Ulama sufi Sufiyah Ath-Thani menyebut 10 jenis sifat zalim yang selalu melingkari hidup manusia. Berikut dicatatkan sifat zalim untuk renungan bersama. Dengan kekuatan jiwa, insya-Allah kita akan dapat berusaha menghindarkannya daripada membenih di dalam diri.
Pertama - Orang yang sampai atau singgah di sesuatu tempat pada hari Jumaat, dia sengaja mengelak diri dan tidak mahu menunaikan solat Jumaat, sedangkan orang ramai menunaikannya.
Kedua - Orang yang melintasi kawasan perkuburan tetapi tidak mahu mengucapkan 'Assalamualaikum' kepada penghuni kubur.
Ketiga - Orang yang masuk ke dalam masjid, tetapi keluar semula tanpa mengerjakan dua rakaat solat sunat Tahiyyatul Masjid.
Keempat - Orang yang tahu membaca al-Quran, tetapi tidak mahu membacanya sekurang kurangnya satu ayat sehari. Tetapi jika seorang yang menunaikan solat lima waktu setiap hari, pasti dia akan membaca lebih daripada 100 ayat.
Kelima - Orang yang berdoa untuk kebaikan diri sendiri dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain. Termasuklah seorang imam yang hanya mendoakan untuk dirinya saja, sedang makmum turut sama mengaminkan doa yang dibacanya.
Keenam - Apabila seorang alim dan berilmu pengetahuan datang ke sesebuah tempat, tidak ada yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya, sedangkan dia dihantar ke tempat itu untuk memberi tunjuk ajar, khususnya dalam bidang keagamaan.
Ketujuh - Orang yang dijemput untuk menghadiri sesuatu majlis tetapi sengaja tidak menghadirkan diri tanpa alasan munasabah.
Kelapan - Dua orang yang bertemu dalam perjalanan lalu mereka berbual mesra, namun tidak bertanyakan nama masing-masing.
Kesembilan - Orang yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, tetapi tidak pula mengambil kesempatan daripada masa yang terluang untuk mencari ilmu pengetahuan.
Ke-Sepuluh - Orang yang tidur dalam kekenyangan, sedangkan jiran atau penduduk di sekitar tempat tinggalnya menderita kelaparan.
Friday, January 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment