Friday, August 26, 2011

HIJRAH DIRI


Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging. Apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badan. Sebaliknya apabila daging itu jahat, maka jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah bahawa daging itu adalah sekeping hati.
- Riwayat Al-Bukhari No.52

Namun, akal-lah yang memberi input untuk hati membuat keputusan dan arahan. Jadi, tidak cukup hati sahaja baik, akal yang menasihat hati juga mesti baik. Jika tidak, akal akan memberi nasihat yang jahat kepada hati.

Dalam diri manusia ada nafsu yang secara tabiinya memang jahat. Nafsu merupakan musuh dalam diri yang jika tidak dikawal dan dilatih , mampu mempengaruhi hati dan menguasai akal. Nafsu perlu dilatih dan dibiasakan dengan amalan-amalan baik secara rutin.

Perubahan sikap memerlukan masa. Rasulullah saw sendiri merubah sikap manusia secara bertahap-tahap selama 23 tahun.

Usaha mengubah sikap tidak boleh dilakukan secara drastik (mendadak) dan bukan melalui paksaan. Sikap umpama pintu yang terkunci dari dalam. Ia tidak boleh ‘dibuka’ dari luar. Tidak ada orang yang boleh memaksa perubahan sikap orang lain, melainkan diri orang itu sendiri dengan rela mengubahnya.

Jadi, hijrahkanlah diri sendiri. Jika tidak, tidak ada siapa yang boleh memaksa diri kita berubah dengan rela. Dan kita tidak boleh lari daripada hukum Sunnatullah yang menyatakan bahawa setiap makhluk akan berubah samada dengan rela atau terpaksa. Justeru, jika kita tidak berubah kearah kebaikan dengan kerelaan, kita pasti akan diubah kearah kejahatan dengan paksaan oleh musuh-musuh Islam. Pilihlah samada menjadi ketua atau terus menjadi mangsa.


Petikan dari Majalah Solusi
Author: Abu Irdak

Distractions

No matter what you're working to accomplish, you will not get there in a straight line. You'll repeatedly get knocked off course.

Don't despair. It happens to everyone, all the time.

The key to successful achievement is to get quickly back on track. The faster your recovery time, the more progress you'll make.

Accept the fact that you'll get knocked off course on a regular basis. Accept it, and don't waste time or energy complaining about it or feeling sorry for yourself. That just compounds the problem.

Instead, move on past the distraction and re-focus your efforts on your original goal. It is often impossible to prevent distractions, yet you can always prevent them from lingering too long.

Move past them as soon as you can, forget about them and get yourself back on course.

-Ralph Marston

Zikrullah Dalam Keadaan Suci

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Aku tidak suka menyebut nama Allah melainkan dalam keadaan suci.”
- (HR Ahmad)

Asal hadis ini ialah bila seorang sahabat memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. sewaktu beliau sedang qadha hajat (buang air). Beliau menangguhkan menjawab salam tersebut sehinggalah beliau selesai beristinjak dan bersuci. Beliau tidak menjawab salam tersebut kerana beliau tidak suka menyebut nama Allah SWT dalam keadaan yang tidak suci. Di sini, Rasulullah s.a.w. memberi ilmu kepada sahabat tersebut termasuk untuk kita juga tentang anjuran menyebut nama Allah SWT dalam keadaan suci daripada hadas.

Daripada hadis ini, keluar beberapa cabang ilmu untuk pemanfaatan kita bersama:

~ Tidak dianjurkan memberi salam kepada orang yang sedang qadha hajat. Jikapun ada yang memberi salam, maka boleh menangguhkan menjawab salam sehingga selesai beristinjak dan bersuci.

~ Sunat berwuduk bila membaca Al-Quran, dengan mushaf atau tanpa mushaf. Dikatakan sunat kerana tidak wajib pada wuduk dalam membaca Al-Quran. Hanyasanya wuduk itu menjadi wajib bila perlu membawa atau menyentuh mushaf.

~ Sunat berwuduk bila azan dan iqamah. Apabila terbatal wuduk di tengah azan atau iqamat, maka tidaklah sepatutnya berhenti tetapi diteruskan sehingga selesai, kemudian mengulangi wuduk. Bagi yang ingin memulai azan dan padanya tiada wuduk, maka keutamaan diberikan kepada yang ada wuduk.

~ Sunat mengekalkan wuduk apabila selesai solat kerana memenuhi tuntutan zikir dan doa sebaik selesai mengerjakan solat.

~ Sunat berwuduk apabila menyertai majlis doa dan tahlil.

~ Sunat juga berwuduk apabila mengajar atau belajar ilmu agama yang di dalamnya sudah tentu ada zikir, doa dan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan.

