya.”
– Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai dan Abu Daud.
Ustaz Mohd Noor
Wednesday, January 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment