Sunday, January 10, 2010

Penduduk Syurga Dan Penduduk Neraka

Firman Allah SWT: "Penduduk syurga ada tiga macam:
(1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum.
(2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin.
(3) Orang daif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan.

Penduduk neraka ada lima macam:
(1) Orang daif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya.
(2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga.
(3) Orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan harta mu,
(4) Orang bakhil atau pendusta.
(5) Orang yang bermulut kotor (orang yang berperangai buruk dan suka menggunjing).

- Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2442

No comments:

Post a Comment