Bagi orang yang haid, dianjurkan berwuduk tiap kali masuk waktu solat dan bolehlah mengamalkan apa sahaja zikir untuk mengingati Allah. Sekalipun dia membaca apa-apa ayat daripada Al-Quran, dengan diniatkan sebagai zikir.

Sebarang keperluan yang ada kaitan dengan zikrullah, maka sunat dikerjakan dalam keadaan suci.


Credit :
http://fekah.blogspot.com

Monday, August 22, 2011

ZAKAT SECARA ONLINE (INTERNET BANKING)

Seseorang muslim membayar zakat pendapatan secara online (Internet banking). Bagaimana hukumnya?


Jawapan;

Ada dua syarat yang disepakati ulamak yang wajib dipenuhi oleh pembayar zakat agar zakat yang dikeluarkannya sah:-

1. Berniat di dalam hati ketika mengeluarkan zakat bahawa harta/wang yang dikeluarkan itu adalah zakat.

2. Memberi milik harta/wang zakat itu kepada orang yang berhak menerimanya secara langsung atau melalui wakil yang dipercayai dapat menyampaikan harta itu kepada orang yang berhak menerimanya. Maksud memberi milik ialah ia memisahkan harta itu dari pemilikannya dan menyerahkan harta itu untuk dimiliki oleh orang-orang yang berhak menerima zakat mengikut yang ditetapkan Allah (seperti dalam surah at-Taubah ayat 60).


Melihat kepada syarat-syarat di atas, tidak menjadi halangan untuk membayar zakat secara online (Internet banking) dengan syarat hendaklah dipastikan akaun penerima adalah milik orang yang layak menerima zakat atau milik wakil yang dipercayai dapat menyalurkan zakat kepada orang yang berhak menerimanya.

Selain itu, hendaklah diniatkan zakat ketika pemindahan dilakukan.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Wahbah az-Zuhaili, jil. 1, hlm. 363.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

What Is Really Important To You?


When you start to get angry, or frustrated, or impatient, consider for a moment the truly important things in your life. Ask yourself if the frustration or inconvenience of the moment is even worth your time and energy.

Often we react out of habit, and get all worked up about things which really don't even matter. Such behavior wastes an enormous amount of energy which could instead be directed toward the really important things.

As you start each day, before you get caught up in the deadlines, the 'need-to', the 'have-to' and the 'want-to' things, take a moment to think of what's really important to you. Put it all in perspective. Keep your eye on the big picture, and then all the little things will help you move toward it.

-Ralph Marston
1. Namakan dua haiwan yang dialog mereka tercatat dalam satu surah di dalam al-Quran.

Semut – “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
- Surah al-Naml 27:18.

Burung Hud-hud – “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan ku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini ...”
– Surah al-Naml 21:26.


2. Namakan bapa Abu Bakar al-Siddiq r.a.

Abu Quhafah.


3.Dimanakah solat Jumaat pertama dalam Islam didirikan?

Di perkampungan Bani Salem di Madinah sewaktu peristiwa Hijrah.


Dipetik dari Majalah Solusi
SOALAN-SOALAN TRIVIA, FAKTA DAN INFO
Oleh Husna Hassan



Sunday, August 14, 2011

Disunatkan Berbuka Sebelum Mengerjakan Solat Maghrib


Hadith :

Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).


Huraian:

1. Umat Islam hendaklah menyediakan juadah makan malam terutama untuk berbuka puasa dengan hidangan yang sederhana, dan juadah janganlah terlalu banyak sehingga mendatangkan pembaziran.

2. Apabila hidangan sudah disediakan untuk berbuka, maka kita adalah disunatkan makan terlebih dahulu sebelum menunaikan sembahyang fardhu Maghrib kerana dengan berbuka kita dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga, dan dapat menunaikan sembahyang dengan rasa bertenaga dan selesa.



The Perfect Gift

The perfect gift cannot be bought at the shopping mall or the discount warehouse. It is found in your heart.

The best gift you can give is yourself.
Your time.
Your attention.
Your companionship.
Your patience.
Your thoughtfulness.
Your compassion.
Your understanding.
Your encouragement.
Your guidance.
Your love.

The things wrapped in bright boxes are nice tokens, and much appreciated, but are not a substitute for the gift of yourself. You are the very best thing you have to give. All else pales in insignificance.

In all the rush to give just the right item, add value by adding the gift of yourself. It will make a major difference in the worth of the gift that is received.
Give the best you have to give -- you!

- Ralph Marston

Berdoa Ketika Sujud


Mengenai doa dalam solat, sujud rakaat keberapakah doa itu di minta, adakah yang awal atau yang akhir dan bolehkah doa itu ditutur dalam bahasa Melayu?

JAWAPAN:

Mengenai doa di dalam sujud, terdapat hadis di mana Nabi bersabda; "Saat paling hampir seorang hamba dengan Allah ialah ketika dia sujud. Maka banyaklah berdoa ketika sujud"
- (HR Imam Muslim, Abu Daud dan an-Nasai dari Abu Hurairah).

Oleh kerana Nabi s.a.w. menyebutkan sujud di dalam hadis di atas secara umum (tanpa menghadkan pada mana-mana sujud), maka galakan membaca doa ketika sujud itu merangkumi semua sujud di dalam solat.

Ketika sujud itu harus berdoa dengan apa sahaja doa asalkan yang dipohon adalah perkara yang tidak dilarang oleh Syarak.

Jika doa itu dalam bahasa Arab, harus ia dilafazkan oleh lidah sekalipun doa itu bukan yang maksur (yakni bukan dari al-Quran atau hadis Nabi). Cuma hendaklah lafaz itu diperlahankan kerana bacaan ketika sujud tidak sunat dikuatkan.

Adapun dalam bahasa lain tidak harus dilafazkan oleh lidah. Memadai dengan berdoa di dalam hati sahaja kerana bahasa yang diharuskan di dalam solat hanyalah bahasa Arab sahaja.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Sunday, August 7, 2011

BILA DIHARUSKAN MEMPERKATAKAN KEBURUKAN ORANG LAIN?

Hukum asal memperkatakan keburukan orang lain adalah haram. Jika keburukan itu benar-benar dilakukannya lalu kita memperkatakannya (tanpa suatu desakan yang diiktiraf oleh Syariat) kita dianggap mengumpat (ghibah). Jika keburukan itu tidak dilakukannya (yakni kita yang mengada-adakannya), kita telah melakukan dosa fitnah dan juga ghibah (umpatan). Samada mengumpat (ghibah) atau fitnah, kedua-duanya adalah dosa besar, apatah lagi jika menggabungkan kedua-duanya.

Dalam Soheh Muslim, terdapat hadis dari Abu Hurairah yang menceritakan; Nabi pernah bertanya para sahabatnya; "Tahukah kamu apa itu ghibah (umpatan)?". Mereka menjawab; "Allah dan RasulNyalah yang paling tahu". Nabi menjawab; "Ghibah (umpatan) ialah kamu menyebut tentang saudara kamu sesuatu yang ia tidak suka". Lalu seorang bertanya Nabi; "Apa pandangan kamu ya Rasulullah jika apa yang aku sebutkan tentang saudaraku benar-benar ada pada pada dirinya". Jawab Nabi; "Jika ia benar-benar ada pada dirinya, lalu kamu menyebutnya, maka kamu mengumpatinya. Namun jika ia tidak ada padanya, lalu kamu menyebutnya (dengan mereka-rekanya), maka kamu telah mengadakan suatu pembohongan terhadapnya".
- (HR Imam Muslim, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah).


Bagi masalah ghibah (iaitu menceritakan/mendedah keburukan orang lain atau menyebut orang lain dengan suatu nama yang buruk) dikecualikan bagi enam situasi berikut mengikut yang dijelaskan oleh para ulamak (antara Imam an-Nawawi dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim dan Riyadhus-Salihin):-

A) Apabila diri dizalimi - Harus orang yang dizalimi membuat pengaduan kepada pemerintah, qadhi atau pihak berkuasa lainnya dengan menceritakan keburukan atau kezaliman orang yang menzaliminya.

B) Memohon bantuan untuk mengubah suatu kemungkaran dan mengembalikan pelaku maksiat kepada kebenaran, seperti seorang melaporkan kapada pihak yang berkuasa mengubah kemungkaran - "Si Fulan telah melakukan perbuatan sekian sekian, tegahlah ia".

C) Bertujuan mendapatkan fatwa (pandangan agama) - seperti Hindun yang mengadu kepada Nabi sikap kedekut suaminya. Ia berkata kepada Nabi, "Ya Rasulullah, suamiku Abu Sufyan seorang yang kedekut, bolehkah aku mengambil wangnya tanpa diketahuinya?".

D) Memberi peringatan kepada kaum muslimin agar berjaga-jaga dari suatu kejahatan, seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.

E) Seorang yang berterang-terangan melakukan dosa atau kesesatan seperti berterang-terang minum arak, berterang-terang menganut fahaman sesat atau seumpamanya. Orang sebegini harus disebut tentang dirinya dengan maksiat yang dilakukannya secara terang itu. Adapun maksiat yang dilakukannya secara tersembunyi, tidak harus disebut kecuali ada suatu sebab yang lain.

G) Untuk memperkenalkan seseorang, harus menyebut seseorang dengan suatu gelaran jika ia masyhur dikenali dengan gelaran itu. Haram menyebut suatu gelaran dengan tujuan merendahkan martabat orang lain.

Dalam enam situasi di atas, dibolehkan kita memperkatakan/mendedahkan keburukan orang lain kerana ia mempunyai tujuan yang diharuskan Syariat untuk maslahah yang lebih besar dari maslahah individu yang diperkatakan keburukannya.


Oleh kerana hukum mengumpat adalah haram pada hukum asalnya dan dosanya adalah besar, maka orang yang terpaksa menggunakan pengecualian di atas hendaklah memerhatikan perkara berikut:-

A) Memerhati niat dalam hatinya; apakah ia benar-benar terpaksa memperkatakannya atau hanya lahir dari keinginan nafsunya sahaja. Jika hati benar-benar berkata; "Aku wajib mendedahkannya demi agama dan ummah", maka bertawakkallah kepada Allah dan teruskanlah apa yang diyakini. Namun jika hati berkata; "Ini hanya keinginan nafsu sahaja", batalkanlah niat untuk berkata tentang orang lain itu, kerana padah yang bakal kita terima tidak padan dengan sedikit kepuasan yang kita dapat.

B) Ia hendaklah mengukur natijah darinya; adalah dengan memperkatakannya akan membawa kesan lebih baik atau dengan senyap sahaja dan mencari pendekatan lain yang lebih baik untuk membetulkan orang terbabit.

C) Setiap yang dilakukan kerana darurat (kerana hukum asalnya adalah haram) tidak harus berlebihan, yakni dilakukan sekadar perlu sahaja.

D) Maksiat yang dilakukan berkait dengan orang lain, yakni pendedahan terpaksa dilakukan untuk mengelak orang lain turut terlibat atau terzalimi jika mereka tidak mengetahuinya. Adapun maksiat yang bersifat peribadi tidak harus didedahkan kerana ia adalah dosa antara pelakunya dengan Allah. Sesuatu yang ditutup Allah, tidak berhak kita membukanya kerana nanti keaiban kita pula akan dibuka Allah.

Walalhu a'lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Kitab al-Birr wa as-Silah, bab Tahrim al-Ghibah.
2. Riyadhus-Salihin, Imam an-Nawawi, Bab Ma Yubahu Min al-Ghibah.


Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Who's To Blame?

You may be perfectly justified in blaming others for your troubles; yet when you do so, you give them control over your life.

When you focus on blaming others, you erode your own power, your own ability, your own commitment to do anything about the situation.

Assigning blame gets you ever deeper in the problem. Determining who is to blame will not solve the problem. Focus instead on what needs to be done now, on the positive steps you can take.

If you wake up during the night in a house filled with smoke, do you argue with your spouse about who forgot to change the batteries in the smoke detector? No, of course not! You immediately get everyone out of the house and call the fire department, right?

Problems just get worse, if you waste time with blame.

-Ralph Marston

Roh Di Bulan Puasa

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi.

Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak-anak mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggalah tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka-mereka yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang-orang yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita, sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak-anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

By: Fadzilah Hashim

Saturday, August 6, 2011

AMALAN SOLAT SUNAT MALAM

1.Solat Sunat Taubat

Niatnya :
Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, doa memohon ampun kepada ALLAH.


2.Solat Sunat Tahajjud


Niatnya :
Sahaja aku solat sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun.
Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.
Selepas sembahyang, berdoalah kepada ALLAH.


3.Solat Sunat Hajat

Niatnya :
Sahaja aku solat sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.
Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.
Ketika sujud terakhir baca 11 kali -

Surah Anbiya; Ayat 87
"Laillahailla anta subhanakainni kuntu minaz zolimin"
dan sertakan di dalam hati segala hajat kita.


4.Solat Sunat Witir

Jika dilakukan 3 rakaat, solat sunat witir itu dilakukan dengan 2 salam. Maksudnya mula-mula 2 rakaat, kemudian 1 rakaat pula.

Pada solat pertama yang 2 rakaat itu, selepas Fatihah rakaat pertamanya, baca *surah Al-A’la (Sabihismarabikkalazi) dan selepas al-Fatihah rakaat kedua, baca Surah Al-Kafirun. (Nota*: Jika tidak menghafal, sunat membaca apa sahaja surah selepas Al-Fatihah tetapi keutamaannya membaca surah Al-A'la.)

Untuk solat kedua yang 1 rakaat, dibaca selepas Fatihah, baca surah bermula dengan Al-Ikhlas, diikuti dengan Al-Falaq dan An-Nas.

Tentang lafaz niat itu boleh dirujuk pada mana-mana buku. Jika kesukaran boleh lafaz dalam bahasa melayu sahaja, kerana lafaz niat itu adalah untuk membantu niat di dalam hati. Yang wajibnya itu adalah dalam hati. Ringkasnya seperti berikut:

Niatnya :
Sahaja aku solat sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

Selepas salam, bangun lagi dan solat witir 1 rakaat.

Niatnya:
Sahaja aku solat sunat witir 1 rakaat kerana Allah.

Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, mohon agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita dan amalan kita, serta memperkenankan doa dan permintaan kita.